Sunday, December 23, 2007

Technorati



tok daftar blog ni di technorati . diorang suruh tok letak link Technorati Profile di blog ni. jadi tok pun letak le. sebenarnya tok tak tahu apa. sekarang ni diorang suruh letak logo ni pulak. rasanya kena letak kat tempat lain. nantilah tok kaji kaji dulu.

Add to Technorati Favorites

tak sampai 5 minit tok daftar, tiba tiba tok nampak ramai pulak pelawat yang datang kat blog tok ni. nampak macam menarik pulak. tiba tiba timbul pulak idea tok nak meniaga dengan menggunakan blog ni. rasa nak meniaga apa ya.? kalau boleh benda yang unik dan di terima oleh seantero dunia... macam KONDOM.


Tekpi

Tekpi adalah senjata yang dikenal luas dalam beladiri Melayu tetapi bukan merupakan senjata asli budaya Melayu. Karena itulah sebenarnya sangat sulit menemukan tekpi di museum peninggalan Melayu.

Senjata ini mirip dengan senjata sai dalam budaya Jepang. Senjata ini diduga dikembangkan oleh pendatang Tiongkok beratus tahun yang lalu. Karakteristiknya sendiri berbeda dengan kebanyakan senjata khas Melayu.

Kemungkinan besar tekpi berasal dari daerah Tiongkok, tetapi pesilat Melayu di Malaysia, Indonesia, dan Nusantara mahir menggunakan tekpi yang penggunaannya berbeda dengan sai di dalam karate. Dalam seni bela diri Tiongkok sendiri tekpi hampir tidak ditemukan. Tekpi juga tidak ditemukan dalam nomor-nomor Wushu. Film beladiri Tiongkok juga tidak pernah menampilkan tekpi ataupun sai.


Tekpi adalah senjata yang secara luas digunakan dalam banyak pertandingan seni beladiri silat Melayu. Misalnya Sendeng Malaysia memposisikan tekpi sebagai senjata pilihan kedua setelah keris, atau Kuntau Tekpi yang menggunakan tekpi sebagai senjata utama.

Silat jenis kuntau hampir mirip dengan gerakan-gerakan keras dan efektif di dalam
Kuntao Tiongkok. Hal ini merupakan hal yang wajar terjadi karena pengaruh peradaban Tiongkok yang sangat besar di Asia Tenggara.


Psi
(Ψ/ψ) ialah huruf ke-23 dalam abjad Yunani. Dalam sistem nombor Yunani, psi mempunyai nilai 700. Tekpi ialah sebuah senjata yang menyerupai bentuk psi.


Seni Silat Kuntau Tekpi
ialah sejenis ilmu mempertahankan diri yang telah lama wujud di zaman Sultan Ahmad Tajuddin Shah, Sultan negeri Kedah pada kurun ke-18. Ia dipelopori oleh seorang Panglima Istana bernama Panglima Taib Bin Wan Hussin. Silat ini diajar hanya di kalangan panglima dan pengawal istana serta hulubalang bagi menentang serangan Siam dan musuh lain ketika itu.


Panglima Taib telah mewariskan ilmu ini kepada anak kandungnya bernama Siti Aminah yang dikenali dengan gelaran ‘Srikandi Kedah’. Gelaran ini dianugerahkan oleh Sultan Kedah pda masa itu atas jasanya membantu ayahnya (Panglima Taib) menghantar bunga emas ke Siam ketika itu. Silat ini kemudiannya diwarisi oleh anak Siti Aminah bernama Tuan Haji Zainol Abidin bin Endut dan seterusnya diwarisi pula oleh anak Zainol Abidin iaitu A. Sani.


Senjata utama silat ini dikenali sebagai tekpi iaitu besi bercabang tiga yang juga telah dikenali sebagai "Raja Segala Senjata" yang telah terbukti boleh mematikan segala senjata tajam.


Silat ini mempunyai kaedah buah-buah pukulan serta tangkapan yang kemas. Semua pergerakan dan tangkisan adalah sesuai dengan pergerakan fitrah diri manusia, tidak mengira peringkat umur, mahupun lelaki ataupun perempuan.


Silat ini menitikberatkan aspek mempertahankan diri sekiranya diserang tetapi akan menyerang sekiranya terdesak.


Sumber diambil tanpa edit:


http://id.wikipedia.org/wiki/Tekpi
http://ms.wikipedia.org/wiki/Psi

http://ms.wikipedia.org/wiki/Silat_Kuntau_Tekpi


tok tak pandai..........

Thursday, December 20, 2007

Qurban Tahun 1428


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

الله أكبر الله أكبر الله أكبرالله أكبر الله أكبرالله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر
الله أكبر كبيرا و الحمد لله كثيرا و سبحان الله بكرة و أصيلا
لا إله إلا الله و لا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين و لو كره الكافرون
لا إ له إلا الله وحده صدق وعده و نصر عبده و أعز جنده و هزم الأحزاب و حده
لا إله إلا الله و الله أكبر
الله أكبر و لله الحمد

أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله . اللهم صل على محمد و على آله و أصحابه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين . فيا أيها الناس : أصيكم و إياي بتقو الله و لا تموتن إلا و أنتم مسلمون

Tahun ini adalah giliran tok untuk merayakan ibadat qurban di kampung mertua tok. Di Kampung Sitiawan, Perak. Selepas ibadat Aidiladha, tok membantu masyarakat kampung menumbang 2 ekor lembu Aqiqah dan 4 ekor lembu korban.

Sebenarnya tok tidak ada hajat untuk memanjangkan penceritaan dan sejarah Qurban itu. Kita boleh dapat sahaja cerita cerita atau sejarah tersebut dengan enjian carian. Terlalu ramai yang menceritakan tentang sejarah antara anak beranak Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS itu.

Apa yang tok ingin cuba ingin sampaikan adalah bagaimana kita menghayati istilah Qurban atau satu Pengorbanan. Terutama Pengorbanan yang telah kita lakukan sepanjang tahun untuk sesuatu kebaikan. Juga mungkin kita perlu lihat akan contoh Pengorbanan orang lain. Tak lupa juga Pengorbanan mat mat rempit yang meng korban kan diri mereka untuk menjadi contoh yang tidak perlu di ikuti. HAYATI lah istilah Pengorbanan itu...

Salam Aidil Adha untuk semua...



Friday, December 14, 2007

Abdul Malek Al-Qobaron [Agama]

Siapa kenal.. tolong bagi tau tok.

Friday, December 7, 2007

Dogma


Tok nak komen tok tak tahu bagaimana. Mungkin ada yang boleh bagi penjelasan. Adakah DOGMA di dalam agama Islam? Atau adakah agama Islam itu ajaran DOGMA?

[Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Inggeris-Melayu]

dogma n. dogma; ajaran

[Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Melayu-Inggeris]
dogma k.n. dogma; principles put forward by authority to be accapted without question.

[Wikipedia - English]
http://en.wikipedia.org/wiki/Dogma

[Wikipedia - Indonesia]

http://id.wikipedia.org/wiki/Dogma


Thursday, December 6, 2007

Pak Tam kenal ke...

diambil dari: http://www.aadisalman.com

Monday, December 3, 2007

Undang Undang Laut

Undang Undang Laut ialah naskhah undang undang atau hukum yang digunakan dalam pelayaran. Undang Undang Laut yang berasal dari zaman Melaka itu ialah suatu undang undang yang sangat penting yang ditulis pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud (1488-1511). Semua naskhah menceritakan bahawa Sultan Mahmud yang memerintahkan penulisan Undang Undang Laut ini atas permohonan tiga orang nakhoda, iaitu Nakhoda Jenal, Nakhoda Diri dan Nakhoda Sahak yang inginkan hukum pelayaran yang tetap.

Ketiga tiga nakhoda tersebut bermesyuarat dengan segala nakhoda untuk membuat undang undang ini. Apabila selesai, ketiga tiga nakhoda itu mempersembahkan undang undang tersebut kepada Duli Yang Dipertuan Sultan Mahmud Syah melalui Bendahara Paduka Raja yang menjadi mangkubumi pada ketika itu. Sultan Mahmud Syah menerima undang undang itu dengan baik dang mengisytiharkannya sebagai Undang Undang Laut yang sah sebagaimana titah baginda dalam upacara penyerahan undang undang tersebut.

"Baik kami kabulkan seperti sembah bendahara itu. Kami kurniakan hukum ini kepada segala nakhoda datang kepada anak cucu kami dan jikalau sudah kami hukumkan di laut tiada dapat siapa mengata kami kerana hukum ini sudah titah dari bawah Duli Yang Dipertuan Sultan Mahmud Syah di dalam negeri Melaka, segala hukum dilaut itu putus di laut jua dan hukum di darat, putusnya di darat jua...."


[Bab I]
Tiga orang nakhoda memohon izin Sultan Mahmud untuk menuliskan Undang Undang Laut. Setelah selesai, para nakhoda dianugerahi gelar oleh baginda. Dinyatakan pula kuasa nakhoda serta tugas pegawai pegawai lain di dalam perahu seperti malim, jurumudi dan lain lain. Dinyatakan juga hukum berhutang kepada nakhoda dan hukum kiwi, iaitu orang yang mempunyai bahagian dalam barang barang permainan di perahu.

