Hari Ketiga. Keesokkan pagi nya apabila terjaga dari tidur, terbaca sms dari Pak Tam,
“Ranger sudah keluar dari Gunung pada jam 5.30pg”
Oleh kerana tiada harapan untuk Ranger bertemu kami, maka kami bercadang untuk meneruskan perjalanan ikut arah yang kami lalui semalam ketika sebelum berpatah balik. Setelah berkemas serba sedikit kami pun mula bergerak kearah yang dipersetujui. Ketika ini bekalan memang terlalu sedikit dan kami bercadang hanya menggunakannya untuk membasahkan tekak sahaja di dalam perjalanan nanti. Sebelum bertolak kami sms Pak Tam untuk memberitahu percubaan kami mencari puncak Ophir sehingga Berjaya. Dan jikalau ada Ranger yang masih mahu mencari kami, cari sahaja kami di puncak Ophir.
Lebih kurang 1 (satu) jam perjalanan meredah duri duri rotan dan pokok pokok renek yang sendat menghalang jalan, akhirnya kami jumpa juga trek ke Gunung Ophir. Kami memanjatkan syukur berpanjangan ke Hadrat Allat S.W.T yang Maha Pelindung dan Maha Memberi Petunjuk kerana memudahkan perjalanan kami pagi itu. Kami juga memberitahu Pak Tam keadaan di mana kami sudah menjumpai trek ke puncak Ophir. Walaupun trek ke puncak Ophir sudah dijumpai, tetapi masih sukar, kerana bekalan air sudah habis dan kebanyakannya ada lah pendakian tajam dengan menggunakan tali. Akhirnya setelah berpenat lelah dan berjalan dan mendaki tanpa air sepanjang 4 (empat) jam, akhirnya kami sampai juga di puncak Gunung Ophir. Sekali lagi kami memberitahu kedudukan kami kepada Pak Tam. Pak Tam memberitahu bahawa pasukan Ranger di dalam perjalanan dan suruh tunggu sahaja di puncak Ophir. Kami membalas bahawa kami mahu tunggu pasukan Ranger di Menara Komunikasi dan mungkin akan dapat sedikit air dari pekerja di Menara Komunikasi.
Lebih kurang 5 minit sampai di Menara Komunikasi, pasukan Ranger dengan truck pick-up mereka pun sampai. Sambil minum bekalan air yang diberi oleh pasukan Ranger, kami pun berkenal kenalan sambil bertukar tukar cerita. Ketika itu lebih kurang jam 11.30 pagi. Kami di khabarkan bahawa jikalau kami tidak dijumpai sehingga jam 6.00 petang, mereka akan membuat buat Search And Recue secara besar besaran dengan di sertai oleh pelbagai Jabatan Kerajaan yang terbabit, termasuk BOMBA dan Penyelamat dan berbagai lagi. Kami di bawa turun terus ke balai polis untuk di ambil laporan dan memang Pak Tam pun menunggu di
Setelah selesai urusan dibalai polis, kami pun dibenarkan pulang dan Pak Tam membawa kami ke tapak permulaan pendakian kami untuk mengambil kereta dan mandi buat seketika. Ketika sampai di tapak pendakian, aku melihat ramai pemberita berada di
Tamat…
mesti teruk kena sound gan renjer n pegawai polis sebab naik gunung tak lapor diri kat renjer,silap2 kena denda n penjara sebab ceroboh taman negara.hehe
ReplyDelete