Friday, July 24, 2015

Facebook Pages

Salam.

Sekarang ni kalau ada apa apa update baru tok update kat Facebook Pages dah. Kalau minat nak membaca, sila cari page nama "Markas Ketualanun" atau click pages link di frame sebelah kanan.

Blogspot ni tok tak tutup, tapi tok akan biarkan bersawang.

Sekian sahaja, harap maklong.

Wednesday, March 11, 2015

Giler Kentang Punya Lama

Salam..

Pagi tadi tok buang keladak dan habuk kat kipas rumah ni. Punya lah tebal dia punya habuk. Ingat kalau kumpul dapat jugak sekilo. Entah macam mana tak tahu lah apa kaitan habuk dengan blog ni, tiba tiba ja datang idea nak update blog ni. Alhamdulillah... sawang dan habuk memang tak ada, tapi gila kentang punya lama tak update.

Apa cerita baru tok?

Memang tak ada apa. Hidup bermalas malasan selama hampir tiga bulan dan insyaAllah tok akan bertukar kerja bulan depan.

Kalau siapa ada idea bgtau lah apa tajuk yang patut tok tulis. InsyaAllah tok akan cuba layan.

Tuesday, November 11, 2014

11.11

Hari ni 11 November adalah hari jadi nenek. Tahun lepas (pada bulan september rasanya) tok ada cerita pasal kereta nenek hilang ketika parking di stesyen komuter.

Part 1
Part 2
Part 3

Sempena hari jadi nenek tahun ini nenek dapat hadiah yang terbaik dari syarikat yang bertanggung jawab. Antaranya;

1. Cevrolet sebiji

2. Bilik pejabat sendiri

3. Bilik pejabat sendiri yang agak luas. View jalan raya. Ingat kan view laut atau pantai!!!

Sekarang nenek sudah bertukar kerja di syarikat dalam kumpulan yang sama dengan syarikat yang mengambil kereta nenek haritu. Rupanya inilah dia hikmat kesabaran dahulu. Harap harap nenek tak balas dendam. Kerjalah baik baik ya my darling.

Selamat Hari Jadi. Moga kita sentiasa berada di dalam rahmat Allah S.W.T.

Bukit Kutu


Pada weekend (9 Nov 2014) yang lalu tok dan beberapa rakan dan jiran telah mengambil kesempatan untuk mendaki Bukit Kutu di Kuala Kubu Baru Selangor. Penjelasan pasal Bukit Kutu sangat senang di dapati kalau bertanya dengan haji google. Jangan terpedaya. Nama aja bukit, Tapi mencanak nya boleh tahan jugak, nak nya untuk warga warga yang dah berusia macam tok. Sebenarnya jiran dan rakan rakan tok merancang untuk memanjat Gunung Kinabalu pada bulan Mei tahun hadapan. Jadi, rentetan daripada itu, beberapa siri latihan terpaksa lah di rancang. Antaranya memanjat Bukit Kutu.

Berhenti dahulu di pekan Kuala Kubu untuk cari bekalan, terutama sekali nasi lemak. Sebab perancangannya untuk makan tengah hari di puncak bukit.

Meregang badan dan membaca doa untuk keselamatan.

Pendakian bermula. Pada awalnya, jalan agak mendatar.

Antara rakan yang biasa berlari ketika turun Kinabalu. Sembang Kemaih!!!

Antara checkpoint untuk berehat. Tempat yang tenang, nyaman dan menenangkan.


Antara yang awal sampai ke puncak Bukit Kutu.

Tak silapnya, ini adalah Empangan Kuala Kubu dari puncak Bukit.

Berdoa dan bersyukur kerana selamat naik dan selamat turun.

Cukup la tu gambar. Tanya haji google pun banyak gambar jugak. Ikut pengalaman tok memanjat pokok bukit ni, walaupun namanya bukit, tapi jangan di pandang rendah. Kelengkapan kena cukup dan sempurna. Terutama sekali kasut yang sesuai dan bag bawak air yang sesuai. Air sekurang kurangnya 3 liter baru selamat sikit la. Untuk latihan seterusnya kami akan ke Gunung Nuang pulak.

Tuesday, October 28, 2014

Siri Bercakap Dengan Jin Versi TV


Itu dia, dah ada versi TV. Bukan nak promo, sekadar nak sampai kan ja. Kot kot ada yang minat nak tengok.

Kongsi Video

Sekadar nak berkongsi video. Tok tak tahu siapa ni. Boleh layan la, tapi kebenarannya korang fikirlah sendiri. Video tu pun bukan tok punya. What say you baby???


Friday, October 3, 2014

Qurbani


Maka ketika anaknya itu sampai  berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".
(As-Saaffaat 37:102)

Salam Aidil Adha

Tuesday, September 30, 2014

Kongsi #2






Pikir, pikir dan pikirkan. Tak tahu benar atau tidak. Tapi untuk sesuatu kita pikirkan.

Kongsi


Sekadar berkongsing kongsi cerita dan berita. Untuk kita berfikir fikir dan membuka minda. Kebenarannya hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu.

Sunday, September 14, 2014

Kuda Baru



Salam.

1. Nak kayuh basikal, hari hujan.

2. Sementara tunggu hujan berhenti, tok browse internet.

3. Bosan browse internet, nak update blog yang bersawang ni.

4. Jenuh pikir topik waktu hujan hujan ni.

5. Cerita ja lah pasal kuda baru tok ni.

6. Belum habis "running in" lagi.

7. Rasa macam pelik la pulak update blog style point form ni.

8. end