Wednesday, October 31, 2007

Apa Cerita?

Rasanya macam dah lama sangat tok tak menulis. Bukan tak ada cerita tapi banyak sangat halangan nya. Nak kata malas tak mungkin, sebab cerita banyak. Cuma tok perlu lakukan hanyalah menaip. Bukan kan itu mudah sangat.

Tapi yang sebenarnya tok nampak sebenarnya tok kekurangan masa. Masa tok banyak di berikan kepada orang lain. Atau pun tok sahaja mencari alasan kerana tidak menulis. Apa apa pun tok tak tahu... ada keizinan nanti tok sambung lah cerita cerita dongeng zaman moden ni.


Monday, October 22, 2007

Notebook Rosak

Dah berminggu notebook tok rosak. Akhirnya lepas raya dapat jugak tok ke Plaza Low Yat di KL untuk membetulkan notebook tok. Itu pun selepas segala cubaan tok membetulkan sendiri gagal.

Rupanya ada chip yang sebesar ibujari yang rosak. Kos baikpulih campur tukar barang adalah hangus dalam RM300. Tak apa.. janji tok boleh buat kerja. Tapi selepas itu.. lain pulak rosaknya. Keyboard buat hal. Bila tekan button "b", akan keluar huruf "bg". Begiru juga kalau tekan button "g", akan keluar juga huruf "bg".

Begitu juga lah halnya dengan button "n" dan "h". Bila tekan salah satu button, akan keluar huruf "nh". Petang tadi abis barai button keypad tok tanggalkan. Sambil tu, tok scan jugak dengan anti-virus. Tiba tiba ok pulak button tu. Jadi tok pasangla balik button2 keypad yang dah barai tu. Alih alih, malam ni jadi balik.

Tok cuba dulu scan dengan anti-virus. Virus tak jumpa, tapi separuh scan, button sudah ok. Apa hal ya? Tok pernah diberi amaran dahulu, jangan terlalu suka bercerita. Tapi tok tak endah, tetap juga bercerita. Adakah ini satu sabotaj atau kebetulan? Ntah le.. tok pun tak tahu..


Saturday, October 13, 2007

Eidul Fitri

Selamat Menyambut Eid Ul Fitri al Mubarrak.

Thursday, October 4, 2007

Zakat Fitrah


Dua hari lepas masa jalan jalan di pasar Ramadhan di tempat tok, tok nampak ada lebih dari 2 kaunter bayaran zakat. Tok pun ambil le kesempatan untuk membayar zakat sekali. Tapi yang menyedihkan tidak jauh dari kaunter pungutan ada pengemis yang kudung kaki dan tangan nya.

Pesoalan tok sekarang, kenapa ramai lagi pengemis di Melaya ini. Bukan setakat pengemis, orang susah pun ramai. Tok tidak mahu pertikaikan kenapa mereka mengemis dan adakah mereka benar benar susah. Itu masalah masing masing.

Tok teringat dahulu cerita tentang suatu zaman nanti di mana tiada lagi orang meminta meminta di dunia ini. Maknanya tiada lagi orang susah dan tiada lagi orang mengemis. Dan tiada lagi orang beralasan untuk tidak beribadat kerana memikirkan kesusahan diri. Agak agak bilakah zaman itu? Sebenarnya tok pun tidak tahu.

Apa yang tok idamkan adalah dimana, tok teringin sangat membuka suatu organisasi yang tidak ada birokrasi dan bertujuan untuk membantu dan menghapuskan kesusahan manusia yang kebanyakannya berkaitan dengan duit. Organisasi tok ini akan menggunakan segala duit duit yang ghaib dan tidak zahir sebagai sumber keewangan.

Mereka mereka yang yang susah seperti ibu tunggal dan anak anak yatim akan tok letak kan di suatu tempat dimana ibu ibu tunggal akan bekerja sesama mereka seperti menguruskan ladang ladang atau kilang kilang yang di miliki oleh organisasi mereka sendiri. Duit duit dari keuntungan ladang atau pun kilang tersebut akan di gunakan untuk oleh mereka untuk menguruskan sekolah asrama anak anak yatim yang terdiri dari anak anak mereka juga. Di samping itu juga mereka yang bekerja akan menerima gaji yang setimpal. Kerja ladang dan kilang adalah satu contoh sahaja, pastinya peluang kerja akan diwujudkan khas untuk mereka di samping mereka dapat tinggal bersama anak anak mereka.

Begitu juga orang orang yang kurang upaya, tok akan bina satu asrama atau pusat berkelompok untuk menguruskan mereka mereka ini. Mungkin kita boleh gunakan tenaga tenaga ibu tunggal untuk menguruskan pusat ini. Sumber keewangan akan di ambil dari sumber sumber ghaib ini. Yang sebenarnya memang ada dan tunggu masa sahaja untuk dikeluarkan.

Bagi keluarga yang susah pula, tok akan membimbing mereka untuk berdikari seperti memulakan perniagaan agar mereka dapat menggerakkan sendiri ekonomi keluarga masing masing. Semua yang di taja akan dipantau secara dekat agar mereka semua berjaya dan keluar dari kelompok kesusahan. InsyaAllah...

Tapi bila nak mula ya?

Golok Keturunan


Di tunjukkan oleh Mbah di suatu masa akan golok keturunan yang telah digunakan suatu masa dahulu. Tapi masalahnya nya golok ini tidak pulak di zahirkan, hanya di tunjuk dalam bentuk bayang. Katanya, hanya boleh digunakan di alam mithal, alam hakikat dan juga di alam fantasi. Di tunjukkan juga bagaimana untuk digunakannya.


Di cincang besi lumat jadi nya, apatah lagi di tetak manusia, jin, jembalang dan apa juga makhluk Allah S.W.T. Juga di ajarkan bagaimana untuk terbangkan golok ini sejauh yang mungkin untuk mencari musuh dengan sendirinya. Tetapi masalahnya golok ini tidak berada di alam nyata.

Mbah oo Mbah, jikalau ikhlas ingin memberi, bawalah golok itu ke sini. Akan di gunakan sebaik mungkin seperti yang digunakan oleh keturunan terdahulu. Apa di risau kan jika tersalah guna. Jikalau tidak percaya, buat apa di tunjukkan. Atau hajat hati ingin mempermainkan? Jikalau tidak, bawalah kemari.