Monday, January 26, 2009

Pulau Besar - Pendapat Peribadi - I

Setelah pernah merancang

http://ketualanun.blogspot.com/2008/12/cadangan-ke-pulau-besar.html

dan pernah membatalkan perancangan

http://ketualanun.blogspot.com/2008/12/projek-kensel.html

Akhirnya tok diundang juga ke Pulau Besar. Perancangan asal adalah untuk tidur dua malam di Pulau Besar, tetapi atas sebab tertentu tok hanya tidur semalam sahaja dan semalam lagi di Masjid Kampung Hulu (malam pertama).

Sebelum pergi tok sempat juga mencari data data serba sedikit tentang Pulau ini. Apa yang biasa didengar adalah kehebatan Pulau ini dari segi kekeramatan dan kesucian nya. Jadi pemergian kali pertama ini adalah sekadar untuk mempastikan kebenaran cerita.

Perjalanan bermula dengan menaiki feri di Anjung Batu, Melaka. Dengan perjalanan selama 10 minit maka tok pun sampai dengan selamatnya. Ketika sampai di jeti, tok dan kawan to berehat sebentar di jeti untuk mengambik angin sementara kawan tok sempat mengikat matakail kejoran pancing. Sementara menunggu beliau puas memancing, tok melihat feri dari Anjung Batu mula sampai satu persatu.



Ketika ini lah bermulanya episod yang mengejutkan. Feri feri yang sampai dipenuhi oleh India yang bukan Muslim. Boleh katakan semuanya ber "nandek", dengan pakaian sari nya, dengan seluar bell bottom ketat dipeha besar dibetis dan lagak ala ala samseng kampung, malahan ada juga yang berseluar pendek ala ala santai. Boleh dikatakan mengikut statistik, hanya ada satu orang melayu dalam 300 orang India bukan Muslim (lihat gambar sebagai sample). Ini sungguh mengejutkan, dan tidak seperti cerita cerita yang tok pernah dengar sebelum ini. Kalau tak caya cuba tanya Lebai Google. Semua orang cerita pasal keramat la, wali lah dan bagai bagai bagai yang indah.

Perjalanan mengelilingi pulau adalah melawan arus, dimana kami mulakan dengan langkah kebelah kanan pulau.

sambungan...

No comments:

Post a Comment