Thursday, December 30, 2010

Wujud


Selama ini ramai yang dok cari cari Yang Wujud itu. Cari punya cari... ada yang rasa jumpa dah, ada yang tak puas, cari lagi. Ada yang ngaku jumpa dah.. cerita lah macam tu macam ni pada yang tak tahu. Yang tak tahu pulak, ada yang ikut ada yang tolak. Yang ikut pulak sambung cerita orang yang dah rasa dah jumpa tu, macam dia pulak yang dah rasa.

Mana mungkin yang tak wujud boleh berjumpa Yang Wujud. Jadi apa nak buat? BB ajalah dulu. Lain orang lain pendapat. Ikut lah pendapat dan pegangan masing masing. Kalau nak playsafe, duduk sahaja kat syariat.

Err.. tetiba je merepek ni.. apa hal gua ni??

P/S: BB = Buat Bodoh


Cuti


dulu semalam cuti, semalam cuti, hari ni cuti, esok cuti, lusa cuti, tulat cuti, tubin cuti, lepas tubin baru kerja balik.

masih malas nak update blog. tengok mood la jugak.


Twitter



http://twitter.com/ketualanun

tok tak tahu apa bender ni. sekadar daftar sahaja. ada siapa boleh cerita tak apa bendernya twitter ni.

Tuesday, December 7, 2010

Awal Muharram 1432

Kali ini tok berjalan pantai timur. Antara tempat tok beriktikaf. Malam pertama di Masjid Kampung Laut di Nilampuri. Antara masjid yang di iktiraf sebagai masjid tertua di Malaysia. Sila rujuk http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Kampung_Laut,_Nilam_Puri


masjid kampung laut

Malam kedua pula tok bermalam di Masjid Brunei di Danau Tok Uban. Kebetulan tok bermalam di masjid ini adalah pada malam Awal Muharram. Masjid ini sangat sunyi kerana jauh ke pendalaman dan tiada siapa yang menggunakannya. Di dalamnya sangat sunyi sepi, sehinggakan jarum jatuh pun boleh dengar.

masjid brunei, danau tok uban

Di balik cerita nyata (cerita alam lain).. kalau ada mood tok ceritalah nanti...

Saturday, December 4, 2010

Danau

InsyaAllah.. tok akan berada di masjid Brunei, Danau tok uban pada hari isnin ini. kalau ada kebenaran.. tok akan bermalam di sana.

Friday, November 26, 2010

Danau Tok Uban

gambar pinjam

Setelah beberapa perbincangan di lakukan melalui medium facebook, telefon dan bersuri, maka bersepakatlah antara tok dan mat-c-put untuk ke Danau Tok Uban pada cuti awal muharram akan datang. Nik buncit sudah di beritahu untuk menjadi petunjuk jalan, setakat ni.. InsyaAllah katanya.. Pak Tam tak tau lagi. Hang jadi pi ka tak?

gambar pinjam

Persoalannya. Kenapa ke Danau Tok Uban?

Ntah la.. tok pun tak tau kenapa. Dah sampai sana baru tau kot.

Service Kuda


Weekend yang lalu tok ambik kesempatan untuk servis kuda tok. Punya lah terawal sampai, kedai baru ja nak bukak tok dah terpacak. Nasib baik ada kedai mamak sebelah tu. Sementara tok minum minum tok tengok lah sorang pekerja ni (nama dia Ah Fai), sebuk dok tuang air kopi panas. Rupanya nak letak kat tokong kecil yang ada kat kedai tu. Ada tiga tokong kecil kalau tak silap tok, 2 sangkut kat dinding, satu kat atas lantai.

Punya la lama tok tengok Ah Fai ni, kejap tuang air kat tokong sana, kejap tuang air kat tokong sini. Ya lah.. ada 3 la pulak tokong kat kedai tu. Lepas bagi air, letak buah pulak. Dah siap tu, dia order pulak teh tarik 3 cawan, tok ingat dia nak minum sama ngan tok. Rupanya nak letak kat dalam tokong. Tok tanya..

"apasal mahu letak teh tarik pulak?"....

"oh.. itu untuk melayu punya datuk."... jawab Ah Fai..

Macam macam lah Ah Fai ni. Dah lama tunggu.. akhirnya selesai lah urusan servis kuda. Sebelum balik tok jumpa Ah Fai untuk bayar duit servis dan bayar ansuran kuda. Sempat juga tok cakap pada Ah Fai...

"Ah Fai aa... tadi itu datuk datang sama saya. Dia kata, lain kali jangan bagi air panas sebab susah mau minum. Letak air suam saja sudah cukup"....

Ah Fai tersenyum kelat... Tok tau dia ada nak cakap lagi.. tapi tok belah cepat cepat.


Friday, November 19, 2010

Melihat Balik Langsir - Part 1

(Masa Kecil)

Sebenarnya dari kecil lagi. tok biasa melihat benda benda ni. selalu benar tok cerita pada arwah unyang. yang biasa arwah unyang cakap...

"biarkan sahaja, khayalan aja tu"..

jadi apa yang tok nampak sudah tertanam dalam hati, yang itu semua hayalan atau ilusi sahaja.

dari hari ke sehari, hal hal yang tok nampak sudah tidak menjadi pelik lagi bagi tok. sebab sudah terlalu biasa. dan tidak jugak di cerita kepada sesiapa kerana unyang kata itu semua hayalan dan ilusi tok. pada unyang perempuan lagi tok tak bercerita, sebab beliau teramat lah penakutnya.

masa sekolah rendah dulu, orang dok cerita pasal hantu macam macam yang ada di sekolah, padahal tok dah jumpa dulu. jangan cerita pasal hantu jepun, itu pun tok dah nampak dulu. dan macam macam lagi, cuma tok tak kenal nama shj, sebab tok tak bersembang dengan mereka.

benda benda yang selalu duduk tepi sempang jalan pun selalu tok nampak. masa tu hairan jugak, boleh kata tiap tiap sempang ada benda berdiri macam polis. tapi rupa macam macam. yang herannya benda benda tu tak pernah ganggu dan cuba berkomunikasi dengan tok. dan mungkin telah tertanam dalam fikiran tok yang ini semua adalah hayalan.

dulu depan rumah tok ada satu pokok besar, yang teramat lah besarnya. jarak 20 meter sahaja dari rumah tok. akarnya punya lah besar, dah dekat nak sampai depan rumah tok. orang kata kat atas pokok tu ada puntianak tinggal. masa tok bayi dulu, unyang perempuan cerita, boleh katakan tiap tiap malam ada bunyi perempuan mengilai. yang tu pun tok biasa nampak, bukan dia sorang aja, macam macam spesis ada atas pokok tu. mula mula memang tok takut, tapi lama lama biasa dah, sebab selalu nampak.

masa kecik kecik dulu tak ada pulak yang datang jumpa tok ngaku wali ka tok syeikh ka atau apa sahaja.

cukupla cerita sikit sikit dahulu... nanti sambung lain..


Tuesday, November 16, 2010

Toyol

Malam tadi tok merayau rayau. Di pertengahan jalan tok ternampak ada satu jasad kecil berjalan mundar mandir atas jalan raya. Dengan keadaan terkejut tok pun berhentikan kereta. Ingatkan budak kecik, rupanya memang budak kecik tetapi bertaring, berkuku panjang, anak mata merah dan bertelanjang bulat.

Rupanya toyol tak bertuan. Nasib baik tok sempat tutup pintu kereta, kalau tidak terpaksalah pulak tok menjadi tuan toyol.

Wednesday, November 10, 2010

Hari Lahir Nenek.


Hmm.. esok hari lahir nanek. hadiah dah beli dan dah kasi pun. cuma kad aja yang tak beli lagi. rasanya esok sempat cari lagi. mengikutkan kata pakar pakar kasut, maka tok belikan lah juga ASICS Gel Kayano 16 untuk nenek.

"Selamat Hari Lahir"

Awal Muharram


Awal Muharram sudah kembali tiba. Macam seperti yang dulu dulu, tok akan keluar merayau rayau bersama kawan atau kawan kawan. Tok dah apply cuti hari isnin. awal muharram hari selasa. panjang la sikit cutinya. Tapi kemana dan dengan siapa belum di putuskan lagi. Apa ni mat? decide lah...

Tuesday, October 26, 2010

Sany Char Koew Teow

gambar hiasan


Hari Jumaat ni tok ke Penang. Sabtu baru balik ke rumah. Sesuatu yang tok tak bisa lepaskan kalau ke Penang ialah makan Char Koew Teow. Selalunya tok pergi di Sany Char Keow Teow di Tokong Ular. Itu tempat biasa tok dulu dulu. Sebab tok pernah bekerja di Penang suatu masa dahulu.

Sunday, October 24, 2010

Tidur

Rasanya macam dah lama tok tidur. Belum ada hajat lagi nak bangun. Tidur pun best jugak. Lambat laun bangun jugak. Jangan terus tidur udah la. Macam macam cerita keluar dah.. 2012 la, freemason la, illuminati la, anti-christ la, dajjal, Imam Mahadi, Nabi Isa dan macam macam lagi. Ah.. tidur dulu. weekend ni...

Satu malam tu ada jugak bersembang dengan tok long hal hal ni. panjang jugak la cerita yang di sembang kan, dari hal nampak sehingga hal tak nampak. Tapi habis di situ sahaja. Tak ada di panjang panjang kan lagi..

