Beberapa minggu yang lepas, tok dan seorang lagi kawan tok ada masuk ke suatu kawasan untuk menangkap ayam hutan. Tapi kebetulan hari tersebut kami telah hampir memasuki satu kawasan yang tidak pernah orang masuki. Kawasan ini telah lama kami perhatikan, kerana setiap kali kami pergi mengejar ayam, kawasan ini lah yang menjadi tempat persembunyian mereka. Bagaimana kami tahu kawasan ini tidak pernah dimasuki orang?
Kawasan ini dikelilingi oleh paya yang berumput. Dan tiada kesan kesan lalang dipijak orang. Ia seperti sebuah pulau ditengah tengah paya. Dan pulau tersebut dipenuhi oleh pokok kelapa sawit yang sendat dan tidak berjaga. Malahan ada pokok kelapa sawit yang sudah mengalahkan tinggi pokok kelapa. Oleh kerana syak atau wasangka terlalu besar terhadap kawasan ini, kami pun gagahkan diri untuk menempuh kawasan berpaya tersebut. Selut, usah nak kata lah, walau pun sudah berapa hari tidak hujan diketika itu. Risau juga tentang ular sawa dan biawak. Tapi apa nak kata, dah minat masuk hutan. Tak ada hutan, ladang pun jadi.
Gerak hati tok sudah lama berkata tentang kawasan pulau ini. Tok tahu, selain daripada tempat menyoroknya ayam ayam hutan, ia juga adalah tempat tinggal makhluk yang lain. Setelah bersusah payah, akhirnya kami sampai juga dipinggir pulau.
bersambung.....
catatan kaki: jangan lah percaya sangat. karut jer..

No comments:
Post a Comment