Tuesday, August 13, 2013

Sembahyang Jumaat


Tu dia.... itu baru peringatan pertama. Orang kampung tok kata Gentle Reminder. Tok tak nak komen apa apa. Ada posititf dan ada yang negatif di sini.

A009
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya), ( Al-Jumu'ah 62:9 )

Ni cerita pasal solat jumaat di dalam Al-Quran.

A238
Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk. ( Al-Baqarah 2:238 )

Ni.. solat Wusta tu sembahyang Asar ke?

A114
Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. ( Hud 11:114 )

A078
Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya). ( Al-Israa' 17:78 )

Yang ni pula adalah waktu waktu solat yang di sebut di dalam Al-Quran.


2 comments:

  1. camano dari ghamai2 nak kenai yang dtg semayang ngan tidak.. ado bg kupon ko.. xpun calit ink di jari.. kena sign kehadiran ko.. ikhlas dari jemaah yang keliru..

    ReplyDelete
  2. mungkin ada buat thumb print atau punch card rasanya. ontah.. tok pun tak tau.

    ReplyDelete