Friday, September 14, 2007

Hari Pertama Ramadhan


Alhamdulillah..

semalam tok berjaya abis kan puasa. bukan kelaparan yang sebenarnya tok risau kan. tapi saka asap yang selalu mengikuti tok tu lah yang mengkhuatirkan diri tok. saka ni bukan calang calang nak di buang, tanpa kecekalan usah harap la bermimpi nak membuang nya. pernah sekali, berbagai ubat dan ramuan tok cuba, konon nya boleh di buang saka ni. usah harap la.... cuma seminggu sahaja saka ni pergi. selepas itu ia datang kembali.

semalam diri tok ni ibarat penagih, walau pun tak demam tapi air hidung nak meleleh sahaja. nasib lah, cuaca sejuk sahaja dan tidak panas. kebetulan pulak tok memang cuti semalam. memang kesempatan itu di ambil untuk berehat panjang. tapi akhirnya Puteri Gading Putih pulak mengambil kesempatan mengajak tok kehulu kehilir untuk membeli barang dapur. sampai ke kedai perabut pun nak di ajak nya tok. dah tak di layan ke kedai perabot, di ajak nya pulak ke kedai menjual cat. tok buat tak le layan sangat.. semacam mana tok tak layan saka tok semalam.

lepas berbuka.. SAKA mengamuk le...

No comments:

Post a Comment