Saturday, December 31, 2011

2012



Esok bermula lah lembaran kalendar baru Gregorian. Bagi tok, tahun 2012 ni adalah tahun yang sedikit perlu di berikan perhatian. Beberapa tahun kebelakang dah terlalu banyak cerita yang di buat tentang 2012 ni. Ada yang kata nak kiamat la, ada yang kata bencana besar la, ada yang kata imam mahadi keluar la, dajal keluar la dan macam macam lagi.


Bagi tok, percaya tidak.. Untuk menolak pun tidak. Tok ambil jalan tengah iaitu dengan memerhati sahaja. Selebihnya hidup seperti biasa. Sebenarnya yang kat atas tu semua ayat kontrol ja.


Untuk yang benar benar taksub pada tahun 2012, bagi tok tahun ini hanyalah sebagai petanda sahaja sama ada untuk rentetan cerita imam mahadi, dajjal dan lain lain. Petanda utama yang harus dilihat adalah kejatuhan ekonomi. Yang ini kalau nak kaji pun harus lah secara mendalam. Kejatuhan ekonomi yang macam mana? Siapa yang merasa kejatuhan ekonomi ini? Jatuh sampai tahap mana? Apa penyebab kejatuhannya dan berbagai lagi. Tok malas nak mengkaji.. Tok lebih suka memerhati..


Kalau nak cerita mungkin panjang lagi. Terutama sekali jikalau apa yang diceritakan di mana mana (internet, forum) tidak berlaku langsung. Apa yang akan berlaku selepas itu.


Hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, December 30, 2011

Testing - Bloger Droid



Test hantar guna Application Bloger Droid.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Testing - Posting Guna Galaxy Note


Testing guna galaxy notes. Hmm.. Tak keluar keypad.

Jobless


Hari ni last day tok bekerja dengan syarikat ini. Kalau kira tahun, dah tiga tahun la tok memegang jawatan juruperunding. Bermula esok tok akan jadi penganggur atau tidak bekerja (jobless) selama 10 hari. Rasanya cukup kot masa berehat sebelum memulakan tugasan baru.

Wednesday, December 21, 2011

Samsung GALAXY Note



From Wikipedia, the free encyclopedia

This article is about the astronomical structure. For other uses, see Galaxy (disambiguation).

A galaxy is a massive, gravitationally bound system that consists of stars and stellar remnants, an interstellar medium of gas and dust, and an important but poorly understood component tentatively dubbed dark matter.[1][2] The word galaxy is derived from the Greek galaxias (γαλαξίας), literally "milky", a reference to the Milky Way galaxy. Examples of galaxies range from dwarfs with as few as ten million (107) stars[3] to giants with a hundred trillion (1014) stars,[4] each orbiting their galaxy's own center of mass.

Galaxies contain varying amounts of star systems, star clusters and types of interstellar clouds. In between these objects is a sparseinterstellar medium of gas, dust, and cosmic rays. Dark matter appears to account for around 90% of the mass of most galaxies. Observational data suggests that supermassive black holes may exist at the center of many, if not all, galaxies. They are thought to be the primary driver ofactive galactic nuclei found at the core of some galaxies. The Milky Way galaxy appears to harbor at least one such object.[5]

Galaxies have been historically categorized according to their apparent shape; usually referred to as their visual morphology. A common form is the elliptical galaxy,[6] which has an ellipse-shaped light profile. Spiral galaxies are disk-shaped with dusty, curving arms. Those with irregular or unusual shapes are known as irregular galaxies and typically originate from disruption by the gravitational pull of neighboring galaxies. Such interactions between nearby galaxies, which may ultimately result in a merging, sometimes induce significantly increased incidents of star formation leading to starburst galaxies. Smaller galaxies lacking a coherent structure are referred to as irregular galaxies.[7]

There are probably more than 170 billion (1.7 × 1011) galaxies in the observable universe.[8][9] Most are 1,000 to 100,000[10] parsecs in diameter and usually separated by distances on the order of millions of parsecs (or megaparsecs).[11] Intergalactic space (the space between galaxies) is filled with a tenuous gas of an average density less than one atom per cubic meter. The majority of galaxies are organized into a hierarchy of associations known as groups and clusters, which, in turn usually form larger superclusters. At the largest scale, these associations are generally arranged into sheets and filaments, which are surrounded by immense voids.[12]

Terima kasih pada nenek kerana sudi beri hadiah untuk tok. Alasannya supaya tok mendapat semangat baru apa bila bertukar tempat kerja nanti. 

"Kerja Baru.. Azam Baru.." kata nenek

Friday, December 16, 2011

Cikgu Din Misai


Siapa lah pulak Cikgu Din Misai ni? Pada hal tok pernah kata dulu kalau boleh tak mahu cerita pasal orang kat blog ni. Tapi yang ni tok tergerak pulak nak cerita pertemuan tok dengan beliau. Cikgu Din Misai ni ibarat celebrity... tok kenal dia, tapi dia tak kenal tok sebelum ni. Selalu sangat tok terserempak dengan beliau sebelum ni, tapi tak pernah pulak bersuai kenal dan bersembang.

Entah kenapa semalam (pastinya atas dorongan Allah), tok terserempak dengan beliau lagi. Kali ini tok seorang dan beliau juga seorang. Lokasinya berhampiran dengan dengan ofis tok dan juga berhampiran dengan kedai mamak. Kali ini tok tak lepaskan peluang memanggilnya..

"Bang Din... Bang Din..."

Beliau dengan muka cerianya datang terus kepada tok.

"Eh! Kamu...".. kata Bang Din..

Dalam hati tok... "Iya la Bang Din ni... macam kenal je tok".. padahal itulah first time bersalam dan belum bersuai kenal pun lagi. Tok bersangka baik... mungkin Bang Din buat buat kenal ja.. untuk tak nak kecikkan hati tok.

Tok pun mulalah memperkenalkan diri tok yang kerdil ini. Dari pada berdiri bersembang, terus sambung ke kedai mamak. Ada juga nasihat yang bang din bagi pada tok dalam masa yang sekejap itu. Beliau orang berilmu, jadi tok kena dengar. 

Sebenarnya apa yang tok paham dari perjumpaan ini adalah: Selama ini tok ada belajar sedikit ilmu daripada seorang anak murid beliau (yang ini tok kena pastikan susur galurnya). Dan tok tak ada hati pun nak mengadap guru beliau, sebab tok kata tok ambil Ilmu Underground, jadi tak perlu lah bersusur galur.

Tapi, Allah nak tunjuk jugak. Kalau tok tak mau mengadap gurunya.. Allah jumpakan juga guru tersebut pada tok secara tak dirancang. Jadi terpaksalah tok ceritakan juga pasal Ilmu Underground ni. Nasib baik lah abang Din ni sempoi orangnya.

"Jangan risau... saya pun ramai jugak anak murid underground (yang tak pakai logo)".. kata Bang Din


P/S: Siapa pulak sifu tok yang mengajar Ilmu Underground ni?

Thursday, December 8, 2011

Tukar Kerja


Alhamdulillah..

Tahun baru Gregorian nanti tok akan bertukar kerja (syarikat). Perancangan Allah itu sangat lah indah dan kadangkala amat sukar di mengertikan. Tok pun tak paham sama ada dengan bertukar kerjaya ini adalah satu kebaikan atau keburukan... tok harapkan yang terbaik sahaja daripada Allah.

"Jawatan yang kamu minta sebenarnya sudah ada orang yang kami pilih. Jika kamu mahu.. ada jawatan yang rendah sedikit"... kata salah seorang yang interview tok.

Terkedu sekejap tok. Kita datang interview sudah pastilah untuk jawatan yang dipohon. Kalau sudah ada calon.. buat apa panggil tok juga.

"Kami pun malas nak interview orang lagi. Kalau kamu setuju.. kami berhentikan sesi interview lagi dan terus dapatkan approval untuk kamu petang ini juga".. kata mereka lagi..

Lagi lah terkedu.. sebab jawatan yang di tawarkan jauh lebih rendah dari yang tok minta.

"Tapi kamu jangan risau.. gaji yang kamu pohon.. kami bagi tanpa di potong".. kata mereka lagi..

"SAYA SETUJU!!"... laju jer tok jawab...

Thursday, December 1, 2011

Menangis Kerana Kasih SayangNya


Masa kecil kecil dahulu tok sentiasa menangis. Ada kalanya tok tidak pasti kerana apa tok menangis. Tiba tiba sahaja datang kesyaduan dan terus menangis. Bila masuk usia akil baligh.. tok kembali menangis.. ada kalanya teresak esak dan tiada bersebab. Ini diteruskan lagi ketika usia remaja dan masuk alam perkahwinan. Tetapi ketika itu, tangisan tangisan tersebut sudah boleh di kawal dan sudah tahu menyorok. Pasti di tuduh gila kalau menangis tanpa sebab.

Bila usia makin meningkat, perangai ni berterusan. Tapi tiada siapa pun perasan termasuk nenek dan anak anak. Ini kerana tok sudah boleh kawal setakat sampai mata berair sahaja tidak sampai teresak esak lagi. Dahulu masa muda muda tok tak berapa paham kenapa tok menangis, apatah lagi masa kecil kecil.

Bila dah berusia ni tok dah paham kenapa tok menangis. Ini dikuatkan lagi dengan perangai menangis ini terbawa bawa kedalam mimpi baru baru ini.

Tuesday, November 29, 2011

Ulang Tahun Perkahwinan


Esok adalah hari ulangtahun perkahwinan tok dan nenek mengikut kalendar Gregorian. Tahun yang keberapa tak pulak tok pasti. Takut salah kira. Nasib baik tok perasan tarikh ni sebentar tadi. Itu pun setelah tok tanya nenek sebab tengah mengisi borang yang tanya tarikh perkahwinan.

Biasalah tok.. Jarang sangat nak ingat tarikh tarikh ni.

Sunday, November 27, 2011

Awal Muharram 1433


Salam Awal Muharram 1433.

Tok tak mahu cerita pasal asal usul Awal Muharram. Ramai sangat sangat dah cerita. Entah betul entah tidak cerita cerita diorang. Lepas tu dimana mana sahaja orang mula share doa hujung tahun dan doa awal tahun pula. Kalau tak percaya tanya sahaja Haji Google, macam macam cerita ada pasal awal muharram ni. Di sebabkan blog ni tok yang punya.. jadi tok lebih suka syok sendiri cerita pasal tok.