[Bab II]
Ada bahagian bahagian tertentu di dalam perahu yang tidak boleh dihampiri orang, misalnya balai lintang dan balai bujur. Dinyatakan juga beberapa langkah keselamatan di dalam perahu. Selanjutnya dinyatakan hukum membuang barang barang muatan ke dalam laut ketika ribut. Dinyatakan pula hukum kiwi(peniaga) atau penumpang yang ingin meninggalkan perahu pada pertengahan pelayaran. Akhirnya dinyatakan hukum hukum berdagang di laut. Nakhodalah yang mula mula naik ke darat untuk berdagang, diikuti oleh anak perahu dan orang ramai.

[Bab III]
Orang orang kapalnya karam atau orang yag kelaparan menjadi hamba nakhoda. Mereka tidak boleh dijual, tetapi sekiranya mereka mempunyai harta benda, nakhoda boleh meminta bayaran. Demikian juga hukumnya bagi pengadil yang karam perahunya atau yang di dalam kesengsaraan.

[Bab IV]
Orang yang berbuat khianat terhadap nakhoda atau memakai keris di perahu sedangkan orang lain tidak, boleh dijatuhi hukuman bunuh oleh nakhoda. Dinyatakan juga denda bagi orang yang kurang ajar terhadap nakhoda dan hukum bagi orang yang berzina. Akhirnya dinyatakan bahawa orang yang mencuri akan didenda.

Sunday, December 2, 2007

Malaikat Yang Diketahui


01] Malaikat Jibril menurunkan wahyu pada tiap tiap Rasul (dengan izin ALLAH S.W.T).
02] Malaikat Mikail menurunkan hujan dan memberi rezeki
(dengan izin ALLAH S.W.T).
03] Malaikat Izrafil meniup sangkakala pada hari Kiamat
(dengan izin ALLAH S.W.T).
04] Malaikat Izrail menyabut nyawa sekelian makhluk
(dengan izin ALLAH S.W.T).
05] Malaikat Roqib menulis perbuatan amal kebajikan
(dengan izin ALLAH S.W.T).
06] Malaikat Atid menulis perbuatan jahat
(dengan izin ALLAH S.W.T).
07] Malaikat Munkar memeriksa di dalam kubur
(dengan izin ALLAH S.W.T).
08] Malaikat Nakir memeriksa di dalam kubur
(dengan izin ALLAH S.W.T).
09] Malaikat Ridhwan mengurus Syurga
(dengan izin ALLAH S.W.T).
10] Malaikat Malik mengurus Neraka
(dengan izin ALLAH S.W.T).
11] 19 Malaikat lagi mengurus orang di Neraka
(dengan izin ALLAH S.W.T).
12] 8 Malaikat lagi menanggung Arasy
(dengan izin ALLAH S.W.T).

25 Rasul


[Nabi Adam a.s.] [Nabi Idris a.s.] [Nabi Nuh
a.s.] [Nabi Hud a.s.] [Nabi Shalih a.s.]
[Nabi Ibrahim
a.s.] [Nabi Luth a.s.] [Nabi Ismail a.s.] [Nabi Ishaq a.s.] [Nabi Ya'cub a.s.]
[Nabi Yusuf
a.s.] [Nabi Ayub a.s.] [Nabi Syua'ib a.s.] [Nabi Musa a.s.] [Nabi Harun a.s.]
[Nabi Ilyasa'
a.s.] [Nabi Zulkifli a.s.] [Nabi Dawud a.s.] [Nabi Sulaiman a.s.] [Nabi Ilyas a.s.]
[Nabi Yunus
a.s.] [Nabi Zakaria a.s.] [Nabi Yahya a.s.] [Nabi Isa a.s.] [Nabi Muhammad s.a.w]


Wednesday, November 28, 2007

Sifat Dua Puluh

Sifat Nafsiah
1] Wujud (ada dan mustahil tiada)

Sifat Salbiah
1] Qidam (sedia ada)
2] Baqo (kekal dan mustahil hancur binasa)
3] Mukholafatuhu Lilhawadiths (tiada sama dengan yang baharu)
4] Wahdaniat (Esa atau Maha Esa dan mustahil berbilang bilang)
5] Qiyamuhu Binafsih (berdiri dengan sendiri)

Sifat Ma'ani
1] Qudrat (berkuasa dan mustahil lemah)
2] Iradat (menentukan atau menghendaki dan mustahil terpaksa)
3] Ilmu (mengetahui dan mustahil jahil)
4] Hayat (hidup dan mustahil mati)
5] Sama' (mendengar dan mustahil tuli)
6] Basar (melihat dan mustahil buta)
7] Kalam (berkata kata dan mustahil bisu)

Sifat Ma'nawiah
1] Qoodirun (berkuasa atau maha kuasa dan mustahil lemah)
2] Muriidun (menentukan dan mustahil tergagah atau terpaksa)
3] Aalimun (maha mengetahui dan mustahil tidak tahu)
4] Hayyin (maha hidup dan mustahil mati)
5] Samil'-un (maha mendengar dan mustahil tuli)
6] Bashiirun (melihat dan mustahil buta)
7] Mutakallimun (berkata kata dan mustahil bisu)

Rukun Islam

Rukun Islam ada lima (5) perkara :

(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Menunai kan ibadat Haji

(3) Mendirikan Solat fardhu

(4) Menunaikan Zakat

(5) Puasa dalam bulan Ramadhan


Asma Ul Husna

Ar-Rahman (Maha Pemurah) Ar-Rahim (Maha Pengampun) Al-Malik (Maha Agung) Al-Quddus (Maha Suci) As-Salam (Mengamankan) Al-Mu'min (Maha Dipercayai) Al-Muhaymin (Penjaga) Al-Aziz (Maha Perkasa) Al-Jabbar (Pemaksa) Al-Mutakabbir (Yang Mulia) Al-Khaliq (Pembuat) Al-Bari' (Penjadi) Al-Musawwir (Pereka) Al-Ghaffar (Pengampun) Al-Qahhar (Penakluk) Al-Wahhab (Penganugerah) Ar-Razzaq (Pemberi) Al-Fattah (Pembuka) Al-'Alim (Maha Mengetahui) Al-Qabid (Pengekang) Al-Basit (Pembesar) Al-Khafid (Perendah Diri) Ar-Rafi' (Peninggi) Al-Mu'izz (Penghormat) A-Muzil (Penguji) As-Sami' (Maha Mendengar) Al-Basir (Maha Melihat) Al-Hakkam (Maha Adil) Al-'Adl (Pengadil) Al-Latif (Lemah Lembut) Al-Khabir (Maha Mengetahui) Al-Halim (Penyabar) Al-'Azim (Maha Besar) Al-Ghafur (Maha Pengampun) Ash-Shakur (Yang Bersyukur) Al-'Ali (Maha Besar) Al-Kabir (Yang Maha Besar) Al-Hafiz (Pemelihara) Al-Muqit (Penjaga) Al-Hasib (Maha Penghitung) Al-Jalil (Maha Tinggi) Al-Karim (Yang Maha Pemurah) Ar-Raqib (Maha Waspada) Al-Mujib (Maha Pengkabul) Al-Wasi' (Yang Menyeluruh) Al-Hakim (Yang Bijaksana) Al-Wadud (Maha Penyayang) Al-Majid (Maha Mulia) Al-Ba'ith (Pembangkit Semula) As-Shahid (Saksi) Al-Haqq (Kebenaran) Al-Wakil (Wali) Al-Qawi (Paling Kuat) Al-Matin (Teguh) Al-Wali (Pelindung) Al-Hamid (Pujian) Al-Muhsi (Penghitung) Al-Mubdi (Pengasal) Al-Mu'id (Pemulih) Al-Muhyi (Pemberi Kehidupan) Al-Mumit (Pencipta Kematian) Al-Hayy (Hidup) Al-Qayyum (Hidup Sendiri) Al-Wajid (Penemu) Al-Majid (Berhati Mulia) Al-Wahid (Maha Istimewa) Al-Ahad (Yang Tunggal) As-Samad (Yang Berkekalan) Al-Qadir (Sentiasa Sanggup) Al-Muqtadir (Berkuasa) Al-Muqaddim (Maha Penyelenggaraan) Al-Mu'akhkhir (Maha Penangguh) Al-Awwal (Pengawal) Al-Akhir (Yang Akhir) Az-Zahir (Penzahir) Al-Batin (Pembatin) Al-Wali (Pemerintah) al-Muta'ali (Yang Teramat Mulia) Al-Barr (Sumber Segala Kebaikan) At-Tawwab (Penerima Taubat) Al-Muntaqim (Penghukum) Al-'Afuw (Pengampun) Ar-Ra'uf (Maha Pengasih dan Penyayang) Malik-Ul-Mulk (Pemilik Kedaulatan Yg Kekal) Dhul-Jalal-Wal-Ikram (Penguasa Keagungan Serta Kedaulatan) Al-Muqsit (Maha Pengadil) Al-Jame' (Pengumpul) Al-Ghani (Serba Lengkap) Al-Mughni (Pengmakmur) Al-Mani' (Pencegah) Ad-Darr (Pengganggu) An-Nafi (Makmur) An-Nur (Cahaya) Al-Hadi (Penuntun) Al-Badi (Tiada BandinganNya) Al-Baqi (Yang Kekal) Al-Warith (Waris Agung) Ar-Rashid (Pemimpin Kebenaran) As-Sabur (Penyabar)

"Hanya milik ALLAH Asmaa al-Husna, maka mohonlah kepadaNya dengan menyebut Asmaa' al-Husnaa itu dan tinggalkanlah orang orang yang menyimpang dari kebenaran dalam menyebut nama namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan" (Al A'raff 7:180)



Nisbah


Malaikat 900:1000

Syaitan 90:1000
Jin 9:1000
Manusia 1:1000

atau

Malaikat 90%
Syaitan 9%
Jin 0.9%
Manusia 0.1%

entah laaa.....

