Sunday, August 21, 2011

Budak Kecik Pakai Pampers


Dikawasan perumahan tok ni memang banyak benor rumah kosong. Depan rumah tok, 4 buah rumah kosong. Belakang rumah tok memang hampir kesemuanya kosong. Belah kiri rumah tok, tuan rumahnya, dalam sebulan dua tiga kali ja datang. Selang dua rumah ada satu bungalow dua tingkat yang kosong juga. Rumah tersebut banyak bekas bekas simbahan cat. Ini mungkin kerja kerja Along Bukit Beruntung.

Beberapa hari lepas, didalam bulan puasa ini adalah berita yang tok dengar. Beberapa orang budak budak yang balik sembahyang tarawikh telah terserempak dengan budak kecik yang hanya memakai Pampers.

"Nak pergi mana ni dik?" tanya budak budak yang baru balik surau tu..

"Nak balik rumah, yang kena simbah cat tu" kata budak pakai Pampers tu..

Mungkin sebab kesian, budak budak yang baru balik surau tu offer diri lah nak hantar kan budak kecik tu. Siap tumpangkan belakang basikal lagi. Yang tok heran nya, macam mana lah budak budak ni boleh tak perasan yang rumah kena simbah cat tu dah lama tak berpenghuni.

Diceritakan lagi, bila diorang sampai sahaja kerumah tersebut, tanpa disedari.. budak kecik itu terus hilang tanpa siapa perasan ke mana perginya. Ceritanya sampai disitu sahaja, tak ada pulak penyambung ceritanya.. apa jadi kat budak budak yang balik dari surau tu.

Conclusion tok.. maknanya rumah tersebut sudah ada penghuninya. Kalau ada budak kecik, mesti ada mak dan bapaknya. Selama ini tok perasan depan rumah tok yang kosong tu ada penghuni. Rupanya makin banyak lah rumahnkosong yang berpenghuni di kejiranan tok. Tapi tok tak la kesah sangat, asal kan diorang tak mengganggu tak apa lah...

2 comments:

  1. Itu jin Islam ke tu Tok? Maklumlah yang syaitan dan jin kafir kena ikat di bulan Ramadhan.

    Saya ada 1 cerita yang diceritakan Mak Long saya, tentang arwah abang ipar beliau,mungkin jadi di tahun 60 an atau 70 an,saya dah lupa sikit-sikit.

    Suatu malam,beliau(abang ipar tadi) berjalan kaki balik ke rumah.Beliau bekerja di Singapura.Jalan balik ke rumah beliau melalui lorong tanah merah yang gelap.

    Dok berjalan tu, ternampak ada seorang budak kecil menangis ditengah jalan.Memang rupa budak kecil 100%, takde la tanduk ke apa ke yang ganjil.

    Beliau bertanya budak kecil tu siapa ibu ayahnya dan tinggal dimana? Budak kecil tadi cuma memandang abang ipar tu dan sambung menangis.

    Beliau rasa kasihan,sebab beliau pun ada anak-anak, jadi dibawanyalah pulang ke rumah.Berpimpin tangan.

    Hampir sampai rumah,budak kecil tadi hilang tiba-tiba.

    Beliau beristighfar dan bergegas masuk ke dalam rumah.

    Ditengah rumah dilihat isteri beliau memangku anak sulung mereka yang berbuih mulut.

    Hampir subuh kemudian,mereka sekeluarga kehilangan anak sulung mereka tadi.

    Terfikir saya, apa kaitan budak kecil yang hilang tu dengan kematian anak sulung abang ipar tadi?

    Wallahualam

    ReplyDelete
  2. ikut pengalaman tok.. yang kafir pun masih berkeliaran di bulan puasa..

    ReplyDelete