Setelah berbincang serba sedikit, dan hari pun masih petang (lebih kurang jam 5.30 petang), kami pun bercadang untuk meneruskan perjalanan dengan melalui tulang bukit. Dengan harapan akan ada jalan singkat terus ke puncak gunung. Dalam perjalanan itu kami dapat mendengar bunyi mata air seakan air terjun kecil, yang kami namakan sebagai Lurah Dendam. Oleh kerana tidak mahu turun kebawah lagi, jadi kami pun teruskan perjalanan tanpa mengambil bekalan air. Setelah 100 meter berjalan, tenaga kami bertambah kurang, bekalan air pula tiada, perjalanan pula bertambah sukar kerana hutan renek yang rapat rapat (beg galas sentiasa tersangkut sangkut), ditambah pula dengan banyaknya duri duri rotan yang melintang jalan. Jadi kami berpakat untuk berpatah balik dan turun kebawah sedikit untuk mengambil air. Kami juga telah bercadang untuk tidak meneruskan perjalanan (tidak mahu mengambil risiko sesat) dan untuk kembali sahaja ke kaki bukit dengan mengikut lurah air tersebut. Sudah pastinya kami tidak akan sesat kerana lurah air itu akan melalui kaki bukit di permulaan perjalanan semalam. Paling paling esok pagi kami pasti sampai ke kaki bukit tersebut dan pulang ke KL seperti yang di janjikan.
Rupanya turun kebawah untuk mengambil air adalah lebih memeritkan, kerana perjalanan terlalu curam dan licin. Kami mengambil keputusan menggelongsor turun sahaja. Dalam keadaan tidak sengaja kadang kadang kami berpaut sahaja pada batang batang pokok berduri untuk mengelakkan jatuh ke gaung. Setelah bersusah payah akhirnya kami sampai juga ke mata air tersebut. Setelah minum, membasuh muka dan mengisi 1 botol air kecil, kami pun teruskan perjalanan ke bawah. Walau pun tok ada mempunyai beg air di dalam beg galas yang boleh mengisi 3 liter air, tetapi tok tidak bercadang memenuhkan beg air tersebut. Ini adalah kerana, tok tidak mahu memberatkan beg tok dan jikalau mahu berjalan mengikut anak mata air tersebut sudah pastinya kami akan sentiasa mempunyai bekalan air.
Apa yang berlaku tidak seperti yang kami harapkan, lebih kurang setengah perjalanan turun dengan meniti batu batu, melompat pokok pokok tumbang, akhirnya kami sampai ke jurang yang terlalu dalam dan mustahil untuk turun ke bawah. Kami tidak boleh kemana mana dan jalan keluar yang ada hanyalah berpatah balik. Setelah berpatah balik mengharungi batu batu, pokok pokok tumbang, pokok pokok renek yang rapat, pokok pokok berduri, ntah bagaimana kami sampai kembali ke puncak bukit. Tok Pertapa kembali panik, apatah lagi dengan bekalan air sebotol yang diisi sudah tinggal suku botol akibat memanjat bukit kembali. Tok Pertapa mula menghubungi rakan rakan untuk memberitahu keadaan dan lokasi kami setelah
Kami bercadang untuk bermalam di puncak bukit dan meneruskan perjalanan ke esokan harinya. Entah bagaimana, salah seorang dari rakan Tok Pertapa sudah menghubungi pihak polis dengan memberitahu keadaan kami yang kononnya telah sesat. Ini semua kami ketahui setelah Pak Pertapa mendapat panggilan dari Balai Polis dan mengatakan akan menghantar kumpulan Ranger Gunung Ophir untuk menjejaki kami. Kami memberitahu kedudukan dan keadaan kami yang kehabisan bekalan air. Maka bermula la episode kumpulan Ranger yang mencari kami.
No comments:
Post a Comment