Thursday, September 12, 2013

Kereta Nenek Hilang - Part 1


Tok dengan nenek pergi kerja selalunya naik komuter. Dan tiap tiap hari lah parking kereta dekat station komuter. Dan tok ni memang istiqomah parking kat satu spot ja. Jarang letak lain lain tempat. Ada lah satu hari ni (minggu lepas), waktu balik kerja, sambil jalan jalan dengan nenek ke parking kereta. Dari jauh tok jenguk jenguk la kereta. Tak nampak pun. Tapi tok tak kesah sangat, sebab tok ni rabun, dah lah rabun, waktu tu senja pulak. Masa tu dah terdetik dalam hati..

"Eh!! Mana kereta aku ni?"..

Tok dengan nenek makin lama makin hampir pada spot kereta.

"Mana kereta tok?" tanya nenek

"Entahlah nek, rasanya parking kat sini pagi tadi." jawab tok dengan muka relax.

Ya lah.. kita ni lelaki, mana boleh panik. Waktu tu tok konfius kejap. Tak mungkin lah letak tempat lain. Jenguk jenguk jugak kat tempat lain, tak nampak jugak kereta.

"Rasanya kereta kita ni dah kena curi lah nek".. cakap tok pada nenek.

"Jom lah kita report polis".. kata tok lagi.

Syukur la stesyen komuter dengan Balai Polis tak lah jauh sangat. Sambil jalan tu dok teringat jugak lah ayat sura Al Baqarah yang berbunyi lebih kurang.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya"

Sambil sambil tu sempat lah bagi tahu nenek.

"Ini semua dugaan ya nek.. sabar.. sabar"

Sebenarnya nak bagi tahu diri sendiri ni. Tapi nak tunjuk cool depan nenek, so keluar lah kata kata nasihat untuk nenek. Tak sempat masuk balai polis, tiba tiba muncul la pulau Silau Kilau dengan anak beliau. Tiba tiba ja break motor depan tok.

"Apa masalah tok?" tanya tok Silau

"Kereta hilang kat parking komuter" jawab tok.

Pendekkan cerita, tok Silau balik rumah dulu hantar anak dan tukar kereta, nanti beliau datang jemput hantar tok dan nenek balik rumah.

"Jangan risau nek, ini semua dugaan ja, belum report polis lagi orang dah datang nak tolong".. kata tok pada nenek.

sambung...


No comments:

Post a Comment