Tuesday, October 19, 2010

Dah Tua Baru Nak Belajar

gambar hiasan

bila hari selasa aja tok mesti pulang awal dari ofis. bak kata orang german.. balik ofis on the dot. bukan apa, sebenarnya sudah 2 bulan tok masuk kelas belajar gitar bass. tak tahu la kenapa tok baru nak belajar main gitar. dulu masa muda tak mahu. dah tua tua ni baru nak belajar. mungkin dah buang tebiat agaknya..

cuma satu dua lagu yang tok gheti main. itu pun tercari cari jari mana nak guna dan chord apa nak pakai.

Sunday, October 10, 2010

MacBook Pro


Alhamdulillah.. sudah sekian lama tong mengidam menatang ni, akhirnya cita cota tok tercapai juga. Ini lah kali pertama tok menggunkan Operating System (bahasa melayu tak tau) OSX. Dan selama ini tok hanya biasa dengan OS berasaskan Windows, Unix dan Linux. Dan sekarang tok dengan rela hatinya belajar untuk membiasakan kan diri dengan OS yang baru ni.

Sekarang ni tok ibarat budak kecik yang mendapat permainan baru. Cuba sana, cuba sini dan sekali sekala rujuk guru tok yang jarang menghampakan (youtube). Posting ini adalah yang pertama tok menggunakan MacBook Pro dengan OS MacOSX. Semoga komputer baru ini dapat memberikan menafaat yang banyak untuk tok.




Monday, October 4, 2010

Nenek Kebayan dan Suami

salam...

agak lama juga bersawang blog tok ni. lama dah tak update. baru baru ini tok di beri peluang berjumpa dengan seseorang yang mendapat gelaran nenek kebayan. nenek kebayan yang tok jumpa ni lain benar dari nenek kebayang yang seslalu di cerita, ia itu tua, muka hodoh dan sebagainya. nenek kebayan yang tok jumpa ini tidak lah mudah sangat dalam 50an sahaja umur nya. muka nya bersih keibu ibuan sahaja. di sebalik muka yang selalu tersenyum nampak ketegasan nya terutama sekali dari tutur katanya.

semasa tok berjumpa dengan nya, beliau berpakaian serba hitam dan juga mempunyai sebatang penyapu yang pelik. disamping beliau tok jugak berjumpa suaminya yang mempunya gelaran tok Badar. Beliau seorang yang peramah dan suka bercerita juga memakai cincin yang penuh di tangan.

Tidak banyak yang di sembang kerana tok lebih banyak mendengar dari berkata kata. Dan rasanya lebih kepada sesi suai kenal dan berkenal kenalan sahaja. Mungkin lain kali kalau bertemu lagi tok akan cerita lebih panjang...


Thursday, September 16, 2010

Naga

Sempena Syawal 1431 ni, ramai jugak sahabat sahabat yang datang bertandang ke rumah tok. Kerana kisah ular yang tok cerita kan dahulu, ada juga yang bertanya tentang kesahihan tentang cerita naga pada tok dan jugak seorang sahabat lain yang agak pakar juga tentang hal hal mistik ni.

Tok katakan yang tok pernah berjumpa dengan seseorang yang kembarnya seekor ular dan akhirnya menjadi naga. Dan kedua dua mereka masih hidup lagi di ketika ini. Disambung pula oleh sahabat tok yang lain. Beliau pernah berjumpa dengan seseorang yang ibunya adalah naga. Dan beliau boleh berjumpa dengan ibunya secara zahir, bila bila masa beliau berkehendak.

Ibunya juga pernah menyarankan beliau untuk ke Tasik Chini jikalau mahu berjumpa dengan adik beradik beliau yang lain dan juga berbentuk naga. Dan sesiapa sahaja mengikut beliau ke Tasik Chini tersebut pasti boleh melihat naga naga tersebut.

Biasa la.. kalau dah berkumpul tu macam macam la cerita keluar. Cukup la dulu sedikit selingan tentang hal naga ini. Kalau boleh tok nak bercerita tentang naga yang pernah tok naik dahulu. Tapi rasanya lain kali lah.. kalau ada mood.

Tuesday, September 7, 2010

Syawal 1431

Sempena menyambut Syawal tahun 1431 ini, tok tidak merancang ke mana mana. Tok akan beraya di Rawang sahaja dan memang ibunda tok tinggal berdekatan sahaja dengan rumah tok. Juga mertua tok yang tinggal bersama dengan tok, maka dekat dekat sahaja lah tok berjalan, walaupun cuti agak panjang.

Maka kesempatan ini, tok ingin menjemput kenalan kenalan kiranya sudi datang kerumah tok, tak kira raya keberapa pun, tak kira malam atau siang. Yang penting telefon dulu sebelum datang. Kalau tak ada no telefon atau sila sila lah email dahulu, nanti tok kirimkan no telefon dan alamat lengkap (jikalau tidak pernah sampai kerumah tok (Rawang).

Juga tok mewakilkan keluarga keluarga lanun memohon ampun dan maaf kiranya kami ada terlanjur bicara, kata kata dan perangai kepada sesiapa jua yang telah mendatangkan amarah yang sangat menebal sehingga sukar di kikis. Oleh itu maaf kan lah kami.

Sambil itu, tok ingin mengucapkam salam Syawal, salam Aidilfitri dan juga salam satu Malaysia kepada semua pembaca pembaca blog ini. Mana yang balik kampung atau pun tidak, jikalau memandu itu memandu lah baik baik. Jangan lupa berdoa dahulu agar sentiasa di dalam perlindunganNya. Yang naik kenderaan awam tu, nasihat nasihat kan lah dahulu pemandu pemandu tersebut agar sentiasa berwaspada dan menepati syarat syarat lalu lintas, terutama sekali kepada pemandu pemandu gerabak keretapi.

Makin panjang tulis.. makin melalut. Yang sebenarnya, tok nak ucapkan..

"Selamat Hari Raya"

Friday, August 20, 2010

Ular


Ada suatu hari tok pernah bermimpi seekor ular yang pelik. Di dalam mimpi tersebut, ular ini adalah kepunyaan seorang sahabat. Secara tak langsung tok terlepaskan ular tersebut dari sangkarnya. Dalam pada itu tok sempat di gigit oleh ular tersebut. Di akhir mimpi tersebut ular itu lepas begitu sahaja, ini semua adalah angkara tok.

Ular tersebut memang tidak pernah wujud di alam biasa ini jadi entah mana datang idea wujudnya ular tersebut. Ular tersebut berongga ronga kosong di tengah tengah badan dan bewarna perang. Cerita itu habis begitu sahaja. Cuma tok sahaja tercari cari jenis ular tersebut.

Tak lama selepas itu sahabat tok seperti bengang bengang di dalam facebook nya. Maka tok bertanya lah...

"ada hilang barang ke?"...

saja tok cucuk... kot kot ada kaitan ke dengan mimpi tok. rupanya cucuk tok tak mengena. Beliau bengang sebab lain, bukan sebab barang hilang....

Semalam tok mimpi lagi ular tersebut. Menunggu tok lalu di tepi jalan dan boleh naik menegak seperti ular tedung. Dan akhirnya terbang seperti naga. Rupanya ular ini sebenarnya naga..

Ha a hah a... best nya sekali sekala merepek..

Saturday, August 14, 2010

Hilang Masa/Ingatan - Lagi..


Dulu tok ada cerita yang tok ada hilang masa atau ingatan. Sila lihat link

Baru baru ni terjadi lagi. Malahan nenek yang berada di sebelah pun tok tak tahu siapa. Lebih teruk lagi tok tak pasti apa jantina nenek.. lelaki atau perempuan.


Hikayat Ke Gunung Datuk - Final

Ada pun tiba tiba si Sahibul Hikayat terasa amat lah malas bah kan lelah untuk meneruskan Hikayat. Dirasakan akan segala kemalasan melanda di urat uratnya. Maka ingin ditutup dan di hilangkan sahaja ceritha hikayat ini. Walaupun adanya cerita Hikayat sepatutnya panjang menjeler.. kalau di ceritakan, berhari hari tidak kan habis bahkan boleh jadi ber purnama hendaknya. Maka sempena menyambut adanya kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarrak akan ditutup sahaja lah tirai Hikayat ini.


Seperti adanya cerita cerita yang lain, kalau di kelebek akan banyak cherita yang indak kan habis. Semuonyo saparuih jalan hondaknya. Wa'ang waa'ng somuo, den haghap dapek bosaba dongan poghangai den yang suko suko tuleh sopaghuh sopaghuh.. (kesurupan jin minang pulak).

Ada pun pasti yang empunya Hikayat menyatakan bahawa perjalanan ini selamat di bawah lindungan Allah SWT hendak. Tiada kecelakaan buruk akan adanya berlaku malahan tiada juga nampak akan gangguan jin mahu pun Syaiton Nir Rajjim.

Sekian lah sahaja.. TAMMAT...

Thursday, August 5, 2010

Hikayat Ke Gunung Datuk - Part 3

Maka pendakian gunung pun bermula. Ada pun tiba tiba yang baru lah sebatang rokok perjalanannya, pendekar jawa mula berubah wajah. Yang asal mulanya berwajah ceria dan cerah tiba tiba bertukar menjadi hijau. Sahibul Hikayat dan rakan rakan se pengembara mula risau akan kelakuan pendekar jawa ini, adakah beliau kesurupan?. Maka berkata lah Sang Jawa..

