Wednesday, January 7, 2009

Cerita Bunian Lagi - Part 2

Setelah sampai ke gigi pulau, kami cuba mengintai apa yang terdapat didalam pulau tersebut. Pulau tersebut dikelilingi oleh pokok kelapa sawit yang rendah dan rapat rapat. Jadi sangat susah untuk melihat apa yang ada didalamnya. Yang pasti kawasan tersebut sangat bersih, dialamnya redup, tiada daun atau rumput diatas tanahnya seperti disapu, dan ada tali air yang bersih didalamnya. Tok ada keinginan untuk masuk kedalam kawasan pulau tersebut, tetapi seperti ada suara pula yang berkata "jangan". Kawan tok pula berada jauh dibelakang, seperti takut untuk hampir.

Setelah puas mengintai, dan tidak nampak bayang bayang ayam hutan sedikit pun, maka kami pun beredar. Tiada apa apa perkara yang pelik pun berlaku selepas itu. Cuma selepas beberapa hari berlalu, tok telah dihubungi oleh dua kumpulan dalam hari yang yang sama. Satu kumpulan nampaknya seperti pembesar pembesar yang mempunyai ramai pengawal dan satu kumpulan lagi ada lah sedikit kecil yang mewakili seorang perawat. Walaupun mereka datang pada waktu yang berbeza, tetapi mereka mempunyai hajat yang sama iaitu untuk berkenal kenal.

Yang tok nampak serious adalah kumpulan perawat. Mereka beria ia untuk berkenal kenal, tetapi mereka juga mempunyai calun yang lagi satu jikalau tok tidak sudi berkawan. Tok agak, mungkin calun yang lagi satu tersebut adalah kawan tok yang sorang lagi. Tapi tok masih belum bagi keputusan lagi, bagi tok kalau ikhlas untuk berkenal kenal, biar lah datang secara zahir. Walau apa pun tuk masih tunggu dan lihat shj.

sambung...

nota kaki: jangan percaya la.. sekadar cerita khayalan shj...

No comments:

Post a Comment