Wednesday, June 30, 2010

Maggi Soup

Semalam tok baru je balik dari Langkawi. Sampai di rumah malam jugaklah. Walaupun nenek dah siap beri makan nasi, tapi dah dekat tengah malam, tekak tok rasa macam nak makan soup ja. Mungkin cuaca sejuk sebab hujan. Jadi tok mintak lah nenek masakkan Maggi.

"Maggi dah habis.." kata nenek..

Perut lapar lagi, mata pulak tak boleh tidur. Nenek dah tidur sebaik sahaja tok mintak maggi. Nenek demam malam tadi. Tok keluar bilik nak tengok Jepun lawan Paraguay. Tengok tak sampai 5 minit, tak best pulak. Tok pass remote ASTRO kat PakLong.

"YEAY!!!" jerit Paklong..

Biasalah PakLong.. itu waktu dia tengok wrestling. Oleh sebab itu.. Tok pun terus je lah masuk tidur.

Pagi ni, masa di ofis, nenek sms.

"mlm tadi..nenek mimpi abah (arwah pak mertua tok)..dia tanya nenek, dah masak ke sup yg tok mintak.. emm..tok teringin mkn sup ke mlm tadi?"

Tok pun balas balik.

"Maggi Soup"


Thursday, June 24, 2010

Rokok Elektronik


baru baru ni tok ada beli rokok yang di panggil rokok elektronik. tok masih memikir apakah tujuannya di panggil rokok eletronik? adakah kerana rokok tersebut boleh di "charge" dengan alat penyambung "USB", maka ia di panggil demikian? walau apa pun.. rokok ini:

1. Tiada Tembakau
2. Tiada Tar
3. Tiada Bau
4. Tiada Habuk
5. Tiada asap merbahaya

Sebelum ini tok selalu hisap satu kotak setengah (kotak 20). lebih kurang 30 batang sehari. Dengan E-Rokok ini, tok dah kurang hisap rokok yang biasa tu.

cuba lihat


P/s: ini bukan iklan, sekadar sampai menyampaikan. mana tau perokok tegar boleh berhenti dengan cara ini. paling kurang pun dapat mengurangkan menghisap rokok.

Hal Kerja

apa yang ada dalam kepala hotak tok berkaitan tentang kerja:


1. High Speed Broadband (HSBB)
2. Cellular Testing
3. IPv6
4. Green ICT
5. Session Initiation Protocol (SIP)
6. Dial Up Testing
7. PSTN Testing
8. MSC Building Guideline
9. Broadband Testing
10. QoS
11. QoE

Tuesday, June 22, 2010

Pisang Raja Udang


Gambar hiasan

Cuti hujung minggu yang lalu tok sekeluarga keluar untuk mengunjungi satu majlis perkahwinan. Dalam perjalanan nenek ternampak ada orang menjual pisang raja udang (seperti gambar di atas), dan menyatakan teringin untuk merasa. Begitu juga paklong, pakngah dan lain lain. Dalam masa yang sama sempat jugak nenek memberitahu yang keturunan tok tak boleh makan pisang tersebut (ini pernah tok ceritakan pada nenek dahulu). Jadi secara tak langsung, paklong, pakngah sampai ke paksu tak boleh la makan pisang tersebut.

Sebab apa tak boleh makan? Ianya masih menjadi tanda tanya pada tok. Ini ada lah diceritakan kepada tok ketika tok masih kecil lagi dalam lingkungan 6-7 tahun. Perkara ini di tekankan bersungguh sungguh supaya tidak menjadi musibah kepada tok di kemudian hari kelak. Jadi sehingga sekarang tok ingat, tapi asbab nya tok tak tahu. Lagi pun tok tak berkenan nak makan pisang tu.

Sekarang tok dah sampai kan kepada semua anak anak tok. Sebab ianya berkaitan tentang keturunan. Terpulang kepada mereka kelak sama ada untuk percaya atau tidak. Yang penting tok dah menyampaikan....


Monday, June 21, 2010

Bapa

lama nampaknya tempat ni sunyi sepi. tok ada banyak nak cerita sebenarnya. tapi macam berat nak menulis. cerita serba sedikit pasal arwah unyang pun nampak macam best. sempena hari bapa yang di sambut semalam. sempena hari guru pun boleh jugak cerita pasal unyang. sebab beliau pun seorang guru dahulunya. sekarang ni tok tak tahulah sama ada beliau masih mengajar atau tidak.

kebetulan semalam tok lalu di tepi kawasan perkuburan unyang. tapi tak sempat pulak nak singgah. nak singgah pun bukan unyang ada di situ lagi. kalau nak fidyahkan alfatihah, kat mana mana pun boleh. mungkin bila senang tok singgah jugak la, saja nak tengok kalau ada rumput rumput yang naik di tepi/ditengah kubur. kalau ada, memang tok bersih kan lah. supaya tanda unyang tidak nampak terbiar.

bagi tok, unyang adalah seorang bapa yang 1st class dan memang 5 star. unyang seorang yang suka mendengar masalah dan suka menyelesaikan banyak masalah. unyang juga tidak ragu ragu untuk meluahkan perasaan pada tok jikalau beliau mempunyai masalah. pada dasarnya unyang serba serbinya lengkap sebagai seorang bapa. bagi yang membaca cerita ini harap sama sama mefidyah kan pahala al-fatihah pada unyang. al-fatihah...

Friday, June 4, 2010

Cucu Datuk Bahaman

Semalam tok bersembang sembang dengan seorang yang mengaku dirinya cucu Datuk Bahaman. Asalnya adalah untuk temankan tok minum sahaja, tetapi berlarutan menjadi panjang apabila cerita cerita yang menarik minat kami berdua di bincangkan. Diceritakan juga bahawa Datuk Bahaman pernah meludah ke dalam mulut beliau ketika beliau masih kecil lagi. Diwaktu itu beliau belum tahu apa tujuan diludah sebegitu.

Banyak jugak cerita yang timbul yang rasanya perlu di simpan dahulu. Mungkin lain kali baru cerita...

Wednesday, June 2, 2010

Mana TEKPI Tok?

Dah lebih 3 tahun tok order TEKPI dari seseorang ni. Duit muka RM100 tok dah bayar siap masa hari tok order. Sampai sekarang tukang buat nya tak dapat dihubungi. Di manakah TEKPI tok? dan soalan yang paling penting.. dimanakah tukang buat TEKPI menghilang?

TEKPI oh TEKPI...


Tuesday, June 1, 2010

IPv6

Apa bende ni? Ada kah kita tahu apa benda ni? Jom isi survey form kejap.