Friday, March 30, 2012
Wednesday, March 28, 2012
Teratak Pak Lah Janda Baik
http://jandabaik-teratakpaklah.blogspot.com/
Monday, March 26, 2012
Thursday, March 22, 2012
Gelaran Alam
Dah lama tok tak dengar cerita tentang manusia yang mempunyai gelaran Alam ni. Itu pun tok baru teringat setelah membaca komen komen ditulisan tok yang terdahulu tentang gelaran Mahkota Alam. Ada cerita dari seorang sahabat, bahawa beliau mencari 7 orang yang mempunyai gelaran Alam. Sebenarnya mana diorang dapat gelaran Alam ini. Ikut ceritanya.. tiap tiap diorang daripada mereka telah di tabalkan gelaran tersebut di tiap tiap alam, kecuali di alam manusia ini sahaja. Gelaran Alam tersebut adalah mengikut portfolio masing masing.
contoh:
Kalau beliau memegang portfolio Laksamana, gelaran Alam mereka mungkin jadi Laksamana Alam. dan begitu lah seterusnya.
Apa gunanya mereka mereka ini di beri gelaran Alam?
Nanti tok cari cerita lagi...
P/S: Kalau boleh anggapkan ini cerita dongeng sahaja.
Ke Pantai Timur
Cadangnya pada 7 sehingga 11 April ni tok nak berjalan jalan ke pantai timur. Tujuan utama adalah untuk memanjat Gunung Tebu bersama rakan rakan dan anak anak tok. Baru baru ini rakan tok sudah menukar tarikh rancangan pula. Tetapi setelah memikirkan tentang cuti yang sudah di ambil maka tok berhajat juga lah untuk meneruskan juga memanjat Gunung Tebu bersama anak anak sahaja.
Sekarang tok terpaksa mencari guide untuk memanjat pula. Harap harap rakan yang tolong mintak tolong tu dapat carikan tok sorang guide. Selebihnya tok akan bawa anak anak berjalan jalan sehingga ke Kota Bharu dan seluruh jajahan Pantai Timur. Tetapi, sehingga hari ini belum ada lagi perancangan tempat tempat yang perlu di lawati. Secara jujurnya.. anak anak tok memang tidak pernah sampai ke Pantai Timur lagi. Yang tok pula memang tak biasa pergi. Seingat tok hanya dua kali sahaja tok sampai kesana setakat ini.
Yang pertama ketika tok berusia 12 tahun. Itu pun ikut rombongan sekolah. Yang kedua adalah beberapa tahun yang lepas ketika melawat Danau Tok Uban. Harap harap trip kali ini kami sekeluarga selamat dan sentiasa berseronok.
Wednesday, March 14, 2012
Hizbut Tahrir
Baru baru ni tok ada terbaca artikel pasal kebangkitan khilafah. Dahulu tok ada terbaca pasal satu kumpulan yang di panggil Hizbut Tahrir ni. Tak susah pun nak cari.. google sahaja pasti dapat. Dekat wikipedia pun ada. Rupanya sekarang sudah ada Hizbut Tahrir Malaysia. Tok tidak ada apa tentangan tentang mereka ini, tok cuma pemerhati sahaja.. Bukan bermakna tok tak sokong kebangkitan khilafah. Tapi masa ini tok cuma memerhati sahaja dulu.
Tok rasa macam nak menulis pulak tentang kebangkitan khilafah versi tok yang penuh dengan dongeng. Tengok lah kalau ada mood nanti.
Thursday, March 8, 2012
Kurangkan Makan Malam
Sekarang tok dah kurang makan malam. Balik kerja Sebelum sampai rumah selalunya tOK akan singgah minum petang. Malam tok tak makan dah. Tok cuma amalkan minum susu Kambing Sebelum tidur.
Bukan apa, badan ni rasa dah berat dan perut makin naik, jadi Kena Kurangkan Makan la sikit. Tapi Kalau dapat six pack pun bagus jagaK. Rasanya... Tidak Mungkin. DUlu tok belasah ja makanan yang nenek masak. Secara purata makan malam mesti bertambah. BuKanlah sebab nenek pandai sangat meMasak. Tapi selalunya masakan nenek Kena sangat dengan tekak tok.
Wednesday, March 7, 2012
Nenek Kembali Kaya
Dulu nenek Selalu sangat percaya bahawa kalau nak kaya mestilah berniaga. Nenek terlalu takSub dengan Kepercayaan ini. Berkali kali Sudah tok kata kan bahawa rezeki itu datang dari Allah. Tapi nenek tetap yakin, kalau nak Kaya Mesti Kena berniaga.
Jadi, bermacam macamlah jenis perniagaan yang nenek ceburi, dari jual ubat, jual alat mekap, multi level marketing berbagai bagai dah, unit trust, insuran dan macam macam lagi, hasilnya tetap cukup cukup makan.
Akhirnya nenek termakan juga dengan kata kata tok dan mula bekerja makan gaji dan hentikan dulu bisnes bisnes part time ni. Sedar tak sedar sudah 4 tahun nenek concerntrate kerja makan gaji. Dan tidak pernah missed mendapat bonus.
Untuk tahun ni nenek baru sahaja dapat surat terima bonus.
"hampir 20 bulan".. kata nenek..
"apa yang 20 bulannya?".. tanya tok..
"bonus la"... jawab nenek..
Selepas itu ada jugak tok tanya..
"sepanjang kerja di kompeni sekarang lebih kurang 4 tahun.. agak agak berapa jumlah bonus yang dah dapat?"..
"adalah dalam 500 ribu".. jawab nenek..