Selalunya tok dan beberapa rakan rakan tok akan sebok berjalan jalan bila cuti Awal Muharram ni. Tapi tahun ni lain sikit. Sebab tok tak kemana pun. Maksud tok.. tahun ni tak ada pergi panjat Gunung, tak ada beriktikaf di Masjid, tak ada bertapa dalam hutan atau sebagainya.

Tahun ni tok nak pergi berkaraoke pulak. Itupun kalau di izinkanNya. Niat dah ada.. tinggal nak pergi aja. Tok rasa, antara lagu yang tok nak bawak adalah lagu MAY-Sketsa Sebuah Cinta. Rasa boleh tarik kot ni. Lagi pun lagu ni bukan tinggi pun. iyer ke?


Lagu yang tak pernah tok tak ambik kalau berkaraoke adalah UTOPIA-Mithali Cintaku. Ni kira lagu wajiblah ni. Bukan apa, sekali sekala nak pecah tekak dan release tension. Err... yang sebenarnya mana ada tension tension. Saja nak melalak. Lantaklah apa orang nak kata.


Selalu orang tanya tanya apa azam tahun baru bila muncul ja tahun baru. Eh silap... tahun baru Gregorian jer orang tanya tanya pasal azam ni. Tahun baru Hijrah jarang sekali tok dengar. Kalau ada pun orang kata "buang tebiat". Tapi tak mustahil ada orang buat.

Yang pastinya tok bersyukur dapat tambah cuti sehari lagi. Panjang sikit cuti hujung minggu ni..

Friday, November 25, 2011

Memindahkan Jin Dengan Bas



Ini tok biasa dengar, ramai orang bercerita tentang Tuan Guru ni memindahkan jin dengan bas. Ada dua kes yang tok pernah dengar dari berlainan orang sebelum ini.

Kes 1:
Beliau memindahkan jin jin di UUM, Sintok dengan menggunakan bas.

Kes 2:
Beliau memindahkan jin jin di kawasan Tol Simpang Pulai ketika pembesaran jalan disana. Tetap menggunakan bas juga.

Sekarang Tuan Guru sendiri telah membuat pengakuan yang beliau tidak pernah melakukan semua itu. Tujuan tok tampal cerita ini adalah kerana:

1. Tok tak ada cerita menarik.
2. Rasa bertanggung jawab untuk menyebarkan video ini.

Wednesday, November 9, 2011

11.11.11



Tarikh yang dah lama tok tunggu tunggu. Sebenarnya tarikh ni jatuh pada hari jadi nenek. Tok pun dah apply cuti awal awal. Memang di pejabat nenek pun akan dapat cuti pada hari jadi.. jadi nenek pun memang bercuti lah. Mulanya tok tak tahu nak beli hadiah hari jadi apa kat nenek. Tapi hari tu nenek ada hint sikit. Hint kali kedua tu yang tok tak tahan. Pisau lapah yang baru tempah di buatnya potong daging kat rumah.

"Tajam pisau ni ya bang.. senang potong daging".. kata nenek..

Tok diam kan je la.. buat macam tak dengar. Masalahnya tok tak beli lagi pisau pisau tu dan tak tahu nak beli kat mana. Kalau boleh tok nak beli set yang mahal sikit lah, sesuai dengan budget tok. Mana tahu, bila dah dapat pisau mahal.. makanan akan bertambah sedap dua kali ganda.

Ya la.. sejak dua menjak ada cerita MasterChef ni nenek mungkin terpengaruh sikitlah dengan hal hal dapur ni. Lagi pun logik jugak lah.. set pisau yang beli kat IKEA tu rasanya umur dia dah dekat 8 tahun.. memang patut tukar pun dah.

Sunday, November 6, 2011

Aidil Adha



Syukur pada Allah kerana sudah selesaikan menjalankan ibadah korban. Syukur kerana tahun ini tok sekeluarga diberikan rezeki yang lebih untuk menjalankan ibadat korban cukup untuk satu keluarga seekor lembu. Tok ingat dahulu... Untuk berkorban satu bahagian pun terpaksa menyimpan sedikit sedikit tiap tiap bulan. Bila pernah rasa susah tok takkan lupa untuk menjadikannya sebagai pengalaman untuk menambah kesyukuran apabila senang. Tok bersyukur sebab;

1. Dizinkan tok untuk bersyukur
2. Keluarga tok dalam keadaan sehat
3. Dapat bersama keluarga sepanjang masa
4. Diberikan sedikit rezeki
5. Diberikan sedikit iman
6. Diberikan keluarga
7. Diberikan isteri
8. Diberikan anak anak
9. Diberikan tempat perlindungan yang selesa
10. Diberikan kenderaan
11. Diberikan segala galanya cukup dan tidak ada yang kurang..

Senarai berpanjangan jika diteruskan...

Saturday, November 5, 2011

Persiapan Aidiladha



Pagi pagi lagi nenek dah ajak pergi pasar. Beli ayam, ikan, sayur dan daun. Tok tak ingat daun apa. Tok tak tahu apa nenek nak masak esok. Selalunya rendang lah. Sebab tok memang tak boleh pagi raya tak menelan rendang dan lemang. Tapi selalunya malam raya tok dah dapat kat rumah unyang. Kali ni pelik sikit.. Nenek tak sebuk sebuk pun suruh order lemang. Selalunya lima hari sebelum raya tok dah order lemang.

Balik dari pasar tadi.. Terus tok mesin rumput keliling rumah. walaupun di bantu oleh Pak Long, tetap menggeletar tangan tangan tok ni macam kena Parkinson. Tok dah lama tak upah orang mesin rumput. Sejak tok beli mesin rumput letrik.. Tok usahakan potong sendiri. Selamat RM30 untuk sekali mesin upah orang.

Esok tok sekeluarga tujuh orang menumbangkan sekor lembu di kawasan kejiranan tok. Kebetulan tahun ni ada rezeki lebih sikit, jadi tok ikut sahaja lah tuntutan korban pada tahun ni. Pada yang mengenali dan juga tidak mengenali tok dan keluarga, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha. Pada yang ingin berkunjung kerumah tok, telefon lah dulu.

Wednesday, October 19, 2011

Memori Siapa Ni?


Kebelakangan kerap sangat bila tok lihat gambar atau tok tengok filem, akan datang lah memori memori yang pelik pelik. Kadang kadang terasa pernah sampai. Sampai kan terasa pernah tinggal di sana pun ada. Walhal tok tak pernah sampai pun tempat tersebut. Kadang kadang tu bukan setakat terasa sahaja.. sehingakan boleh teringat nama nama yang tok pernah jumpa di sana dan apa aktiviti yang tok lakukan di sana. Padahal tidak kenal atau pun tidak pernah dengar pun nama nama tersebut.


Yang jadi lebih pelik bila tok mula berfikir tentang hal lain. Memori tersebut akan terus padam. Yang tok ingat cuma tok pernah sampai sahaja. Atau pun pernah tinggal di sana. Selain daripada itu hilang begitu sahaja. Pernah cuba mencari dan meneroka memori tersebut, tetapi gagal untuk di ingati. Jadi sekarang tok biarkan sahaja lah begitu. Malas nak pening pening.

Kalau tok tak pernah sampai tempat tempat tersebut.. memori siapa kah ini?

Friday, October 7, 2011

Ke Alam Selari. Lagi...


Dahulu tok pernah ada cerita tentang alam selari. Kali ini tok di bawak masuk lagi. Alam selari kali ini berbeza dengan alam selari yang pernah tok masuk dahulu. Alam kali ini mengeluarkan sifat yang tidak baik bagi diri tok. Di alam selari ini semua keluarga (isteri dan anak anak) dapat tok temui. Semua mereka tetap orang yang sama di alam ini. Dan tetap umur yang se akan sama.

Di alam selari ini tok mengeluarkan sifat bengis tok yang tidak terkawal. Mendera anak anak sehingga berdarah muka ada lah perkara biasa. Dan tok dapat merasakan perasaan tok di situ, di mana tok tidak rasa bersalah sikit pun. Kesalahan yang mereka lakukan hanya lah kecil kecil sahaja, malahan kalau di alam ini bagi tok bukan satu kesalahan pun.

Begitu juga terhadap isteri tok, tok sempat merasa menampar, menyepak dan memijak kepala beliau atas alasan beliau menegur tok, atas perkara yang biasa biasa sahaja.

Seketika tok tersedar kembali di alam ini. Tok juga keadaan terpinga pinga bila tersedar kembali, kerana masih konfius tentang alam mana yang sebenarnya tok duduk. Dan tok berastaghfar panjang untuk memadamkan memadamkan memori tersebut apabila tok tersedar penuh. Harapan tok cerita itu berhenti di situ sahaja. Rupanya di sambung kembali masuk ke alam tersebut.

Diteruskan lagi dengan tok menekan muka isteri dan anak ke-tiga tok ke lantai. Dengan alasan menjawab persoalan tok. Kebiasaannya bila kita bertanya soalan, haruslah orang menjawab kembali. Tetapi di sana tok sangat lain. Jangan seseorang pun menjawab soalan tok. Senang kata tok sudah naik hantu.

Tok tersedar kembali buat kali kedua. Keadaannya tetap sama.. ia itu mengambil masa yang agak lama untuk mengetahui tok berada di alam mana. Senang kata sedang konfius... Dalam keadaan konfius tersebut, tok kembali lagi ke alam tersebut. Kali ini untuk membuat perhitungan dengan isteri dan anak anak...

Kembali ke alam tersebut, tok mengumpul anak anak yang berdarah darah bibir dan muka dan isteri yang lebam lebam badan dan muka. Kali ini tok ingin membuat perhitungan dengan isteri sama ada mahu meninggalkan beliau dan bertanya sama anak anak.. siapa yang mahu ikut tok dan siapa yang mahu tinggal bersama isteri tok...

Tidak sempat mendapat keputusan.. tok kembali lagi ke alam sini dengan keadaaan mamai dan konfius sekali lagi. Ambil masa yang lama juga untuk menstabilkan keadaan dan tok terus ambil air sembahyang dan bertahajud.

