Wednesday, March 14, 2012

Hizbut Tahrir


Baru baru ni tok ada terbaca artikel pasal kebangkitan khilafah. Dahulu tok ada terbaca pasal satu kumpulan yang di panggil Hizbut Tahrir ni. Tak susah pun nak cari.. google sahaja pasti dapat. Dekat wikipedia pun ada. Rupanya sekarang sudah ada Hizbut Tahrir Malaysia. Tok tidak ada apa tentangan tentang mereka ini, tok cuma pemerhati sahaja.. Bukan bermakna tok tak sokong kebangkitan khilafah. Tapi masa ini tok cuma memerhati sahaja dulu.

Tok rasa macam nak menulis pulak tentang kebangkitan khilafah versi tok yang penuh dengan dongeng. Tengok lah kalau ada mood nanti.

Thursday, March 8, 2012

Kurangkan Makan Malam



Sekarang tok dah kurang makan malam. Balik kerja Sebelum sampai rumah selalunya tOK akan singgah minum petang. Malam tok tak makan dah. Tok cuma amalkan minum susu Kambing Sebelum tidur.


Bukan apa, badan ni rasa dah berat dan perut makin naik, jadi Kena Kurangkan Makan la sikit. Tapi Kalau dapat six pack pun bagus jagaK. Rasanya... Tidak Mungkin. DUlu tok belasah ja makanan yang nenek masak. Secara purata makan malam mesti bertambah. BuKanlah sebab nenek pandai sangat meMasak. Tapi selalunya masakan nenek Kena sangat dengan tekak tok.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 7, 2012

Nenek Kembali Kaya

Dulu nenek Selalu sangat percaya bahawa kalau nak kaya mestilah berniaga. Nenek terlalu takSub dengan Kepercayaan ini. Berkali kali Sudah tok kata kan bahawa rezeki itu datang dari Allah. Tapi nenek tetap yakin, kalau nak Kaya Mesti Kena berniaga.


Jadi, bermacam macamlah jenis perniagaan yang nenek ceburi, dari jual ubat, jual alat mekap, multi level marketing berbagai bagai dah, unit trust, insuran dan macam macam lagi, hasilnya tetap cukup cukup makan.


Akhirnya nenek termakan juga dengan kata kata tok dan mula bekerja makan gaji dan hentikan dulu bisnes bisnes part time ni. Sedar tak sedar sudah 4 tahun nenek concerntrate kerja makan gaji. Dan tidak pernah missed mendapat bonus.


Untuk tahun ni nenek baru sahaja dapat surat terima bonus.


"hampir 20 bulan".. kata nenek..


"apa yang 20 bulannya?".. tanya tok..


"bonus la"... jawab nenek..


Selepas itu ada jugak tok tanya..


"sepanjang kerja di kompeni sekarang lebih kurang 4 tahun.. agak agak berapa jumlah bonus yang dah dapat?"..


"adalah dalam 500 ribu".. jawab nenek..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, February 26, 2012

Manusia Biasa



Kes ustaz kantoi khalwat baru baru ni sebenarnya ditunjukkan oleh Allah bahawa Ustaz pun sebenarnya Manusia biasa. Tak lepas dari dugaan. walaupun belum di"charge" di MahKamah. Tapi perbuatan tersebut tidak patut dilakuKan. Tak kiralah apa jua alasan yang beliau ada. kerana golongan kononnya lebih mengetahui do and dont di dalam Islam.


Harapan tok, bila Ustaz masuk court nanti janganla main lempar lempar kaSut pula. Dengan alaSan sudah angin satu badan. Sungguh memalukan Islam. Kalau Sudah diangkat menjadi pemimpin tu, pandai pandaila jaga Akhlak. Tak kan la tok pulak nak ngajar kalian.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, February 21, 2012

Anti Christ



Boleh dikatakan bahawa banyak golongan murtad ini menganut ajaran Kristian. jarang Sekali tok dengar atau baca bahawa mereka menganut agama hindu atau budha, bahai jauh Sekali.


TOK tak mahu la tanya gospel mana pula kaum kaum ni ikut. Sebab lain gospel lain pegangannya, walaupun mereka menganut agama yang sama.


