Monday, September 17, 2007

Cabaran Baru


hari ni adalah hari terakhir tok bekerja di kompeni ini. kalau di kira campur tolak, cukup lah tok bekerja di sini selama 4 tahun dengan jawatan sebagai tukang urus di jabatan komputer. nak kata sedih tu adalah sedikit, 4 tahun tu rasanya lama jugak. ramai lah kawan kawan yang tok dah kenal di sini. macam macam perangai dan ragam yang tok jumpa di sini. bagi tok itu semua adalah pengajaran untuk tok untuk meneruskan hidup.


setelah berhenti dari kompeni ini, tok belum buat keputusan lagi apa yang tok nak buat. sebenarnya banyak rancangan yang tok telah buat, tapi semua bergantung pada keizinan Yang Maha Kuasa juga. tengok lah apa yang akan jadi nanti. tok dah usaha, tok dah doa dan tok hanya bertawakal sahaja pada Yang Maha Bijaksana. dan mengharapkan apa yang terjadi adalah yang terbaik buat tok dan keluarga kalau boleh melibatkan kaum muslimin dan muslimat juga. semoga Yang Maha Pengasih akan kabul kan doa doa tok.

buat sementara waktu ni, tok rasanya ingin berehat dahulu. banyak urusan urusan rumah yang tertangguh. mungkin selepas hari raya nanti baru tok perah kepala otak tok ni. tapi ini semua bergantung kepada kehendak Yang Maha Mengetahui jua. tok hanya boleh merancang dan berdoa sahaja. Moga semuanya berkesudahan yang baik dan di permudahkanNya jalan tok untuk mencari rezeki yang halal dan di berkati oleh Yang Maha Kaya.

ALLAHUAKBAR...


6 comments:

  1. salam ziarah... mendapat tawaran yang lebih baik di syarikat lain ek? semoga berjaya...

    ReplyDelete
  2. Kita tiada apa2, itu hakikatnya. Emmm harap kita semua sedar akan hakikat kehambaan itu serta tunduk kepada Dia semata. Amin.

    ReplyDelete
  3. sama la dengan tok jua. siapa lah kita.. kan? sebenarnya.. tok pun tak tahu. terima kasih kerana sudi menjenguk.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Tok Ketua Lanun. Terima kasih tinggalkan komen di blog hamba. Tok ni dah tua ke, atau muda lagi?

    ReplyDelete
  5. tuan tawel..

    terima kasih kerana sudi melawat. tok ni idok le tua sangat masih lagi cute. cuma rambut tu aja udah beruban.

    ReplyDelete