Wednesday, September 12, 2007

Cerita Dongeng Kayuhan Di Malam Hari - PART III


semasa berkumpul di check point pertama. tok lihat mat mat ghaib ni pun makin ramai turut berkumpul. diorang nak dengar apa kita sembang. jadi tok cuma bagi masa sebatang rokok tok shj untuk berehat. tok tak mahu duduk situ lama lama. dikhuatirkan se makin ramai mat ghaib ni nanti. setelah abis sebatang rokok, tok pun bagi isyarat teruskan perjalanan. wan memberi penerangan supaya mengabil lane kiri semasa menurun bukit kerana lane kanan banyak lobang.

rasanya semua pengayuh sangat berdisplin dan mengambil lane kiri kecuali abu fikri. tah apa hangin dia, memang dia carik lobang. (dah lama abu fikri tak layan tuan mee itu la pasal). perjalanan diteruskan sehingga bukit check point ke dua. macam biasa di sini pun sudah ramai yang menunggu terutama sekali yang berada diatas bukit tempat kita melepak tu. ada jugak yang duduk menyangkung di atas pelepah kelapa sawit. mungkin ada yang perasan malam tu banyak sangat pelepah kelapa sawit yang rendah rendah. mungkin pengayuh pengayuh tak perasan siapa yang duduk kat pelepah kelapa sawit. yang tok tahu ipin tak berhenti henti memberi amaran tentang pelepah kelapa sawit yang rendah di sepanjang perjalanan. kalau siang hari mana ada semua itu.

di bukit check point ke dua, macam macam bunyi pun ada. tok rasa ada orang datang bawak baby. sebab bunyi baby menangis pun ada. macam biasa, sebab tak mahu gangguan yang berpanjangan, tok cuma bagi masa rehat sebatang rokok tok sahaja. abis sebatang rokok tok, kayuhan diteruskan, walaupun sam baru nyalakan rokok. tok suruh dia padam kan sahaja sebab kayuhan akan di teruskan. kayuhan diteruskan sehingga sampai di satu kawasan landai iaitu di sempadan ladang kelapa sawit coalfield dan juga ladang tuan mee. tiba tiba mbah yang berbadan harimau membesarkan badan sehingga 2 kali tinggi tok. baru aku teringat, bahawa sebelum ini tok pernah diberi amaran oleh penghulu ghaib kawasan tersebut iaitu Tuan Haji Khamis kerana beliau tidak dapat mengawal anak anak buahnya jikalau kita tetap mahu meneruskan perjalanan malam ini.

ditepi tepi jalan bukan lagi kanak kanak yang duduk tapi kebanyakannya menyerupai orang dewasa yang kulit nya terlalu hitam. boleh katakan 3 kali ganda hitam daripada sani gro. dan pakaian seperti orang asli di pergunungan andes yang bercawat. tak termasuk lagi yang menyorok di belakang kelapa sawit dan jugak mereka mereka yang duduk di atas pelepah. tok memberi salam kepada Tuan Haji Khamis, seperti biasa katanya dia susah untuk mengawal anak anak buahnya. aku memberitahu wan pechiko tentang keadaan tersebut melalui walkie talkie dengan mengatakan "berjaga jaga sebab ada lobang", ini bahasa untuk brbasa basi sahaja supaya tidak di ketahui oleh orang lain. walaupun kawasan tersebut sebenarnya mendatar dan tiada lobang langsung. wan membalas walkie talkie dengan mengatakan "jaga jaga.. diatas lobang, dibawah lobang, di kiri lobang dan di kanan pun lobang". dalam hati tok.. cilako si wan, dia boleh main main pulak. tapi memang betul la... mereka ada di mana mana. aku balas balik walkie takie wan dengan mengatakan "wan.. aku maksudkan lobang yang lain". dengan harapan wan paham. wan kata "aku paham". nasib baik.. kalau dia buatnya wan merapu kat tempat tu kan naya.

bersambung........

No comments:

Post a Comment