Thursday, December 26, 2013

Al-Kaafiruun


Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
(Al-Kaafiruun 109:1)

"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
(Al-Kaafiruun 109:2)

"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
(Al-Kaafiruun 109:3)

"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
(Al-Kaafiruun 109:4)

"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
(Al-Kaafiruun 109:5)

"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".
(Al-Kaafiruun 109:6)

Monday, December 23, 2013

Macam Macam Dah Ni

http://themuslimissue.wordpress.com/2013/01/04/is-the-kaaba-an-ancient-hindu-shiva-temple-confiscated-by-mohammed/

Yang ni claim Mecca tu pulak asalnya kepunyaan agama Hindu. Lantak korang la labu. Tok rasa tak lama lagi diorang ni pun mesti nak claim nama Tuhan diorang pun Allah jugak. Yang super bangang nya, gambar tempat melontar dikatakan sebagai Mecca tahun 1953.

Tok tukang sampai ja.

Wednesday, December 11, 2013

11.12.13

Tak ada yang special pun. Tok saja nak parking nombor ni jadi tajuk.

Monday, December 9, 2013

Luahan Hati Seseorang

Disebabkan ada yang meluahkan dalam blog kes Tuhan Harun yang di siarkan dalam surat khabar kecik sebelum. Maka tok tolong sampai sampaikan lah disini. Rasanya kes ni pun dah suam suam kuku aja. Tapi memandangkan tok pun dah lama tepu, maka tok sampai sampai kan ajalah.

http://dzilah11.blogspot.com/2013/11/tuduhan-yg-paling-dahsyatkes-ustaz-harun.html?m=1

Kalau baca keseluruhan blog pun bagus juga.

P/s: Tok tak kenal pun diorang ni. Waima Encik Harun ataupun clah ni.

Friday, November 22, 2013

Tuhan Kena Tangkap

Semalam jelas di suratkhabar (tak ingat dah yang mana satu) tok baca pasal Tuhan kena tangkap dah. Tok pun bukan nak percaya sangat selagi tok tak dengar sendiri dari mulut yang mengaku Tuhan tu. Adakah betul beliau ngaku Tuhan. Cerita bab tuhan ni macam macam tok jumpa dah. Ini bab pegangan dan iktikad masing masing. Masing masing punya alasan yang konkrit untuk melakukan tindakan masing masing. Yang pastinya, dosa sendiri sendiri tanggung.

Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.
(Al-An'aam 6:164)

Bab ini, separuh orang kata macam orang gali lobang nak cari emas. Ada orang tak mahu gali lobang dan tak mahu cari emas. Ada juga yang kata, cukup lah mendulang kat sungai sahaja. Tapi, kalau gali lobang, hasilnya akan besar, kalau terjumpa emas lah. Kalau tak jumpa jugak, makin lama makin dalam lah lobang di gali. Silap silap tak boleh keluar. Ada yang kata dah jumpa emas, maka duduk lah dalam lobang tersebut mengutip hasil. Dan macam macam lagi.

Lepas tu ada pulak yang gaduh gaduh pasal cara tiap tiap orang cari emas. Cara kau cari emas tak betul, cara aku betul, sebab ini lah cara yang di ajar oleh orang orang tua dahulu. Ada yang mengaku sudah dapat emas, tapi yang lain kata;

"itu bukan emas, itu bijih besi".

Maka bergaduh gaduh lah mereka disitu, padahal tak ada siapa pun lagi pernah berjumpa dengan emas. Masing masing pun mengaku bahawa emas masing masing adalah yang paling tulen dan yang betul (bukan bahan lain).

Itu belum nak kira lagi di mana letaknya emas itu. Ada yang kata kat tepi sungai, ada yang kata kat dalam sungai yang deras, ada yang kata dalam tanah kat belakang rumah masing masing dan macam macam lagi. Disebab nak cari emas ini sukar, maka kita perlukan pakar. Jadi tiap pasukan pencari emas pun cari lah pakar pakar ini. Dah bergaduh la pulak antara kumpulan kumpulan ini pasal pakar mereka.

"pakar aku lah yang paling bagus, sebab sanad mencari emas mereka memang terbaik."

Macam macam lah. yang pastinya hal ni tak kan habis habis. Yang pastinya, Rasul dah letak jawatan dan Tuhan dah kena tangkap. Apa nak jadi dah sekarang...

Tuesday, November 12, 2013

Tuhan Harun


Sejak dua menjak ni famous pulak tok dengar nama ajaran yang di panggil Tuhan Harun. Tak pasti lah pulak apa maksud Tuhan Harun. Sama ada ajaran Tuhan kepada si Harun atau Harun tu dipanggil sebagai Tuhan. Apa apa pun tok dah confius sikit kat sini. kalau google "Tuhan Harun", memang ada lah sedikit cerita nya. Kalau ikut bacaan dalam internet, rasanya lebih kepada Harun ni mengaku sebagai Tuhan. Kalau macam tu dalam Al-Quran pun dah cerita kot pasal Tuhan Harun ni.

Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(A-li'Imraan 3:18)

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?" (Bagi menjawabnya) katakanlah: "Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?" Katakanlah: "Aku tidak mengakuinya". Katakanlah lagi: "Hanyasanya Dia lah sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wa Jalla)".
(Al-An'aam 6:19)

Tuesday, October 29, 2013

Sepotong Dua Ayat Lagi

Nak sampai kan sikit lagi. Berita tentang tentera malaikat yang di sampaikan oleh Allah S.W.T


(Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?,"
(A-li'Imraan 3:124)

Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.
(A-li'Imraan 3:125)

Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(A-li'Imraan 3:126)

Friday, October 25, 2013

Sepotong Dua Ayat

Saja nak sampaikan sepotong dua ayat. Moga siapa yang membaca ini di berikan kepahaman oleh Allah S.W.T.

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(At-Taghaabun 64:11) 

Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri.
(Al-Mujaadalah 58:10)

Tuesday, October 22, 2013

Ajaran Sesat


Beberapa hari dahulu tok adalah sembang dengan Haji Hamzah, bertanya kan pendapat beliau tentang beberapa ajaran yang di katakan sesat oleh Jabatan yang bertanggungjawab.