"hamba tidak lalu lagi mahu berjalan... hamba kepenatan..."

Maka di lempar lah segala adanya peralatan. Dikutiplah orang akan kantung pakaian tok jawa. Kantung kamera ada pun di kutip oleh Pak Pani Pinang Sebatang. Maka bergelak ketawalah mereka beramai ramai melihat kan gelagat Pendekar Jawa tersebut.

Ada pun ketua pada segala ketua si mamak kutti yang bermulut rancak mula lah menjerit..

"jalan!! jalan!!"

Maka akur lah sekelian alam termasuk lah pengembara kecuali pendekar jawa yang merangkak akan seperti labah labah betina gamaknya. Punggungnya melentik tinggi mengalah kan tinggi kepala. Begitu lah hendak nya pendekar jawa bergerak. Maka bergelak ketawa lah sekali lagi rakan rakan pengembara.

Selang sebatang rokok lagi... kesurupan lah pula Yang Berhormat Kallang adanya. Maka bertambah pening lah jemala kepala si mamak kutti. Juga di campak lah Yang Berhormat Kallang kantung pakaian nya. Di kutip lah oleh Tok Iran. Maka menurut lah pula Bentara Lofty kesurupuan. Makin bertambah la pula orang kesurupan, maka di ikuti pula oleh Si Pitun dari Trengganu dan juga Bendahara dari Kuala Kangsar, Pak Ijoe ada namanya.

Adanya makin rancak lah mulut si mamak kutti..

"itu lah hamba hamba sekelian, sudah hamba katakan... exercise lah.. ini tidak.. JALAN!!! JALAN!!"

Maka adanya makin perlahan kumpulan pengembara bergerak ada pun kerana semakin ramai yang kesurupan. Ada pun yang menjadi tukang ketawa dan gembira sakan ada lah Orang Kaya Kelantan, Si Sahibut Hikayat, Dato' Fadri Lempoyang, Pak Hayata dari Negeri Mata Sepet dan Temenggung Din Kanji Malam dari Melaka. Ada pun mereka lah yang menjadi tukang angkat nya barang barang andai si kesurupan melempar apa jua barang.

Maka melangkah mereka perlahan lahan.... yang kesurupuan melangkah lah dengan kesurupan, yang kepenatan melangkah lah mereka dengan kepenatan. Hanya si mamak kutti sahaja adanya rancak berkata kata menyuruh si kesurupan meneruskan perjalanan.. Ada pun hanya dayang dayang yang jauh kehadapan tiadalah nampak dari mata si Sahibul Hikayat.

bersambung....


Hikayat Ke Gunung Datuk - Part 2


Maka hari yang di sebut sebut dan di tunggu tunggu itu pun sampai lah dia dan berkumpul sekelian pengembara yang adapun semangatnya membara bara. Pendawa Jawa lengkap dengan se persalinan baru, kasut baru adapun yang baru di beli di pasar Amphang. Ada juga yang membawa dayang masing masing dan pun juga yang mengembara sendirian. Setelah di kira kira maka adanya cukuplah limha belas orangnya, termasuk lah dayang dayang.

Ada pun setelah cukup mengira dan di kira berkali kali maka jumlahnya tetap limha belas orang. Maka di kira lah buat kali terakhir dan juga tetap lah limha belas orang nya termasuk dayang dayang. Oleh begitu setelah berpuas hati maka bergerak lah meraka berhamai rhamai ke kaki Gunung Datuk yang mahsyur itu.

Kiranya sampai lah mereka di kaki gunung, maka di berilah mereka akan sedikit taklimat oleh si Penjaga Gunung yang adanya bernama gelaran Mak Cik Kiah Pinang Sebatang. Setelah puas menerima taklimat dan di bayar sedikit pengeras setiap seorang kepada Mak Cik Kiah Pinang Sebatang maka bergerak lah mereka mendaki. Ada pun langkahan masing masing ibarat pendekar yang mahu berpencak lagaknya. Langkahan mengangkang penuh gaya walaupun ramai yang buncit perutnya.

bersambung...

Saturday, July 31, 2010

Hikayat Ke Gunung Datuk - Part 1

Sebermula maka berceritalah si Sahibul Hikayat. Setelah janji di patri, tempat di setujui maka tatkala itu dirancanglah pula untuk mencanangkan perkhabaran berita tentang perjalanan itu. Telah di lantik lah segala tok tok untuk memukul canang dan gong dan segala jenis alat bunyian kebesaran agar bertambah tambah la pula ramai yang ingin ikut serta. Sepanduk sepanduk baru di tampal merata rata tempat juga pelusuk kampung menceritakan tentang akan ekspedisi ini. Tetapi di bawah pohon buluh itu jugalah berkumpul jua orang ramai. Di bawah pohom bamboo itu jua lah orang ramai datang menyampai atau bertanya kan khabar berita sama ada ingin turut serta atau pun mencaci cela.

Setelah inzal bermuafakat maka tarikh pun di tetapkan lah dan bertambah duyun lah pula umat mengisi borang turut serta. Adapun sebelum tibalah tarikh yang di persetujui maka masih lah lagi ramainya berkumpul di bawah pohon buluh itu menceritakan akan keseronokan perjalanan ke gunung datuk nanti. Cerita nya bersambung berhari dari panjang lah pohon buluh itu sehinggalah ditebang lah pohon buluh itu oleh Tok Mahat Keji Alam. Sehingga ke penghujung nya ramai lah juga akan juah juah yang menarik diri entah kan apa sebabnya maka tiada di ketahui oleh si Sahibul Hikayat.

Hatta akhirnya hanya seberapa sahaja penggawa yang berani menyahut cabaran, ada yang dari Kelinggi, ada yang dari Pulau Jawa, katanya juga dari negeri Iran pun hadir, tak ketinggalan juga Syeikh yang katanya daripada Nengri Serambi Mekah, Si Pitun dari Trenganu, Yang Berhormat dari Kallang dan berbagai bagai lagi asal usul dan pekerjaan mereka. Tammatnya di lantik lah mereka mereka akan si mamak kutti dari Kelinggi sebagai ketua nya dengan secara muafakat, adil dan muktammad.

Maka berkata lah si mamak kutti akan syarat syarat untuk mendaki, apa sahaja kata si mamak kutti akan di terima sahaja tanpa membantah, ibarat di sihir shaja peserta peserta yang lain. Dissuruhnya membawa bokca, maka di bawa bokca la mereka.. di suruhnya duduk, maka duduk lah mereka.. disuruhnya tinggal istinghar, makan di tinggalkan mereka istinghar. Begitu lah adanya patuh mereka pada si mamak kutti. Makin lama makin terserlah lah kepimpinan si mamak kutti di mata rakyat.

"Bhawasanya di sebut, hendaklah berkumpul sedalam sebelum bermulanya terbit matahari dan adanya hendaklah lengkap segala persiapan termasuklah segala penganan agar tidak kelaparan nanti, tak dilupakan juga menggunakan persalinan yang sesuai agar tidak di tertawa kan juga."

Adapun begitulah bunyinya pesanan terakhir si ketua mamak kutti sehari sebelum berjalan mendaki gunung...

bersambung...



Friday, July 30, 2010

Cabaran Menulis


Malam tadi Pak Long suruh tok semak karangan beliau yang perlu di hantar pada cikgu nya. Pendek kata.. sebenarnya tok tak puas hati tengok karangan Pak Long. Jadi tok cabar Pak Long.

Cabaran pada Paklong:
Tiap tiap hari Pak Long di benarkan untuk menggunakan komputer selama sejam. Dengan syarat Pak Long harus mengarang sekurang kurangnya 150 patah perkataan dan di letakkan ke dalam blog beliau.

Sebaik sahaja cabaran di sambut, Pak Ngah pula datang. Apa lagi, cabaran diteruskan kepada Pak Ngah.

Cabaran Pada Pak Ngah:
Tiap tiap hari Pak Ngah di benarkan untuk menggunakan komputer selama sejam. Dengan syarat Pak Ngah harus mengarang sekurang kurangnya 100 patah perkataan dan di letakkan ke dalam blog beliau.

Dan kebetulan pula, Pak Lang datang sebaik sahaja Pak Ngah menyahut cabaran.

Cabaran Pada Pak Lang:
Tiap tiap hari Pak Lang di benarkan untuk menggunakan komputer selama sejam. Dengan syarat Pak Lang harus mengarang sekurang kurangnya 50 patah perkataan dan di letakkan ke dalam blog beliau.

Cabaran di sambut oleh Pak Lang yang pada mula mula agak ragu ragu di atas kemampuan beliau.

Sebelum ini tok Pak Long, Pak Ngah dan Pak Lang tok benarkan guna komputer/internet di rumah sepanjang masa dan sebila mana meraka mahu gunakan. Akibat daripada keputusan periksa penggal lalu yang agak teruk, maka tok denda mereka dengan tidak boleh langsung menyentuh komputer kecuali Sabtu dan Ahad selama 3 jam sahaja sehari. Itu pun syaratnya setelah menyiapkan kerja kerja sekolah.

Pautan kepada blog Pak Long, Pak Ngah dan Pak Lang akan tok letak di dalam pautan blog ini nanti untuk kepada sesiapa yang berminat untuk membaca dan memberikan komen.


