Wednesday, November 7, 2007

Hilang Masa/Ingatan 5-15 Minit


Perkara ini selalu berlaku pada tok. Sekarang ni dah macam kebiasaan pulak. Selalunya bila terjaga dari tidur tok akan lupa siapa tok dan juga di mana tok berada. Walaupun di ketika itu tok berada di dalam keadaan sedar. Waktu itu tok nampak semua perabot perabot di bilik tok, macam katil, almari, meja dan lain lain. Tapi tok tak tahu apa kah bendanya nya.


Apatah lagi tentang diri tok, tok tak tahu siapa diri tok, apa nama tok dan apa sahaja pasal diri tok. semuanya hilang dan blank. Sehingga lah tok merayu kepada Allah S.W.T agar di ingatkan kembali apa sahaja tentang diri tok. Selalunya berlaku dalam 5-15 minit. 15 minit selalunya terasa terlalu panjang jika hilang masa/ingatan.

Tujuan tok cerita di sini adalah untuk mengetahui, ada tak sesiapa yang senasib dengan tok?

No comments:

Post a Comment