"maulana saya kata diorang ni tidak sesat, mereka hanya tergelincir sedikit".. kata haji hamzah selamba

Selama ini pun tok tak berani nak kata orang sesat. Ya lah siapa tok. Kita pun kadang kadang tak sedar kita ni sesat jalan, walaupun guna GPS. Dan tok tak pernah dalam hati menyatakan, kalau group itu di fatwakan sesat bermakna mereka telah murtad. Kalau sesat, maknanya sesatlah. Yang sesat sepatutnya di bantu, bukan lagi di terajang.

Pengalaman tok waktu sesat di Ledang dahulu, agak perit jugak. Alhamdulillah Allah bantu. Bila jumpa jalan keluar, dah tak larat turun menapak dah. Alhamdulillah, jumpa renjer tolong bawak keluar naik 4x4. Bayangkan, kalau dah la sesat, bila jumpa renjer kena sepak pulak masuk gaung. Memang naya. Nasiblah renjer renjer tu semua baik baik.

Sunday, October 13, 2013

Misi Ke Bulan Gagal


Entah mana silap nya, yang pastinya memang tiada rezeki. Maka tok tak jadilah guna passport ni buat sementara waktu. Yang pastinya, kad jemputan tidak kunjung tiba. Tok terima sahaja, mungkin ada Hikmah dan perancangan lagi bagus dari Maha Perancang. Jadi apa lagi, mula lah tok ngasah parang dan pisau lapah.


Friday, October 4, 2013

Alhamdulillah


Alhamdulillah. Berita gembira disampaikan oleh nenek sebelum Solat Jumaat tadi betul betul melegakan tok. Setelah berminggu minggu memohon doa, meminta tolong kawan kawan turut doa kan tok. Akhirnya dapat juga panggilan untuk tok. Perjalanan kerohanian sebenarnya sudah lama tok lalui, di mana kesabaran tok diduga juga tawakkal pun di duga juga. Alhamdulillah.

Walaubagaimana pun ini baru lah permulaan. Doakan tok agar mudah dalam segala hal.

Thursday, September 26, 2013

Kereta Nenek Hilang - Part Akhir

Tok malas nak panjang panjang lah part ni. Sebab tok nak bukak cerita baru dah ni. Jadi tok rangkum kan ajalah cerita supaya jadi padat. Arakian.... keesokan hari nya nenek pun telefon lah ofis Syarikat kewangan tu.

Ini cerita nenek yang diceritakan pada tok.

1. nenek telefon syarikat kredit. mula mula sombong, iyalah kononnya nenek tak bayar 3 bulan. bila nenek mintak statement bulan mana yang tak bayar. diorang tak boleh produce pulak. nenek kata sekurang kurangnya nenek dah bayar sehingga bulan julai (diketika itu). tunggu tengah hari nanti diorang call balik.

2. sampai petang tak call balik. nenek yang call tanya. "err.. kereta dah boleh ambik sekarang".. kata diorang. part ni tok dengar memang tok nak mencarut. tapi kesabaran tok masih tinggi kononnya. lagi pun tok masih pikir ini dugaan Allah, apa barang mahu marah marah. Nenek suruh hantar kereta balik di mana diorang tarik semalam. "ok, kejap lagi akan ada orang lain telefon".. kata minah tu la.

3. dah hampir lewat petang, ada perempuan lain pulak call nenek. mintak maaf sambil nangis nangis. mengaku gaji kecik lah dan sebagainya. kalau hantar ke tempat semalam kena potong duit gaji dialah dan sebagainya. nenek pulak layu ja dengar. jadi kereta hanya hantar ke ofis nenek. kebetulan memang tok bawak kuncik kereta dan kebetulan memang tok suruh nenek yang pegang kunci tu. Yang sebenarnya tok dah jangka hal ni.

4. Jadi kes habis macam tu la. tak ada apa apa. tak ada surat. tiada apa apa.

Habis cerita nenek. Sambung cerita tok.

5. Tok terpaksalah bawak balik kereta haritu. punya lah malas nak ngadap jem. dah la ofis nenek kat Jalan Pinang. (tok ngan nenek hari hari naik komuter pergi dan balik kerja). Tak jauh gerak je kereta tu, dah macam macam bunyi keluar kat kereta. Kali ni tok sakit hati lagi. Tapi bila pikirkan dugaan Allah, tok sabar ajalah.

6. Weekend tu tok hantar kereta pergi check. Macam macam lah kena betulkan. Bar Bush la, Absorber la, entah apa lagi tok tak tahu nak sebut. Total semua RM1,600. Dah repair pun tak sedap lagi, rupanya drive shaft masih problem (yang ni tak buat lagi sehingga sekarang). Kali ni tok sakit hati lagi. Tapi bila pikirkan dugaan Allah, tok sabar ajalah (paste dari atas).

Kesimpulan:

tak ada kesimpulan. siapa yang baca simpul simpulkan ajalah sendiri. Nama Syarikat tersebut adalah XXXXXXXXX .

Friday, September 13, 2013

Kereta Nenek Hilang - Part 2



"kereta ni kena tarik, 3 bulan dah tak bayar".. kata cikgu

"ini ada reportnya sebelum diorang tarik tadi".. tambah cikgu lagi

PERGH... memang kena kali ini. Tok pun bukan tahu sangat pasal pembayaran kereta ni. Sebab ini kereta nenek. Dengan blur blurnya tok dan nenek pun jalan la pelan pelan keluar Balai Polis. Sambil tu tok dan nenek jalan jalan la tanpa hala tuju. Sambil sambil tu sebut sebut la ayat Al-Quran kat nenek yang lebih kurang bunyinya.

"Patut kah kita mengaku beriman, sedang kita tidak di uji"

Nenek tetap dengan muka konfius nya. Mungkin terkejut. Tapi tok tak ada la kesah sangat kereta kat rumah ada lagi dua biji, motor ada sebijik. Busuk busuk pun basikal ada lagi. Kebetulan pulak petang tadi opah ngah bank in RM10 ribu dalam akaun tok. Jadi tak ada hal lah kalau nak keluar kan kereta esok hari nya. Yang tok perasan nenek dok sebuk telefon syarikat kewangan. Punya konfius nenek sampai dia lupa dah senja senja mana la ada ofis nak jawab phone lagi.

