Saturday, February 28, 2009

Nenek Belanja Lagi

Nampaknya nenek tak puas puas lagi belanja tok. Hari tu beli handphone, hari ni tambah lagi. Tok doa moga nenek murah rezeki selalu, supaya boleh belanja tok hari hari.

P/S: BOYCOTTE ISRAELE !!!

Thursday, February 26, 2009

Panggilan Bugle


Tah macam mana hari ini tok boleh dengar bunyi muzik yang biasa tok dengar dahalu masa zaman sekolah. Kalau tak silap tok, dahulu (zaman sekolah) muzik ini di bunyikan tiap hari waktu jam 6 pagi dan 6 petang.

Yang best nya, setiap petang jikalau tok tengah main bola ke hapa atau buat sesuatu aktiviti, tok kena berhentikan aktiviti dan terus berdiri tegak untuk menghormati bugle tersebut (kononnya). Habis bugle, sambung le balik aktiviti.

contoh bunyi bugle.





senarai bunyi bugle yang ada.

http://www.farmersboys.com/MAIN/Bugles_Calls.htm

apa itu Panggilan Bugle.

http://en.wikipedia.org/wiki/Bugle_call

Sunday, February 22, 2009

Nenek Dah Kaya Agaknya


Nak kata birthday tok.. lambat lagi rasanya. Valentine dah lepas (tapi haram nenek tak sambut). Ulang tahun perkahwinan.. hujung hujung tahun. Aleh aleh nenek beli kan menatang ni. Katanya senang nak dengar orang ngaji.

Tapi sebab sebenar nenek belikan tok natang tu.. tok pun tak tahu. Nenek dah kaya agaknya..

P/s: SAYANG nyer kat NENEK...

Wednesday, February 18, 2009

Pawang Air

Di tampilkan sebagai watak seorang yang tidak baik. Tidak berbaju dan hanya berseluar panjang hitam dan berlilitkan kain merah di pinggang. Beliau mempunyai beberapa orang pengikut yang sentiasa mengekorinya (juga berpakaian sama). Kawasan jajahan beliau adalah diantara pertemuan dua sungai menjadi satu.

Keadaan ini dapat tok lihat ketika beliau cuba mengekori dua pahlawan bunian yang menzahirkan diri. Mereka di kejar oleh pawang air dan kuncu kunya nya, sehinggakan kedua pahlawan tersebut terpaksa menghilangkan diri. Tetapi entah mana silapnya, pawang tersebut masih lagi dapat menjejaki mereka melalui jejak jejak jejak kaki yang ditinggalkan (walaupun ghaib).

Akhirnya kedua pahlawan tersebut terpaksa meniti di dahan dahan pokok untuk menghilangkan jejak (walaupun sudah ghaib), kerana pawang tersebut masih dapat mengikuti mereka jikalau kaki berpijak tanah.

Tuesday, February 17, 2009

Sekitar Semalam

Beberapa perkara berlaku semalam... (sekitar hal hal dunia)
  1. Kereta Baru nenek di hantar kehadapan rumah. Janji hari Rabu... semalam (isnin) jugak sampai. Walaupun kereta kecil sahaja, tetapi cukup lah untuk nenek commute ke opis dengan kereta baru.
  2. Setelah sekian lama, akhirnya tok dipanggil juga pergi ke 2nd interview. Ini disahkan setelah dapat panggilan telefon untuk pengesahan tarikh interview. Sebenarnya 1st interview sudah lama, kalau tak silap November tahun lepas. Dan tok pun sudah lupa tentang jawatan yang di pohon.
    • Tarikh Interview : 6 hb March 2009
    • Lokasi : J.W. Mariott KL
    • Waktu : 4.30 ptg
    • Jawatan : Head OF IT
    • Lokasi Tempat Kerja : Qatar
    • Nama Syarikat : Qatar GLC
  3. Quotation yang di mintak, tidak sampai 2 hari sudah dapat. Bukan barang apa pun, barang basikal shj. Saja cuba nak order parts dari Taiwan pulak. Nampak cam murah shj. Cuma handling dan shipping charges nampak tinggi. Jadi terpaksa lah tambah barang lagi.. alang alang dah charges dia tinggi.

Saturday, February 14, 2009

Proses Tarik Barang



Barang apa? Tok pun tak tahu...

Thursday, February 12, 2009

Exam

Tok ni penin memikirkan. Tak habis habis exam (dah 2 tahun lebih dah), apa le kisahnya. Dulu semalam kata ada exam, tapi tok buat tak endah ja. Alih alih semalam.. exam betul, dah le tok tak bawak alat tulis. Examnya pulak, jangan kata nak jawab, soalan pun kadang kadang tak paham.

Hari tu exam, ada ke guna bahasa simbol yang macam dalam piramid tu, dah le tu soalan matematik pulak. Tapi yang herannya tok boleh jawab. Semalam nasib baik guna bahasa melayu, tapi soalan sejarah yang pelik (bukan sejarah tanah Jawi pun). Semua nya memeningkan kepala. Tapi, tak pernah pulak tok dapat result.