Wednesday, November 14, 2007

Orang Bunian


Entah kenapa tiba tiba tok nak berdongeng pula tentang Orang Bunian atau pun yang selalu di panggil sebagai Bunian sahaja. Bunian yang tok tahu, adalah menduduki alam mereka sendiri dan tidak bercampur dengan alam jin. Ada teori mengatakan bahawa Bunian ini bukanlah dari golongan jin dan ada juga mengatakan bahawa bunian ini asalnya adalah campuran daripada manusia dan jin.

Walaupun Bunian ini mempunyai alam mereka sendiri, tetapi kebanyakkannya adalah terletak di pinggir pinggir perkampungan manusia. Ini adalah kerana naluri/kehendak mereka yang lebih hampir kepada manusia. Bukan seperti jin jin yang kebanyakkanya tinggal di dalam hutan, pari pari di atas air dan juga orang kayangan yang berada di atas atas bukit hampir dengan awan awan.

Kehidupan Bunian adalah seperti manusia jua, yang bekerluarga, yang beragama, mempunyai pekerjaan, bercucuk tanam, bergembala, mempunyai doktor, pengangkutan dan berbagai lagi. Mereka juga mempunyai jasad yang hampir kasar dengan manusia, oleh sebab itu lah kadangkala mereka boleh dilihat/dikenali (mereka yang berkebolehan) masuk ke alam manusia dan juga membeli barang barang di pasar pasar.

Dan bukanlah semua Bunian berkebolehan untuk menzahirkan diri ke alam manusia, begitu lah jua manusia yang bukan semua mampu masuk ke Alam mereka. Ada juga manusia yang duduk di alam mereka dan bercampur gaul dengan mereka dan beranak pinak tanpa keinginan untuk kembali ke alam manusia. Secara tak lansung manusia manusia ini juga di panggil bunian.

Tok ni cerita macam dah pernah masuk je kampung bunian. Pernah jumpa ke? Ntah le... tok pun tak tahu...

Wednesday, November 7, 2007

Rukun Iman


Rukun Iman ada enam (6) perkara :

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar


Hilang Masa/Ingatan 5-15 Minit


Perkara ini selalu berlaku pada tok. Sekarang ni dah macam kebiasaan pulak. Selalunya bila terjaga dari tidur tok akan lupa siapa tok dan juga di mana tok berada. Walaupun di ketika itu tok berada di dalam keadaan sedar. Waktu itu tok nampak semua perabot perabot di bilik tok, macam katil, almari, meja dan lain lain. Tapi tok tak tahu apa kah bendanya nya.


Apatah lagi tentang diri tok, tok tak tahu siapa diri tok, apa nama tok dan apa sahaja pasal diri tok. semuanya hilang dan blank. Sehingga lah tok merayu kepada Allah S.W.T agar di ingatkan kembali apa sahaja tentang diri tok. Selalunya berlaku dalam 5-15 minit. 15 minit selalunya terasa terlalu panjang jika hilang masa/ingatan.

Tujuan tok cerita di sini adalah untuk mengetahui, ada tak sesiapa yang senasib dengan tok?

Tuesday, November 6, 2007

Masjid Pink Kg. Pdg, Perak


Semasa keluar mencari barang seperti yang dikehendaki oleh sahabat tok. Kebetulan tok melalui satu kawasan perkampungan nelayan yang di panggil Kg. Pdg, Perak. Sempat jugak tok melalui kawasan kedai dan jetty nelayan di kampung ini. Tapi di sebabkan perjalanan masih jauh, tok teruskan perjalanan tanpa singgah di sini. Sebelumnya, tok tidak pernah sampai ke kampung ini. Ini lah kali pertama tok melalui nya. Apa yang istimewanya kampung ini?.


Kebetulan hari yang tok lalui kampung ini adalah pada hari Jumaat. Orang jugak sebuk ke masjid untuk bersembahyang Jumaat. Apa yang menarik yang tok nak cerita adalah tentang masjidnya. Masjidnya bukan lah seperti masjid biasa yang berkubah atau bertutup. Masjidnya tidak berpintu dan dindingnya pulak hanya la paras pinggang sahaja. Ada bahagian yang dindingnya paras betis. Oleh sebab itu apa/siapa yang berada di dalam masjid nampak jelas dari luar.

Lupa tok nak beritahu, sebenarnya masjid ini berada di atas laut di tepi pantai. Jadi ada bahagian bahagian masjid yang basah akibat dari lempahan air ombak yang masuk kedalam masjid. Tok perasan imam masjid sedang bersolat sunat di atas bahagian masjid yang basah. Bahan binaan masjid ini tidak pulak tok ketahui dari apa buatannya tapi nampaknya seperti dari batu bata yang di tampal simen. Tidak ada sedikit pun binaan yang di buat dari kayu. Apa yang lebih menarik lagi, keseluruhan luar masjid ini seperti di cat dengan color pink, termasuk juga jalannya, tempat berwuduk dan juga gajah menyusu. Tok tak pasti pulak masjid ini di cat dengan color pink atau bahan binaan nya memang bewarna pink.

Apa yang pastinya tok ternampak singboard yang menyata kan masjid ini bernama "Masjid Pink Kg. Pdg, Perak". Wujud ke Kg. Pdg di Perak? Ntah la... tok pun tak pasti.

Wednesday, October 31, 2007

Apa Cerita?

Rasanya macam dah lama sangat tok tak menulis. Bukan tak ada cerita tapi banyak sangat halangan nya. Nak kata malas tak mungkin, sebab cerita banyak. Cuma tok perlu lakukan hanyalah menaip. Bukan kan itu mudah sangat.

Tapi yang sebenarnya tok nampak sebenarnya tok kekurangan masa. Masa tok banyak di berikan kepada orang lain. Atau pun tok sahaja mencari alasan kerana tidak menulis. Apa apa pun tok tak tahu... ada keizinan nanti tok sambung lah cerita cerita dongeng zaman moden ni.


Monday, October 22, 2007

Notebook Rosak

Dah berminggu notebook tok rosak. Akhirnya lepas raya dapat jugak tok ke Plaza Low Yat di KL untuk membetulkan notebook tok. Itu pun selepas segala cubaan tok membetulkan sendiri gagal.

Rupanya ada chip yang sebesar ibujari yang rosak. Kos baikpulih campur tukar barang adalah hangus dalam RM300. Tak apa.. janji tok boleh buat kerja. Tapi selepas itu.. lain pulak rosaknya. Keyboard buat hal. Bila tekan button "b", akan keluar huruf "bg". Begiru juga kalau tekan button "g", akan keluar juga huruf "bg".

Begitu juga lah halnya dengan button "n" dan "h". Bila tekan salah satu button, akan keluar huruf "nh". Petang tadi abis barai button keypad tok tanggalkan. Sambil tu, tok scan jugak dengan anti-virus. Tiba tiba ok pulak button tu. Jadi tok pasangla balik button2 keypad yang dah barai tu. Alih alih, malam ni jadi balik.

Tok cuba dulu scan dengan anti-virus. Virus tak jumpa, tapi separuh scan, button sudah ok. Apa hal ya? Tok pernah diberi amaran dahulu, jangan terlalu suka bercerita. Tapi tok tak endah, tetap juga bercerita. Adakah ini satu sabotaj atau kebetulan? Ntah le.. tok pun tak tahu..


Saturday, October 13, 2007

Eidul Fitri

Selamat Menyambut Eid Ul Fitri al Mubarrak.

Thursday, October 4, 2007

Zakat Fitrah


Dua hari lepas masa jalan jalan di pasar Ramadhan di tempat tok, tok nampak ada lebih dari 2 kaunter bayaran zakat. Tok pun ambil le kesempatan untuk membayar zakat sekali. Tapi yang menyedihkan tidak jauh dari kaunter pungutan ada pengemis yang kudung kaki dan tangan nya.

Pesoalan tok sekarang, kenapa ramai lagi pengemis di Melaya ini. Bukan setakat pengemis, orang susah pun ramai. Tok tidak mahu pertikaikan kenapa mereka mengemis dan adakah mereka benar benar susah. Itu masalah masing masing.