"Esok aja lah telefon syarikat tu nek".. kata tok

Tok ni dah la rabun, senja pulak, tapi tok boleh perasan satu sosok badan manusia ni. Sambil jalan tu tok dah nampak.

"Acik Jepp.. nak pergi mana?".. tanya tok pada acik jepp kpp

Siapa kenal acik jepp mesti tahu punya, jawapan dia akan panjang menjela. prung prang prung prang.

"Acik ni sebenarnya nak minum ka nak balik?".. tok potong jawapan acik jepp tadi.

"Nak balik.".. pendek ja jawapan acik jepp

"kalau macam tu mintak tolong lah hantar kami balik ke rumah.".. tok mintak tolong pada acik jepp

Dalam kereta tok pun cerita lah hal tok dengan nenek ni. Apa lagi bertambah tambah lah prung prang prung prang acik jepp. Diorang tak patut buat lah. Diorang patut bagi RO la. Dan macam macam lagi acik jepp bebel.

"tapi kerete tu tak pernah missed bayar".. tetiba je nenek cakap.

Terkedu kejap dengat statement nenek. Acik Jepp lagi sedap la dia prung prang. Ini boleh saman lah. Boleh charge duit saman malu lah. dan macam macam bentuk saman lagi beliau senarai kan. Tok tukang dengar ajalah, dah ada orang tolong, tok tak boleh cakap banyak. Karang kena turun kereta pulak.

Setelah dapat beberapa pendapat, malam tu tok kebalai polis yang sama sekali lagi. Untuk buat report polis. Kalau dah bayar tip top, tak kan lah nak kena tarik jugak kan. Mungkin ada penipuan atau kes curi juga. So nak elakkan apa apa kejadian, maka tok dengan nenek buat juga lah report atas alasan kerete hilang.

bersambung...


Thursday, September 12, 2013

Kereta Nenek Hilang - Part 1


Tok dengan nenek pergi kerja selalunya naik komuter. Dan tiap tiap hari lah parking kereta dekat station komuter. Dan tok ni memang istiqomah parking kat satu spot ja. Jarang letak lain lain tempat. Ada lah satu hari ni (minggu lepas), waktu balik kerja, sambil jalan jalan dengan nenek ke parking kereta. Dari jauh tok jenguk jenguk la kereta. Tak nampak pun. Tapi tok tak kesah sangat, sebab tok ni rabun, dah lah rabun, waktu tu senja pulak. Masa tu dah terdetik dalam hati..

"Eh!! Mana kereta aku ni?"..

Tok dengan nenek makin lama makin hampir pada spot kereta.

"Mana kereta tok?" tanya nenek

"Entahlah nek, rasanya parking kat sini pagi tadi." jawab tok dengan muka relax.

Ya lah.. kita ni lelaki, mana boleh panik. Waktu tu tok konfius kejap. Tak mungkin lah letak tempat lain. Jenguk jenguk jugak kat tempat lain, tak nampak jugak kereta.

"Rasanya kereta kita ni dah kena curi lah nek".. cakap tok pada nenek.

"Jom lah kita report polis".. kata tok lagi.

Syukur la stesyen komuter dengan Balai Polis tak lah jauh sangat. Sambil jalan tu dok teringat jugak lah ayat sura Al Baqarah yang berbunyi lebih kurang.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya"

Sambil sambil tu sempat lah bagi tahu nenek.

"Ini semua dugaan ya nek.. sabar.. sabar"

Sebenarnya nak bagi tahu diri sendiri ni. Tapi nak tunjuk cool depan nenek, so keluar lah kata kata nasihat untuk nenek. Tak sempat masuk balai polis, tiba tiba muncul la pulau Silau Kilau dengan anak beliau. Tiba tiba ja break motor depan tok.

"Apa masalah tok?" tanya tok Silau

"Kereta hilang kat parking komuter" jawab tok.

Pendekkan cerita, tok Silau balik rumah dulu hantar anak dan tukar kereta, nanti beliau datang jemput hantar tok dan nenek balik rumah.

"Jangan risau nek, ini semua dugaan ja, belum report polis lagi orang dah datang nak tolong".. kata tok pada nenek.

sambung...


Tuesday, September 3, 2013

Wakil Malaysia Sudah Mula Berperang Di Syria


Tok tak tahu lah benar ke tak. Tapi nampaknya macam Proton Saga BLM. Tahniah Malaysia. Kalau tak betul, kira layan ajalah tengok video ni.

Dua Puluh Sen


Tok dulu rumah boleh katakan dekat juga jalan keretapi. Selalu jugak la bila petang petang lepas habis ngaji, tok dengan kawan kawan suka lepak tepi rel keretapi. Macam macam aktiviti boleh buat kat situ. Kadang kadang tekup telinga atas rel keretapi, kita boleh tahu keretapi dah nak sampai atau tidak. Tapi hati hati jangan rapat sangat dengan telinga, boleh melecur dibuat nya. Bila keretapi penumpang lalu, kadang kadang tok dan kawan kawan akan beratur dan buat macam macam aksi, sambil melambai lambai kepada penumpang. Tapi yang paling best selalunya kami suka letak duit syilling atas rel, selepas keretapi lalu, duit dua puluh sen pun boleh peyek jadi lima puluh sen. Tapi jarang sangat lah guna duit dua puluh sen. Masa tu, dua puluh sen macam macam boleh beli. Tapi sekarang, dua puluh sen berterabur dah kat dalam rumah. Diorag ni dah tak pandang dah. Nenek aja lah yang rajin kutip kemudian letak dalam tabung.

Dari dulu sampai sekarang, duit syilling dua puluh sen pun dah beberapa kali berubah saiz dan warna. Yang terbaru rasanya saiz nya lebih kecil dan warnanya hampir ke emasan. Dan pastinya nilainya sudah hampir tiada. Kadang kadang pergi kedai mamak.

"Mamak!!! kasi kira...."