Wednesday, July 28, 2010

Hikayat Ke Gunung Datuk - Prelude


Ada pun disebut suhatu kesah yang entah di mana tempatnya, juga tidak di sebut di mana mana kitab maupun koran. Di sebuah negeri dahulunya adalah sebuah kerajaan yang besar di sebutnya. Di dalam negeri ini terletak akan sebuah puncak gunung yang tertinggi terkenalnya hanya di tempat itu sahaja dan tidak di tempat lain pula. Tetapi ianya hanya tertinggi di negeri yang di sebut sahaja tidak lah di tempat lain. Gunung ini konon nya di gelar akan sebagai Gunung Nuang disebut orang ramai dan juga hamba sahaya tak tinggal juga oleh segala penghulu penghulu dan tok empat kawasan.

Akan ada suhatu hari adalah sekumpulan rakyat jelata yang terhingin sangat mendaki gunung di negeri tersebut. Maka dikumpul kumpul, dapat lah juga dikumpul berberapa hamba, tok guru, tok bomoh, peniaga dan berbagai lagi barang pekerjaan mereka. Di kira kira adalah lebih sepuluh orang lah jua, termasuk beberapa orang dayang dan anak anak remaja dan kecil.

Apa bila telah ditelek telek oleh tok nujum keturunan jawa maka tetap lah tarikh untuk berangkat dan bukan lah tarikh malam jumaat keliwon dipilihnya, bahkan cuma hari hari kebiasaan sahaja. Maka berangkat lah kumpulan ini mendaki gunung yang di sebut ramai bahkan terkenal di dalam negeri tersebut.

Tiada cacat cela lah pendakian ke Gunung ini malahan terlalu lah gembiranya mereka bersuka sukaan bersama mereka. Pendakian mereka tiada lah dengan menaiki apa jua kenderaan, tiada gajah alam johar, tiada kuda sembrani, tiada kuda bertanduk satu dan segala apa jua jenis binatang kenderaan, hanya berkaki ayam semata mata.

Setelah semua selamat bersuka sukaan di atas puncak Gunung Si Nuang, maka di bawah pohon buluh merancang rancanglah pulak mereka dan diketuai oleh tok pendawa untuk ke Gunung lain pula. Maka di bawah pohon buluh tersebut kumpulan ini mendapat kata sepakat untuk mendaki Gunung Datuk yang khabarnya terletak di Negeri Sembilan hendaknya.

Maka ke Gunung datuklah mereka..........

bersambung.....

Wednesday, July 21, 2010

Kuda Baru Yang Lama


Tok baru sahaja diberikan rezeki untuk menggunakan kuda baru yang lama. Sebab apa baru?. Sebab kuda ni baru beli. Sebab apa lama? Sebab motor ni motor lama.. tok beli second hand. Nenek selalu bising sebab beliau selalu lambat sampai ofis dan juga lambat balik kerumah kerana jalan sesak. Tok tak kesah sangat, sebab ke ofis tok tak adalah sesak sangat. Juga nenek bimbang, takut bulan puasa nanti beliau tak sempat pulang ke rumah untuk berbuka puasa.


Jadi nenek mencadangkan tok utnuk membeli motor. Tok tak kesah, asalkan guna duit nenek dan bulan bulan nenek bayar. Tok cuma jadi supir sahaja. Setakat ini, kuda ni masih lagi simpan di rumah, belum lagi bawak ke ofis. Mungkin minggu depan... InsyaAllah..

Aprillia Sportcity 200
200cc
Scooter Type

Thursday, July 15, 2010

Gunung Nuang - Akhir

Berselang seli masa bersembang tersebut tok di tunjukkan dengan sejenis tumbuhan yang agak halus seperti lumut. Agak pelik tumbuhan ini boleh meliut liut sebijik macam ulat bulu. Kebetulan tumbuhan ini juga berwarna hijau. Tumbuhan ini meliaut liut tanpa henti. Bila tok rapat untuk melihat dengan lebih dekat.. ia berhenti. Bila tok menjauh kan diri.. ia kembali meliut liut. Niat tok.. bila naik tok tok yang lain, tok nak suruh depa tangkap gambar. Tapi.. bila sampai ke bawah baru tok teringat. Jadi tiada rezeki lah untuk ditunjukkan gambar tumbuhan tersebut.

Apa bila agak lama di atas.. kami pun turun lah. Kerana kami tidak bercadang untuk bermalam. Dalam pertengahan perjalanan turun anakanda tok ril tiba tiba menangis seperti seakan akan mengamuk. Ketika ini tok risau jikalau ada gangguan yang tak di jangka. Setelah tok perhatikan sekeliling, tiada nampak apa pun gangguan. Cuma mungkin anakanda tok ril kepenatan. Itu sahaja telahan tok. Kami teruskan perjalanan setelah keadaan agak reda..


Dalam perjalanan kebawah.. tok masih lagi bertanya kepada pak long.

"bunyi apa tu".. tanya tok pada pak long...

jawapan pak long masih sama seperti yang sebelum belumnya..

"entah la bah".. jawapan pak long tetap consistent seperti jawapan yang sebelum ini.

"apa bila batang batang buluh bergesel akibat di tiup angin.. begitu lah bunyinya".. jawab tok

Cuma ada satu bunyi yang tok tidak tanya pak long. Kerana tok tahu bunyi ini adalah bukan bunyi daripada binatang atau bunyi bunyi bunyi yang berada di dalam hutan. Bunyi ini sukar untuk di ajuk dan tok tahu.. pak long pun dengar bunyi ini. Pak long dah biasa.. kalau bunyi pelik dia akan diam..

"kami cuma mahu lalu.. jangan di ganggu kumpulan ini"... kata tok..

Tiada jawapan yang tok terima. Tok risau kan pak ngah dan pak lang yang tah kemana hilang jauh ke depan. Dan sekali lagi tok berdoa agar kami semua tidak di ganggu oleh apa apa. Tak jauh daripada tempat tersebut, pak long mula bertanya...

"bah.. agak agak kawasan ni ada babi hutan tak?"...

"kenapa?".. tanya tok

"tak ada apa..".. jawab pak long..

Akhirnya kami selamat sampai di bawah. Ketika tok dan pak long sampai di bawah.. semuanya sudah ada (termasuk pak ngah dan pak lang), kecuali tok ril anak beranak dan tok jid. Tok tahu mereka belum sampai lagi.. kerena mereka memang sentiasa berada di belakang tok.

Alhamdulillah semuanya selamat. Tok pun pulang kerumah setelah pastikan semuanya selamat sampai di bawah.


TAMMAT

p/s: tok nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada kawan kawan semua yang membuat kan hari tersebut sangat seronok walau pun penat.

Gunung Nuang - Part 3



Pabila hampir sampai ke tapak perkhemahan, terutama sekali di kawasan sungai... tok seperti teringat akan seperti pernah sampai di kawasan. Bak orang kata.. macam De Ja Vu. Macam pernah sampai.. tapi itulah 1st time ke sana. Kawasan seperti ini ada tok ceritakan di dalam satu cerita di dalam blog tok ni. Tak pasti yang mana satu.

Akhirnya tok sampai jugak ke kawasan yang di panggil camp-site. Kami tiada merancang untuk terus ke puncak. Cukup lah sampai di camp-site ini sahaja untuk bermandi manda. Itu pun setelah dua setengah jam berjalan. Yang lain lain bercadang untuk mandi manda di sungai. Tok lebih suka bersendirian. Sambil itu tok masak mee segera yang di campur sardine untuk pak long, pak ngah dan pak lang.

Sambil bersendirian itu.. tok cuba berkomunikasi dengan sesiapa yang berada di sekelilingi tok. Dengan sedikit doa dan memberi salam. Akhirnya salam tok berjawab...

"Wa'alaikum salam tuanku"... salam tok berjawab

Tok terkedu kejap.. apa pasal lah pulak bertuanku ni... tok berfikir di dalam hati.

"patik ni menghormati orang".. jawab beliau..

"tak perlu lah berpatik patik dan bertuanku pula... saya bukan keturunan raja".. balas tok..

bicara kami agak panjang, malas nak cerita. sekali sekala terganggu bila rakan rakan tok naik daripada sungai. bukan nak salah kan korang ya.. saja cipta alasan. Intipati apa yang di sembangkan bersama orang yang tidak nampak tersebut, sebenarnya tiada apa yang penting. Sekadar bersembang perihal kampung mereka, dan juga sekadar berkenal kenalan.

bersambung...

Gunung Nuang - Part 2



Pendakian di teruskan dengan melalui jalan yang agak licin. Ini adalah di sebabkan kerana hujan pada malam sebelumnya.

"baguslah, kalau orang selangor tu.. melawat lawat la dahulu kawasan di negeri selangor dahulu"... tiba tiba tok terdengar satu suara..

Tapi tiada pulak orang di sekeliling tok yang mempunyai suara tersebut. Suara agak garau seperti orang sangat tua. Tok biarkan sahaja keadaan ini, kerana kadang kadang tok mempunyai masalah untuk membezakan suara yang tok dengar adalah suara dari alam yang mana. Di sebabkan suara ini, baru tok teringat yang tok belum berdoa kepada Yang Maha Kuasa untuk memohon keselamatan kami sekumpulan. Tok pun berdoa apa yang patut.


