Friday, September 21, 2007

Takziah Buat Keluarga Jazimin


http://nurinjazlin.blogspot.com/

Alfatihah untuk adik Nurin Jazlin. Dalam kesebukan tok, tok ikut juga perkembangan keluarga saudara kita Jazimin. Tok ingin mengucapkan takziah pada keluarga ini keatas apa yang telah berlaku. tok juga rasakan kesedihan mereka terutama sekali Bondanya yang telah membawa beliau di dalam perut selama 9 bulan dan juga telah melahirkan beliau. Ini ada lah kerana tok jugak empunya putera dan puteri yang umurnya hampir sebaya. Tok paham perasaan keluarga Jazimin di ketika ini, mungkin tidak sepenuhnya.

Apa yang tok ingin sampaikan pada keluarga ini moga tabahkan hati dan kuatkan iman, jangan sesekali mengalah. Ingat, bahawa Allah S.W.T itu Maha Besar, Maha Esa, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha segala nya. Setiap insan adalah milikNya, kita (ibu dan bapa) hanyalah sebagai pemegang amanah untuk menjaga anak anak sahaja. Apa yang telah berlaku adalah ketentuanNya. Ini adalah dugaan buat saudara Jazimin dan keluarga.

Yang pastinya, tok nampak saudara Jazimin sebagai tabah orangnya. moga kejadian ini membuat kan saudara Jazimin dan keluarga lebih tabah dan lebih dekat padaNYA. Sesungguhnya Allah S.W.T mengetahui apa yang terbaik buat keluarga ini, bukankah DIA Maha Mengetahui. Apa yang pasti, bersangka baiklah pada Pemilik Alam ini. Apa yang berlaku pastinya adalah kehendak DIA jua.

Tok mendoakan agar ditunjukkan oleh Nya tidak lama lagi siapalah yang empunya angkara perbuatan kejam ini.



No comments:

Post a Comment