"Mune.. Rendek.. Angre Angre.. Aribba.. sepoloh ringgit dua poloh sen. Sepoloh ringgit sudah".. kata mamak.

Kadang kadang ada juga kedai kedai yang berkira sangat.

"dua puluh sen pun tak boleh nak kurang".. kata nenek

Konfius kejap, sebenarnya tok nak cerita pasal apa ni?

Pandangan Pakar



Wednesday, August 28, 2013

Komplen Banyak


ini adalah peringatan untuk diri tok sahaja.

Dalam kehidupan hari hari ni selalunya kita tak sedar yang kita ni banyak komplen. Kadang kadang tak perlu pun untuk komplen komplen. Tapi sebab dah terbiasa, sebarang hal kita nak komplen.

1. Gaji lambat masuk. komplen.
2. Bonus dapat tapi potongan banyak. komplen.
3. Balik rumah bersepah. komplen.
4. Makanan lambat sampai. komplen
5. Penat. komplen
6. Lapar. komplen
7. dan macam macam lagi jenis komplen.

Adakah banyak komplen ini sebenarnya tanda kita lupa bersyukur pada yang ESA. Bagi tok adalah iya dan tidak. Tetapi selalunya iya lah. Jadi tok akan cuba untuk kurang kan komplen dan banyak kan bersyukur. Kalau tak berapa rajin atau tak berapa ingat nak bersyukur selalu, sekurang kurangnya tok boleh kurangkang kufur nikmat.

Tuesday, August 27, 2013

Talbiyyah


1. Labbaik Allahumma Labbaik:
Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah.
2. Labbaika la syarika laka labbaik:
Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu.
3. Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika laka:
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu.

Yang ni pula tok dapat dari wiki (http://ms.wikipedia.org/wiki/Talbiah)

Transliterasi talbiah:
Labbaika Allahomma Labbaik. Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan-Nematah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka.
Maksud:
"Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu".

Wednesday, August 21, 2013

Panggilan Haji


Alhamdulillah. Selepas menyambut Syawal, kini tiba pula untuk menunggu tibanya Raya Haji atau pun dipanggil Raya Qurban.

Hapuskan Sultan 2030???

http://www.youtube.com/watch?v=l63ryRxXUp4
http://www.youtube.com/watch?v=qWwVVlAuZ9c

Tok tak tahu lah ini perancangan sebenar atau sekadar permainan. Tok jumpa kat facebook dan youtube. Dengarnya beliau seorang ustaz dan juga blogger. Tapi beliau blogger yang terkenallah, bukan macam tok. Kalau benar pun perancangan beliau sekali pun, tok tak berani nak komen panjang sebab video ni tak ada pangkal dan tak ada hujung. Jalan cerita tak ada, tahu tahu dah perancangan sahaja. Apa yang tok nampak, beliau ni macam tok jugak lah.. suka syok sendiri. Tapi tok tak ada lah terpikir sampai nak hapuskan sultan.

Tuesday, August 20, 2013

Ghazal Untuk Rabiah


Tok ni tak berapa paham sangat. Sejak dua menjak ni tok tengok banyak orang pakai logo jari empat ni. Terutama sekali di jadikan avatar/logo di facebook. Tok tak tahu lah nak cerita apa maksud jadi empat ni. Sampai ada yang kata berhenti semua hiburan, berhenti semua berhari raya, mari kita layan jari empat yang diorang panggil R4BIA. Sampai begitu sekali rupanya. hmm R4BIA dengan Rabbiah dalam lagu kat bawah ni sama ke tak?. Yang penting RABB kena layan dulu.




Tuesday, August 13, 2013

Sembahyang Jumaat


Tu dia.... itu baru peringatan pertama. Orang kampung tok kata Gentle Reminder. Tok tak nak komen apa apa. Ada posititf dan ada yang negatif di sini.


Ni cerita pasal solat jumaat di dalam Al-Quran.


Ni.. solat Wusta tu sembahyang Asar ke?



Yang ni pula adalah waktu waktu solat yang di sebut di dalam Al-Quran.


Wednesday, August 7, 2013

Esok Syawal


Tok tulis hari ni lah. Esok satu Syawal (InsyaAllah), tak ada kerja la tok nak update blog esok. Jadi tok tulis hari ni. Walau pun mood menulis tak ada, tapi tok tulis jugak la.

"SELAMAT HARI RAYA"

Tok harap korang semua sentiasa berada di dalam lindunganNya.

Tuesday, August 6, 2013

Kerajaan Langkasuka La La Lagiii... Bahagian Dua


Kesian tok tengok kat depa ni. Buat kerja macam orang tak ada pikiran. Pengikut pengikut Sultan ni jangan terasa pula kalau tok mengata. Dengarnya dah kena tangkap semalam.

Friday, August 2, 2013

Mencuka Lantai - Bahagian Ke Dua



Dulu tok pernah cerita pasal mencuka lantai di sini.

http://ketualanun.blogspot.com/2012/12/mencuka-lantai.html

Tu la, pasal tak nak bagi kucing melepas merata kat rumah. Rasanya sekarang ni makin kritikal. Sebab anak kucing makin bertambah. Maka isi perut diorang yang nak dibuang pun makin banyak. jadi tok kena pikir lebih advanced lagi. Orang kata one step ahead dari pada diorang. Maknanya, selain dari pada mencuka lantai, tok sudah jumpa pilihan lain. Layar punya layar, maka tok terjumpa lah website ni.

http://www.tenringgitshop.com/2012/07/produk-menghalau-kucing-dari-berak.html

Apa lagi tok sms.

"bro bad. produk halau kucin berak merata rata ni ada stok tak?"

"stock tak brp banyak cik. yang solid tinggal 5. yang tabur tinggal 3. cik nak berapa qty?".. cepat jugak jawapan bro ni. tapi dari ayatnya tok rasa bukan bro ni. tapi lantak lah, bukan tok nak ngorat pun, tok nak beli barang ja.

"saya ambik semua la. esok saya bank in." jawab tok

barang sudah sampai. tak sabar nak mencuba ni. korang korang yang nak order kat brother bad tu, kena tunggu la. tok dah habis kan stok dia.