Sehingga sekarang tok bersyukur mempunya memori di alam ini dan bukan di alam sana. Alhamdulillah.. tok merasa memori yang tidak baik tersebut moga dapat menjadi pengajaran pada tok supaya menjadi insan yang lebih baik terhadap isteri dan anak anak.

P/s: Kalau ada keizinanNya.. tok akan pulang meminta maaf..

Tuesday, October 4, 2011

Sebuk Tak Bersebab


Sejak dua menjak ni.. tok rasa macam sebuk sangat. Sebuk sebab apa tok tak tahu, sehinggakan aktiviti kebiasaan tok semuanya tertinggal. Apa lah yang tok buat sampai rasa sebuk sangat. Sampai sekarang tok tak tahu.

Rasanya tok memerlukan kekuatan untuk memulakan aktiviti kebiasaan tok. Rasanya badan ni sudah lama tak di basahi peluh. Otak ini sudah lama tidak di sogok dengan ilmu dari kitab kitab terutamanya dari kitab yang syumul.

Kena buat sesuatu ni..

Thursday, September 22, 2011

Cincin Tok Hilang


Pagi tadi selepas sahaja keluar bilik air baru tok perasan yang cincin tok tiada di jari. Terus merata tempat tok cari. Cincin Titanium tu pemberian nenek masa hari jadi tok baru baru ni. Tok memang ingat sungguh.. sebelum tidur cincin tu memang ada di jari. Mana tak ingatnya.. jari tok terhantuk pada almari malam tadi..

"Nasib baik batu tak pecah".. kata tok..

Lepas tu tok terus tidur. Tu sebab tok ingat sangat yang tok tak letak cincin merata.

"Mungkin mamai bangun tidur tok terus bukak cincin dan lupa letak kat mana".. kata tok pada nenek pagi tadi..

Dan nenek pun sebuk mencari sama. Semua tempat tok cari, memang tak jumpa. Entah macam mana mulut tok boleh terlepas cakap.

"Diorang boleh bagi barang masa tidur, dan diorang pun boleh ambik barang masa tidur".. kata tok pada nenek..

Selepas itu terus tok cari atas katil.. dan jumpa akhirnya terletak cantik di atas katil.

Wednesday, September 21, 2011

Macam Ada Benda Nak Tulis


Rasa macam ada perkara yang nak di tulis. Tapi tak tahu nak tulis pasal apa. Yang pastinya tok tak mau tulis pasal politik, pasal peribadi orang (kecuali yang terpilih ja), ...........

Tiba tiba tak ada idea....

Wednesday, September 14, 2011

Duit Berkhatan


Beberapa hari lepas Paksu telah selamatnya berkhatan. Orang orang kampung ni biasanya kalau ada budak berkhatan,mesti di baginya upah. Tok pun tak tahu lah atas tujuan apa. Campur duit raya dan duit berkhatan memang beratus dah la duit Paksu. Semuanya di masukkan dalam sampul duit raya sejurus selepas di terima.

Pagi ni, bila nenek kemas kemas tempat tidur Paksu, nenek terjumpa dua keping duit rm10 bawah bantal Paksu. Tak ada yang pelik duit tu, cuma kuat berbau minyak wangi zafaron.

"Duit hadiah berkhatan"... kata tok

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri


Tok ingin mengambil kesempatan disini mengucapkan Salam Aidilfitri kepada pembaca blog tok tak kira di mana sahaja korang berada. Jemput lah datang ke rumah untuk merapatkan sillaturrahim kiranya sudi. Pintu rumah tok sentiasa terbuka untuk semua, tak kira yang kenal atau tidak dan yang muslim atau pun tidak. Marilah kita gunakan kedatangan Syawal ini untuk merapatkan sillaturrahim.

Wednesday, August 24, 2011

Bulan Menaikkan Bendera Malaysia


Macam biasa lah, bila masuk sahaja bulan Ogos maka ramai lah orang akan menaikkan bendera Malaysia. Tak kiralah, pacak dirumah ke, di kereta ka dan berbagai bagai lagi.

"Hang ni tak patriotik la".. kata sahabat sahabat, kepada orang yang tak pacak bendera di rumah.

Selalunya tok pun terikut ikut jugak la naik kan bendera Malaysia di rumah. Kalau pacak di kereta tu maknanya kena paksa lah dengan anak anak. Yang tok perasan, tahun ni memang kurang orang naikkan bendera Malaysia. Tak kiralah sama ada di rumah atau di kereta. Termasuklah tok sendiri, entah kenapa tahun ni tok tak naik kan bendera Malaysia, walaupun bendera ada di rumah.

Yang pastinya, tahun ni tok naikkan bendera kalimah sahaja.

Monday, August 22, 2011

Keluarga Tok


Alhamdulillah Allah SWT memberi tok keluarga yang agak ramai. Dalam ramai ramai itu tiada seorang pun bagi tok yang memberikan masalah kepada diri tok. Syukur dipanjangkan lagi kepada Allah pemilik sekelian alam, kerana memberikan tok teman hidup yang taat dan sentiasa memahami minat dan pendirian tok.

Malahan mereka mereka semua inilah yang membuatkan tok lebih dekat dan lebih sentiasa mengingati Allah. Bertambah syukur kepada Allah yang maha suci kerana kurniaan keluarga ini tidak membuatkan tok bermegah megah bahkan ianya membuatkan tok erti kesyukuran keatas segala rezeki yang Allah maha kaya berikan.

Mereka ini lah yang membuatkan tok tidak lalai keatas segala tuntutan yang Allah maha besar kehendakkan. Banyak ilmu yang tok pelajari dari mereka ini seperti yang Allah maha berilmu berikan. Tok anggap mereka mereka ini adalah kurniaan Allah maha pencipta sebagai teman tok di dunia ini tak kira yang memegang status isteri atau pun anak.

Tok berharap moga Allah yang pengampun dapat mengampunkan segala dosa dosa kami yang telah lalu dan jadikan kami suci sesuci salju. Tetapkan kami di dalam iman dan janganlah di pecahkan kami.

Sesungguhnya apa yang berlaku dan terjadi adalah kehendak Allah yang maha pemberi petunjuk.

Sunday, August 21, 2011

Budak Kecik Pakai Pampers


Dikawasan perumahan tok ni memang banyak benor rumah kosong. Depan rumah tok, 4 buah rumah kosong. Belakang rumah tok memang hampir kesemuanya kosong. Belah kiri rumah tok, tuan rumahnya, dalam sebulan dua tiga kali ja datang. Selang dua rumah ada satu bungalow dua tingkat yang kosong juga. Rumah tersebut banyak bekas bekas simbahan cat. Ini mungkin kerja kerja Along Bukit Beruntung.

Beberapa hari lepas, didalam bulan puasa ini adalah berita yang tok dengar. Beberapa orang budak budak yang balik sembahyang tarawikh telah terserempak dengan budak kecik yang hanya memakai Pampers.

"Nak pergi mana ni dik?" tanya budak budak yang baru balik surau tu..

"Nak balik rumah, yang kena simbah cat tu" kata budak pakai Pampers tu..

Mungkin sebab kesian, budak budak yang baru balik surau tu offer diri lah nak hantar kan budak kecik tu. Siap tumpangkan belakang basikal lagi. Yang tok heran nya, macam mana lah budak budak ni boleh tak perasan yang rumah kena simbah cat tu dah lama tak berpenghuni.

Diceritakan lagi, bila diorang sampai sahaja kerumah tersebut, tanpa disedari.. budak kecik itu terus hilang tanpa siapa perasan ke mana perginya. Ceritanya sampai disitu sahaja, tak ada pulak penyambung ceritanya.. apa jadi kat budak budak yang balik dari surau tu.

Conclusion tok.. maknanya rumah tersebut sudah ada penghuninya. Kalau ada budak kecik, mesti ada mak dan bapaknya. Selama ini tok perasan depan rumah tok yang kosong tu ada penghuni. Rupanya makin banyak lah rumahnkosong yang berpenghuni di kejiranan tok. Tapi tok tak la kesah sangat, asal kan diorang tak mengganggu tak apa lah...

Monday, August 15, 2011

Mimpi Tok


Bulan puasa ni, jelas jelas betul mimpi tok. Kesan nya ke minda tok, ibarat macam sesuatu perkara benar benar berlaku sebentar tadi.

Malam tadi, berlaku ketegangan di negara tercinta kita ini. Ancamannya bukan lagi manusia atau berlaku ketegangan antara kaum seperti yang di tunggu tunggu oleh sesetengah pehak. Siapa yang mengancam tidak dapat tok perhatikan dengan betul. Tok sangka, ini mesti ancaman dari puak Illuminati atau freemanson (seperti orang katakan), ataupun mesti Dajjal dah keluar dah ni.

Orang ramai tertunggu tunggu siapa yang bakal mengganggu, kerana muka tidak dapat di lihat, tetapi ancaman sudah ada. Sehingga perintah berkurung di merata rata tempat (untuk keselamatan orang ramai juga). Akibatnya yang berlarutan, pendapatan orang ramai semakin kurang, simpanan wang dan makanan semakin habis. Orang tiada lagi bekerja, kerana tidak di benarkan.

Pihak yang di tugas kan menjaga orang ramai pun semakin korup. Sebab mereka juga perlukan wang dan makanan sedangkan gaji pun mereka tidak dapat.. Tiada lagi istilah pergi ke bank untuk mengambil duit, malahan tiada lagi tempat menjual jual barang runcit. Hanya beberapa orang sahaja yang berani curi curi keluar rumah mencari sumber makanan (di keadaan perintah berkurung). Itu pun mereka tidak tahu di mana.

Tok sekeluarga sudah lama berlapar, jadi tok terpaksa juga keluar rumah secara sorok sorok untuk mencari makanan. Ketika mengendap mengendap di dalam semak (takut kena tangkap), tiba tiba... kaki tok di tarik tarik dari belakang, sambil terdengar suatu suara.

"SAHUR!!... SAHUR!!...."...suara nenek mengejutkan tok..