Tok teringat dahulu cerita tentang suatu zaman nanti di mana tiada lagi orang meminta meminta di dunia ini. Maknanya tiada lagi orang susah dan tiada lagi orang mengemis. Dan tiada lagi orang beralasan untuk tidak beribadat kerana memikirkan kesusahan diri. Agak agak bilakah zaman itu? Sebenarnya tok pun tidak tahu.

Apa yang tok idamkan adalah dimana, tok teringin sangat membuka suatu organisasi yang tidak ada birokrasi dan bertujuan untuk membantu dan menghapuskan kesusahan manusia yang kebanyakannya berkaitan dengan duit. Organisasi tok ini akan menggunakan segala duit duit yang ghaib dan tidak zahir sebagai sumber keewangan.

Mereka mereka yang yang susah seperti ibu tunggal dan anak anak yatim akan tok letak kan di suatu tempat dimana ibu ibu tunggal akan bekerja sesama mereka seperti menguruskan ladang ladang atau kilang kilang yang di miliki oleh organisasi mereka sendiri. Duit duit dari keuntungan ladang atau pun kilang tersebut akan di gunakan untuk oleh mereka untuk menguruskan sekolah asrama anak anak yatim yang terdiri dari anak anak mereka juga. Di samping itu juga mereka yang bekerja akan menerima gaji yang setimpal. Kerja ladang dan kilang adalah satu contoh sahaja, pastinya peluang kerja akan diwujudkan khas untuk mereka di samping mereka dapat tinggal bersama anak anak mereka.

Begitu juga orang orang yang kurang upaya, tok akan bina satu asrama atau pusat berkelompok untuk menguruskan mereka mereka ini. Mungkin kita boleh gunakan tenaga tenaga ibu tunggal untuk menguruskan pusat ini. Sumber keewangan akan di ambil dari sumber sumber ghaib ini. Yang sebenarnya memang ada dan tunggu masa sahaja untuk dikeluarkan.

Bagi keluarga yang susah pula, tok akan membimbing mereka untuk berdikari seperti memulakan perniagaan agar mereka dapat menggerakkan sendiri ekonomi keluarga masing masing. Semua yang di taja akan dipantau secara dekat agar mereka semua berjaya dan keluar dari kelompok kesusahan. InsyaAllah...

Tapi bila nak mula ya?

Golok Keturunan


Di tunjukkan oleh Mbah di suatu masa akan golok keturunan yang telah digunakan suatu masa dahulu. Tapi masalahnya nya golok ini tidak pulak di zahirkan, hanya di tunjuk dalam bentuk bayang. Katanya, hanya boleh digunakan di alam mithal, alam hakikat dan juga di alam fantasi. Di tunjukkan juga bagaimana untuk digunakannya.


Di cincang besi lumat jadi nya, apatah lagi di tetak manusia, jin, jembalang dan apa juga makhluk Allah S.W.T. Juga di ajarkan bagaimana untuk terbangkan golok ini sejauh yang mungkin untuk mencari musuh dengan sendirinya. Tetapi masalahnya golok ini tidak berada di alam nyata.

Mbah oo Mbah, jikalau ikhlas ingin memberi, bawalah golok itu ke sini. Akan di gunakan sebaik mungkin seperti yang digunakan oleh keturunan terdahulu. Apa di risau kan jika tersalah guna. Jikalau tidak percaya, buat apa di tunjukkan. Atau hajat hati ingin mempermainkan? Jikalau tidak, bawalah kemari.


Friday, September 28, 2007

Saka Harimau

Semasa kecil dahulu tok selalu melihat kelibat harimau di dalam rumah tok. Tapi yang pastinya di ketika itu tok sedikit pun tidak merasa takut. Di ketika tidur kadang kadang tok ada juga terlihat mata yang bersilau di dalam kegelapan malam seperti mata kucing tetapi kedudukan matanya adalah lebih tinggi berbanding kucing. Perkara ini tok biarkan sahaja sehingga tok dewasa dan tok tidak pernah cerita kan hal sebegini pada sesiapa pun.

Sehingga tok dewasa, tok telah didatangi oleh seekor harimau semasa di dalam mimpi. Dalam mimpi ini, Sang Harimau ini telah memperkenalkan diri beliau sebagai saka yang ingin mendampingi tok. Dan kebolehan beliau lebih kepadan pengubatan. Tetapi tok tidak pernah memberi kata putus dan bukannya minat tok untuk berkecimpung di dalam hal hal perubatan. Atas sebab apa tok dipilih untuk di dampingi, bukan lah sesuatu yang tok ambil peduli.

Yang pastinya tok tidak pernah ambil peduli untuk membuang saka ini. Asalkan mereka tidak mengganggu tok dan keluarga tok, tok tak kisah. Datang la, kalau tok boring, tok layan lah saka ini bersembang. Sehingga sekarang tok boleh terus berkomunikasi dengan saka harimau ini, tetapi bukan dengan cara suri yang nyata. Tok pernah mencabar saka ini untuk menzahirkan diri ke alam nyata, sehingga kini saka harimau ini belum boleh lagi menzahirkan diri. Bukan apa, tok sebenarnya terhingin jugak menunggang harimau.

Asal usul saka ini adalah melalui keturunan tok yang terdahulu yang pernah membuat perjanjian bersaudara dengan makhluk Allah S.W.T ini. Memandangkan perjanjian persaudaraan telah di buat dahulu, maka persaudaraan tetap di teruskan oleh saka ini terhadap anak cucu sekarang. Biar la nak bersaudara pun, asalkan tidak menyusahkan sudah lah. Nasiblah saka ini tidak pernah mintak apa apa dari tok, apa yang di minta hanya la perhubungan persaudaraan di teruskan sahaja. Atas dasar kasih sayang sesama makhluk Allah S.W.T to biarkan sahaja. Tak apa la, tok anggap macam bela kucing sahaja.


Sang Arjuna Maliki


Dahulu tok ada bercerita serba sedikit perihal hal alam yang di panggil kayangan. Ada pun kayangan ini alam nya terletak diantara bukit/gunung dan awan. Tetapi alam ini masih lagi halus dan tidak ternampak oleh mata kasar. Di sini lah tempat tinggalnya segala makhluk Allah S.W.T yang di panggil dewa. Tidak kira lah apa nama sekali pun, Kuan Yin, Sri Rama, Hercules, Poseidon dan apa sahaja nama nama dewa yang biasa di sebut.


Di alam ini juga tinggal seorang raja yang bernama Sang Arjuna Maliki. Ada pun raja ini tidaklah menganut agama Islam seperti yang di anuti oleh umat Muhammad S.A.W. Tetapi beliau dan rakyat beliau menganuti ajaran yang mana mereka mengEsakan Allah S.W.T. Ada pun raja ini sudah lama bermuram durja sebelum ini, adalah kerana kehilangan anakanda lelaki beliau yang tunggal.

Ada pun sebenarnya anakanda beliau telah di turunkan ke alam kasar dan menjalankan hidup seperti biasa tanpa pengetahuan beliau dan juga tanpa pengetahuan anakanda nya juga. Ini adalah kerana apa bila anakanda beliau di turunkan ke alam kasar, pengetahuan putera ini tentang kehidupan di alam kayangan semuanya lupus di dalam ingatan. Jadi, tiadalah ia ingat akan ayahanda nya di kayangan.

Setelah sekian lama mencari, akhirnya Sang Arjuna Maliki dapat juga menjejaki anakandanya di alam kasar. Semasa hilang dahulu anakandanya adalah terlalu kecil. Tetapi masalahnya, perhubungan antara dua makhluk Allah S.W.T tidak boleh berlaku secara suri. Jadi tidak banyak yang dapat mereka bincangkan apatah lagi usaha beliau untuk memulihkan pengingatan anakanda beliau adalah bukan perkara yang enteng.

Cerita kehilang anakanda beliau dahulu adalah dibawa oleh makhluk Allah S.W.T berkepak yang lain. Kehilangan anakanda beliau ini dituruti oleh 6 sahabat anakanda beliau yang lain di ketika itu sedang bermain main di sebatang pokok ara yang rendang. 7 sahabat ini di sorokkan di celah kepak makhluk ini lalu di larikan.

Walaubagaimana pun, Sang Arjuna Maliki sudah mampu menarik nafas lega setelah anakanda yang di cintai nya sudah dapat dijumpai sekian lamanya walaupun mereka berada di alam yang berbeza. Mana tok tahu pasal orang tua ni? Ntah le. tok pun agak agak aja.

Tuesday, September 25, 2007

Tuhan


Ada suatu malam tok pernah bermimpi, di hadapan tok ada dua diri yang mengaku dirinya tuhan. Yang peliknya keadaan di ketika itu diri tok sangat takut dan tertunduk sahaja. Apa yang berlaku di ketika itu, dua diri yang mengaku dirinya tuhan itu sedang memasak untuk tok, yang tok ingat adalah masakan seperti tempayaki, dan di ketika itu tok masih lagi tertunduk takut sambil melutut.