Zakat


Alhamdulillah, berjaya bayar semalam. Kebetulan pulak semalam tok tengok ada banyak kartun ni berlegar legar di facebook.


Memang la nampak negatif kartun ni. Tapi biarkan ajalah, anggapkan sahaja itu urusan depa dengan Allah. Lagi pun kita yang dok komplen ni pun kadang kadang bayar zakat fitrah aja yang satu kepala RM7 sahaja. Tok tahu ada juga yang yang bayar zakat pendapatan, lepas tu contra balik dengan income tax. Dan tok tahu ramai jugak yang bayar zakat perniagaan. Tapi cadangan tok, tak payah penin pening la. Lepas bayar, biar kan ja lah pusat zakat tu uruskan. Kalau tak betul urusan diorang, biar diorang jawab sahaja di akhirat kelak. Lagi pun kita bukan tahu cerita sebenar nya pun.

Tuesday, July 30, 2013

Kerajaan Langkasuka La La Lagi..


Tok jumpa kat facebook. Nampaknya diorang tengah cari tentera, nak 3 juta orang tu. Ini dah kira macam nak perang dah ni. Apa apa pun tok tak tahu apa apa tentang diorang ni. Jangan tanya tok. Nombor telefon banyak kat surat tu. Telefon lah sendiri.

Thursday, July 18, 2013

Tambah Blog List

Tok baru perasan, ada juga yang letak link blog tok ni kat blog korang. Sebagai ucapan terima kasih tok letak balik lah link blog korang kat Blog List tok. Tu.. acer korang tengok kat tepi belah kanan tu.

http://capiloton.blogspot.com/
http://liannewskool.blogspot.com/
http://si-kilat-senja.blogspot.com/
http://belacanspage.blogspot.com/
http://oghangbaado.blogspot.com/
http://saifulmerahs.blogspot.com/
http://syahazli.blogspot.com/
http://saharudinmohddan.blogspot.com/
http://hidroforbik.blogspot.com/
http://fakirabad21.blogspot.com/

Sekali sekala tok tengok jugak. Ada yang makan tahun tak update tu, mungkin tok akan remove jugak. Mana yang tok terlepas pandang tu. Tolong tolong lah bagi tau ya. Dan mana yang tak suka tok letak link tu pun tolong lah bagi tau.

Senyum Lah


Ada orang kata senyum itu sedekah. Ada jugak yang kata senyum itu juga ibadah. Kalau bagi sedekah boleh dapat pahala patah lagi buat ibadah. Kata orang lah. Tapi ada jugak senyuman yang boleh bikin tok ketawa pagi pagi ni. Abang Misai ni memang pandai buat lawak.

Tuesday, July 16, 2013

Terapi Ayaq


Tok baru jumpa ni, katanya air terapi. Bunyi keislaman memang sangat hebat. Dan bahan bahan nya memang agak gempak kalau budak belum mumaiyyiz baca. Tok baca ingredient pun meleleh ayaq liur di bulan puasa. Bukan sebab sedap, sebab tak paham. Antara bahan bahannya.

1. Rawatan Air kaedah Nano Hydronium.
2. Cendawan Ajaib
3. Kulat Susu Harimau
4. Kemeyyan Makkah
5. Sarang Anai Anai ( yang sudah makan 22 juzuk ayat Al-Quran)
6. Air Zam Zam
7. Air Hujan Malam Jumaat 10 Muharram

Nano Hydronium
Tok cari dalam internet, tak jumpa apa apa pun. mungkin ini satu kaedah rawatan air yang baru dan super gempak. Maka, lebai google pun tak berapa nak tahu nak jawab.

Cendawan Ajaib
1. sangat menghairankan, aneh, ganjil, pelik (luar biasa atau jarang terdapat dsb): suatu kejadian yg sungguh ~; barang-barang ~; 2. sl sesuatu yg menghairankan, sesuatu yg aneh (luar biasa); ~-khanah muzium; mengajaibkan 1. menimbulkan rasa hairan, menghairankan, menakjubkan: kejadian itu sungguh ~; 2. menganggap (memandang sbg) ajaib: tak guna ~ kuasa Tuhan; keajaiban 1. sifat (keadaan dsb) ajaib, ke­ganjil­an, keanehan, keluarbiasaan; 2. sesuatu yg ajaib (menakjubkan), kejadian dll yg pelik (aneh dsb), keanehan, keganjilan: saya me­nyaksikan bermacam-macam ~ yg belum pernah saya lihat.
(Kamus Dewan Edisi Empat)
Tok tak tahu mana diorang dapat cendawan sangat menghairankan, aneh, ganjil dan pelik tersebut. Tapi tok teringin jugak nak tahu atau nak tengok sebab apa cendawan tu jadi sangat menghairankan, aneh, ganjil dan pelik.

Kulat Susu Harimau
Kulat susu harimau sememangnya dikenali bagi pengamal perubatan secara tradisional. menurut petuanya...dengan memakan kulat ini, ianya dipercayai dapat menawarkan penyakit kanser tahap awalan. wallahu..hanya dengan izinnya. (sumber: http://alamallah.blogspot.com/2012/07/kulat-susu-harimau.html)
Maknanya Kulat Susu harimau ni memang bahan rawatan untuk pengamal perubatan tradisional.

Kemeyyan Makkah
Sebenarnya adalah Kemeyan Arab yang di beli di Mekkah. Tak percaya cuba google. Saja bikin nama kasi gempak.

Sarang Anai Anai (yang sudah makan 22 juzuk ayat Al-Quran)
Hmm, yang ni susah jugak nak komen. Tak pastilah pulak, sarang anai anai tu di buat cam mana untuk buat bahannya. Tapi bunyi nya pun dah gempak. Tak tahu lah, kalau anai anai dah makan Al-Quran, sarangnya akan jadi obat atau anai anai tu yang jadi obatr. Tapi dalam kes ni, mungkin sarangnya yang dah jadi obat. Sebab sarangnya sahaja yang jadi bahan, bukan anai anai tu.

