Sunday, December 23, 2007

Tekpi

Tekpi adalah senjata yang dikenal luas dalam beladiri Melayu tetapi bukan merupakan senjata asli budaya Melayu. Karena itulah sebenarnya sangat sulit menemukan tekpi di museum peninggalan Melayu.

Senjata ini mirip dengan senjata sai dalam budaya Jepang. Senjata ini diduga dikembangkan oleh pendatang Tiongkok beratus tahun yang lalu. Karakteristiknya sendiri berbeda dengan kebanyakan senjata khas Melayu.

Kemungkinan besar tekpi berasal dari daerah Tiongkok, tetapi pesilat Melayu di Malaysia, Indonesia, dan Nusantara mahir menggunakan tekpi yang penggunaannya berbeda dengan sai di dalam karate. Dalam seni bela diri Tiongkok sendiri tekpi hampir tidak ditemukan. Tekpi juga tidak ditemukan dalam nomor-nomor Wushu. Film beladiri Tiongkok juga tidak pernah menampilkan tekpi ataupun sai.


Tekpi adalah senjata yang secara luas digunakan dalam banyak pertandingan seni beladiri silat Melayu. Misalnya Sendeng Malaysia memposisikan tekpi sebagai senjata pilihan kedua setelah keris, atau Kuntau Tekpi yang menggunakan tekpi sebagai senjata utama.

Silat jenis kuntau hampir mirip dengan gerakan-gerakan keras dan efektif di dalam
Kuntao Tiongkok. Hal ini merupakan hal yang wajar terjadi karena pengaruh peradaban Tiongkok yang sangat besar di Asia Tenggara.


Psi
(Ψ/ψ) ialah huruf ke-23 dalam abjad Yunani. Dalam sistem nombor Yunani, psi mempunyai nilai 700. Tekpi ialah sebuah senjata yang menyerupai bentuk psi.


Seni Silat Kuntau Tekpi
ialah sejenis ilmu mempertahankan diri yang telah lama wujud di zaman Sultan Ahmad Tajuddin Shah, Sultan negeri Kedah pada kurun ke-18. Ia dipelopori oleh seorang Panglima Istana bernama Panglima Taib Bin Wan Hussin. Silat ini diajar hanya di kalangan panglima dan pengawal istana serta hulubalang bagi menentang serangan Siam dan musuh lain ketika itu.


Panglima Taib telah mewariskan ilmu ini kepada anak kandungnya bernama Siti Aminah yang dikenali dengan gelaran ‘Srikandi Kedah’. Gelaran ini dianugerahkan oleh Sultan Kedah pda masa itu atas jasanya membantu ayahnya (Panglima Taib) menghantar bunga emas ke Siam ketika itu. Silat ini kemudiannya diwarisi oleh anak Siti Aminah bernama Tuan Haji Zainol Abidin bin Endut dan seterusnya diwarisi pula oleh anak Zainol Abidin iaitu A. Sani.


Senjata utama silat ini dikenali sebagai tekpi iaitu besi bercabang tiga yang juga telah dikenali sebagai "Raja Segala Senjata" yang telah terbukti boleh mematikan segala senjata tajam.


Silat ini mempunyai kaedah buah-buah pukulan serta tangkapan yang kemas. Semua pergerakan dan tangkisan adalah sesuai dengan pergerakan fitrah diri manusia, tidak mengira peringkat umur, mahupun lelaki ataupun perempuan.


Silat ini menitikberatkan aspek mempertahankan diri sekiranya diserang tetapi akan menyerang sekiranya terdesak.


Sumber diambil tanpa edit:


http://id.wikipedia.org/wiki/Tekpi
http://ms.wikipedia.org/wiki/Psi

http://ms.wikipedia.org/wiki/Silat_Kuntau_Tekpi


tok tak pandai..........

No comments:

Post a Comment