Wednesday, September 12, 2007

Cerita Dongeng Kayuhan Di Malam Hari - PART I


ini tok mencerita kan pengalaman tok berbasikal di malam hari pada beberapa bulan yang lepas di tahun ini juga. semasa dalam perjalanan ke medan puteri. ada 2 orang ghaib datang berjumpa. orang ghaib pertama adalah berpakaian seperti panglima, cukuplah tok katakan nama gelarannya adalah tengku. orang ghaib kedua adalah berupa harimau belang yang memperkenalkan diri sebagai mbah. mereka menawarkan diri untuk menolong tok mengawal perjalanan malam itu. tok cuma berkata "segala bantuan dan perlindungan hanya lah pada ALLAH S.W.T sahaja". tapi kalau mereka ingin turut serta apa salah nya.

dari medan puteri perjalanan diteruskan setelah selesai membuat perkiraan kepala juga serba sedikit penerangan dan juga bacaan doa oleh abufikri. kayuhan terhenti sebentar apa bila bunyi walkie talkie mengatakan ucop dolphin ada sedikit masalah dengan rantai basikal ketika memulakan kayuhan. kumpulan kayuhan terpecah 2, satu kumpulan berhenti di simpang block 6 dan satu kumpulan lagi masih berada di medan puteri untuk membetulkan rantai basikal ucop dolphin.

sementara menunggu rantai basikal ucop dolphin di betulkan, tok duduk sendirian di simpang 4 block 6, jauh sedikit daripada kumpulan pertama. ketika ini tok berdoa ke hadrat ALLAH S.W.T supaya perjalanan kami selamat dengan tiada gangguan yang menakut kan dan juga keluarga di rumah sentiasa berada di dalam lindunganNYA. selepas itu tok membuat perjalanan batin untuk meneroka jalan yang akan di lalui. perjalanan batin ini turut di sertai oleh tengku dan juga mbah. dalam perjalanan ini tiada apa yang pelik berlaku cuma jalan jalan yang akan dilalui oleh pengayuh pengayuh tegar ini sudah dipenuhi oleh kanak kanak yang berbagai jenis. mereka seperti tidak sabar sabar untuk melihat kayuhan epic dimalam hari. tahu sahajalah perjalanan ini sebenarnya melalui 3 kampung ghaib yang masing masing mempunyai penghulunya. jadi paham paham sajalah kerenah penduduk penduduk kampung yang malam bagi alam kita tetapi siang bagi alam mereka dan juga sebaliknya.

apa bila pulang dari perjalanan batin ini, tok sempat membisik kan pada wan pechiko. kalau ingin merasa kan pengalaman di kelilingi oleh orang ghaib, ini lah masanya. kerana jalan yang akan kita lalui sudah dipenuhi oleh kanak kanak dan orang orang kampung yang lain. jadi, tok suruh di tenang kan pikiran dan cuba dengar keadaan sekitar bila berkayuh nanti. kalau ada keizinan ALLAH S.W.T, dapat la dia merasa kan kehadiran mereka. wan pechiko hanya mengangguk sahaja. tok tak tahu apa yang melayang dipikirannya. perkara ini tok tak cerita kan pada orang lain kecuali wan pechiko kerana khuatir akan menakutkan pengayuh pengayuh malam.

bersambung.........

No comments:

Post a Comment