Air Zam Zam
(rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Telaga_Zam-Zam)
Tak pasti lah pulak dalam satu botol tu berapa banyak di letak kan. Berapa pecahan dengan air yang lain.

Air Hujan Malam Jumaat 10 Muharram
Air hujan tu biasa biasa aja lah. Tapi Malam Jumaat 10 Muharram tu tok tak tahu lah rare ke tidak. Malas tok nak check. Tapi bunyi nya macam Friday The 13th. Tarikh tarikh yang rare atau jarang berlaku atau sukar nak berlaku. Tapi Insyaallah boleh berlaku. Tapi kena tambah lagi, kena tadah air hujan. Nasib baik tak tambah lagi syarat Tadah Air Hujan di Puncak Gunung Jerai hanya pada jam tepat 12 tengah malam. Penin, kalau hujan tak turun.


Mintak maap ustaz ustaz semua. Tok bukan nak mengata atau mengutuk produk ustaz ni. Tapi produk ustaz ni memang rare dan sangat sukar ditiru. Apa pun, kalau tok jumpa mana mana, InsyaAllah tok beli. Teringin nak tahu rasanya.

P/S: Allah Maha Penyembuh, bukan air yang menyembuhkan.

Thursday, July 11, 2013

Batal Puasa Ke Tak?


Makruh, yaitu ; Suatu perbuatan yang apabila ditinggalkan mendapat pahala, dan apabila dikerjakan tidak mendapat siksa. Seperti mendahulukan yang kiri atas kanan saat membasuh anggota badan dalam wudhu. makruh ini menunjukkan larangan yang tidak tetap.


Tuesday, July 9, 2013

Puasa


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Al-Baqarah 2:183)


(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
(Al-Baqarah 2:184)


(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(Al-Baqarah 2:185)


Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.
(Al-Baqarah 2:187


Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).
(Al-Baqarah 2:196)


Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar "diah" (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). Tetapi jika ia (yang terbunuh dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dan jika ia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu dengan mereka, maka wajiblah membayar "diah" (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut; (hukum yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(An-Nisaa' 4:92)


Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur.
(Al-Maaidah 5:89)


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh binatang-binatang buruan ketika kamu sedang berihram. Dan sesiapa di antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya (menggantinya) dengan binatang ternak yang sama dengan binatang buruan yang dibunuh itu, yang ditetapkan hukumnya oleh dua orang yang adil di antara kamu, sebagai hadiah yang disampaikan ke Kaabah (untuk disembelih dan dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Suci), atau bayaran kaffarah, iaitu memberi makan orang-orang miskin, atau berpuasa sebanyak bilangan cupak yang diberikan kepada orang miskin; supaya dapat ia merasai kesan yang buruk dari perbuatannya. Allah maafkan apa yang telah lalu; dan sesiapa yang mengulangi (kesalahan itu) maka Allah akan menyeksanya; dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Berkuasa membalas dengan azab seksa.
(Al-Maaidah 5:95)


Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.
(Al-Ahzaab 33:35)


Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliyah). Dan itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(Al-Mujaadalah 58:4)

Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, - yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, - (meliputi) yang janda dan yang anak dara.
(At-Tahriim 66:5)


Saturday, July 6, 2013

Test

test 123.

Thursday, July 4, 2013

Ilmu Hitam



Mungkin ada kebenarannya. Pengamal Ilmu Hitam tak perlu ambil Insuran.

Wednesday, June 26, 2013

Salah Kan Allah

Hari ni muka depan surat khabar The Sun, ada tajuk seorang perempuan mati akibat Asma. Jadi seluruh keluarganya di Muar telah menyalahkan jerebu. Sambil baca tu, tok adalah dengar komen sorang pacik ni.

"Salahkan lah Allah"..

Pakcik tu selambanya bagi tau kawan dia. Kawan dia main angguk angguk. Teleng teleng tok tak nampak pulak. Bila LRT sampai tok tak nampak dah pakcik pakcik ni.



Mungkin pakcik tu beriman pada ayat di atas, tu sebab dia berkata begitu. Anggapan tok lah. Sayang sekali tok tak ada rezeki bersembang dengan pakcik pakcik tu.



Rupanya Allah sudah menetapkan yang di panggil ketetapan ajal kita. kalau Allah dah tetap kan, boleh kah di elak elak lagi? Tok pernah dengar orang kata.

"kematian boleh di tunda dengan doa dan usaha"..



Dah ada yang mintak doa lambatkan mati.



Dan ada juga jawapan dari Allah.

Tuesday, June 25, 2013

Bentara Tujuh

Tok baru ja jumpa satu blog. Menarik jugak untuk di baca. Tok tak kenal pun pemilik blog. Sekadar nak share shaja.

Blog Bentara Tujuh

Tapi, tok tak mau tanggung jawab atas isi blog tersebut. Sendiri baca, sendiri tapis.

Daktari

Semalam tok tidor punya awal. Seingat tok jam 9 mlm tok dah meninggalkan dunia kot. Pagi ni bangun, keluar satu lagu ja dalam otak.

"Daktari..."

"Daktari.."

Sambil mandi pagi pun bebunyi ja.

"Daktari..."

"Daktari.."

Naik Komuter pun berbunyi lagi. Nak browse handphone pun tak boleh.

"Daktari..."

"Daktari.."

Last last baru tok teringat. Rupanya ini adalah cerita bersiri, dulu tok selalu tengok cerita ni. lama sangat dah, sampai lupa cerita ni.


Lega, rasanya selesai masalah ni. 

Friday, June 21, 2013

Pemergian

Hari ni tok di kejutkan dengan pemergian dua sobat tok. Walaupun pemergian mereka dalam jangka masa yang berbeza, tapi beritanya sampai hampir sama. Kami tak pernah bersua. Kami tak pernah bersuri. Tapi kami bersahabat. Tok pun kurang pasti apa jenis persahabatan ini. Tapi pemergian mereka berdua sedikit meninggalkan kesan pada tok.



Tok harap kan agar di permudahkan oleh Allah segala urusan mereka selepas ini. Kita yang masih bernya ni pulak tak tahu lah bila.


