Hari Kedua. Kami meneruskan perjalanan seawal jam 7.30 pagi dan hanya bersarapan roti kosong dan dan air kosong. Ini adalah niat kami hanya untuk beramal jadi kami tidak membawa peralatan memasak dan makanan pun hanya ada roti kosong sebagai bekalan, cukup untuk melapik perut. Asal nya kami berniat mahu berpuasa di puncak
Setelah hampir satu jam mendaki dengan melalui rintangan duri duri rotan yang halus, pokok pokok renek yang sendat, dan perjalanan pula tidak diketahui entah kemana maka, Tok Ayah dan Pak Tam meminta izin untuk tidak meneruskan perjalanann kerana takut melambatkan perjalanan kami. Alasan juga adalah kerana keadaan umur dan fizikal mereka, mereka tidak yakin dapat meneruskan perjalanan apatah lagi dengan bekalan air yang hampir habis. Setelah berbincang serba sedikit kami pun bercadang untuk berpecah, Tok Ayah dan Pak Tam akan turun kembali ke bawah, Tok dan Tok Pertapa akan meneruskan perjalanan. Ini adalah kerana kami sudah berjanji dengan seseorang untuk berjumpa di Puncak Gunung Ophir.
Dengan itu kami pun mengagihkan bekalan yang ada, termasuk air, khemah, makanan, air, lighter dan apa juga yang boleh di bahagi kepada 2 (dua) kumpulan. Kerana melihatkan keadaan fizikal dan umur Tok Ayah dan Pak Tam, kami tidak yakin mereka dapat turun dan sampai pada hari yang sama, dan berkemungkinan mereka akan bermalam juga di dalam hutan. Apa apa pun kami telah berjanji, walau siapa sampai dahulu, kami harus berkomunikasi menggunakan sms untuk mempastikan mana mana kumpulan selamat.
Perjalanan ke atas pastinya bertambah perit, dengan air yang sedikit (kami guna untuk basah tekak sahaja), dengan keadaan jalan yang berduri dan sempit, adakala terpaksa memanjat bongkah batu besar licin yang kecerunan 70 % dengan pendakian sejauh 50 meter kadangkala lebih dan hanya menggunakan akar akar pokok untuk mendaki, ada kala terpaksa menyusur tepi batu kerana keadaan batu dengan kecerunan 90% yang pastinya tidak boleh di daki. Sekali sekala kami terpaksa berehat untuk menghilangkan panik akibat kekurangan air dan kehilangan jejak atau trek yang boleh di lalui. Yang pastinya ada sahabat ghaib yang sentiasa memberitahu tok petunjuk jalan dan tok yakin kami pasti sampai. Apa apa pun tok sentiasa tahu bahawa kami sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T, kerana Dia pastinya Maha Pelindung.
No comments:
Post a Comment