Tiada apa gangguan selepas itu cuma suara suara biasa yang berada di dalam hutan sahaja. Sekali sekala tok bertanya pada pak long untuk mempastikan bunyi yang tok dengar.

"bunyi apa tu?"... tanya tok pada pak long..
"entah la bah".. jawab pak long yang kepenatan... sampai tak leh bercakap..
"itu bunyi katak hutan"... jawab tok..

sekali sekala tok akan bertanya lagi dengan pak long tentang bunyi di hutan... pak long tetap dengan jawapan yang sama..
"entah la bah"...
"itu bunyi riang riang".. kata tok..

perjalanan berterusan.. terus dan terus berjalan. sehingga tok dah tak larat nak memikir segala bunyi yang ada dan segala teguran yang di terima. Ya.. tok memang penat. Malamnya tok main futsal sampai pukol 2.30 pagi. Pagi nye.. sebaik sudah suboh sudah bertolak. Nasib baik pagi tu tok tak sambung tengok World Cup (germany vs uruguay). Kalau tidak, tok pun jadi macam pak long yang asyik mintak kebenaran untuk tidur bila berhenti berehat.


Masa mendaki.. pak ngah dan pak lang asyik jauh kedepan. Tapi yang pastinya.. tok jid asyik jauh ke belakang. tok tok yang lain sebok dengan kamera masing masing. Nenek nenek yang ikut.. langsung tok tak nampak muka.. semua jauh kedepan..

bersambung.....

Payung Emas - Akhir

Kesimpulan beliau adalah sangat mudah. Si suami tak perlu lah menggatal gatal nak menambah isteri sewenang wenangnya. Si suami perlu membentuk isteri dan keluarga mengikut landas dan lunas islam sebenarnya. Secara tidak langsung.. Allah SWT akan memberi hadiah mengikut apa yang kita fikirkan. Bukankah Allah SWT itu Maha Adil, Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

Kesimpulan tok pulak:
Pada siapa yang ingin menambah tu.. doa doa kan lah isteri masing masing agar dikurnia kan payung emas di hari perhitungan kelak. Cukup setakat itu sahaja...



p/s: sekadar cerita aja ni... jangan ambik berat sangat...

Payung Emas - Part 2

Cerita beliau bersambung lagi dengan menyaatkan bahawa payung emas ini adalah kurniaan Allah SWT semata mata dan bukan boleh di minta minta. Untuk seseorang wanita itu dikurniakan payung emas kelak beliau harus lah me rela dan me redho kan diri mereka di poligami. Beliau juga menceritakan perbezaan antara membernarkan dan juga merelakan. Ada yang membenarkan tetapi tidak rela. Yang penting ikhlas.

Beliau menyambung cerita dengan bercerita tentang isteri sahabat beliau. Sang isteri yang tidak akan makan sehingga suami ada di sisi, yang memotong kuku si suami, memicitkankan badan tanpa perlu diminta. Tidak akan meninggalkan rumah selagi belum bersalam tangan dengan suami. Jikalau suami berada di dalam bilik air, beliau akan tunggu sehingga suami keluar bilik air. Sehingga kan akhirnya mencari kan pasangan suami yang kedua selepas beliau. Ini semua tidak langsung di jangka oleh si suami.

Hal ini diceritakan adalah untuk memberitahu bukan semua wanita dapat menerima payung emas tersebut. Oleh kerana wanita ini terlalu baik berkhidmat pada suami beliau, jadi Allah SWT ingin memberi hadiah kepada beliau di hari perhitungan kelak. Oleh itu Allah SWT telah membukakan hati beliau untuk membenarkan suami beliau berkahwin lagi. Dan calunnya juga di cari oleh isteri tersebut. Termasuk juga dengan urusan peminangan dan persiapan perkahwinan.

Walaupun hal pemberian payung emas ini belum tentu lagi... hanya Allah SWT yang tahu. Tapi ini adalah satu analogi yang baik dan hampir tepat jika hendak di cerita kan tentang payung emas. Ia bermaksud, untuk mendapat payung emas, ianya bukan lah perasaan yang di buat buat. Di mana si isteri membenarkan suami kahwin lain, tetapi di hati tersangat lah sakit dan sedih kerana suami ada isteri lain. Si isteri perlulah dahulu memberi perkhidmatan yang cemerlang pada suami, sehingga Allah membukakan hatinya untuk mendapat jalan bagi menerima hadiah payung emas. Hal ini sebenarnya bukanlah mudah..

bersambung....

p/s: seperti yang bos tok ceritakan.. tok tukang sampaikan..

Payung Emas - Part 1

Semalam tok berkesempatan utnuk makan tengahari bersama bos tok. Entah bagai mana topik yang di perbincangkan adalah mengenai payung emas. Cerita ini sebenarnya adalah ditujukan untuk salah seorang anak buah tok (perempuan) yang bersama ketika itu. Cerita beliau adalah biasa biasa sahaja seperti yang biasa tok dengar. Tapi gaya penceritaan beliau yang membuatkan cerita tersebut menjadi menarik.

Beliau mula mencerita tentang payung emas ini hanya boleh diterima oleh kaum wanita sahaja. Ini akan dapat dikecapi ketika berada di padang mahsyar nanti. Beliau menyambung cerita dengan bagai mana keadaan nya hari perhitungan dan pembelaan di padang mahsyar. Di mana matahari akan berada sejengkal sahaja dari pada kepala manusia. Manusia berhimpun dengan keadaan yang amat ramai, bersesak sesak dan bertimpa timpa antara satu sama lain. Peluh dari manusia akan menitik sehingga hampir membanjiri kawasan sehinggakan manusia manusia yang berkumpul hampir lemas. Dari cara beliau bercerita memang dasyat amat lah keadaan di ketika itu. Dan keadaan tersebut akan berlangsung sehingga 40,000 tahun lamanya.

Dan apa yang di pikirkan ketika itu oleh semua manusia adalah tempat berteduh dan ruang yang selesa supaya manusia tidak berhimpit himpit di antara satu sama yang lain. Di masa ini lah bergunanya payung emas tersebut. Wanita mana yang di kurniakan payung emas ini, beliau akan dapat tempat perlindungan yang redup dan ruang yang selesa sementara menunggu waktu untuk perhitungan. Beliau tidak perlua lagi berhimpit himpit, bersesak sesak, bertimpa timpa antara satu sama lain dan tidak jugak panas di bawah bahang matahari....

bersambung...

p/s: tok sampaikan apa yang bos tok cerita sahaja...

Wednesday, July 14, 2010

Gunung Nuang - Part 1


Hujung minggu yang lalu tok berkesempatan untuk mengikut sahabat sahabat lama tok (tok plin, tok din, tok jeed, tok jawa, tok ril, tok iran) untuk memanjat gunung Nuang. Tok plink dan tok iran membawa nenek masing masing. Tok ril membawa dua anakanda jantan dan tok sediri membawa pak long, pak ngah dan pak lang.

Pagi tersebut seawal selepas subuh tok tudah bertolak dari rumah kerana tok sudah berjanji dengan tok jawa untuk berjumpa dahulu di seputar Ampang. Pak long, pak ngan dan pak lang sudah awal lagi bersiap kerana mungkin terlalu seronok. Selepas berjumpa tok jawa.. perjalanan diteruskan menghala ke Hulu Langat. Apa apa singah dahulu di pekan untuk bersarapan.

Ketika sampai di gerai untuk bersarapan, tok plink dan tok hairil sudah sedia ada. Sambil bersarapan, seorang demi seorang tok sampai dan terakhir sekali tok din.

"Bungkus sahajalah".. kata tok plink pada tok din...

Dan akhirnya perjalanan di teruskan lagi sehingga ke Pangsun. Sebenarnya tok pun tak berapa pasti nama nama kawasan ini. Main letak ja..


Pendakian pun bermula setelah semua bersiap sedia....

bersambung....


Tuesday, July 6, 2010

Tabung Haji

entah kenapa hari ini air mata tok luruh seketika ketika berada di dalam bangunan tabung haji. sempena hari lahir tok hari ini.. nenek tambah lagi duit yang agak banyak ke dalam akaun tabung haji tok. walaupun mengikut pegawai kaunter tabung haji yang berada di sana, tok akan pergi 23 tahun lagi. sebenarnya air mata tok luruh bukan sebab itu. yang pastinya bukan sebab 23 tahun tu. tok pasti bila panggilan Allah itu tiba.. bila bila masa tok akan ke sana.

mungkin tok terharu sebab pengorbanan nenek. mungkin juga terasa akan panggilan kesana sudah hampir tiba. cepat cepat tok kesat air mata. takut orang nampak. nenek tok nampak pun mengeluarkan air mata di ketika itu. entah mengapa.. tok pun tak tahu. ini lah hadiah paling bermakna yang pernah tok terima sepanjang 21 tahun tok kenali nenek. syukur kepada Allah SWT dan terima kasih nenek.

apa apa pun perancangan tok untuk menunaikan haji adalah pada tahun 2013. bagi tok.. sapi ini akan cukup matang pada tahun tersebut. baru lah boleh di korbankan.

tok ada nyatakan hasrat untuk pergi pada tahun 2013 kepada pegawai kaunter, dan beliau menasihati tok untuk membuat rayuan pada awal tahun 2013 dan pastikan duit tok cukup di dalam akaun tabung haji. di samping itu beliau memberikan kertas yang ber tulis...