Wednesday, August 10, 2011

Mercun dan Unyang


Masa tok kecik kecik dulu, Unyang lah supplier utama mercun untuk tok. Time tu mana ada mercun dan bunga api di jual merata rata. Nak dapat kena tunggu Unyang belikan, baru merasa nak main. Banyak dah mercun dulu dulu yang sukar dijumpa sekarang. Antara mercun favourite tok dulu adalah mercun tarik, mercun ular, mercun katak dan mercun kereta kebal.

Mercun tarik ni best bila nak pekena orang. Selalunya Unyang jugak la yang terkena. Sebab tok suka ikat mercun tarik antara dua selipar dan selipar unyang lah yang selalu jadi mangsa. Mercun katak sangat berguna bila main perang perang, dia ibarat bom tangan. Mercun kereta kebal ni mahal sikit, maka tak ramai lah orang main. Selalunya Unyang akan supply tok dengan mercun untuk sebulan, jadi pandai pandai lah berdikit dikit. Kalau tidak tak sempat raya stock mercun dan habis.

Beberapa tahun kebelakang sebelum Unyang kembali ke rahmatullah, tok pula yang jadi supplier untuk Unyang. Bukan apa, kebun arwah Unyang ni banyak sangat gangguan monyet. Selalunya cara terbaik adalah menghalau dengan menggunakan mercun. Mercun favourite Unyang adalah mercun roket. Beliau boleh berlagak dengan cucu cucu beliau yang beliau boleh lepaskan mercun roket guna tangan ja. Sampai sekarang budak budak tu cerita pasal kehebatan Unyang. Sebenarnya tok pun boleh, tapi tak tahu lah kenapa budak budak tu kagum sangat dengan Unyang. Diorang kata Unyang letak mercun kat mulut lah, kat hidung lah dan macam macam. Budak budak punya cerita, bukan boleh pakai sangat. Tok tak pernah tengok pun yang letak kat mulut ngan hidung tu.

Sekarang... Unyang dah tiada. Kalau tidak mesti tok dah belikan Unyang mercun roket.

Apa Cerita


Salam...

Sebenarnya tak banyak yang tok boleh cerita di bulan Ramadhan ni. Aktiviti tok mengikut rutin sahaja. Apa yang berlaku semalam, kebarangkaliannya akan berlaku lagi hari ni. Jadi macam tak seronok sahaja nak cerita.

Nak cerita pasal orang lain, lagi lah tak seronok. Kalau boleh memang tok tak mau cerita sangat hal hal orang lain. Kecuali kalau tok terpaksa sangat atau terhingin sangat menulis pasal seseorang. Untuk hari ni macam tak da mood cerita pasal orang lain.

Nak cerita pasal baju raya... rasa baru seminggu puasa. Lagi pun mana ada orang tua macam tok ni sembang hal hal baju raya lagi. Macam..

"tahun ni tok beli awal baju raya, sebab nak pilih kaler. tahun ni kami sekeluarga pilih kaler peach"

Macam tak logik pulak tok nak cerita hal hal gini. Err.. yang kat atas tu sample jer.

Abis tu nak cerita pasal apa ya? Semalam tok ada idea nak tulis pasal satu kumpulan ni.. rasa macam tak syok la pulak. Tak mau orang kata syok sendiri, dok ngata orang.. diri sendiri tak betul.

Ada hati jugak nak tulis pasal friend requests kat facebook yang ada 54 orang lagi yang belum approve. Tapi tak da mood jugak....

Thursday, August 4, 2011

Juadah Hari Ni


Nenek kata.. nenek nak masak;

1. Nasi Ayam
2. Mee Hoon Goreng

Anak anak request beli:

1. Buah tembikai

Diorang tak larat hari hari berbuka dimulakan dengan Kurma.

Air, selalunya.. ikut apa saja lah yang nenek buat.

Wednesday, August 3, 2011

Sabar


Tak tahu kenapa hari ni tok minat nak sentuh bab sabar. Dalam Al-Quran sahaja, ada di sebut lebih kurang:

sabar - 34 kali
(ber)sabar - 20 kali
(ber)sabar(lah) - 23 kali
(pe)nyabar - 1 kali
(ke)sabar(an) - 6 kali
(ke)sabar(anku) - 2 kali
(ke)sabar(anmu) - 3 kali
(ke)sabar(an mereka) - 5 kali
sabar(lah) - 1 kali

Memang banyak betul di suruh kita bersabar. Antara yang selalu di sebut adalah.

"Dan Allah beserta orang orang yang sabar" (2:249)(8:66)

Dalam bab perang pun ada di sebut tentang sabar ni.

"Jika ada dua puluh orang yang sabar diantara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh" (8:65)
"Maka jika ada diantara mu seratus orang yang sabar nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh" (8:66)

Dan banyak bab bab lagi, ada bab menuntut ilmu, bab dalam beribadat dan macam macam lagi. Bukan apa, sekadar nak ingat ingat kan pada kawan kawan, banyak banyak lah bersabar di bulan Ramadhan ini.

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Tiba Lagi


Alhamdulillah...

Dari satu Ramadhan ke satu Ramadhan lagi, syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk tok merasa Ramadhan tahun ini. Syukur lagi kerana dibukakan pintu hati tok dan keluarga untuk menambah sedikit amalan. Seperti biasa, tok dan keluarga hanya bertarawikh di rumah. Bukan tidak mahu bercampur gaul di masjid, tapi Alhamdulillah, tok diberikan keluarga yang ramai cukup untuk memeriahkan surau di rumah tok ini.

Lagipun, sebagai ketua keluarga, tok mengambil amanah untuk mengetuai solat tarawikh di surau sendiri. Agar boleh di jadikan suri dan teladan kepada keluarga tok apabila mereka bekeluarga nanti.

Seperti dahulu, sms mengucapkan sambutan mula masuk ke hanphone tok. Tapi kali ini lain macam sikit, disamping mengucapkan sambutan Ramadhan Al Mubarak, tak ketinggalan juga yang memohon ampun dan maaf. Baguslah kalau selalu memohon ampun dan maaf ni, supaya sentiasa berada di dalam keadaan yang bersih dari kesalahan. Mungkin perlunya memohon ampun dan maaf sebelum bermulanya Ramadhan, agar amalan amalan di bulan Ramadhan ini diterima dengan bersih. Ntah, tok tak berapa mengerti, cuma tahun ini pula banyak terima sms memohon keampunan. Berfikir positif, baiklah begitu, daripada tiada bermohon maaf langsung.

Tok doakan, semoga di bulan Ramadhan ini, kita dapat menunaikan apa yang telah di syariatkan kepada kita dan dapat ditambah lagi dengan amalan amalan tambahan. Moga semua itu dipermudahkan oleh Allah dari segi mental dan fizikal.

Thursday, July 28, 2011

Jiran Jiran Tok


Tok ada beberapa jiran (kira jiran le, walau rumah jauh sikit sikit), yang tok tahu ada blog mereka sendiri. Antaranya adalah tok Ha Lurus, di mana tempat tok untuk merujuk rujuk tentang ilmu mempertahankan diri. Begitu juga tok Mat, yang mana adalah tempat tok untuk merujuk rujuk ilmu ilmu ketuhanan dan ilmu kebatinan. Termasuk juga saudara Merah Silu, seorang penulis yang mempunyai kelas yang tersendiri.

Tok Penghulu, adalah orang yang memperkenalkan tok dengan permainan basikal bukit. Tok Belacan, adalah tempat rujukan tok untuk hal hal motor yang sakit. Tak lupa juga Tok ABoi, seorang cameraman. Tok Kelolo, dahulu adalah jiran tok dan antara orang yang memperkenalkan tok dengan sukan basikal bukit. Mungkin list berpanjangan, dan ada yang tok tak masukkan, bukan di sebabkan sengaja, tapi mungkin tak tahu.

Jikalau saudara adalah jiran jiran mereka, maka kebarangkalian saudara saudara juga adalah jiran tok.

Lega Sekejap


Selepas habis satu presentation (Project Closure) pagi tadi lega la sekejap perasaan tok ni. Rasa macam lepas satu bebanan. Walau pun bukan teruk pun nak buat presentation. Presentation ni dah macam gula gula ja kat tok. Bukan nak cakap besar, cuma sebagai satu perumpamaan ja. Boleh di katakan hari hari kerja tok buat presentation. Sales presentation ka, Technical presentation ka, Project proposal presentation ka, Project Closure presentation ka, semua tok boleh buat. Sampaikan pergi interview kerja pun tok buat presentation jugak.

Tapi....

Menjelang esok, tok ada 3 report dan 1 project proposal nak kena hantar. Rasa boleh buat ka?

Tidak mungkin...

Friday, July 22, 2011

Keris Hilang


Tok memang minat sangat tengok keris. Tak kira keris lama ke, keris baru ke, keris pengantin ke, asalkan namanya keris. Kalau siapa ada mesti tok nak tengok. Tapi tok bukan la pulak pakar keris, seperti sesetengah orang, dengan melihat mata keris ja dah boleh tahu asal usulnya. Tok tak ada kebolehan itu, dan tok tak ada ilmu pun tentang keris.

Dulu dulu tok memang berhajat sangat menyimpan satu. Kononnya, orang melayu mesti ada simpan satu di rumah. Tapi hajat tak kesampaian, sehinggalah tok dapat sendiri dari alam lain dan dinyatakan ke alam ini.

"Hang silap letak".. kata Pak Tam

Setelah keris tersebut hilang kembali, tanpa tok tahu sebab dan asbabnya. Semenjak itu, tok tidak ada lagi berhajat untuk memiliki keris. Nafsu tok untuk memiliki keris sudah hilang semenjak keris yang tok dapat melalui alam lain itu hilang tiba tiba. Tapi tok masih tetap berminat untuk melihat lihat sahaja.

Jadi kalau ada siapa ada hajat nak maharkan keris pada tok, lupakan aja lah. Tok cuma minat nak tengok aja.

Wednesday, July 20, 2011

Perang Akhir Zaman


Tok tahu ramai yang tertunggu tunggu akan perperangan ini. Ini adalah melalui permerhatian tok melalui blog, forum internet dan juga sessi sembang sembang dengan rakan rakan. Ada yang menggelarkan group mereka panji panji hitam lah, panji panji hijau la, fi sabillillah dan berbagai bagai lagi. Tok tiada apa isu dengan group group ini, niat mereka semua suci (apa yang tok rasa la).

