Wednesday, September 12, 2007

Basikal Gunung

Ada pun aktiviti masa lapang tok adalah berbasikal. Ini adalah kerana masalah kesihatan yang di hadapi oleh tok sehinggakan ada yang memanggil tok dengan gelaran Tok Tepok. Jikalau tidak kerana masalah tepok ini sudah pasti lah tok masih aktif lagi bermain bolasepak, badminton, rugby, sepak raga dan apa sahaja jenis sukan termasuklah bowling. Sehinggakan berjogging juga tidak di sarankan oleh doktor yang bertauliah. Memandang kan berbasikal adalah sukan ke dua terbaik selepas berenang, jadi tok memilih lah sukan ini walau pada asalnya berbasikal bukan lah kegemaran tok. Dan sudah pastinya tok tidak memangdang lansung sukan berbasikal ini jikalau kaki to tidak tepok.

Basikal yang ditunjukkan di atas adalah yang telah tok beli dengan harga RM7ribu. Walaupun harganya tidak munasabah seperti yang di luahkan oleh Puteri Gading Putih, ada lebih patut tok melangsaikan hutang motosikal tok yang di bayar sebanyak RM160 secara bulanan. Apatah lagi di ketika itu baki bayaran motosikal tok hanya tinggal RM2ribu sahaja.

Aktiviti kayuhan tok selalunya dilakukan di hujung minggu dan jikalau ada kelapangan sahaja. Tok tidak pandai berkayuh di atas jalan raya, jadi tapak lokasi nya adalah lebih kepada jalan yang tidak berturap oleh aspal. Ada kala tok juga berkayuh di malam hari, ini adalah untuk mendapatkan pengalaman berkayuh ketika gelap dan juga suhunya lebih sejuk dibandingkan dengan siang hari. Bila ada kelapangan nanti tok ceritakan pengalaman tok berkayuh di malam hari. Untuk sementara waktu, tok tutup dulu sahaja lipur ini.

No comments:

Post a Comment