"ini sebagai rujukan"... kata beliau...
"tuan haji ada facebook ke?"... tok mengacah...


Monday, July 5, 2010

Gregorian - 6 hb July

Mengikut kalendar Gregorian, esok umur tok akan meningkat lagi. Kalau ikut kalendar Hijrah hari lahir tok adalah pada 5 Jamadil Akhir (dah lepas untuk tahun ini). Diceritakan bahawa tok lahir pada hari jumaat, ketika orang mengerjakan sembahyang Jumaat.


Wednesday, June 30, 2010

Maggi Soup

Semalam tok baru je balik dari Langkawi. Sampai di rumah malam jugaklah. Walaupun nenek dah siap beri makan nasi, tapi dah dekat tengah malam, tekak tok rasa macam nak makan soup ja. Mungkin cuaca sejuk sebab hujan. Jadi tok mintak lah nenek masakkan Maggi.

"Maggi dah habis.." kata nenek..

Perut lapar lagi, mata pulak tak boleh tidur. Nenek dah tidur sebaik sahaja tok mintak maggi. Nenek demam malam tadi. Tok keluar bilik nak tengok Jepun lawan Paraguay. Tengok tak sampai 5 minit, tak best pulak. Tok pass remote ASTRO kat PakLong.

"YEAY!!!" jerit Paklong..

Biasalah PakLong.. itu waktu dia tengok wrestling. Oleh sebab itu.. Tok pun terus je lah masuk tidur.

Pagi ni, masa di ofis, nenek sms.

"mlm tadi..nenek mimpi abah (arwah pak mertua tok)..dia tanya nenek, dah masak ke sup yg tok mintak.. emm..tok teringin mkn sup ke mlm tadi?"

Tok pun balas balik.

"Maggi Soup"


Thursday, June 24, 2010

Rokok Elektronik


baru baru ni tok ada beli rokok yang di panggil rokok elektronik. tok masih memikir apakah tujuannya di panggil rokok eletronik? adakah kerana rokok tersebut boleh di "charge" dengan alat penyambung "USB", maka ia di panggil demikian? walau apa pun.. rokok ini:

1. Tiada Tembakau
2. Tiada Tar
3. Tiada Bau
4. Tiada Habuk
5. Tiada asap merbahaya

Sebelum ini tok selalu hisap satu kotak setengah (kotak 20). lebih kurang 30 batang sehari. Dengan E-Rokok ini, tok dah kurang hisap rokok yang biasa tu.

cuba lihat


P/s: ini bukan iklan, sekadar sampai menyampaikan. mana tau perokok tegar boleh berhenti dengan cara ini. paling kurang pun dapat mengurangkan menghisap rokok.

Hal Kerja

apa yang ada dalam kepala hotak tok berkaitan tentang kerja:


1. High Speed Broadband (HSBB)
2. Cellular Testing
3. IPv6
4. Green ICT
5. Session Initiation Protocol (SIP)
6. Dial Up Testing
7. PSTN Testing
8. MSC Building Guideline
9. Broadband Testing
10. QoS
11. QoE

Tuesday, June 22, 2010

Pisang Raja Udang


Gambar hiasan

Cuti hujung minggu yang lalu tok sekeluarga keluar untuk mengunjungi satu majlis perkahwinan. Dalam perjalanan nenek ternampak ada orang menjual pisang raja udang (seperti gambar di atas), dan menyatakan teringin untuk merasa. Begitu juga paklong, pakngah dan lain lain. Dalam masa yang sama sempat jugak nenek memberitahu yang keturunan tok tak boleh makan pisang tersebut (ini pernah tok ceritakan pada nenek dahulu). Jadi secara tak langsung, paklong, pakngah sampai ke paksu tak boleh la makan pisang tersebut.

Sebab apa tak boleh makan? Ianya masih menjadi tanda tanya pada tok. Ini ada lah diceritakan kepada tok ketika tok masih kecil lagi dalam lingkungan 6-7 tahun. Perkara ini di tekankan bersungguh sungguh supaya tidak menjadi musibah kepada tok di kemudian hari kelak. Jadi sehingga sekarang tok ingat, tapi asbab nya tok tak tahu. Lagi pun tok tak berkenan nak makan pisang tu.

Sekarang tok dah sampai kan kepada semua anak anak tok. Sebab ianya berkaitan tentang keturunan. Terpulang kepada mereka kelak sama ada untuk percaya atau tidak. Yang penting tok dah menyampaikan....


Monday, June 21, 2010

Bapa

lama nampaknya tempat ni sunyi sepi. tok ada banyak nak cerita sebenarnya. tapi macam berat nak menulis. cerita serba sedikit pasal arwah unyang pun nampak macam best. sempena hari bapa yang di sambut semalam. sempena hari guru pun boleh jugak cerita pasal unyang. sebab beliau pun seorang guru dahulunya. sekarang ni tok tak tahulah sama ada beliau masih mengajar atau tidak.

kebetulan semalam tok lalu di tepi kawasan perkuburan unyang. tapi tak sempat pulak nak singgah. nak singgah pun bukan unyang ada di situ lagi. kalau nak fidyahkan alfatihah, kat mana mana pun boleh. mungkin bila senang tok singgah jugak la, saja nak tengok kalau ada rumput rumput yang naik di tepi/ditengah kubur. kalau ada, memang tok bersih kan lah. supaya tanda unyang tidak nampak terbiar.

bagi tok, unyang adalah seorang bapa yang 1st class dan memang 5 star. unyang seorang yang suka mendengar masalah dan suka menyelesaikan banyak masalah. unyang juga tidak ragu ragu untuk meluahkan perasaan pada tok jikalau beliau mempunyai masalah. pada dasarnya unyang serba serbinya lengkap sebagai seorang bapa. bagi yang membaca cerita ini harap sama sama mefidyah kan pahala al-fatihah pada unyang. al-fatihah...

Friday, June 4, 2010

Cucu Datuk Bahaman

Semalam tok bersembang sembang dengan seorang yang mengaku dirinya cucu Datuk Bahaman. Asalnya adalah untuk temankan tok minum sahaja, tetapi berlarutan menjadi panjang apabila cerita cerita yang menarik minat kami berdua di bincangkan. Diceritakan juga bahawa Datuk Bahaman pernah meludah ke dalam mulut beliau ketika beliau masih kecil lagi. Diwaktu itu beliau belum tahu apa tujuan diludah sebegitu.

Banyak jugak cerita yang timbul yang rasanya perlu di simpan dahulu. Mungkin lain kali baru cerita...

Wednesday, June 2, 2010

Mana TEKPI Tok?

Dah lebih 3 tahun tok order TEKPI dari seseorang ni. Duit muka RM100 tok dah bayar siap masa hari tok order. Sampai sekarang tukang buat nya tak dapat dihubungi. Di manakah TEKPI tok? dan soalan yang paling penting.. dimanakah tukang buat TEKPI menghilang?

TEKPI oh TEKPI...


Tuesday, June 1, 2010

IPv6

Apa bende ni? Ada kah kita tahu apa benda ni? Jom isi survey form kejap.

Thursday, May 27, 2010

Kaki Ayam

Kasut Kaki Ayam



Tefta untuk tok.




Vibram untuk nenek.


Wednesday, May 26, 2010

Telinga Bunian

Beberapa malam lepas Pak Ngah ada bagi tau yang dia ada gambar yang telinga tok sebijik macam telinga bunian.

+ "Runcing macam telinga kucing".. kata Pak Ngah..
- "Sebijik macam telinga elf".. sampuk Pak Long..
* "Abah korang tu memang keturunan Bunian".. selamba jer nenek jawab..

Sampai sekarang tok tak dapat lagi tengok gambar tu. Atau budak budak ni saja buat cerita...


Thursday, May 20, 2010

Di Pinang Menjadi Ketua

Beberapa malam lepas tok di datangi oleh beberapa orang (lelaki dan perempuan) di rumah. Mereka mempunyai hajat yang besar... kata mereka lah.. Katanya di kawasan mereka belum ada Ketua lagi, dan mereka berhajat melantik tok untuk menjadi Ketua mereka. Tok ketawa terbahak bahak.. belum pernah tok terpikir untuk menjadi Ketua seperti yang mereka mahukan. Dalam tok ketawa, wajah mereka tetap serius.

Salah seorang mereka berkata bila melihat tok tak berhenti ketawa..

- "Tok!.. ini amanat arwah Unyang dulu"..
+ "Mana mungkin, arwah Unyang mana pernah aktif dalam hal hal ini".. kata tok

Tok masih tak percaya walaupun nama arwah Unyang di sebut. Lagi pun permintaan mereka adalah diluar bidang atau kepandaian tok. Mana mungkin tok boleh berkhidmat.

- "Tak apa tok.. asal kan nama tok sebagai Ketua, sudah cukup bagi kami".. kata mereka lagi..

Ah!! pening tok memikir sekejap. Mana mungkin mahu di lantik menjadi ketua, tetapi tak buat apa pun tak apa. Asalkan tok jadi Ketua.

+ "Kamu tak ada ke calun yang lain? Lagipun kawasan tok kawasan lain. Tak kan tak ada calun lain tinggal di kawasan tersebut?".. tanya tok
- "Calun tu ada... tapi mereka semua tak berani menjadi Ketua. Mereka semua sanggup buat kerja apa sahaja, asalkan bukan jadi Ketua".. jawab mereka..
+ "Nantilah tok pikirkan dahulu.. buat masa ini tok banyak komitment yang lain"...
- "Kami harap tok dapat buat keputusan malam ini juga, kerana hari permasyuran sudah hampir tiba dan kami kesuntukan masa"... kata mereka..

bersambung...

