Monday, December 29, 2008

Hijrah 1430

Kalau nak tahu serba sedikit tentang Hijrah mungkin kita boleh lawat Tok Wiki yang beralamat di bawah

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hijrah
http://ms.wikipedia.org/wiki/Takwim_Hijrah

atau, tanya sahaja pada Lebai Google. Mungkin ramai lagi yang bercerita tentang Hijrah ini. Kalau nak mengikut rentak orang, pastinya tok juga akan menanam azam baru bila masuk tahun baru. Tapi...

Eh! Tok nak tulis pasal apa ya. Lupa la pulak. Maklumlah dah tua.

Sunday, December 28, 2008

Projek Kensel

Atas sebab sebab tertentu, nampaknya perancangan ke Pulau Besar terpaksa di batalkan. Mungkin di lain hari pula kita rancang baik baik.

Saturday, December 27, 2008

Cadangan Ke Pulau Besar

Walaupun sebelum ini tok tidak bercadang ke mana mana pada Awal Muharam. Tapi entah kenapa hati melonjak lonjak untuk keluar berjalan, di tambah pula isteri kesayangan tok ada bertanya.

"Tak kemana ke Awal Muharam?".

Kebetulan pula mertua datang bertandang kerumah, jadi tok risau untuk meninggalkan isteri dan anak anak. Jadi tok pun saja lah gatal tangan meng sms kawan.

"Hang ada pi mana mana projek tak Awal Muharram?"

Jawapan yang diterima sangat memberansangkan di mana kawan tok mencadangkan berjalan jalan ke Pulau Besar. Kebetulan memang tok teringin ke sana, mentelah lagi tok memang tak pernah sampai ke Pulau Besar.

Restu isteri kesayangan telah diterima, dengan kata kata.

"Abang memang perlu keluar berjalan, pergilah tenangkan fikiran tu dan melawat lawat tempat orang"

Apa lagi, tunggu kawan tok tetapkan masa sahaja untuk berangkat.

Tuesday, December 23, 2008

Tahun Baru 1430 Hijrah

Tahun baru menjelang tiba. Disebutkan di mana mana bahawa tahun 1430 Hijrah ini adalah sedikit istimewa. Kononnya banyak peristiwa peristiwa yang bakal berlaku. Tapi tok macam biasa, masih tetap tidak tahu apa apa. Cuma tok teringatkan kembali peristiwa Awal Muharram yang lalu di mana tok mengambil masa 3 hari untuk sampai ke pucak Gunung Ophir.

Setakat hari ini tok belum ada perancangan untuk buat apa apa di Awal Muharram yang mendatang, walaupun rakan rakan yang lain mempunyai banyak aktiviti berjalan. Ada yang mahu ke Ophir lagi, ada yang mahu ke Jerai, ada yang mahu ke Peramu berjumpa Tok Pramu dan macam macam lagi. Mungkin kali ini tok patut di rumah sahaja melayan isteri dan anak anak.

Selamat Pengantin Baru



Musim cuti sekolah, biasalah ramai yang ambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan. Tok baru sahaja dapat berita bahawa seorang rakan karib yang dipanggil abang akan menjadi pengapit kepada sebuah perkahwinan antara manusia (lelaki) dan bunian (perempuan). Kalau ada jodoh dan diizinkan oleh Allah S.W.T, perkahwinan yang dirancang pastinya akan menjadi. Seperti manusia juga, pihak bunian juga mengharapkan keberkatan dari Allah S.W.T dalam menjalankan apa apa aktiviti.

Dicerita kan, sekiranya perkahwinan (akad nikah) itu berjaya di alam ini, mereka yang hadir akan dijemput kealam bunian untuk menghadiri kenduri perkahwinan tersebut. Tok cuma berkirim bunga rampai (untuk di bawa balik) sahaja. Itu pun kalau ada rezeki.

Tuesday, December 16, 2008

Kukri atau Khukri atau Khukuri



Tok baru jer beli Kukri dari seorang saudara yang jauh. Dengarnya, dia pula bersaudara dengan orang Nepal. Jadi senang le dapat stok Kukri ni. Kalau siapa nak tahu lebih lanjut tentang Kukri, boleh lah tanya lebih lanjut dengan Tok Lebai Google.

Monday, December 15, 2008

Wednesday, December 10, 2008

Kelapa Tiada Tempurung

Baru baru ini tok disajikan oleh kenalan untuk meminum kelapa muda yang tiada bertempurung. Rasa airnya biasa biasa sahaja. Cuma pelik bila makan isinya yang tiada tempurung, ganjal sedikit lah. Sebab biasanya kelapa mesti ada tempurung. Rasa isinya tiada beza dengan buah kelapa yang lain. Tak tahulah bila dapat rasa lagi.

Monday, December 1, 2008

Bulan Dan Bintang


Tadi masa duduk di luar rumah nampak dua bintang diatas bulan sabit. Saja nak snap untuk share, tapi gambar tak clear pulak.

Burung Hantu Ku



Sejak dua menjak ni banyak pulak burung hantu singgah kat sangkar tok. Nampaknya dah 3 ekor dah. Kadang kadang kelakar jugak layan burung ni. Dia suka geleng geleng leher.

Hulu Parang Buluh


Waktu bohsan bohsan weekend hati tu. Saja gatal tangan tukar hulu parang yang plastik ke hulu parang buluh. Mentang mentang lah kat rumah ni ada banyak pokok buluh. Hasilnya tak seberapa, sebab malas nak touch-up dan saja nak nampak original buluh, tapi terkejut jugak, sebab lagi sedap pegang hulu buluh dari hulu plastik.