Hari ni tok di kejutkan dengan pemergian dua sobat tok. Walaupun pemergian mereka dalam jangka masa yang berbeza, tapi beritanya sampai hampir sama. Kami tak pernah bersua. Kami tak pernah bersuri. Tapi kami bersahabat. Tok pun kurang pasti apa jenis persahabatan ini. Tapi pemergian mereka berdua sedikit meninggalkan kesan pada tok.

Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan). ( Al-An'aam 6:2 )

Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan; ( Al-Waaqi'ah 56:60 )
Tok harap kan agar di permudahkan oleh Allah segala urusan mereka selepas ini. Kita yang masih bernya ni pulak tak tahu lah bila.

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. ( A-li'Imraan 3:185 )
No comments:
Post a Comment