Selalunya perang akhir zaman ini mereka akan kaitkan dengan cerita kemunculan Dajjal dan Imam Mahadi dan akhir sekali dengan turunnya Nabi Isa Al-Masih. Ditambah lagi dengan cerita tentera elite Imam Mahadi yang seramai 313 orang. Menjadi antara golongan tentera elite ini lah yang banyak di dambakan oleh seseparuh golongan.

Ada yang mengatakan/menceritakan tentang kebolehan tentera tentera elite ni.

"Mereka boleh melakukan hal hal yang boleh mencarik adat".. kata seorang rakan tok tidak lama dahulu.

Dan sekarang makin melanda pula wabak atau fenomena tentang freemason dan illuminati. Diceritakan pula mereka lah antara pejuang pejuang Dajjal yang tengah menyediakan tapak untuk munculnya Dajjal.

"Dajjal ni sekarang tengah di rantai di sebuah pulau".. tambah seorang rakan lagi.

Dan berkait pulak dengan tahun 2012, tahun yang dikatakan sebagai pencetus berlakunya perperangan akhir zaman ini. Yang sebenarnya kalau nak sembang hal perang akhir zaman ni, duduk di kedai kopi 2-3 malam pun tak habis. Kalau tok tulis boleh jadi sampai Part 20 ke Part 30, itu pun belum tentu habis lagi. Tak termasuk lagi cerita cerita mistik hal hal perang ini.

Bagi tok, tak ambil kesah hal perang akhir zaman ni pun tak apa. Bukan melibatkan hal akidah pun. Nak ambik kesah pun tak apa, ikut kegemaran masing masing masing. Dan tok bukan lah pakar dalam hal ni, cuma kebetulan ramai jugak yang berminat tentang Perang Akhir Zaman ni. Jadi kena ambik tahu jugak la. Kalau tidak jadi kera sumbang pulak bila lepak kedai kopi.

Thursday, July 14, 2011

Barang Mistik


Ramai (2-3 orang je) juga yang bersangka yang tok ni mesti menyimpan banyak barang barang mistik. Itu semuanya tidak benar. Dan yang pastinya itu bukan lah hobi tok. Tok tak suka menyimpan barang barang itu semua, memang tok tak minat langsung. Di rumah tok memang tak ada satu pun barang barang tersebut. Ada satu hari kawan telefon..

"Marilah sini, aku ada keris lama untuk di mahar"

Tok datang, walaupun dah dekat tengah malam. Tapi memang tok tak minat nak beli. Jangan le sebut apa barang pun, tok pasti datang melihat. Kalau dapat percuma pun, tok akan tolak cara baik. Dah memang tok tak suka menyimpan.

Yang sebenarnya, tok suka melihat sahaja.

Monday, July 11, 2011

Politik

Sedaya upaya tok untuk tidak berbicara tentang politik disini. Harap Allah izinkan.

Friday, July 8, 2011

Nenek Pergi Berjalan


Pagi ni awal tok sampai ofis. Menghantar nenek ke ofisnya.

"Sebelum jam 6 pagi".. kata nenek semalam..

Sebenarnya nenek ada company trip. Dalam melaya ja la tak da la keluar negara.

"Boss orang putih, diorang tak mau pergi keluar".. kata nenek

Logik la jugak, dah orang luar, mana naknya keluar lagi. Diorang lagi suka tengok melaya ni. Mungkin nenek frust le sikit, company lain kalau buat company trip, paling kurang pergi Bandung atau Jakarta. Jauh sikit pergi China atau Vietnam.

Sebenarnya motif tok cerita ni nak bagi tau, 2-3 hari ni tok free sikit nak lepak lepak. Nak minum minum ke (pada siapa yang sudi melepak dengan tok). Tapi tengok keadaan jugak la, kalau dah roadblock merata rata, tak lalu la jugak nak pergi mana mana. Baik duduk rumah buat projek hulu dan sarung pisau.

Thursday, July 7, 2011

Merancang Projek


Beberapa hari lepas tok ada beli mata pisau lapah. Lebih kurang panjang enam inchi. Kawan yang beli sekali dah berapa kali ajak cari tukang buat hulu dan sarung. Kejap ajak ke Rasa, kejap ajak ke Kuala Kubu Bharu, kejap ajak ke Gombak. Tok pulak dah lama mengidam nak buat hulu dengan sarung parang sendiri. Tok tak pandai pun, cuma ingin mencuba sahaja dan tok tak ada la pulak belajar mana mana cuma di youtube dan blogspot shj.

Tapi semangat nak buat sendiri memang dah menggebur gebur sangat. Tok dah terpikir pikir dahan pokok nangka mana yang tok nak korban kan kat rumah unyang hujung minggu ni. Memang tengah semangat betul la. Semangatnya tengah hangat dan tahi ayamnya belum datang lagi.

Masalahnya, tok tak ada alatan nak buat. Tak kan la nak guna gergaji, tukul besi dan kertas pasir sahaja. Tok tengok dalam youtube dan blogspot, kebanyakkan diorang ada grinder, gergaji letrik, drill, pisau pahat dan macam macam. Tak apa, walau pun tak cukup alatan, semangat tu tetap ada.

Err... cukup ke dengan semangat sahaja???

p/s: siapa tahu mana dak dapat cincin hulu parang tolong bagi tau tok.

Wednesday, July 6, 2011

Usia + 1


Selalunya dihari yang begini dan bulan begini tok sentiasa memikirkan akan unyang perempuan. Dihari hari begini beberapa tahun yang lampau unyang bersusah payah untuk meneran seorang manusia yang bergelar bayi. Tok tak dapat memahami kesusahan dan kesakitan unyang, sebab tok tak pernah merasainya. Harap harap tok tidak lah menyusahkan unyang sangat diketika itu.

"Hari jumaat, waktu orang sembahyang jumaat" kata unyang..

Diwaktu waktu begini, terutama sekali tok ingin menyucapkankan syukur ke hadrat Allah SWT kerana di beri peluang untuk merasa mengambil nafas di alam ini, merasa mempunyai ibu bapa yang hebat, adik beradik yang hebat, isteri yang taat dan hebat, anak anak yang taat, rakan rakan yang hebat dan segalanya sangat hebat. Senang kata rezeki yang melimpah ruah. Walaupun tok tidak sekaya Bill Gates dan Mark Zuckerberg. Tok sangat bersyukur atas segala pemberian Mu, Ya-Allah.

Dan tok tidak akan lupa, diwaktu waktu begini, akan bila pula tok akan beralih ke alam lain. Biasalah, bila usia meningkat, penyakit makin banyak, kekuatan makin kurang, daya tumpuan pun dah out, uban makin penuh, cuma andropous je belum lagi. Hari hari tok teringatkan alam yang selepas alam ini, cuma waktu waktu begini adalah reminder buat tok untuk lebih bersedia. Bagi kawan kawan yang mengenali tok, tak kira kenal nama sahaja dan tidak pernah bersua, tok mohon beribu kemaafan kiranya tok ada pernah membuat salah secara langsung atau tidak langsung pada kalian.

Kad, semalam lagi dah dapat dari nenek dan anak anak. Nenek ajak pergi Domino Pizza hari ni. Nenek tempah cincin Titanium dan beri Al-Quran digital sempena hari ini. Terima Kasih pada nenek dan anak anak kerana bersusah payah keluarkan duit dan tenaga sempena hari ini.

Hari apa ya hari ni?

"Hari Rabu!" kata Pak Su..

Wednesday, June 29, 2011

Bertapa Ke Port Dickson


Hujung minggu ni, tok dan keluarga bercadang untuk bertapa di tepi laut di di Port Dickson (dengan izinNya). Mungkin di tepi pantai yang mengadap pasar malam dekat Petronas tu. Bukan apa, malam minggu, ada pasar malam, jadi tak payah lah susah susah bawak dapur dan periuk.

Lokasi itu adalah pilihan pertama, mungkin jugak tok akan ke Blue Lagoon. Ikut mood jugak la. Kalau siapa ada hajat nak join, msg la.

Tuesday, June 28, 2011

Agensi Perlancungan


Beberapa malam yang lalu tok adalah keluar bersembang minum minum malam hari yang berlarutan sampai ke pagi. Antara yang yang terkeluar dalam perancangan tok adalah:

1. Pakej perlancungan ke alam bunian.

2. Pakej melihat hantu.

Apa apa pun, semua ini belum boleh di lakukan lagi kerana tok tidak ada kebolehan langsung untuk keluar masuk ke alam bunian. Jadi, tempat tempat yang menarik tidak langsung dapat di kenal pasti. Menzahirkan hantu pun tak boleh lagi.

Jadi projek ni KIV dulu... mungkin sampai tok mati pun tak jadi juga.

Friday, June 24, 2011

Kumpul Sifir Pening


  1. Titek.Perisai.Tumbuk
  2. Titek.Perisai.Tumbuk.Sisip.Siku.Titek.Perisai.Tumbuk
  3. Titek.Perisai.Tumbuk.Sisip.TT.Tarik.Lutut.Siku.Titek.Perisai.Tumbuk
  4. Titek.Perisai.Tumbuk.Titek.Sepak.Tumbuk

Tuesday, June 21, 2011

Menangkap Toyol


Baru semalam tok ternampak kelibat toyol kat kawasan rumah tok. Umak ai.. punya lah laju mencicit dia boleh lari. Kalau lumba lari ngan kucing boleh mencungaplah kucing tu. Dalam pikiran tok memang tak boleh tangkap ini toyol. Nak kejar ayam pun tak dapat dapat, apatah lagi toyol yang kuat lari tu.

Tiba tiba masuk pulak satu sms pagi ni.

"salam bos, nak tanya, boleh tangkap toyol tak?"

"tak. rumah hang masuk dek toyol ka?" balas tok.

saja tok tanya ja, takut sahabat ni tanya tanyakan untuk bantu jiran jiran dia. kawan yang sms ni berkebolehan juga

"ya, dah tahap serius ni, sampai goldbar pun dia sapu. pening pala ni"

tahap kebetulan pula, baru semalam tok terserempak ngan toyol, dan dan ada pula yang mintak bantuan. tok minta maaf le, memang tok tak ada ilmu tentang hal ni. nak tangkap ayam hutan pun failed, apatah lagi toyol.

p/s: tok setakat sembang sembang dalam blog boleh la..