Thursday, June 20, 2013

Pak Tam Batu Gajah


Tok ada sorang sobat yang orang panggil Pak Tam Manjung. La ni Pak Tam Manjung sudah meninggalkan kita. Bukan ninggal yang tu. Dia dah ninggalkan Manjung. Pak Tam dah pindah ke Batu Gajah. Pak Tam mesti tak percaya ni, tok siap buat topik khas sempena Pak Tam pindah ke Batu Gajah. Apa cerr ni Pak Tam. Sebelum ni depa dok panggil hang Pak Tam Manjung, la ni cuba hang habaq sikit. Aku nak suruh depa tukaq ka jadi Pak Tam BG? Dah la hang pindah diam diam. Atau orang lain dah tau.. aku sorang ja tak tau.

"WhatsApp tadak ka pak tam?" tanya tok

"Tak dak la" jawab Pak Tam

"Kalau cam tu HamsApp la" jawab tok

Wednesday, June 19, 2013

Jarang Jarang Update


Tok tahu tok ni dah jarang dah update blog. banyak betul halangan nak update blog ni. Bukan sebab cerita cerita tok ni sensasi sampai tak boleh menulis. Banyak faktor sebenarnya, faktor faktor tu pun sebenarnya alasan tok sahaja. Yang pastinya, alasan pertama tok ni adalah masa.

Entah kenapa sejak kebelangan ni tok rasa masa terlalu singkat. Sebuk sangat dengan urusan urusan dunia agaknya. Notebook tok pulak asyik tinggal kat ofis ja, jarang bawak balik rumah. Jadi bila ada topik nak tulis, kena tunggu waktu yang sesuai pulak. Bila waktu sesuai, idea pulak hilang.

Tok dah lama nak tulis benda ni. Ramai sangat orang suka guna ungkapan;

"sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu adalah datang dari kesilapan saya sendiri"

Tetapi...




Thursday, June 6, 2013

Pak Long DiPinang Bunian


Gambar di atas sebenarnya tiada langsung kena mengena dengan cerita ni. Dan tok tiada bercadang untuk bercerita tentang asal usul bunian. Macam macam khilafnya. Jadi, untuk pendek kan cerita kita anggap kan sahaja lah bunian ini sejenis makhluk ciptaan Allah macam manusia juga.

Ceritanya tak adalah complicated sangat. Cuma suatu hari mereka ni datang meminang pak Long melalui keluarga juga. Selama ini tok tak perasan ada yang berkenan kat Pak Long. Tapi, tok tahu banyak ciri ciri Pak Long yang membuat diorang berminat untuk berkawan. Setakat ni diorang cuma pandang dari jauh ajalah.

Semasa hajat di sampai kan, tok tidak berkata apa apa. Sebab perkara ini bukanlah hal main main. Jadi tok lebih suka jikalau berjumpa sendiri dan nyata kan hajat. Tok tidak suka melalui perantara orang lain. Dan ketika acara ini, nenek pun ada bersama mendengar. Dan seperti nenek sudah lama tahu, tapi tidak pernah memberitahu tok.

Dan dalam realitinya, nenek dan tukang sampai hajat pun sebenarnya tak tahu cerita apa apa.

Thursday, May 16, 2013

Cikgu.Cikgi



Arwah unyang jantan dulu cikgu. Unyang perempuan pun dengarnya pernah jadi cikgu. Tok ngah dengan Nek ngah pun cikgu. Nenek dulu pernah jadi cikgu sandaran. Tok pun pernah jadi cikgu tusyen sehari. Yang mengajar tok masa sekolah rendah pun cikgu. Yang mengajar tok masa sekolah menengah pun cikgu jugak. Masuk Kolej Matrikulasi pun yang ngajar tok cikgu jugak. Cuma waktu universiti aja tok tak panggil cikgu, sebab diorang ni pensyarah. Yang ngajar tok baca jawi, cikgu daud. sekarang duduk kat hujung tanjung, kampung sitiawan. Yang ngajar tok hisap rokok, Apple, Hatta dengan Kulop (tapi tok dah tak merokok sekarang). Kudin tak terlibat, sebab waktu tu dia cuti accident motor.

Yang mengajar tok mengaji tok panggil ustazah. Tok tak pernah belajar mengaji dengan ustaz. Ustaz dia ngajar lain, ustaz ajar tok munakahat. Kebetulan ustaz yang sama mengajar tok di sekolah menengah, juga mengajar tok di kolej matrikulasi. yang mengajar tok kilat kasut, gosok baju sampai side boleh luka jari adalah senior senior waktu di cawangan putera. Ada juga cikgu tok dahulu yang sekarang ni mengajar anak anak tok pulak.

Tok pernah jugak belajar boxing dan taekwondo masa sekolah menengah, tapi tok tak ingat tok panggil diorang ni cikgu ke apa. Yang ajar tok guna tekpi tok panggil Abang. Yang ajar tok Lian, tok panggil dia Ha. Yang ajar tok bawak kereta tok panggil cikgu. Unyang jantan pun ada ajar tok bawak kereta jugak. Motor tok belajar sendiri, basikal tok belajar sendiri. Tapi dengan kebenaran dan galakan unyang jantan. Yang dok ayat dan ajar tok main Mountain bike tok panggil tok abu.

Ada yang ajar tok main buluh runcing dalam mimpi, tapi tok tak kenal. Yang ajar tok tangkap jin dalam mimpi pun ada, pun tak kenal. Ada yang nak ngajar tok merawat, tapi tok tolak sebab tak mau jadi bomoh. Yang ni tak sempat jadi cikgu tok. Ada jugak yang ngajar tok cara melepaskan diri ketika dihimpit jin. yang ngajar ni pulak adalah jin yang suka himpit orang.

Banyak lagi cikgu.cikgi tok ni. Kalau nak senarai boleh tak tidur malam ni. dan senarai cikgu cikgu tok mungkin bertambah lagi (insyaAllah) esok hari, sebab tok tak tahu apa ilmu yang akan tok pelajari esok. Ada juga ilmu yang tok pelajari dari anak anak tok, binatang binatang, budak budak, anak anak jiran. Senang kata semua manusia, jin, IBLIS, Syaitan, tumbuhan, binatang dan apa sahaja adalah CIKGU tok. Terpulang sama ada cikgu yang memberi ilmu yang bermenafaat atau tidak. Apa apa hal pun, terima kasih CIKGU, kecuali SYAITAN dan IBLIS.