Kerana ramai kaum murtad ni Menganut Agama KriStian. adakah kita yang menentang kaum ini dikira sebagai Anti-Christ atau Anti Isa?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, February 18, 2012

Murtad



Bila tok belek belek laman facebook, tok terjumpalah laman kaum murtad terdiri dari orang Malaysia dan SingaPura. Hal ni pun ada Keluar Harian Metro Semalam. makin hebat diorang ni. Terang terang mengaku murtad.


Sebenarnya tok taK rasa sedih pun, lagi

seronok.. adalah. bukan bermaksud tok Sokong kaum Kaum yang murtad. Mana mungkin tok sokong, dah la terang terang mengaku Murtad, lepas terang terang Pula mengutuk agama Islam, mengutuk Rasullullah, para sahabat, dan juga kaum Keluarga baginda.


Dengan alasan begini, maka musuh tok bertambah. DiMana Musuh yang dihalalkan dipancung oleh diri tok. Tok tak Ada hati nak Masuk laman tersebut dan bertikam lidah. Buang masa dan perasaan sahaja. Lagi pun buat apa layan orang orang camni.


Tunggu masa dan ketika sahaja, sebagai training ground untuk sesuatu yang lebih besar. masa tu baru diorang tau langit tu tinggi Ke rendah. Nak menyesa1 tidak berguna lagi.


P/s: susah juga guna S-Pen ni.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, February 16, 2012

Domestic Inquiry


Hari ni tok menjadi panel untuk Domestic Inquiry (DI) di syarikat tok. Apa itu Domestic Inquiry? Ianya lebih kurang tentang siasatan dalaman terhadap seseorang di dalam syarikat sebelum sesuatu tindakan di ambil. Ini selalunya melibatkan kesalahan kesalahan melanggar peraturan yang telah di tetapkan oleh syarikat. Ahli ahli panel selalunya terdiri dari pada berbagai department/jabatan. Sebenarnya tok bukan lah suka sangat jadi ahli panel DI ni. Sebab kadang kadang keputusan yang di buat adalah berkaitan tentang periuk nasi seseorang. Tapi di sebabkan tok baru sebulan bekerja di sini, jadi tok terima saja. Nanti orang kata engkar pulak.

DI hari ini adalah melibatkan kesalahan selalu lewat masuk ke pejabat. Setelah beberapa kali surat amaran di beri dan si petuduh masih tidak lagi berubah. Jadi DI terpaksa di buat. Walaupun selepas di rujuk pada Jabatan buruh, si petuduh boleh terus di buang kerja tanpa melakukan DI kerana ada fakta kes yang kukuh. Tapi atas dasar kemanusiaan, DI tetap di buat oleh pihak syarikat.

Setakat hari ini, tok sudah 3 (tiga) kali menjadi panel DI di 3 (tiga) syarikat yang berbeza. 

Monday, February 13, 2012

Cinta Melankolia




Alfatihah untuk penyanyi lagu favourite tok.



Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, January 31, 2012

Melihat Budak Budak Bergaduh



Tak tahu lah kebiasaan ke tidak, budak budak ni berlatih bertumbuk selepas subuh pulak. Selalunya malam malam. Kalau yang buat pagi pagi ni budak budak Taekwondo ja. Budak Taekwondo selalunya baju putih. Tapi tok tengok cikgu diorang ni pun pelik jugak. Kejap dulu pernah bengkok, lepas tu simpul, cuma sekarang je tok tengok dah lurus.


Mungkin sebab berlatih siang kot tu yang anak murid dua orang ja. Orang lalu lalang pun tengok pelik. Ni geng mana pulak sesat ni pakai baju hitam siang hari sambil main tumbuk tumbuk. Lepas tu main main kat taman permainan pulak tu.

Monday, January 23, 2012

Selalu Tak Ingat



Dulu tok selalu tak ingat siapa diri tok, terutama sekali jika terkejut ketika tengah tidur.


"hang balik tak habis.." kata Pak Tam bila tok cerita kat beliau.


Ini sebenarnya kes tok yang suka merayau rayau ketika sedang tidur. Tapi sekarang sudah lain.. Tok boleh ingat siapa tok.. Tapi tok tak ingat siapa yang tidur sebelah tok. Kesian kat nenek..


Published with Blogger-droid v2.0.3