Monday, June 20, 2011

Lebam Lebam


Hari ni baru perasan, dua dua lengan tok lebam lebam. Itu tak kira lagi kat dua dua bahu lebam. Patut la kelat je nak bangun pagi tadi. Rupanya tok mimpi kena belasah malam tadi. Mimpi ke betul betul ni. Dalam lebam lebam tu rasa sedap je badan. Patut la tok pernah dengar ada orang gian nak kena belasah. Rupanya sedap jugak kena belasah ni.

Walau apa pun nak kena cari jugak Panadol Extend.

Dalam Perancangan


Harga: Rp660,000

Tengah merancang rancang nak beli. Mungkin cukup bulan ni kot.

Pening - Part IV

Titik.Perisai.Tumbuk.Titik.Sepak.Tumbuk

Wednesday, June 15, 2011

Khabar Duka dan Khabar Gembira

sumber : forum cari

Mana mana lanun yang kaki download tu, ini lah khabar duka untuk kalian. Terutama sekali tok yang suka sekali ke warez-bb.org tu. Semalam ok lagi.. tapi hari ini sudah tak boleh masuk termasuklah piratebay (tempat lepak tok diorang block), terutama sekali bagi pengguna streamyx dan unifi.

Tapi tok tak gelisah sangat. Masih ada lagi khabar gembira. Korang guna je dulu dns google setakat ni tak ada masalah. Tok dah test, semua yang di block dah boleh masuk dan boleh download seperti biasa.

Tuesday, June 14, 2011

Merah Silu


Semalam balik kerja singgah kejap pasar tani dengan nenek. Kebetulan waktu nak sampai sana (tengah cari parking) tok merah silu melintas jalan. Minggu lepas pun macam tu jugak. Tapi tok hon dia tak perasan. Ada jugak sebelum sebelum tu tok terserempak jugak. Tapi tok merah silu tetap tak perasan tok. Tok ambik positif je lah, mungkin tok naik motor, pakai helmet, mana orang nak perasan.

Kebetulan semalam beliau melintas betul betul depan tok. Depan depan kalau dah kena hon, kalau tak perasan tak tau le. Tak tau le kalau tok merah silu dah lupa kat tok. Jadi bila dah selalu sangat terserempak, tok tergerak la nak tulis sikit pasal cerita terserempak ni. Walaupun tak bersembang (atas motor, nak sembang camna), tapi cukup le mengangkat kepala ja, sebagai tanda sillaturrahim.

Harap harap tok merah silu ingat le lagi kat tok ni....

Wednesday, June 8, 2011

Pelawat Blog Tok

Pagi ni tok saja bukak bukak blog. Terperasan ada juga yang melawat blog tok ni. Pelawat online di ketika itu seramai 7 orang (termasuk tok le). Ini rasanya paling ramai untuk sesuatu masa (rasanya lah).

Untuk counter pelawat pulak, seramai 24,715 pelawat (termasuk tok la yang selalu jugak melawat) semenjak 10 Feb 2008. Walau pun tak ramai di bandingkan dengan blog orang lain yang hits nya boleh cecah beribu pelawat sehari.

Sebenarnya tujuan tok tulis blog ni ada macam macam sebab. Antaranya adalah untuk syok sendiri. Dan tujuannya boleh berubah rubah, mungkin esok boleh jadi lain. Jadi tok tak perlu lah memanjang cerita tujuan sebenarnya tok tulis blog.

Apa apa pun tok nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pelawat pelawat tegar yang sudi datang melawat, tak kira lah baca atau pun tidak. Terima Kasih...

Monday, June 6, 2011

Bapa Kawan Nenek Sakit


Ada satu malam tu sebelum mata tok terlelap, nenek cuba bercerita pasal kawannya di opis yang bapanya sedang sakit.

"Si timi tu kan bang, bapanya sakit.. batuk batuk darah. Dah seminggu duduk kat wad, doktor kata tak ada sakit apa pun.".. cerita nenek..

tok pun iya kan je la.. tau la mata dah ngantuk. lagi satu, macam le tok kenal si timi tu. Nenek punya cerita macam tok kenal je kawan kawan ofis dia.

"Sekarang bapak dia dah balik rumah dah, tapi sakit dia tak kebah kebah jugak"... sambung nenek lagi..

Tok pun iya kan je la lagi. walau pun mata dah mamai, tapi nenek tetap kena layan. Kalau tidak masak tok..

"Abang rasa bapak dia ada gangguan tak?".. soalan cepu emas dari nenek keluar..

Dengan keadaan separuh sedar, tok pun jawab.. "Memang la ada gangguan, itu kena buat rawatan alternatif tu.."

Rasanya memang logik jugak jawapan tok tu. Kalau dah duduk wad doktor kata sehat, padahal batuk batuk darah. Mesti ada "something wrong", bak kata orang minang. Jadi jawapan mudah tok di ketika mamai ada mengiyakan je semua. Walaupun tok antara paham dengan tak paham jer soalan nenek.

"Cubalah abang tengok tengok kan, kot kot boleh elok ke?".. tambah nenek lagi..

ADUS!!!.. tok ingat, bila tok meng iyakan je semua, boleh settle cepat le. Padahal mata dah ngantuk. Nenek pun macam tak tau yang tok ni kalau boleh tak mahu merawat, kalau boleh tak mahu pegang title "Bomoh", dan yang pastinya, tok memang tak ada kebolehan merawat. Walaupun ramai jugak sedara mara tok yang pegang title "Tok Bomoh".

"Nantilah abang tengok tengok kan.." jawap tok.

Kali ini dengan harapan nenek akan stop bertanya. Sebelum lena, tok doa kan jer agar kesejahteraan orang tersebut, agar cepat sembut, agar segala dosanya diampunkan. Yang mana orang lain pun boleh buat.

Lepas tu tok tak sedar apa apa. Cuma tok bermimpi main tembak tembak jer (memori waktu kecik). Rasanya tak relevan pun mimpi tu dengan cerita orang sakit. Yang pastinya dalam mimpi tu tok kena tembak dengan senapang peluru "terung burung". Terasa sakitnya, walaupun dalam mimpi.

Wednesday, June 1, 2011

Hikayat Nabi Bercukur


Asalnya macam ada benda nak di ceritakan, tapi bila login blogspot ni malas la pulak. Kebetulan tok ada download "Hikayat Nabi Bercukur" dari web Perpustakaan Negara Malaysia. Walaupun tok tak baca lagi, tapi tok seronok nak kongsi buku hikayat ni.

Disebabkan tok tak baca lagi, jadi tok tak boleh la nak bagi review pasal hikayat ni. Siapa minat nak simpan boleh lah download di ikut link di bawah.


Atau boleh baca yang versi melayu di...


P/s: Ini sekadar cerita hikayat sahaja. Pikir masak masak kalau hendak percaya. Cukuplah sekadar bahan bacaan.

Monday, May 23, 2011

Bertapa Ke Sungai Chiling Kuala Kubu Bharu



Weekend ni tok dan keluarga bercadang untuk bertapa selama semalam di Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu. Bersama keluarga tok, ada lagi beberapa keluarga lain yang akan turut serta. Pada cuti hari Wesak yang lalu, tok dah pergi survey tapak untuk bertapa ni. Alhamdulillah tempatnya menarik. Tapi rasanya tak sesuai kalau nak bermandi manda di tepi sungai, terutama sekali ketika keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ni.

Kawasan ini ada sedikit terkenal sebagai tempat penjagaan ikan kelah. Kalau musim cuaca baik, jikalau air sungai tidak keruh, kita mungkin boleh melihat ikan kelah berenang renang. Di sini, tapak untuk bertapa memang di sediakan. Selain daripada sungai yang mengalir deras yang di penuhi oleh ikan ikan kelah, di sediakan juga surau, bilik mandi dan bilik air. Jadi, siapa siapa yang nak terkucil tengah malam buta, rasanya tiada masalah terpaksa menggali lubang. Sebab lubang sudah di sediakan. Cuma apa yang tok perasan adalah kehadiran kera kera yang perlu diberikan lebih perhatian. Takut nanti, kera kenyang kita kebulur.

Kalau ada keluarga mana mau join, marilah kita calling calling. Rasanya masih ada spot lagi.

Walaubagaimana pun, tok cuma merancang. Selebihnya, InsyaAllah...

Monday, May 16, 2011

Inderaloka


Malam tadi tok telah termasuk ke satu alam yang tok belum pastikan di mana. Di sana tok perhatikan semua kaum wanita berpakaian seakan sama. Berkemban seperti pakaian tradisi wanita di Bali, tetapi warna dan corak pakaian nya semua sama, seperti memakai uniform. Di ketika itu tok lihat mereka beramai ramai dan boleh di katakan terlalu ramai menuju ke satu arah.

Apa yang tok dapat pastikan, telinga mereka ini kesemuanya lain daripada manusia biasa, dimana saiz cuping telinga mereka separuh lebih kecil dari telinga manusia dan sedikit runcing. Dan kutil di telinga mereka seperti tumbuh lebihan daging yang berbentuk daun kecil dan hampir menutup lubang telinga.

Tok ambil keputusan untuk bertegur sapa. Lagi pun bukan selalu dapat peluang begini.

"Nak kemana ni?".. tanya tok pada salah seorang mereka..

"Kami semua mahu balik ke kampung, esok cuti bekerja".. jawab mereka

Tidak pulak tok bertanya mereka semua bekerja sebagai apa. Yang pastinya tidak seorang pun yang mukanya sangat cantik. Semua muka biasa biasa sahaja, tidak hodoh dan tidak lah terlalu cantik.

"Boleh saya tahu nama kamu?".. tok teruskan bertanya

"Inderaloka.. panggil sahaja Indera".. jawabnya

Selalu kesempatan begini sukar di cari. Tok memang suka mengambil kesempatan bertanya bagai mana untuk selalu masuk dan keluar ke alam alam begini.

"Saya ini orang luar, boleh tak Indera beritahu bagaimana caranya jikalau saya ingin datang ke sini lagi?"... tanya tok

"Owh.. ada kata serunya".. jawab Indera

Tok dah agak, mesti ada password punya. Tanpa teragak agak tok bertanyakan kata seru tersebut. Kalau dah tahu.. bila bila masa boleh datang lagi.