Pakaian dua diri yang mengaku tuhan itu adalah berjubah yang tidak berlengan bewarna warni seperti pelangi. Dua diri tersebut kelihatan berkulit hitam seperti orang Afrika. Didalam mimpi tersebut tiba tiba terdeti hati tok, jikalau tuhan, kenapa ada dua diri. Bukan kan Allah itu satu dan ESA (kalau boleh di lihat lah). Tiba tiba hilang satu diri dan tinggal hanya satu diri sahaja yang masih mengaku dirinya tuhan.

Di sambil itu tok masih lagi sempat bersoal jawab tentang soalan agama yang basic, seperti Rukun Iman, Rukun Islam dsbnya. Mimpi tersebut habis begitu sahaja, dan tok tidak sempat makan apa yang telah di masaknya. Dan tidak janji apa apa dengan diri yang telah mengaku tuhan tersebut.

Apa yang ingin tok sampai kan di sini, sebenarnya separuh manusia ini tidak perasan yang kita ini kadangkala mendua kan Allah S.W.T tanpa kita ketahui. Tok pernah sembang dengan kawan ketika melalui patung besar di hadapan kuil Batu Caves. Haa... itulah Tuhan Hindu katanya. Serupa juga dengan kawan yang mengata Dewi Kuan Yin itu Tuhan Buddha. Allah pun tuhan jugak katanya.

Jadi ada berapa banyak Tuhan daaa. Kawan tok kata.. hanya Allah Tuhan yang layak di sembah. Tapi yang lain lain tu beliau masih mengatakan Tuhan bagi agama agama lain. Bagi tok, jikalau begitu, masih banyak la lagi tuhan. Itu belum lagi Dajal turun nanti yang ngaku diri tuhan, siap datangnya dengan magic magic yang boleh menghidupkan manusia. Boleh selamat ke kita dengan ujian tersebut. Ada yang kata hanya dengan iman sahaja diri kita boleh selamat. Bagi tok.. iman yang bagaimana?

Sebenarnya tok pun tak pasti sebab apa tok menulis tajuk tuhan ini. Apa yang pastinya ianya adalah ilham yang diberi oleh Allah S.W.T yang Maha Bijaksana terhadap tok. Terhadap mimpi tersebut, tok cuba guna kan apa terbaik yang mungkin untuk di pahami dan di jadikan pengajaran. Harap cerita tok ini tidak lah di jadikan isu, tok cuma ingin berkongsi mimpi.....

Friday, September 21, 2007

Takziah Buat Keluarga Jazimin


http://nurinjazlin.blogspot.com/

Alfatihah untuk adik Nurin Jazlin. Dalam kesebukan tok, tok ikut juga perkembangan keluarga saudara kita Jazimin. Tok ingin mengucapkan takziah pada keluarga ini keatas apa yang telah berlaku. tok juga rasakan kesedihan mereka terutama sekali Bondanya yang telah membawa beliau di dalam perut selama 9 bulan dan juga telah melahirkan beliau. Ini ada lah kerana tok jugak empunya putera dan puteri yang umurnya hampir sebaya. Tok paham perasaan keluarga Jazimin di ketika ini, mungkin tidak sepenuhnya.

Apa yang tok ingin sampaikan pada keluarga ini moga tabahkan hati dan kuatkan iman, jangan sesekali mengalah. Ingat, bahawa Allah S.W.T itu Maha Besar, Maha Esa, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha segala nya. Setiap insan adalah milikNya, kita (ibu dan bapa) hanyalah sebagai pemegang amanah untuk menjaga anak anak sahaja. Apa yang telah berlaku adalah ketentuanNya. Ini adalah dugaan buat saudara Jazimin dan keluarga.

Yang pastinya, tok nampak saudara Jazimin sebagai tabah orangnya. moga kejadian ini membuat kan saudara Jazimin dan keluarga lebih tabah dan lebih dekat padaNYA. Sesungguhnya Allah S.W.T mengetahui apa yang terbaik buat keluarga ini, bukankah DIA Maha Mengetahui. Apa yang pasti, bersangka baiklah pada Pemilik Alam ini. Apa yang berlaku pastinya adalah kehendak DIA jua.

Tok mendoakan agar ditunjukkan oleh Nya tidak lama lagi siapalah yang empunya angkara perbuatan kejam ini.



Tuesday, September 18, 2007

Raja Mahkota Alam


Terdetik pulak tok nak cerita pasal Raja Mahkota Alam yang tok kenal. harap jangan pula di sangka pasal Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam gelaran yang pernah di guna satu ketika dahulu di Acheh. Perkhabaran pasal Sultan ini banyak di kabar kan di dalam internet. search sahaja dalam internet mengenai Sultan ini, banyak sangat yang boleh di baca. Raja Mahkota Alam dan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam adalah insan yang berbeza.


Ada pun Raja Mahkota Alam ini masih ada di zaman sekarang. Ianya hanya lah gelaran yang di pakai hanya di alam lain selain alam ini. Raja ini masih lagi tidak di kenali oleh manusia kecuali hanya segelintir sahaja yang kenal. Ia nya seperti Raja yang tidak mempunyai kerajaan dan mungkin belum lagi.

Oleh itu apakah yang di lakukan oleh Raja Mahkota Alam di ketika ini. Beliau adalah seperti orang kebiasaan, yang hari hari nya pergi bekerja, bercampur gaul dengan semua manusia tanpa batas dan apa sahaja yang di lakukan seperti orang kebiasaan. Malahan beliau sendiri pun mungkin tidak tahu akan gelaran yang di beri kan ini. Apa yang pasti beliau masih lagi tercari cari diri beliau yang sebenar. Kesian...

Adakah beliau akan menjadi Raja di alam ini suatu hari nanti. Sebenarnya tok pun tak tahu. Tak banyak maklumat yang tok tahu mengenai Raja Mahkota Alam ini. Yang tok tahu adalah gelaran dan kelibatnya sahaja, bila masa tok akan berjumpa dengannya pun tok tidak tahu. Tapi tok tak rasa Raja ini akan memerintah di alam ini suatu masa nanti (mungkin tok salah), ini hanyalah setakat gelaran sahaja.

Nak tanya rakan rakan Jin.. mungkin diorang tahu.... sebab tok tahu...


Monday, September 17, 2007

Cabaran Baru


hari ni adalah hari terakhir tok bekerja di kompeni ini. kalau di kira campur tolak, cukup lah tok bekerja di sini selama 4 tahun dengan jawatan sebagai tukang urus di jabatan komputer. nak kata sedih tu adalah sedikit, 4 tahun tu rasanya lama jugak. ramai lah kawan kawan yang tok dah kenal di sini. macam macam perangai dan ragam yang tok jumpa di sini. bagi tok itu semua adalah pengajaran untuk tok untuk meneruskan hidup.


setelah berhenti dari kompeni ini, tok belum buat keputusan lagi apa yang tok nak buat. sebenarnya banyak rancangan yang tok telah buat, tapi semua bergantung pada keizinan Yang Maha Kuasa juga. tengok lah apa yang akan jadi nanti. tok dah usaha, tok dah doa dan tok hanya bertawakal sahaja pada Yang Maha Bijaksana. dan mengharapkan apa yang terjadi adalah yang terbaik buat tok dan keluarga kalau boleh melibatkan kaum muslimin dan muslimat juga. semoga Yang Maha Pengasih akan kabul kan doa doa tok.

buat sementara waktu ni, tok rasanya ingin berehat dahulu. banyak urusan urusan rumah yang tertangguh. mungkin selepas hari raya nanti baru tok perah kepala otak tok ni. tapi ini semua bergantung kepada kehendak Yang Maha Mengetahui jua. tok hanya boleh merancang dan berdoa sahaja. Moga semuanya berkesudahan yang baik dan di permudahkanNya jalan tok untuk mencari rezeki yang halal dan di berkati oleh Yang Maha Kaya.

ALLAHUAKBAR...


Sunday, September 16, 2007

Sang Dewata Nila

ada pun Sang Dewata Nila yang tok kenal asal usul nya adalah dari kayangan. beliau di turun kan kedunia adalah kerana perjanjian nya dahulu. apa bila beliau diturunkan ke alam ini, beliau sesungguhnya sudah lupa dengan asal usul beliau. terutama sekali siapa ayahandanya dan siapa bondanya.


tok kenal Sang Dewata Nila adalah dengan tanpa di sengaja kan. itu pun dengan bantuan rakan yang lain. ada pun semasa di kayangan dahulu, beliau sebenarnya berkepak dan juga seorang putera yang gagah perkasa, juga boleh di katakan bakal menjadi panglima perang. tapi di sebab kan perjanjian seperti yang di katakan sebelum ini, beliau telah di turun kan ke alam ini dan menjadi manusia biasa.

beliau sebenarnya masih mencari cari asal usul beliau di kayangan, tapi di sebab kan hijab di antara alam ini dan alam kayangan sangat kuat, maka tiada sesiapa pun yang dapat beliau hubungi di alam atas sana dan begitu jugak sebaliknya. di sebabkan beliau turun ke alam ini sebagai manusia, maka segala perjanjian yang menyebabkan beliau turun ke alam ini pun telah beliau lupa. apa nak jadi la kamu ni Sang Dewata. ada pun tok tidak dapat menbantu Sang Dewata yang sudah menjadi manusia ini, kerana tok pun ada masalah masalah tok yang perlu tok tangani. apa yang tok dapat bantu hanyalah menjadi rakan mendengar cerita sahaja.

sebenarnya, ayahanda Sang Dewa ini bernama Sang Arjuna Maliki. seorang pemerintah di kayangan sana. mereka bukanlah asal nya seorang Islam. kerana ketika lahirnya junjungan Rasullullah S.A.W, tembok antara alam kayangan dan alam manusia sudah runtuh. jadi agama yang di bawa oleh Rasullullah tidak sampai kepada mereka. ada pun sebenarnya mereka menganuti ajaran yang menghendaki mereka mengEsa kan Allah S.W.T. Tapi sesungguhnya lain bagi Sang Dewata yang sudah turun ke alam ini, beliau sunah pun menganuti agama yang di bawa oleh junjungan Rasullullah S.A.W, iaitu agama Islam yang sejati dan benar.

