Sunday, January 4, 2009

Nenek Kebayan



Masa tok terlalu kecil dulu, tok selalu ditakut takutkan oleh opah tok tentang adanya seorang nenek kebayan yang tinggal dipinggir kampung bersaorangan. Nenek kebayan ini kononnya suka menangkap budak budak dan membawanya balik kerumah. Lebih sadis lagi diceritakan bahawa nenek kebayan ini suka memotong telinga budak untuk dibuat ubat ubatan.

Ada sekali sekala tok terserempak dengan orang tua yang dipanggil nenek kebayan ini. Wajah nya memang mengerikan, dengan keadaan beliau yang bongkok dan bertongkat kayu, rambut yang panjang dan menggerbang seperti tidak pernah bersikat, serta gigi merah akibat makan sireh.

Yang tak seronoknya ialah nenek kebayan ini suka sangat bertandang ke rumah opah tok, terutama bila mahu mengambil bekalan daun sireh. Selalunya bila beliau datang, tok pastinya menyorok di dalam rumah opah. Sekarang ni tok ada juga terpikir, kalau beliau betul nenek kebayan, kenapa beliau tidak tanam sendiri pokok sireh. Bukankah nenek kebayan terkenal dengan kepandaian mengubat menggunakan tumbuhan semualajadi. Tanam sendirilah pokok tu nek... takdalah tok nak takut keluar rumah masa kecik dulu...

No comments:

Post a Comment