Semuanya masih tertakluk dalam hukum INSYA ALLAH...

Saturday, May 11, 2013

Tak Tahu Tajuk Apa Nak Beri


Entah apa la mimpi tok malam tadi. Hari ini terbuku buku hati tok nak memberitahu  yang barang siapa sahaja yang masih berhutang duit dengan tok, maka tok telah halalkannya. Tak perlu lagi pening pening memikirkan untuk membayar. Kalau degil, masih nak membayar juga, sila sedekahkan pada anak anak yatim atau masjid atas nama sendiri. Entah mengapa, sejak dua menjak ni rasa rezeki berlebih lebih pulak, tapi bukan dari segi wang ringgit. Tok tahu, Allah bagi rezeki dari pelbagai cara, hati senang, itu rezeki. hati susah, itu pun rezeki. sakit pun satu rezeki. Duit yang tok bagi korang pinjam tu pun bukan duit tok, duit rezeki dari Allah.

Tapi tak logik la pulak kalau kita halalkan duit orang pinjam. Tapi kita tak mintak sesuatu balik. Nanti orang kata sombong, tapi kalau mintak sesuatu balik orang kata tak ikhlas pulak. Lantak le orang nak kata apa. Untuk orang yang sudah dihalalkan hutang, tok tak mintak apa balasan. Cok cuma nak mintak orang yang tok masih berhutang (kalau ada), sila la hubungi tok dan nyatakan jumlahnya. InsyaAllah tok akan uruskan pembayaran nya. 

Settle bab duit. Tak syok pulak kalau tak di panjangkan bab maaf. Tok ni, kalau siapa biasa jumpa tau la, tok ni kadang kadang celupar dan cakap lepas. Siapa yang pernah jumpa tok, yang nampak tok ni pendiam, itu maknanya tok tengah bermuka muka. Orang kampung tok kata kontrol hensem. Jadi di kesempatan ini, alang alang dah cerita bab hutang tadi, maka tok sambung bab meminta maaf. Tok mohon maaf, jikalau tok ada terlanjur kata, tersilap bahasa dan tersilap type. Mohon dapat di maafkan, tok akan berusaha akan menjadi lebih baik dan cemerlang. Siapa siapa pun tiada pernah ada dosa dengan tok. Dosa hanyalah antara Insan dengan Pemilik. Jadi korang memang tiada dosa dengan tok. Dan kemaafan pada kalian jugak tok beri.

Tok dah agak, mesti ada orang kata dan tanya.

"Lain macam ja ayat tok ni"

atau

"Apa dah jadi tok?"

Selalunya kalau orang tulis macam tok tulis ni, selalunya.

1. Hari Raya
2. Orang Nak Pergi Haji
3. Orang Tengah Sakit dan Tahu Nak Mati Esok

dan selalunya lupa yang hal maaf memaafi ni patut dilakukan hari hari. Tapi bab hutang tu tak boleh la hari hari. Tapi kalau boleh.. "why not?". Sebenarnya tiga point diatas itu ada kebenarannya.

1. Hari Raya - Tak lama lagi dah nak Ramadhan, lepas tu Syawal.
2. Orang Nak Pergi Haji - Memang tok dah daftar pergi haji tahun ni. Kalau ada panggilan, berangkat lah tok nanti.
3. Orang Tengah Sakit dan Tahu Nak Mati Esok - Tok tak sakit, tapi tok tahu yang tok akan mati. Cuma tak tahu bila.

Yang pastinya tok lakukan ini semua kerana Allah. 

Wednesday, May 8, 2013

BangsaNegaraDanAgama


Perkara ni sebenarnya dah lama tok tanya tanya orang. Pernah suatu hari dulu tok tanya geng geng tiga garisan pasal fisabillillah mereka.

"kalau jumpa melayu dengan india bergaduh, mana kau tolong.?" tanya tok

"tentulah melayu" jawab mamat yang mengagungkan fisabillillah ni

"kau tak check ke india tu Islam atau tidak. kalau Islam macam mana.?" tanya tok lagi

"kita tetap tolong melayu.?" kata mamat ni lagi

ini lah dia. contoh fisabillillah taik kucin. tak tahu tapi nak cakap. atau ketua tak bagi cukup penerangan ni. pengikut dengar sipi sipi angin, terus nak guna pakai ayat cliche. nampak Islamic sikit bunyinya.

chup.. chup... chup... chup.. chup... gwyomi.. gwyomi.. 

lari topik pulak. tok nak cerita pasal Bangsa, Negara dan Agama dimana;

Bangsa = Melayu
Negara = Malaysia
Agama = Islam

Ada kutu bercerita, ajak Bangsa bersatu atas dasar Agama. Tok kata mana boleh. Sebab;

Bangsa tak semuanya berAgama.
Agama tak semestinya Bangsa.

Jangan la cerita pasal Negara, sebab Negara bukan ada Bangsa sahaja dan bukan ada Agama sahaja. Kalau ikut Rasullullah, bersatu dengan nama Agama dan tanpa mengira "bangsa". Tok pernah kata pada seseorang dahulu.

"kalau nak bersatu atas nama Agama... Bangsa kena buang".

Rupanya ada orang marah, sebab nak kena buang Bangsa. Kalau nak marah cuba ingat diatas.

Bangsa tak semuanya berAgama.
Agama tak semestinya Bangsa.

Jangan campur adukkan. Nanti konfius. Jangan pilih dua dua (Bangsa dan Agama), tak kan jadi betul. Sepatutnya ketam jalan senget, tiba tiba jalan lurus. Pelik jadinya, Nanti orang kata cuma Negara sahaja yang buat. "negara" lain tak buat pun. Jangan pulak kata Negara ni "special case", sebab Bangsa adalah Bani Jawi atau Lost Tribe Yahudi.

ah.. panjang lagi... tapi tok nak chup.. chup.. chup... gwyomi.. gwyomi kejap...