Sang Dewata jugak sudah pun bernikah dengan gadis tempatan dan juga sudah pun beranak pinak. Masalahnya beliau masih lagi lupa tentang isi perjanjian yang menyebabkan beliau tercampak ke alam ini. siapa boleh bantu?

Sunan Kudus

tok ingin ambik kesempatan mencerita kan tentang sunan kudus. ada pun sunan kudus ini sebenarnya adalah dari susur galur tok jugak. beliau adalah salah satu wali songo "wali sembilan" di indonesia. banyak buku buku yang menceritakan tentang wali songo ini tak termasuk cerita cerita di internet. bawah adalah petikan yang tok ambil dari wikipedia. lihat ilustrasi wajah sunan kudus yang di lampirkan.



Dari Wikipedia Indonesia, ensiklopedia bebas berbahasa Indonesia.


"Sunan Kudus
dilahirkan dengan nama Jaffar Shadiq. Dia adalah putra dari pasangan Sunan Ngudung, adalah panglima perang Kesultanan Demak Bintoro, dan Syarifah, adik dari Sunan Bonang. Sunan Kudus diperkirakan wafat pada tahun 1550.

Sunan Kudus pernah menjabat sebagai panglima perang untuk Kesultanan Demak, dan dalam masa pemerintahan Sunan Prawoto, dia menjadi penasihat bagi Arya Penangsang. Selain sebagai panglima perang untuk Kesultanan Demak, Sunan Kudus juga menjabat sebagai hakim pengadilan bagi Kesultanan Demak.

Dalam melakukan dakwah penyebaran Islam di Kudus, Sunan Kudus menggunakan sapi sebagai sarana penarik masyarakat untuk datang untuk mendengarkan dakwahnya. Sunan Kudus juga membangun Menara Kudus yang merupakan gabungan kebudayaan Islam dan Hindu yang juga terdapat Masjid yang disebut Masjid Menara Kudus.

Pada tahun 1530, Sunan Kudus mendirikan sebuah mesjid di desa Kerjasan, Kudus Kulon, yang kini terkenal dengan nama Masjid Agung Kudus dan masih bertahan hingga sekarang. Sekarang Masjid Agung Kudus berada di alun-alun kota Kudus, Jawa Tengah.Peninggalan lain dari Sunan Kudus adalah permintaannya kepada masyarakat untuk tidak memotong hewan kurban sapi dalam perayaan Idul Adha untuk menghormati masyarakat penganut agama Hindu dengan mengganti kurban sapi dengan memotong kurban kerbau, pesan untuk memotong kurban kerbau ini masih banyak ditaati oleh masyarakat Kudus hingga saat ini."


http://id.wikipedia.org/wiki/Sunan_Kudus
http://www.seasite.niu.edu/Indonesian/Islam/Kudus.htm

Panji Kalimah

kalau di baca atau dicerita pasti ramai yang pernah mendengar tentang panji kalimah ini. bagi yang mungkin tidak tahu panji ini adalah bermaksud lambang/bendera yang tertera kalimah. seperti yang tok lampirkan.

sebenarnya panji panji ini terdiri dari dua warna iaitu warna hijau dan juga warna hitam. selalunya panji panji ini diceritakan berkaitan tentang perperangan akhir zaman nanti. ada yang menyatakan bahawa tulisan kalimah ini adalah sulaman benang benang emas yang bersinar sinar.

pasti nya ada yang tertanya tanya siapa kah yang membawa panji panji ini. ada kumpulan yang menyata kan mereka adalah dari kumpulan pemuda Bani Tamim. Sebenarnya tok pun tak tahu siapa kumpulan pemuda Bani Tamim ni. Ada kah mereka ini benar benar wujud. Ada pula yang menyatakan panji panji akan di gunakan oleh imam Mahdi kelak. Lagi la tok tak tahu.

yang pastinya adakah kita sebenarnya bersedia jikalau kita terpanggil untuk menegak kan kalimah ini jikalau di perlukan kelak. apa kah kita sudah bersedia. apa persiapan yang telah kita lakukan. yang sebenarnya, tok pun tak tahu. saja tok nak tanya tanya kot kot ada yang sudah punya jawapan.

apa beza antara panji kalimah berwarna hitam dengan yang berwarna hijau ya? tok pun tak tahu nak jawab. yang pastinya tok bawa panji kalimah berwarna hitam. sebab apa? tok pun tak tahu........

Saturday, September 15, 2007

Puteri Gading Putih

seperti yang banyak di cerita kan sebelum ini, banyak yang tok sebut tentang Puteri Gading Putih ni. siapa sebenarnya Puteri Gading Putih?

ada pun sebenarnya Puteri Gading Putih ni adalah sebenarnya isteri tok yang tercinta. ada pun seperti yang tok selalu kata kan pada Puteri Gading Putih, tok mencintainya kerana ALLAH. bukan sebab tok tak mencintai Puteri Gading Putih, tapi bagi tok adalah lebih berkat jikalau mencintai nya kerana ALLAH S.W.T.

kenapa pulak nak mencintainya Puteri Gading Putih kerana ALLAH? alasan tok senang sahaja, adapun ajal maut, jodoh pertemuan adalah urusan ALLAH. walau usaha macam mana pun jikalau ada jodohnya, pasti di temukanNya kita dengan seseorang. ALLAH telah temukan tok dengan Puteri Gading Putih, dan tok telah berjanji ketika ber akad dahulu untuk memegang amanah yang ALLAH berikan.

ada pun pertemuan tok dengan tuan
Puteri Gading Putih ni ketika tok masa muda remaja lagi, mungkin masa tok berumur 16 atau 17 tahun. Alhamdulillah kekalnya hingga ke sekarang. Putera dan Puteri tok pun dah seramai 5 orang. idak le ramai sangat, tapi berderet jugak le kalau ke pasar malam.

sebenarnya
Puteri Gading Putih ni bukan le nama betul permaisuri tok tu. ini adalah nama gelaran yang telah di berikan oleh kawan kawan yang ghaib dan mungkin nama gelaran beliau semasa di alam dalam. ada pun Tuan Puteri ni asal usulnya adalah dari keturunan bangsawan di Jawa, tapi akhirnya merantau ke Melaya. itu yang di khabar oleh Tuan Puteri pada tok, kalau kelentong Tuan Puteri pada tok... maknanya kelentong la jua tok di sini.

lupa untuk tok beritahu, image yang tok lampirkan di atas sebenarnya adalah cop mohor kerajaan Tuan
Puteri Gading Putih.

Friday, September 14, 2007

Hari Pertama Ramadhan


Alhamdulillah..

semalam tok berjaya abis kan puasa. bukan kelaparan yang sebenarnya tok risau kan. tapi saka asap yang selalu mengikuti tok tu lah yang mengkhuatirkan diri tok. saka ni bukan calang calang nak di buang, tanpa kecekalan usah harap la bermimpi nak membuang nya. pernah sekali, berbagai ubat dan ramuan tok cuba, konon nya boleh di buang saka ni. usah harap la.... cuma seminggu sahaja saka ni pergi. selepas itu ia datang kembali.

semalam diri tok ni ibarat penagih, walau pun tak demam tapi air hidung nak meleleh sahaja. nasib lah, cuaca sejuk sahaja dan tidak panas. kebetulan pulak tok memang cuti semalam. memang kesempatan itu di ambil untuk berehat panjang. tapi akhirnya Puteri Gading Putih pulak mengambil kesempatan mengajak tok kehulu kehilir untuk membeli barang dapur. sampai ke kedai perabut pun nak di ajak nya tok. dah tak di layan ke kedai perabot, di ajak nya pulak ke kedai menjual cat. tok buat tak le layan sangat.. semacam mana tok tak layan saka tok semalam.

lepas berbuka.. SAKA mengamuk le...

