Thursday, January 1, 2009

Bersendiri

Entah kenapa perasaan melonjak lonjak untuk mengasingkan diri atau bertapa. Sebenarnya tok bukan ahli pertapaan atau apa sahaja yang seangkatan dengannya. Cuma tok rasa tok perlu keluar seketika dari dunia yang serba moden ini. Tok perlukan masa untuk melakukakan muhasabah diri, melihat kepada diri sendiri, melihat kepada kejadian kejadian dan ciptaan Allah S.W.T. Mungkin ini bukanlah cara kebiasaan manusia lain dan juga bukanlah satu kebiasaan pada diri tok. Tapi tok rasa macam perlu tok laksanakan.

Tok perlukan masa bersendirian, tidak kiralah didalam hutan tepi hutan apa sahaja, yang penting bersendirian. Dan kalau boleh tidak mahu mengganggu jemaah jika dilakukan di dalam masjid atau surau.

Ini cuma luahan hati tok. Agak agak ada tak rakan rakan lain yang berperasaan seperti tok?

1 comment:

  1. kalu gitu, join aku la... aku pun tengah duk berkira-kira nak ngadap satu busut jantan kat kebun...

    ReplyDelete