Indera membisikkan kata seru tersebut di telinga tok. Lain benar kata serunya, bukanlah ayat Al-Quran dan bukan lah pula bahasa melayu dan bukan pula apa apa bahasa yang biasa tok dengar. Tok tak boleh hapal, jadi tok mintak Indera bisik kan sekali lagi. Kali ini lagi panjang bahasa serunya dan lain pula dari yang di bisik kan tadi. Masa tu tok agak, ini mesti kes kena tipu ni.

Entah mana datang idea baru tok pun tak tahu. Ini semua kes susah nak hapal punya pasal.

"Indera ada email address?".. tanya tok.

Indera menulis sesuatu di atas pasir...

Indera@/

"Email address ni tak lengkap, tiada dotcom."... kata tok

"Di alam kami, begini lah email address kami".. jawab Indera dengan selamba..

Sunday, May 15, 2011

Menjintat


Setelah sekian lama tak menjintat dan di jintat. Ingat kan malam ni boleh la jintat dan menjintat. Akhirnya tok gagal setelah dengan jayanya sms cikgu ajak ponteng kelas. Yang best nya.. cikgu pun nak join sama ponteng mengajar.

sms terakhir tok pada cikgu dan murid.

"kul 9 terus kedai zul roti canai"

harap harap kedatangan untuk ponteng kelas penuh hari ni.

Thursday, May 12, 2011

Abang Lokman Teluk Intan


Tok Ada seorang kenalan Dari Teluk Intan yang tok panggil sebagai Abang Lokman. Abang Lokman yang tok kenal ada mempunyai kebolehan untuk membuat parang, pisau dan sabit. Disamping itu beliau juga mempunyai kebolehan untuk melihat hal hal yang tidak nampak oleh mata biasa. Pernah diceritakan oleh AngahV6, yang beliau pernah melihat Abang Lokman menangkap toyol yang baru balik dari mencuri duit.

"Abang Lokman tak ambik duit tu, Angah la yang ambik".. kata Angah tentang duit yang ada di tangan toyol tersebut.

Di samping itu tok kenal Abang Lokman sebagai pakar menarik harta tersembunyi dan juga menarik duit dari alam lain. Tapi sepanjang yang tok kenal Abang Lokman, belum pernah lagi tok nampak beliau berjaya. Yang paling penting sekali, Abang Lokman yang tok kenal adalah seorang yang baik perangainya. Pendek kata beliau adalah seorang yang tok senangi.

Baru baru ni tok dapat sms dari Pak Din di Manjung.

"Salam... Kawan kita Lokman Tlk Intan. Telah pulang KERAHMATULLAH selasa lepas"

Al-Fatihah untuk Abang Lokman

p/s: Angah, kalau cerita toyol tu tak betul bagitau ya.

Sunday, May 8, 2011

Dikejar Anjing


Selama tok berkecimpung di dalam aktiviti berkayuh basikal. Banyak betul tok dengar dan lihat sendiri rakan rakan tok di acah anjing atau di kejar anjing. Kebetulan baru baru ni tok ada jumpa satu kitab yang mengajar cara untuk menutup mulut anjing, supaya tak buat bising. Cam biasa lah, jangan percaya sangat. Kalau nak cuba jugak, tanggung sendiri.

=======================================================

Ingin Mengunci Mulut Anjing Menyalak.

Beri salam kepada Qitmir apa bila berjumpa anjing, dengan cara...

"Assalammu Alaika Qitmir"

Selepas itu temukan hujung jari manis dengan ibu jari dan iktikadkan mulut anjing itu telah dikunci.

=======================================================

Siapa itu Qitmir yang di berikan salam tersebut. Nanti kalau rajin tok cerita lah. Tapi kalau siapa tahu, boleh lah cerita dulu. Di persilakan...

Sunday, April 24, 2011

Sudah Selesai Setakat Ini



Tak larat untuk bercerita apa apa. Tok masih kepenatan lagi. Cukup dahulu dengan gambar di atas ini untuk menerangkan segala galanya. Satu pengalaman yang indah untuk first timer. Syukran Ya Allah diatas undangan ini.

Wednesday, April 20, 2011

Ke Dubai


Semalam plan nak ke Dubai. Tak ada rezeki. Agak sebuk sedikit. Mungkin lain kali la kot.

Ke Jeddah


Sekarang tok masih lagi di Abu Dhabi. Esok 2.20pg (waktu Abu Dhabi) dan 6.20pg (waktu Melaya) to akan bertolak ke Jeddah. Di jangka sampai ke Jeddah jam 4.00pg (waktu Jeddah) dan 11.00pg (waktu Melaya).

Di jangka akan ihram di Jeddah dan terus ke Miqat. Tok akan usahakan untuk Subuh di Masjidilharam dan terus melakukan Tawaf.

Selepas itu terus lakukan Saie' dan bila cukup kiraan tok akan bertahalul. Kemudian baru pergi bercukur. Dianggarkan akan complete umrah jam 11.00pg (waktu Masjidilharam) dan 3.00ptg (waktu Melaya).

Kemudian tok akan bertukar persalinan, baru breakfast. Selepas itu tok akan cuba naik bas ke Medinah jam 3.00ptg (waktu Masjidilharam) dan 8.00ptg (waktu Melaya). Apabila sampai di Medinah, tok akan usaha untuk kembali ke Masjidilharam untuk solat Jumaat.

Apa pun, tok hanya merancang. Undangan datang tanpa di sangka beserta dengan duit perbelanjaan sekali. Harap perjalanan tok di permudahkan oleh Nya.

Saturday, April 16, 2011

Abu Dhabi


Alhamdulillah.. Tok selamat sampai di Abu Dhabi malam tadi. 1145ptg waktu tempatan dan lebih kurang 0345pagi waktu malaysia. Sekarang ni tok baru sahaja lepas sarapan pagi. Cari nasi lemak tak jumpa, paling kurang nasi goreng ka. Sebab dah lama sangat tak keluar negara, tok jadi lupa dan terasa macam di negara sendiri. Jadi, tekak yang nak cari nasi ni, agak keciwa sebab tak dapat nasi untuk sarapan. Jadi, cuma makan roti sahaja lah. Nasib baik rakan sekerja tok janji nak bawak makan khabsah tengah hari nanti.

Kebetulan, jiran tok pun ada datang disini. Tak sangka la pula, baru sahaja weekend yang lalu berjumpa, tapi tak tahu pula kami berjumpa lagi disini.

Tadi sempat juga beronline dengan nenek untuk update hal tok disini. Sebab tok off phone, akan on balik sehingga dapat prepaid tempatan.

Malang sekali, hotel ni adalah non-smoking area.


Friday, April 15, 2011

Jadual Perjalanan

15 Apr 2011 20:40 Etihad KUL-AbuDhabi
21 Apr 2011 02:05 Etihad AbuDhabi-Jeddah
23 Apr 2011 16:30 Etihad Jeddah-AbuDhabi
24 Apr 2011 02:25 Etihad AbuDhabi-KUL

Thursday, March 31, 2011

IPAD

Test hantar guna iPad with Safari browser. Nampak cam susah ja. Mungkin tak mahir lagi.

Saturday, March 26, 2011

Emas = Gold


Sekarang ni tok tengok ramai betul rakan rakan tok dah mula menyimpan emas. Ada yang dah jadi agen jual emas dan ada yang menjadi tukang beli dengan niat untuk di jual ketika harga emas bertambah baik. Nama yang gempak sikit adalah "pelaburan emas".

Tok pernah memberitahu seorang sahabat tok.

"kalau boleh niat kan sahaja untuk menyimpan, jangan niat untuk pelaburan"..

Inilah seseorang sahaja yang tok bercakap tentang menyimpan emas. Bak orang minang kata.. "the only person" atau "the only one" yang tok pernah berkata tentang menyimpan emas.

Kalau boleh tok nak jugak ingat ingatkan rakan rakan tok disini (siapa yang anggap to rakan la). Kalau boleh cuba atau usahakanlah untuk menyimpan sedikit emas dan jangan niatkan untuk pelaburan. Sebab ada masa sesak nanti mungkin kita terpaksa guna.

Mana Masa?


Sejak dua menjak ni tok rasa keletihan betul. Mungkin juga sebab faktor usia dan kerja kerja di ladang yang sedikit bertambah. Bukan nak komplen, tetapi sekadar nak memberitahu diri sendiri. Yang sebenarnya bila usia dah meningkat, masa pun banyak yang hilang. Mana perginya masa itu. Dulu dulu banyak betul masa, sampai terlebih lebih.

Yang sebenarnya, adakah masa itu wujud? Sekali sekala bila kepala tok sedikit senget, tok pasti fikirkan tentang masa. Mana pergi masa? Adakah masa ini wujud? atau di wujudkan?

Tambah soalan lagi...

Apakah sebenarnya yang di kata kan "masa" itu? Mungkin dengan nama lain "time" atau pun "waktu". Macam mana boleh jadi? kejap ada.. kejap tak ada.. kejap banyak dan kejap sedikit. Atau pun yang sebenarnya, hal ini tidak perlu di bincangkan langsung. Sebab akan menjadi "buang masa" pula. Bukan kan membazir namanya.

Ada suatu hari dulu, arwah Unyang pernah berkata...

"Allah tidak bermasa"

Panjang lah ulasan arwah Unyang tentang "Allah tidak bermasa" ni. Waktu ni, kalau siapa nak "buang masa" memang patut dengarlah.

Sekarang ni sebenarnya tok tengah tunggu "masa" nak hantar anak anak ke kelas. Jadi adalah "masa" sekejap nak "merepek dan merapu" (kata sesetengah orang tentang apa yang tok tulis).

Friday, March 11, 2011

Kuda Baru


Tak sampai setahun pakai Kuda. Asyik rosak jer. Last sekali bill repair RM1600. Masih rosak lagi. Nenek dah tak tahan asyik duduk tepi highway jer tengok orang lalu lalang. Orang lalu lalang pun dah bosan asyik tengok tok dan nenek ja yang melepak kat tepi highway.