Wednesday, May 19, 2010

Kering

IDEA KERING. SaJA tEST TULIS guNA HANPHONE. aDA PROBLEM KALAU GUNA QWERTY kEYBOARD. NAK DELETE TAK BOLEH. FONT SUKA SUKA JE JAdI BESAR DAN KECIK.LKlaLLJ LJNLR GUnLA HLALLlLll PULA. HISH! SUSAHLAH. HTTP://KETUALANUN.BLOGSPOT.COM

Thursday, May 6, 2010

Sembang Sembang Anak Beranak

Semalam tok bersembang sembang dengan Pak Long dan Pak Ngah tentang berbagai perkara. Terutama sekali tentang Ilmu Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat. Pak Long dan Pak Ngah menunjukkan minat untuk mengetahui lebih lanjut tantang hal hal ini. Tok bercerita pun sekadar berkias kias kerana dikhuatiri Pak Long dan Pak Ngah akan konfius apatah lagi mereka masih lagi di bawah umur. Punyalah khusyuk mendengar cerita, sehingga nenek pulang bekerja pun mereka tak hiraukan.

Sembangnya berselang seli tentang persoalan bab bab alam. Soalan bertambah rancak bila tok bercerita tentang alam Bunian dan Dewa. Ini termasuk cerita alam Jin, alam para wali dan alam Malaikat. Tok terkejut, kerana Pak Long bertanya tentang Sidratul Muntaha. Tok tak pernah bercerita tentang hal ini sebelum ini. Bila masa Pak Long pernah dengar.

Cerita di teruskan lagi dengan rancak bila Pak Long dan Pak Ngah bertanya tentang Saka. Pak Lang yang sekali sekali menjengah, tak jadi join bila dengar tok bercerita tentang Saka. Pak Ngah yang bercita cita untuk menjadi Ustard rupanya seorang penakut. Kak Cik dah lama tidur, langsung tak larat nak join. Pak Su tak usah di ceritalah, bila nenek balik kerja sahaja, tok terus dilupakan.

Soalan dan cerita menjadi bertambah rancak bila Pak Long mengutara kan isu tentang hal histeria yang kerap berlaku di sekolahnya. Juga di ceritakan tentang sahabat beliau yang duduk di bangku sebelah beliau di sekolah juga pernah terkena histeria. Di ketika itu beliau lah sebuk membantu. Maka terpaksalah tok ceritakan konsep histeria, cara membuang dan juga pendinding diri. Sebenarnya itulah yang Pak Long dan Pak Ngah tunggu untuk belajar. Bila jam sudah 11 mlm, tak ada lagi tanda tanda yang Pak Ngah dan Pak Long sudah mengantuk. Tok terpaksa berhentikan sessi tersebut kerana tok yang mengantuk.

Tok janji dengan Pak Ngah dan Pak Long akan teruskan apa sahaja cerita yang tok tahu malam ini.

Wednesday, May 5, 2010

Pengenalan Kepada Pertapaan


Kesempatan pada hujung minggu dahulu adalah mengikut seseorang yang tok panggil Abah untuk melakukan satu ritual yang di panggil bertapa. Walaupun Abah sendiri tidak mahu mengaku yang proses ini di panggil bertapa, beliau lebih senang ianya di panggil ber Khalwat atau ber Suluk. Walaubagaimanapun tok lebih senang ianya tetap di panggil bertapa. Ini adalah kerana lokasinya adalah terletak di dalam gua/tepi sungai/atas batu dan tempat lebih terbuka walaupun jauh dari orang ramai.

Dahulu tok pernah menyertai satu ritual yang di panggil ber Suluk atau ber Khalwat yang mana tempohnya adalah selama sepuluh hari, sepanjang masa duduk di dalam kelambu yang di pasang di dalam sebuah surau. Dan sepanjang masa hanya berzikir memuji Ilahi. Tok hanya keluar dari kelambu jikalau perlu untuk bersolat jemaah, mandi, makan, buang air besar dan kecil.

Kali ini ritual nya hanyalah satu malam sahaja dan lokasi tok adalah diatas batu ditepi laluan air terjun. Inilah kali pertama tok bertapa secara formal dengan di hadiri oleh guru pembimbing. Mungkin lain kali tok akan buat lagi dan perancangannya mungkin 3 malam..

Thursday, April 29, 2010

Alam Selari

Tok biasa dengar pasal Parallel Universe sebelum ni. Tapi pasal Alam Selari ni tok tak biasa dengar pun sebelum ni.. Lagi pun tok tak pernah ambil tahu langsung akan hal Alam Selari, kerana tok berminat langsung (atau tak percaya langsung)... sehingga baru baru ini, tok telah di bawa masuk di dalam Alam Selari di dalam keadaan sedar dan mempunyai kesedaran diri. Masih.. tok tak paham lagi apa itu Alam Selari dan apa gunanya Alam Selari.

Apa itu Alam Selari yang tok telah pergi? Mungkin orang pun tertanya tanya apalah yang tok cuba sampaikan. Dan mungkin juga ada yang tertanya tanya apa itu Alam Selari.

Alam Selari yang telah tok pergi ini adalah satu alam lagi yang seperti Alam manusia ini dan ia bergerak selari dari segi masa dan ruang. Diri kita di Alam ini ada di sana (Alam Selari). Seperti duplication. Tetapi jalan ceritanya tidak sama. Akan menimbulkan sedikit kekeliruan jika diteruskan bercerita. Cuma tok nak tanya sesiapa yang pernah ada pengalaman seperti tok.. mungkin kita boleh bersembang sembang...


Wednesday, April 21, 2010

Ke Gunung Ophir


Dahulu tok pernah bercerita tentang perjalanan tok ke Gunung Ophir.


Beberapa hari yang lepas, paktam ada memberitahu bahawa ada satu kumpulan akan memanjat Gunung Ophir pada cuti Hari Buruh nanti. Tok pelik, bagaimana paktam yang tahu dulu, padahal tok lagi rapat pada puak puak ni. (Hang memang handal la paktam). Oleh sebab itu tok pun hubungi lah seseorang dari kumpulan tersebut untuk dapatkan kepastian. Rupanya, paktam memang membawa khabar yang benar.

Hish.. kebetulan pulak sejak dua menjak tok asyik dok baca cerita tentang Hang Tuah, Tun Mamat, Puteri Gunung Ledang dan lain lain dari blog seseorang ni yang menggelarkan diri sebagai Tuan Kelarias. Ini yang membuat tok bertambah berminat untuk ke sana.

Memandang tok pun dah lama tak mendaki. Dan tok ingin menyelesaikan misi yang dahulu yang boleh di katakan gagal. Maka tok pun memberikan kata janji untuk turut serta. Kali ini tok akan diiringi oleh mat-c-put yang risau tentang keadaan jantungnya. Tok janji tidak akan tinggalkan mat. Susah senang kita sama sama. Untuk paktam pula.. Ada berani????


Tuesday, April 20, 2010

Telur Lipan


Di hari cuti minggu yang lalu.. tok ambil kesempatan untuk berkayuh basikal di dalam ladang yang terletak di belakang rumah tok. Kali ini tok sepatutnya tidak punyai agenda yang tersirat ketika berkayuh seperti kayuhan yang lalu, seperti yang tok cerita dalam "Dua Kuntum Bunga Putih". Ini turut di pastikan oleh beberapa sahabat sahabat tok. Mungkin sebab mereka tidak mahu gangguan atau takut atau apa sahaja.

Ketika ini juga banyak panggilan yang masuk daripada seorang sahabat yang tinggal di utara tanah air yang ingin bertanyakan tentang mimpi beliau. Mintak maaf kerana tok jarang menjawab telefon ketika sedang berkayuh.. kecuali kalau panggilan dari nenek. Lagi pun tok bukannya fasih tentang hal hal mimpi ni. Bukan tidak mahu membantu... tetapi di luar bidang kuasa.

Sambung hal kayuhan tadi. Di tengah perjalanan tok ada ternampak sesuatu yang agak pelik bagi tok. Tapi mungkin tidak pelik bagi orang lain. Ini adalah kerana di tengah tengah simpang di dalam ladang tersebut diletakkan satu botol besar (sangat besar). Dari jauh sudah nampak. Hati tok mengatakan ada sesuatu. Oleh sebab itu tok berhentilah untuk membelek botol tersebut. Apa yang tok pasti ketika itu... botol tersebut adalah kosong dan masih lagi berpenutup, seperti tidak pernah di buka. Hati tok terdetik mengatakan bahawa botol ini ada benda di dalamnya. Mungkin adalah botol orang menbuang barang tidak baik yang di pasung di dalam botol tersebut.

Sebelum tok mengangkat botol tersebut, tok mulakan dengan membaca "Bismillah" disambung dengan meminta diberikan perlindungan jikalau ada perkara tidak baik. Tok teruskan lagi dengan memohon untuk melihat jikalau ada benda benda tersorok di dalam botol tersebut. Selepas itu baru lah tok belek botol itu (sayang sekali, lupa untuk tangkap gambar botol tersebut).