Wednesday, September 12, 2007

Cerita Dongeng Kayuhan Di Malam Hari - Finale


di pintu keluar bawah bukit tuan mee. tok berhenti kan basikal untuk menunggu kawan kawan yang lain habis keluar. apa bila semua habis keluar, tok mengarah kan wan pechiko mendahului kawan kawan di hadapan. kali ini tok akan duduk di belakang untuk pastikan tiada sesiapa yang ikut pulang. sementara itu ramai orang orang kampung yang melambai lambai di atas bukit menunjukkan rasa terima kasih kerana sudi berkayuh memalui kampung mereka. termasuk jugak Tuan Haji Kassim yang mengucapkan terima kasih kerana kesudian kita melalui kampung mereka di malam hari. sambil itu juga beliau menyampai kan bahawa ada seorang gadis kampung yang sangat berkenan dengan salah seorang rider yang biasa beliau lihat ketika berkayuh di siang hari. tok tak ambik kesah untuk ambil tahu pada siapa yang gadis tersebut berkenan. tok mensyaratkan bahawa jikalau gadis tersebut betul betul berkenan, beliau harus menyampai kan sendiri hajat tersebut. tok tak mahu jadi orang tengah. kejadian kita dan mereka sangat berbeza dan untuk menjalinkan hubungan adalah sangat sukar apatah lagi jika ingin berhubung dan berkomunikasi. ada banyak batas batas yang harus di perhatikan. jadi rider malam tu, kalau ada sesiapa yang sudah di hubungi tolong PM tok.

sambil itu tiba tiba turun pula pemuda yang berkepak berseluar putih panjang berbadan tegap. yang mengenal kan diri sebagai Sang Dewata dari kayangan. dan hanya datang melawat dan kebetulan bulan penuh adalah masa mereka turun ke bumi tapi masih lagi di dalam keadaan ghaib. untuk potong cerita... tok berpesan pada Tuan Haji Kassim, beliau kena pastikan bahawa anak anak buah beliau tidak mengekori kami pulang. dan beliau hanya berpesan "pastikan kawan kawan kamu mengikut jalan warna hitam apa bila pulang". aku paham maksudnya, maknanya suruh balik ikut jalan aspal le.. jangan ikut tanah merah. perjalanan diteruskan dan tok di belakang sekali dengan mempastikan tiada siapa mengekori.

sampai di jalan aspal block 6, kelihatan satu group sedang berhenti. rupanya tayar basikal budin bocor dan amat propel sebok membantu budin menukar tiub. tok berhenti sekejap dan di ketika itu tengku dan mbah datang mengucapkan terima kasih kerana membenarkan mereka turut serta di dalam perjalanan ini. tok pun berbasa basi mengatakan bahawa terima kasih juga kepada mereka kena sudi turut serta. setelah budin dan amat propel selesai memasang kembali tayar basikal budin. perjalanan diteruskan ke jintan manis. sampai di jintan manis rupanya sudah ada yang sampai. macam biasa lah sembang sembang di sana.... (penat dah nak tulis).... semasa makan, tok sempat panggil balik tengku dan mbah untuk mendapat khabar siapa yang mengganggu zul roti canai bila lihat dia masih lagi cemas. mbah mengkhabarkan bahawa zul mungkin di langgar unggas. dan itu juga lah yang aku sampai kan pada wan pechiko tapi tidak pada zul. selesai makan dan ketika mahu balik aku sempat berpesan kepada rakan rakan yang lain, pastikan pulang mengikut jalan aspal, jangan sekali sekala ikut jalan tanah merah. teringat aku pesan Tuan Haji Kassim. dan pada yang ada baby kecik jangan lupa baca Bismillah 21 kali sebagai syarat untuk tidak digangggu. hanya Allah sahaja yang boleh melindungi kita.

TAMMAT

Cerita Dongeng Kayuhan Di Malam Hari - PART IV

sehingga sampai kedownhill pertama tok berhenti supaya wan dapat buat briefing sikit. downhill ni ada sikit bahaya sebab siang hari pun banyak yang tergolek. tergolek bodoh pun ada. jadi malam hari lagi la bahaya. perjalanan downhill di teruskan sehingga sampai ke titi besar. tok dengar ada rider jatuh jugak, tapi tak tahu siapa. perjalanan di teruskan sehingga downhill kedua. downhill kedua ni lagi bahaya sebab penghujungnya adalah titi kecil. tok tak mahu ambil risiko sebab masih lagi berada di dalam kampung Tuan Haji Khamis. jadi tok berhenti dan menolak basikal ketika melalui titi ini.

tok memberi arahan supaya yang lain pun menolak basikal ketika meniti. perjalanan di teruskan dengan memanjat bukit poligon (check point ke 3). Alhamdulillah setakat ini tiada gangguan dari anak buah Tuan Haji Khamis. dan berehat seketika di bukit poligon. seperti biasa tok bagi chance untuk sebatang rokok shj. abis sebatang rokok, perjalanan di teruskan dengan single trek sehingga berjumpa dengan bangkai musang hitam ketika mendaki bukit. nasib baik bangkai musang, kalau bangkai kucing hitam, sahih la akan ada gangguan di hadapan. perjalanan berhenti seketika di bukit check point keempat. disini tok baru teringat cikgu asmadi. apa bila melihat dia sekali lagi mengasingkan diri dan duduk bersendirian. jawapan dia OK bila tok bertanya tentang diri dia. "penat" katanya. tak pa la, tak lama lagi dah nak sampai bukit botak (check point terakhir).

setelah berehat begitu begini, perjalanan diteruskan ke bukit botak. ambik masa 1/2 jam jugak berehat disana sambil berbincang serba sedikit mengenai halatuju kelab basikal ini. selepas sessi fotograpi, perjalanan diteruskan untuk terus balik ke medan puteri. TIADA LAGI BERHENTI... kata che wan. ketika ini perjalanan di teruskan melalui perkampungan ghaib yang diketuai oleh Tuan Haji Kassim. ketika sudah hampir ke jalan keluar ladang tuan mee. tok memanggil mbah supaya berjalan diantara basikal tok dan basikal che wan pechiko. masa ini tok mem beritahu che wan kalau ingin tahu, diwaktu ini antara basikal tok dan basikal dia ada Pak Belang. che wan angguk kepala dan cuma kata hmmm sahaja. tok tak tahu apa dia pikir. selepas kayuh dalam 10 meter, tok kata kat che wan lagi, Pak Belang tu ada lagi, kau tak rasa ke? che wan maintain diam kan diri aja. sehingga sampai kesimpang keluar ladang, che wan memberitahu melalui walkie talkie yang kayuhan diteruskan sehingga keluar dari ladang.

bersambung........

Cerita Dongeng Kayuhan Di Malam Hari - PART III


semasa berkumpul di check point pertama. tok lihat mat mat ghaib ni pun makin ramai turut berkumpul. diorang nak dengar apa kita sembang. jadi tok cuma bagi masa sebatang rokok tok shj untuk berehat. tok tak mahu duduk situ lama lama. dikhuatirkan se makin ramai mat ghaib ni nanti. setelah abis sebatang rokok, tok pun bagi isyarat teruskan perjalanan. wan memberi penerangan supaya mengabil lane kiri semasa menurun bukit kerana lane kanan banyak lobang.

rasanya semua pengayuh sangat berdisplin dan mengambil lane kiri kecuali abu fikri. tah apa hangin dia, memang dia carik lobang. (dah lama abu fikri tak layan tuan mee itu la pasal). perjalanan diteruskan sehingga bukit check point ke dua. macam biasa di sini pun sudah ramai yang menunggu terutama sekali yang berada diatas bukit tempat kita melepak tu. ada jugak yang duduk menyangkung di atas pelepah kelapa sawit. mungkin ada yang perasan malam tu banyak sangat pelepah kelapa sawit yang rendah rendah. mungkin pengayuh pengayuh tak perasan siapa yang duduk kat pelepah kelapa sawit. yang tok tahu ipin tak berhenti henti memberi amaran tentang pelepah kelapa sawit yang rendah di sepanjang perjalanan. kalau siang hari mana ada semua itu.

di bukit check point ke dua, macam macam bunyi pun ada. tok rasa ada orang datang bawak baby. sebab bunyi baby menangis pun ada. macam biasa, sebab tak mahu gangguan yang berpanjangan, tok cuma bagi masa rehat sebatang rokok tok sahaja. abis sebatang rokok tok, kayuhan diteruskan, walaupun sam baru nyalakan rokok. tok suruh dia padam kan sahaja sebab kayuhan akan di teruskan. kayuhan diteruskan sehingga sampai di satu kawasan landai iaitu di sempadan ladang kelapa sawit coalfield dan juga ladang tuan mee. tiba tiba mbah yang berbadan harimau membesarkan badan sehingga 2 kali tinggi tok. baru aku teringat, bahawa sebelum ini tok pernah diberi amaran oleh penghulu ghaib kawasan tersebut iaitu Tuan Haji Khamis kerana beliau tidak dapat mengawal anak anak buahnya jikalau kita tetap mahu meneruskan perjalanan malam ini.

ditepi tepi jalan bukan lagi kanak kanak yang duduk tapi kebanyakannya menyerupai orang dewasa yang kulit nya terlalu hitam. boleh katakan 3 kali ganda hitam daripada sani gro. dan pakaian seperti orang asli di pergunungan andes yang bercawat. tak termasuk lagi yang menyorok di belakang kelapa sawit dan jugak mereka mereka yang duduk di atas pelepah. tok memberi salam kepada Tuan Haji Khamis, seperti biasa katanya dia susah untuk mengawal anak anak buahnya. aku memberitahu wan pechiko tentang keadaan tersebut melalui walkie talkie dengan mengatakan "berjaga jaga sebab ada lobang", ini bahasa untuk brbasa basi sahaja supaya tidak di ketahui oleh orang lain. walaupun kawasan tersebut sebenarnya mendatar dan tiada lobang langsung. wan membalas walkie talkie dengan mengatakan "jaga jaga.. diatas lobang, dibawah lobang, di kiri lobang dan di kanan pun lobang". dalam hati tok.. cilako si wan, dia boleh main main pulak. tapi memang betul la... mereka ada di mana mana. aku balas balik walkie takie wan dengan mengatakan "wan.. aku maksudkan lobang yang lain". dengan harapan wan paham. wan kata "aku paham". nasib baik.. kalau dia buatnya wan merapu kat tempat tu kan naya.

bersambung........