Yang pastinya, makin lama makin kurang student yang masuk periksa. Macam semalam cuma kurang dari sepuluh orang sahaja. Rasanya 7 orang.


Wednesday, February 11, 2009

Mimpi Semalam

Sebenarnya tok malas nak cerita bab bab mimpi tok ni. Tapi memandang kan kebelakangan ini tok tak ada banyak cerita mengarut, jadi tok nak ceritalah sikit apa mimpi tok semalam. Lagi pun sebab tok jadi HERO dalam mimpi tu.. tu yang nak cerita sikit.

Macam biasa... mimpi selalunya tiada mula dan tiada akhir. Jadi cerita ini dimulakan dengan dengan tiada intro yang gempak. Tahu tahu sahaja sudah berlakunya satu malapetaka dibumi. Dimana rumah rumah dah segalanya hancur, termasuk pokok pokok. Tok rasa mungkin gempa bumi yang besar. Yang pastinya tok dan keluarga tok semuanya selamat ketika lari berlindung di kawasan tinggi. Di ketika itu tok tidak jumpa pula manusia manusia yang lain, apatah lagi kenalan kenalan dan jiran.

Keadaan yang sebenarnya sukar diceritakan, macam bumi ini diterbalikkan pun ada. Tapi tok tak merasa keadaan gegaran itu. Tok cuma menganggap sahaja gempa bumi. Yang pastinya mimpi tok bermula ketika keadaan sudah reda, tahu tahu tok dan keluarga tok sahaja selamat.

Dalam perjalanan mencari tempat menetap yang sesuai tok baru mengetahui yang tok mempunyai kebolehan terapung atau meloncat dengan seringan ringan badan. Kebolehan ini diketahui ketika tok cuba meloncat lubang ketika mendokong anak. Dimana badan tok rasa ringan seringan ringannya.. malahan boleh terapung lagi.

Setelah puas berjalan akhirnya kami terjumpa dengan suatu kawasan penempatan yang selamat. Dan sedikit demi sedikit kelihatan orang orang yang selamat akibat tragedi tersebut mulai datang ke kawasan penempatan tersebut. Oleh kerana kawasan penempatan terlalu terhad, jadi tok sudah mengasingkan antara golongan lelaki dan wanita berserta kanak kanak. Lelaki ditempatkan di satu rumah dan wanita serta kanak kanan ditempat kan di satu rumah yang lain. Rumah rumah tersebuat keadaan nya adalah seperti surau lama tetapi besar yang diperbuat daripada kayu. Surau yang sedia ada dibiarkan sahaja fungsinya sebagai surau dan tempat muzakarah.

Lupa nak diceritakan, di sebabkan tok mempunyai sedikit kebolehan, orang orang tua dan kaum lelaki yang ada sudah mengangkat tok sebagai ketua. Dan keseluruhan semua yang ada (selamat) ketika itu dianggarkan lebih kurang 500 orang termasuk wanita dan kanak kanak.

Dan sebelum tok terjaga tok juga sempat menunaikan solat berjemaah di surau tersebut dan selepas itu memanggil semua kaum lelaki untuk bermesyuarat. Tidak sempat mesyuarat.. tok pun terjaga.

Fakta mimpi:

1. Tok tak tahu apa bencana yang berlaku. Tahu tahu sahaja sudah berlaku.
2. Tok tak tahu sama ada, ada kah lagi kawasan lain yang selamat.

P/s: Sekadar mimpi. jangan dok teka teka pulak.

Monday, February 9, 2009

Terima Kasih

Salam..

Tok nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi datang menjenguk ke blog tok. Sebenarnya sudah beberapa hari tak update blog ni, ketika hendak update ada sahaja gangguan, tak kiralah gangguan fizikal atau pun emosi. Jadi ada beberapa cerita yang terbantut sementara.

Setelah membuat sedikit penyelidikan, tok terkejut juga mendapati beberapa orang pengunjung di blog tok ini. Tak sangka kamu juga berminat untuk membaca cerita cerita yang hampir mengarut. Walau apa pun ucapan berbanyak terima kasih sekali lagi kepada semua yang sudi menjenguk, termasuklah silent reader yang tok tak jangka.

Walau apa pun tok mengambil kesempatan disini untuk memohon kemaafan jikalau tok selama ini ada mengguris hati sesiapa. Tok paham walaupun sudah mintak maaf dan mungkin sudah di maafkan, tapi gurisan itu tetap ada. Anggaplah itu sebagai kelemahan tok dan mungkin juga dugaan Allah S.W.T semata mata.

Bagi tok, selama ini tok tidak pernah sekali mencari musuh, tetapi mungkin orang salah erti teguran tok dan anggap tok sebagai musuh dan sehingga sepatah ayat tok sering di salah erti. Dan walau apa pun, sekali lagi tok mohon kemaafan dan terima kasih kerana sudi menjenguk.