Setelah mengangkat botol tersebut, tok nampak ada seekor lipan bara yang besar di bawah botol tersebut sambil melingkari seperti bini cili (saiz dan bentuknya). Jadi tok membuat anggapan ianya adalah telur lipan tersebut. Sambil itu.. di dalam hati ada berkata kata...

"Salah satu telur tersebut adalah buntat lipan"...

Ada juga puak puak (yang tak nampak) membisik suruh mengambil kesemua telur telur tersebut. Pada mulanya tok terikut jugak. Lalu tok menghalau ibu lipan tersebut (lagi sekali sayang tak ambil gambar ibu lipan). Tak sanggup tok nak ambil telur telur tersebut tanpa menghalau ibunya.

Setelah ibu lipan lari.. baru lah tok tergerak untuk mengambil gambar telur telur tersebut. Akhir sekali tok membuat keputusan untuk meninggalkan sahaja telur tersebut atas alasan:

1. Tak ada bekas simpan.
2. Kayuhan masih jauh lagi.
3. Bawak balik pun, tak tahu nak buat apa.

Saturday, April 10, 2010

Genderuwo

Ini adalah yang dicerita kan oleh arwah Unyang pada tok dahulu. Unyang ni pernah dulu tak berapa baik dengan mertuanya (tok pokong). Mereka sering bercanggah dengan pendekatan aliran keagamaan. Tok tak mahu mempanjangkan cerita ini. Akibat dari pada itu, mmacam macam cerita yang unyang sampaikan pada tok mengenai tok pokong. Antaranya adalah cerita mengenai genderuwo ini.

Unyang pernah bercerita yang tok pokong pernah membela genderuwo di suatu masa dahulu. Tapi, ceritanya tidak lah detail langsung. Diketika itu tok masih kecil lagi. Jadi tak banyak yang tok tanya. blurrr.... masa tu. Unyang pulak jenis.. kalau tak bertanya bukannya reti nak sambung sambung cerita. Sebab unyang ni jenis yang suka kena jolok.

Yang pastinya antara kelebihan tok pokong adalah boleh melompat rumah dari hadapan sampai kebelakang rumah. Tok tak pasti lah adakah sebab membela genderuwo boleh menyebabkan boleh melompat jauh dan tinggi. Tapi unyang ada juga memberi tahu, yang tok pokong sudah membuang genderuwo tersebut lama dahulu. Ada juga di ceritakan bagaimana ritual membuang genderuwo itu di buat. tapi tok sudah lupa bagaimana. Ada berkaitan dengan melepaskan sesuatu ke sungai...

Kalau nak tahu apa itu genderuwo? Boleh tanya wikipedia atau lebai google. Zaman dah canggih.. tak perlu lagi orang tua untuk bercerita...

Kenapa Berblog?

Sebenarnya tok ni jenis muka yang malas menulis, walaupun membuat report adalah antara tugas tugas tok di pejabat. Di tambah lagi tok ni yang memang tiada skill langsung untuk bercerita. Abis.. kalau dah macam tu.. kenapa tok ber blog ya?

Dulu masa zaman orang tulis diary... tok lah paling kuat gelak kan diorang. Apa benda lah tulis cerita hal sendiri dalam diary lepas tu sorok tak nak bagi orang baca. Ntah apalah jadi dengan diary diorang tu sekarang dan entah berapa ramai dah yang curi curi baca diary diorang.

Tok cuba cari alasan yang sebenar berblog.. tapi masih tak ketemui. Nak kata tok nak berkongsi cerita.. kebanyakannya adalah cerita dongeng dan hikayat. Nak kata cuba mengasah skill untuk bercerita.. buat apa? tok dah tua, bukannya nak ambil SPM dan STPM dah.

Hmm.. pasal apa ya. Mungkin nak meluahkan perasaan kot. Tak jugak... Mungkin sebab trend orang ada blog... tok pun nak ada blog jugak. Hmm... Yang ni boleh pakai sikit sikit. Tapi.. apa alasan sebenarnya ya. Cari... cari... cari... Tak boleh nak pikir jugak...

Kalau di perhatikan.. orang yang berblog ni macam macam topik yang diorang ada. Ada blog yang spesifik cerita pasal kereta, spesifik pasal motor, basikal, ada juga yang buat konsep ala ala diary, ada juga yang yang guna blog untuk berniaga... tapi... apa konsep blog tok ni? hmm yang ni pun tak dapat nak jawab jugak.......

Malas nak pikir la....

Tuesday, April 6, 2010

Dua Kuntum Bunga Putih

bunga yang asalnya putih berubah warna menjadi kuning


(mimpi)
Ada suatu malam tok bermimpi. Di dalam mimpi tersebut tok disuruh oleh seseorang (yang tok tidak tahu siapa) untuk memetik 2 kuntum bunga putih. Ditunjukkan juga bentuk bunga tersebut. Disuruh juga berhati hati ketika memetik bunga tersebut kerana ia akan berubah warna jika tersalah petik. Kerana keadaan kawasan yang agak bahaya (mungkin sebab hutan, kawasan sunyi) arwah unyang pun menemankan tok untuk mencari bunga tersebut. Setelah jauh berjalan untuk mencari bunga tersebut, kami pun berjumpa dengan satu kawasan seperti taman bunga di dalam kawasan hutan (seperti ladang kelapa sawit pun ada). Dalam keadaan naif, tok tidak memetik kuntum bunga seperti yang di suruh, tetapi tok memetik kuntum bunga lain yang lebih cantik (mungkin kerana takut bunga berubah warna dan akibatnya tidak menepati janji).

Setelah memetik kuntum bunga yang lain tersebut, tiba tiba menjelma seorang perempuan cantik berpakaian putih yang meracau racau memarahi kami. Unyang yang terkejut dengan keadaan tersebut, terus cuba untuk membetulkan keadaan (dengan menggunakan kepandaian beliau). Di dalam keadaan tersebut, tok tidak pasti sama ada perempuan tersebut adalah jin, hantu atau manusia. Mimpi itu habis begitu sahaja tanpa mengetahui apakah tujuan untuk mengambil 2 kuntum bunga putih tersebut.

(realiti)
Keesokannya tok sudah berjanji dengan sahabat sahabat untuk berkayuh basikal di dalam ladang kelapa sawit (yang terletak di belakang rumah tok). Apa bila memulakan kayuhan tok mula teringat mimpi tok tersebut. Dan ketika itu tok masih ingat dengan jelas rupa bunga putih tersebut. Di sepanjang jalan tersebut, tengiang ngiang di dalam kepala tok..

"2 kuntum bunga putih"..

Bila berhenti berehat pun.. tengiang lagi...

"2 kuntum bunga putih"..

Dan kebetulan pula, laluan yang kami lalui pagi tersebut se akan akan sama seperti yang terdapat di dalam mimpi tok malam tadi. Cuma kali ini tok berkayuh bersama sama sahabat dan tiada unyang di sisi. Akhirnya tok nekad untuk mengambil 2 kuntum bunga putih seperti yang di suruh di dalam mimpi (itu pun jikalau bertemu). Hal ini tidak tok ceritakan pada sahabat sahabat yang lain di ketika itu. Biarlah tok seorang sahaja yang menyimpan cerita ini tanpa melibatkan orang lain. Tok takut jikalau di ceritakan ketika itu, mungkin akan jadi cerita lain.

Sambil sambil berkayuh.. tok ternampak bunga tersebut. Kali pertama tok biarkan. Di hadapan tok jumpa lagi.. dan di biarkan lagi. Tok serba salah tak mahu akibat daripada gara gara tok.. sahabat sahabat lain di ganggu. Ketika itu tok teringat kan mimpi tentang perempuan berbaju putih yang meracau racau tersebut.

Ketika sudah hampir untuk pulang dan ketika menaiki bukit terakhir (kata sahabat) yang juga di panggil Bukit Botak tok ternampak bunga tersebut. Masih lagi tengiang di kepala..

"2 kuntum bunga putih"..

Kali ini tok nekad untuk mengambil bunga tersebut. Lalu tok berhenti di pertengahan bukit dan memetik 2 kuntum bunga putih tersebut. Bunga bunga tersebut tok simpan baik baik di poket belakang seluar.

Kayuhan diteruskan meneruni bukit tanpa perlu berkayuh. Tiba tiba tok rasa ada kekuatan angin yang luar biasa di belakang tok dan tidak semena mena tok rasa ingin muntah, badan kebas seluruh badan dan sejuk sangat terasa sehingga ke tulang jari dan badan tiba tiba lemah seperti komputer sedang "shutdown". Di dalam keadaan itu juga tok terasa ingin membuang air besar dan rasa krem di kedua dua belah kaki. Di ketika ini tok tahu ada gangguan. Tok cuba tenangkan perasaan dan membuat apa yang patut. Akhirnya tok akur.. tok perlu berehat sebentar sambil memrhatikan apakah gangguan tersebut.

Setelah tok rasa sehat kembali, kami pun meneruskan perjalanan pulang. Hal ini tidak langsung tok ceritakan pada sahabat sahabat tok yang lain. Walaupun ketika minum minum di kedai sebelum balik dirumah. Ketika di rumah baru tok teringatkan 2 kuntum bunga yang tok petik tersebut. Bunga tersebut sudah berubah warna menjadi warna kuning.

Sehingga sekarang tok masih lagi tidak dapat logik dan apa perlunya tok untuk mengambil 2 kuntum bunga putih.