Sunday, September 16, 2007

Sang Dewata Nila

ada pun Sang Dewata Nila yang tok kenal asal usul nya adalah dari kayangan. beliau di turun kan kedunia adalah kerana perjanjian nya dahulu. apa bila beliau diturunkan ke alam ini, beliau sesungguhnya sudah lupa dengan asal usul beliau. terutama sekali siapa ayahandanya dan siapa bondanya.


tok kenal Sang Dewata Nila adalah dengan tanpa di sengaja kan. itu pun dengan bantuan rakan yang lain. ada pun semasa di kayangan dahulu, beliau sebenarnya berkepak dan juga seorang putera yang gagah perkasa, juga boleh di katakan bakal menjadi panglima perang. tapi di sebab kan perjanjian seperti yang di katakan sebelum ini, beliau telah di turun kan ke alam ini dan menjadi manusia biasa.

beliau sebenarnya masih mencari cari asal usul beliau di kayangan, tapi di sebab kan hijab di antara alam ini dan alam kayangan sangat kuat, maka tiada sesiapa pun yang dapat beliau hubungi di alam atas sana dan begitu jugak sebaliknya. di sebabkan beliau turun ke alam ini sebagai manusia, maka segala perjanjian yang menyebabkan beliau turun ke alam ini pun telah beliau lupa. apa nak jadi la kamu ni Sang Dewata. ada pun tok tidak dapat menbantu Sang Dewata yang sudah menjadi manusia ini, kerana tok pun ada masalah masalah tok yang perlu tok tangani. apa yang tok dapat bantu hanyalah menjadi rakan mendengar cerita sahaja.

sebenarnya, ayahanda Sang Dewa ini bernama Sang Arjuna Maliki. seorang pemerintah di kayangan sana. mereka bukanlah asal nya seorang Islam. kerana ketika lahirnya junjungan Rasullullah S.A.W, tembok antara alam kayangan dan alam manusia sudah runtuh. jadi agama yang di bawa oleh Rasullullah tidak sampai kepada mereka. ada pun sebenarnya mereka menganuti ajaran yang menghendaki mereka mengEsa kan Allah S.W.T. Tapi sesungguhnya lain bagi Sang Dewata yang sudah turun ke alam ini, beliau sunah pun menganuti agama yang di bawa oleh junjungan Rasullullah S.A.W, iaitu agama Islam yang sejati dan benar.

Sang Dewata jugak sudah pun bernikah dengan gadis tempatan dan juga sudah pun beranak pinak. Masalahnya beliau masih lagi lupa tentang isi perjanjian yang menyebabkan beliau tercampak ke alam ini. siapa boleh bantu?

2 comments:

  1. halo halo sound cek..sound cek..cek ada palang ke tak de...testing..testing...12345678910

    ReplyDelete