Wednesday, July 30, 2008
Tuesday, July 29, 2008
Polyurethane Foam/Buih Polyurethane
Buih ini sesuai untuk isi rongga rongga kosong terutamanya apa bila kita ingin menguatkan besi, buluh atau sebagainya. Siapa nak tahu pasal foam/buih ini... mungkin boleh tanya Tuan Haji Google. Mungkin dia boleh jawab.


Ku Kerat Kerat
Semalam akhirnya dapat jugak lah frame basikal yang tok idam idam. Beli dengan cara hutang. tapi nasib baik lah yang menjualnya tak tahu tok nak buat apa ngan frame tu.
Malam tadi jugak tok ukur ukur dengan stok buluh yang ada. Nampak macam tak sesuai, sebab pudar sangat buluh nya. Rasanya akan ada buluh yang jadi mangsa kelak.




Cari Sponsor
Monday, July 28, 2008
Pokok Buluh



Basikal Buluh
Setelah beberapa bulan menjual basikal, hati tok kembali untuk mula mencari basikal yang baru. Berbagai frame basikal di lihat, tetapi tidak satu pun dapat mencuit hati ini. Cuma satu sahaja yang mungkin boleh melegakan hati.


Tok sudah cuba hubungi Brano Meres, bertanyakan tentang frame ini. Tetapi jawapan yang di dapati bahawa beliau tidak menjual frame ini secara komersial. Nampak gayanya kena buat projek le ni.....
Brano Meres - http://www.bmeres.com/bambooframe.htm
Tuesday, July 22, 2008
Cubaan - Tanaman Fertigasi II
Pokok sudah mula di alihkan pada polibag. Pump pembajaan dan air juga sudah dicuba.
Monday, July 7, 2008
Sunday, July 6, 2008
Kelahiran - 6hb Julai
Cubaan - Tanaman Fertigasi

Mula menyemai benih pada 20 hb jun 2008. Menikut perkiraan jikalau 5 hari selepas benih bercambah, maka pada hari ini, pokok adalah berusia 11 hari. Pada usia 20 hari benih akan di alih pada polibag. Semai lebih kurang 20 benih campuran cili dan tomato, tetapi hanya sembilan sahaja yang bercambah. Tok kekurangan 1 pokok kerana polibag ada 10.
Cubaan untuk menanam 10 pokok dengan menggunakan 10 polibag. Siap sedia menunggu untuk pokok dialihkan pada hari ke-20.
Perhatikan tong biru adalah campuran air dan baja yang siap sedia untuk berkhidmat. Pengairan dan pembajaan adalah secara automatik di mana timer akan digunakan untuk mengepam air dengan menggunakan motor kecil untuk 4 kali sehari mengikut masa yang tok telah tetap kan. Cubaan mengaikan air menggunakan motor sudah berjaya, sekarang hanya menunggu pokok untuk di alihkan shj.
Contoh pokok pokok cili yang sudah berjaya di tanam dengan menggunakan kaedah fertigasi. Pokok lebih sehat dan cili lebih gemuk. Ini gambar contoh shj. Ambil dari blog orang.
Jikalau hendak menjalankan secara komersial, mungkin begini lah rupanya. Tetapi cukuplah dahulu dengan 10 polibag, sekadar untuk mengambil pengalaman.




Thursday, July 3, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)