Thursday, August 5, 2010

Hikayat Ke Gunung Datuk - Part 3

Maka pendakian gunung pun bermula. Ada pun tiba tiba yang baru lah sebatang rokok perjalanannya, pendekar jawa mula berubah wajah. Yang asal mulanya berwajah ceria dan cerah tiba tiba bertukar menjadi hijau. Sahibul Hikayat dan rakan rakan se pengembara mula risau akan kelakuan pendekar jawa ini, adakah beliau kesurupan?. Maka berkata lah Sang Jawa..

"hamba tidak lalu lagi mahu berjalan... hamba kepenatan..."

Maka di lempar lah segala adanya peralatan. Dikutiplah orang akan kantung pakaian tok jawa. Kantung kamera ada pun di kutip oleh Pak Pani Pinang Sebatang. Maka bergelak ketawalah mereka beramai ramai melihat kan gelagat Pendekar Jawa tersebut.

Ada pun ketua pada segala ketua si mamak kutti yang bermulut rancak mula lah menjerit..

"jalan!! jalan!!"

Maka akur lah sekelian alam termasuk lah pengembara kecuali pendekar jawa yang merangkak akan seperti labah labah betina gamaknya. Punggungnya melentik tinggi mengalah kan tinggi kepala. Begitu lah hendak nya pendekar jawa bergerak. Maka bergelak ketawa lah sekali lagi rakan rakan pengembara.

Selang sebatang rokok lagi... kesurupan lah pula Yang Berhormat Kallang adanya. Maka bertambah pening lah jemala kepala si mamak kutti. Juga di campak lah Yang Berhormat Kallang kantung pakaian nya. Di kutip lah oleh Tok Iran. Maka menurut lah pula Bentara Lofty kesurupuan. Makin bertambah la pula orang kesurupan, maka di ikuti pula oleh Si Pitun dari Trengganu dan juga Bendahara dari Kuala Kangsar, Pak Ijoe ada namanya.

Adanya makin rancak lah mulut si mamak kutti..

"itu lah hamba hamba sekelian, sudah hamba katakan... exercise lah.. ini tidak.. JALAN!!! JALAN!!"

Maka adanya makin perlahan kumpulan pengembara bergerak ada pun kerana semakin ramai yang kesurupan. Ada pun yang menjadi tukang ketawa dan gembira sakan ada lah Orang Kaya Kelantan, Si Sahibut Hikayat, Dato' Fadri Lempoyang, Pak Hayata dari Negeri Mata Sepet dan Temenggung Din Kanji Malam dari Melaka. Ada pun mereka lah yang menjadi tukang angkat nya barang barang andai si kesurupan melempar apa jua barang.

Maka melangkah mereka perlahan lahan.... yang kesurupuan melangkah lah dengan kesurupan, yang kepenatan melangkah lah mereka dengan kepenatan. Hanya si mamak kutti sahaja adanya rancak berkata kata menyuruh si kesurupan meneruskan perjalanan.. Ada pun hanya dayang dayang yang jauh kehadapan tiadalah nampak dari mata si Sahibul Hikayat.

bersambung....


No comments:

Post a Comment