Cerita Dongeng Kayuhan Di Malam Hari - PART II

semasa melepak dengan group pertama di bawah lampu limpah block 6. tok tengok cikgu asmadi duduk keseorang di atas pembahagi jalan. dalam otak tok, jangan la pulak ada yang mengganggu cikgu asmadi. keadaan cikgu seperti orang yang mahu tidur dan juga mengasingkan diri dari orang lain. ini kadang kala boleh jadi tanda akan ada gangguan ghaib. tok berdoa lagi khas untuk cikgu asmadi, semoga ALLAH S.W.T melindungi cikgu asmadi dari sebarang bentuk gangguan. tok risau, buat nya cikgu asmadi di rasuk dalam ladang tuan mee.. tak ke haru. paling haru kalau cikgu lari sorang diri dalam ladang tu.. jenuh nak kejar. sempat jugak tok bertanya cikgu. cikgu ok ke? ok katanya, cuma mengantuk dan penat sikit sebab ada gotong royong pindah surau pagi tadi. dia penat panjat bumbung sebab nak pasang speaker.

apa bila selesai group ke dua membetul kan rantai basikal ucop dolphin, kami pun meneruskan perjalanan epic. pengiraan kepala kembali di buat sebelum bertolak. untuk mempastikan cikgu asmadi tidak buat chicken loop atau hilang ditengah jalan. semasa memulakan kayuhan tok telah memperkenal kan sahabat ghaib yang bernama tengku dengan marshall belakang kita iaitu saudara gaplek. itu pun tanpa pengetahuan gaplek. maknanya, tengku akan mengikut gaplek sebagai marshall belakang dan mbah akan ikut tok sebagai marshall hadapan. kayuhan diteruskan, dan bermula lah episode orang kampong lintas melintas jalan apabila melalui jalan tanah merah ditepi padang golf. tapi tak tok hiraukan sebab merka hanya ingin melihat seperti orang kita melihat Le Tour De Langkawi. tak ke kecoh sikit. Ketika ini tengku agak tegang sikit sebab marshall belakang iaitu saudara gaplek sering kerap kayuh ke hadapan sebab untuk menangkap gambar. masa ini tok suruh tengku bertenang dan akan memberitahu gaplek tentang scenario ini. masa sampai di pintu masuk ladang di block 3, tok sempat memberitahu gaplek supaya jangan lagi kayuh kehadapan, dia kena sentiasa berada di belakang. gaplek angguk sahaja. masih tok tak bercerita lagi kat dia pasal tengku. kalau tahu.. mampus dia tak mahu jadi marshall belakang.

selepas bunyi KAABOOMM, angkara mercun si wan, menandakan bermulanya perjalanan masuk ke ladang kelapa sawit. kami pun turun ke bawah bukit satu persatu. dan setakat di pintu masuk ladang semua keadaan terkawal, lintasan di hadapan tu biasa sahaja la. ada satu lintasan yang hampir nyata iaitu budak kecil berbaju biru di hadapan tok. nasib la semua tak nampak. sebab tak ada orang cerita pun, maknanya diorang masih lagi tak nampak apa apa. kayuhan diteruskan, masa ini semua berebut untuk kehadapan, tok pun tak tahu apa pasal. kayuhan yang sepatut nya 1 line sudah jadi 3 line. nasib baik la abang ipin yang berada di belakang tok dapat mengawal keadaan. TQ abang ipin. kalau tidak jadi carca merba.

semasa menghampiri titi ikan bilis, tok nampak ada banyak orbs (uncle seekers punya wording), budak budak kecik dan orang kampong dan jugak satu cahaya yang sangat terang menyuluh mata belah kiri tok. tapi tok biar kan sahaja. masa yang sama, mbah masih lagi di hadapan tok mengepalai perjalanan dan juga sekali sekala tok menghubungi tengku di belakang untuk mengetahui situasi. keadaan tetap terkawal. tok sebagai lead marshall berhenti seketika di bukit kelawar, sebagai menghormati saudara kelawar. dan juga mengarahkan pengayuh pengayuh untuk berhenti dan mengambil udara segar di bukit kelawar.

perjalanan diteruskan ke bukit check point pertama untuk berehat. sampai di bukit check point pertama, tok dipanggil oleh wan pechiko. dalam kumpulan kecil itu ada wan pechiko, zul roti canai dan ipin. wan mengatakan bahawa zul roti canai kena kacau oleh satu lembaga bermata merah yang tinggi ketika berada di titi kelawar. telinga zul roti canai di ketuk ketuk atau di raba raba oleh lembaga tersebut. dan lembaga tersebut mengikuti zul sehingga ke bukit check point. aku mengarahkan zul supaya mendiam kan cerita tersebut untuk tidak menakut kan pengayuh yang lain. semasa aku melihat secara batin tidak pulak kelihatan lembaga yang di sebut kan. mungkin dia main nyorok nyorok atau lembaga lain yang mengganggu. tau tau aja lah, perjalanan tersebut ada ramai budak budak dan jugak berbagai jenis lagi makhluk lain. tok biar kan begitu sahaja. asal kan tak ganggu udah la. setakat nak main main tu, biasa la.

bersambung….

Cerita Dongeng Kayuhan Di Malam Hari - PART I


ini tok mencerita kan pengalaman tok berbasikal di malam hari pada beberapa bulan yang lepas di tahun ini juga. semasa dalam perjalanan ke medan puteri. ada 2 orang ghaib datang berjumpa. orang ghaib pertama adalah berpakaian seperti panglima, cukuplah tok katakan nama gelarannya adalah tengku. orang ghaib kedua adalah berupa harimau belang yang memperkenalkan diri sebagai mbah. mereka menawarkan diri untuk menolong tok mengawal perjalanan malam itu. tok cuma berkata "segala bantuan dan perlindungan hanya lah pada ALLAH S.W.T sahaja". tapi kalau mereka ingin turut serta apa salah nya.

dari medan puteri perjalanan diteruskan setelah selesai membuat perkiraan kepala juga serba sedikit penerangan dan juga bacaan doa oleh abufikri. kayuhan terhenti sebentar apa bila bunyi walkie talkie mengatakan ucop dolphin ada sedikit masalah dengan rantai basikal ketika memulakan kayuhan. kumpulan kayuhan terpecah 2, satu kumpulan berhenti di simpang block 6 dan satu kumpulan lagi masih berada di medan puteri untuk membetulkan rantai basikal ucop dolphin.

sementara menunggu rantai basikal ucop dolphin di betulkan, tok duduk sendirian di simpang 4 block 6, jauh sedikit daripada kumpulan pertama. ketika ini tok berdoa ke hadrat ALLAH S.W.T supaya perjalanan kami selamat dengan tiada gangguan yang menakut kan dan juga keluarga di rumah sentiasa berada di dalam lindunganNYA. selepas itu tok membuat perjalanan batin untuk meneroka jalan yang akan di lalui. perjalanan batin ini turut di sertai oleh tengku dan juga mbah. dalam perjalanan ini tiada apa yang pelik berlaku cuma jalan jalan yang akan dilalui oleh pengayuh pengayuh tegar ini sudah dipenuhi oleh kanak kanak yang berbagai jenis. mereka seperti tidak sabar sabar untuk melihat kayuhan epic dimalam hari. tahu sahajalah perjalanan ini sebenarnya melalui 3 kampung ghaib yang masing masing mempunyai penghulunya. jadi paham paham sajalah kerenah penduduk penduduk kampung yang malam bagi alam kita tetapi siang bagi alam mereka dan juga sebaliknya.

apa bila pulang dari perjalanan batin ini, tok sempat membisik kan pada wan pechiko. kalau ingin merasa kan pengalaman di kelilingi oleh orang ghaib, ini lah masanya. kerana jalan yang akan kita lalui sudah dipenuhi oleh kanak kanak dan orang orang kampung yang lain. jadi, tok suruh di tenang kan pikiran dan cuba dengar keadaan sekitar bila berkayuh nanti. kalau ada keizinan ALLAH S.W.T, dapat la dia merasa kan kehadiran mereka. wan pechiko hanya mengangguk sahaja. tok tak tahu apa yang melayang dipikirannya. perkara ini tok tak cerita kan pada orang lain kecuali wan pechiko kerana khuatir akan menakutkan pengayuh pengayuh malam.

bersambung.........