Ada satu kali tu, ketika tok dan nenek melepak tepi highway sambil tunggu lori. Dari jauh nampak satu kereta pelahan lahan berhenti kat belakang kuda tok yang rosak tu. Ingatkan apa, rupanya nak mintak tolong tukarkan tayar kereta.

Dah tak tahan punya pasal, sambil tok ayat ayat sikit, akhirnya nenek pun sambar kuda baru.

"saya bayar cash!"... cakap nenek pada tokei kedai

Apa lagi, dengan tak register pun tok terus angkat bawak pigi kerja. Pakai je lah Plate number kuda lama. Harapan tok, moga kuda baru ni dapat bertahan dengan tok dan nenek.

Jadual Outstation Bulan April


15 April - Kuala Lumpur to Abu Dhabi
21 April - Abu Dhabi to Jeddah
23 April - Jeddah to Abu Dhabi
24 April - Abu Dhabi to Kuala Lumpur

InsyaAllah.. kalau ada panggilan dari Allah SWT, Tok akan hadir ke sana bagi mengerjakan umrah. Setakat ini tok hanya merancang sahaja..

Alhamdulillah


Syukur kepada Allah SWT. Kerana dengan izinNya, nenek sudah mencukupkan duit di Tabung Haji bagi tok mengerjakan haji. Sekarang cuma tunggu panggilan sahaja. Walau bagaimana pun tok tetap menunggu tahun 2013 untuk mengerjakan haji. Kalau diizinkanNya..

P/s: Love you nenek...

Saturday, March 5, 2011

Sekejap Besama Pak Jenoi


Pak Jenoi ni sudak agak lama tok kenal. Agak lebih 20 tahun. Tapi rasanya punya dah lama tak berjumpa. Kesempatan yang ada ketika mendaki Gunung Santubong baru baru tok cuba gunakan masa yang ada untuk memahami beliau. Tapi apakan daya, kepenatan mangatasi kehendak tok untuk bersembang lebih panjang dengan beliau.

Serba sedikit sebelum ini tok ada mendengar Pak Jenoi ini mengikut kumpulan karkun. Rupanya memang betul lah dari penampilan beliau yang tok tengok. Untuk mengetahui lebih lanjut tok ada bertanya.

"Dah buat berapa hari?".. saja tok petik sikit.
"30 hari".. jawab Pak Jenoi (mintak maaf Pak.. kalau aku silap sebut hari tu)

Dari jawapan beliau confirmlah karkun ni.

"Marilah ikut aku sekali sekala"... Pak Jenoi petik tok pulak
"Tak apa lah Jenoi.. jalan aku lain".. itu aja yang keluar dari mulut tok..

Sambil tu kami terus mendaki dan mendaki naik ke puncak gunung. Bila Pak Jenoi berehat.. tok sempat petik lagi..

"Sabar Jenoi... inikan sunnah juga, ada pahalanya kan?" .. dalam kepenatan tok bertanya

Pak Jenoi mengangguk sahaja. Mungkin dah tak lalu bercakap. Penat rasanya..

"Niatkan sahaja kerana Allah.. pasti ada pahalanya".. tambah tok lagi..

Pak Jenoi mengangguk lagi. Apa nak buat, orang dah penat, bercakap pun dah tak mahu. Untuk tidak mahu menambah kepenatan Pak Jenoi.. tok berhentikan sahaja bercakap.

Apa apa pun tok terkilan dengan jawapan tok tentang "tok ada jalan sendiri". Di ketika itu, tok tak maksudkan begitu. Mungkin tok juga penat ketika itu. Kalau ada kesempatan dan masa yang sesuai.. InsyaAllah tok akan ikut Pak Jenoi. Tok harap Pak Jenoi tak terasa dengan jawapan tok.



Hamba vs Kekasih


Yang mana satu pilihan badan. Mahu jadi hamba atau kekasih? Satu persoalan lagi... boleh kah di pilih pilih, atau sudah di tentukan?

Kalau ikut akal sihat. Mana mungkin si kekasih boleh menjadi hamba pada waktu yang sama dan begitu juga sebaliknya. Sebab antara hamba dan kekasih, ciri ciri nya sangat berbeza.

Kalau pilih menjadi hamba, jadi hamba sahaja lah sampai bila bila.

Kalau pilih menjadi kekasih, berkasih kasih lah sahaja sampai bila bila.

Yang pastinya, jikalau menjadi hamba, kita akan ketakutan sepanjang masa. Jikalau menjadi kekasih, kita akan bergembira sepanjang masa.

Ada pilihan lain.. untuk tidak jadi apa apa..

Soalan lagi.. Boleh kah memilih?

Nenek Kaya Lagi

13 bulan bonus katanya.

Gunung Santubong - Final

Hari Mendaki

1. Sepanjang perjalanan hujan lebat.

2. Suku perjalanan dengar pokok tumbang di belakang, di sambung dengan suara. "Setakat ini tiada siapa dibenarkan patah balik."

3. Akar akar berselirat seperti tangga memang ada di sini.


4. Akar akar berselirat seperti tangga tapi bewarna putih pun memang ada di sini.

5. Makhluk kecil setinggi 6 inchi pun ada di sini, tinggal di dalam lubang. Seperti di gunung ledang dan mungkin di Pulau Besar.

6. Puteri Santubong, agak garang orangnya. Mungkin tok orang luar.

7. Gunung Santubong memang agak mistik. Tapi penduduknya tak seramai di Gunung Ledang.

Sebenarnya tok malas nak sambung cerita. muah aha ha..

TAMMAT

Friday, March 4, 2011

Gunung Santubong - Part III


Sudah berhari hari tok berfikir, ada kaitan kah orang tua tersebut dengan Gunung Santubong. Itu akan tok pastikan bila berada di sana nanti. Tapi, tok yakin memang ada kaitan.

Tok sampai ke Kuching sehari lebih awal dari rakan rakan yang lain. Tok dan keluarga telah di sambut oleh Tok Kanang di Lapangan Terbang Kuching. Sambutannya amat luarbiasa. Bukan lah bermaksud siap dengan kompang atau bunga manggar. Tok Kanang yang sudah berbelas tahun tidak berjumpa, sentiasa mempastikan keperluan keluarga tok mencukupi. Sehinggakan untuk berjalan jalan pun di sediakan seorang pemandu pelancung. Iaitu adik beliau sendiri. Tok panggil Syawal sahaja. Tak tahu lah nama sebenar atau nama "glamor".

Syawal ada berkata, yang beliau pernah membawa seorang pelancong dari Brunei..

"Alim orangnya bang"... kata Syawal
"Dia sendiri mengaku pernah berjumpa dengan Puteri Gunung Ledang, Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang sekaligus".. tambah Syawal lagi

Tok memang suka betul kalau ada cerita cerita macam ni, Tok layan je lah..

"Orang tu kata, yang paling cantik, Puteri Gunung Ledang, kedua Puteri Santubong dan ketiga Puteri Sejinjang"... Syawal makin rancak bercerita

"Esok bila abang panjat Gunung Santubong, mulut kena jaga bang. Jangan cakap lepas dan jangan buat yang bukan bukan".... Syawal tambah lagi..

Tok iya kan je lah. Dah memang begitu syaratnya kalau pergi ke tempat orang. Mana boleh berlagak samseng.

bersambung....

Gunung Santubong - Part II


Perjalanan di teruskan dengan menaiki akar akar melengkar seperti tangga. Tiada apa yang istimewa dalam perjalanan ini, yang pastinya ianya agak tinggi. Ketika tok berhenti berehat, tok rasakan jasad yang tinggal ikut mencungap kerana kepenatan. Separuh perjalanan menaiki tangga akar akar yang melingkar, bertukar pula bentuk tangga menjadi akar berwarna putih. Tok teruskan perjalanan. Tak kisah dah apa yang bakal tok tempuhi. Hati nekad untuk tahu apa yang ada di hadapan.

Dihujung tangga...

Tok di sambut oleh seorang perempuan tua yang bertongkat.

"Akhirnya kamu sampai juga"... kata beliau
"Mari kami tunjukkan kawasan kami"... tambah beliau lagi

Akhirnya tok di bawa merata rata di kawasan beliau. Melihat orang orang kampung dan sempat juga merasa makanan yang pelik. Di akhir perjalanan beliau tunjukkan jalan keluar.

"Turun bukit ini, kamu akan ketemu jalan keluar".. kata beliau

Tanpa banyak berkata kata tok terus turun menuruni bukit. Akhirnya tok tersedar kerana nenek kejutkan untuk bersembahyang subuh. Rupanya lama juga perjalanan tok ini, tapi rasa macam sekejap.

bersambung...

Saturday, February 19, 2011

Gunung Santubong - Part I


http://en.wikipedia.org/wiki/Mount_Santubong

Minggu hadapan (InsyaAllah) tok dan keluarga akan ke Kuching. Tiket bilon sudah di beli. Hotel sudah di tempah. Kenderaan sewa juga sudah di tempah. Tujuan asalnya adalah untuk memanjat Gunung Santubong, jadi di kesempatan yang sama tok bawak lah bersama keluarga sambil berjalan jalan. Kebetulan pulak nenek tengah "loaded", jadi nenek ok sahaja.

Tak tahu lah kenapa Gunung Santubong telah dipilih oleh rakan rakan tok kali ini. Rasanya banyak lagi gunung di semenanjung yang belum di daki. Dengar cerita sambutan untuk mendaki gunung ini agak menggalakkan.

Sebelum pergi ni ada juga tok google kan sikit tentang gunung ini. Ada satu gambar yang tok lihat seperti tempat yang tok pernah pernah pergi. Walaupun secara realitinya tok tak pernah sampai lagi.

Baru baru ni tok ada cuba buat perjalanan ghaib. Melancung la juga. Permulaan perjalanan adalah di pinggir sebuah pokok yang besar. Punya la besar.. sehinggakan akar akar dan banir membentuk tangga membawa ke atas pokok. Ada sesuatu yang memanggil manggil tok naik ke atas dengan melalui tangga tersebut. Sempat lah tok berfikir sejenak sama ada nak naik atau tidak. Selepas tok terfikir yang tok pergi bukan dengan jasad, barulah tok teruskan naik. Itu pun di mulakan dengan kalimah "Bismillah hir Rahman nir Rahim".

sambung..