Tok baru jumpa ni, katanya air terapi. Bunyi keislaman memang sangat hebat. Dan bahan bahan nya memang agak gempak kalau budak belum mumaiyyiz baca. Tok baca ingredient pun meleleh ayaq liur di bulan puasa. Bukan sebab sedap, sebab tak paham. Antara bahan bahannya.
1. Rawatan Air kaedah Nano Hydronium.
2. Cendawan Ajaib
3. Kulat Susu Harimau
4. Kemeyyan Makkah
5. Sarang Anai Anai ( yang sudah makan 22 juzuk ayat Al-Quran)
6. Air Zam Zam
7. Air Hujan Malam Jumaat 10 Muharram
Nano Hydronium
Tok cari dalam internet, tak jumpa apa apa pun. mungkin ini satu kaedah rawatan air yang baru dan super gempak. Maka, lebai google pun tak berapa nak tahu nak jawab.
Cendawan Ajaib
1. sangat menghairankan, aneh, ganjil, pelik (luar biasa atau jarang terdapat dsb): suatu kejadian yg sungguh ~; barang-barang ~; 2. sl sesuatu yg menghairankan, sesuatu yg aneh (luar biasa); ~-khanah muzium; mengajaibkan 1. menimbulkan rasa hairan, menghairankan, menakjubkan: kejadian itu sungguh ~; 2. menganggap (memandang sbg) ajaib: tak guna ~ kuasa Tuhan; keajaiban 1. sifat (keadaan dsb) ajaib, keganjilan, keanehan, keluarbiasaan; 2. sesuatu yg ajaib (menakjubkan), kejadian dll yg pelik (aneh dsb), keanehan, keganjilan: saya menyaksikan bermacam-macam ~ yg belum pernah saya lihat.
(Kamus Dewan Edisi Empat)
Tok tak tahu mana diorang dapat cendawan sangat menghairankan, aneh, ganjil dan pelik tersebut. Tapi tok teringin jugak nak tahu atau nak tengok sebab apa cendawan tu jadi sangat menghairankan, aneh, ganjil dan pelik.
Kulat Susu Harimau
Kulat susu harimau sememangnya dikenali bagi pengamal perubatan secara tradisional. menurut petuanya...dengan memakan kulat ini, ianya dipercayai dapat menawarkan penyakit kanser tahap awalan. wallahu..hanya dengan izinnya. (sumber: http://alamallah.blogspot.com/2012/07/kulat-susu-harimau.html)
Maknanya Kulat Susu harimau ni memang bahan rawatan untuk pengamal perubatan tradisional.
Kemeyyan Makkah
Sebenarnya adalah Kemeyan Arab yang di beli di Mekkah. Tak percaya cuba google. Saja bikin nama kasi gempak.
Sarang Anai Anai (yang sudah makan 22 juzuk ayat Al-Quran)
Hmm, yang ni susah jugak nak komen. Tak pastilah pulak, sarang anai anai tu di buat cam mana untuk buat bahannya. Tapi bunyi nya pun dah gempak. Tak tahu lah, kalau anai anai dah makan Al-Quran, sarangnya akan jadi obat atau anai anai tu yang jadi obatr. Tapi dalam kes ni, mungkin sarangnya yang dah jadi obat. Sebab sarangnya sahaja yang jadi bahan, bukan anai anai tu.
Air Zam Zam
(rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Telaga_Zam-Zam)
Tak pasti lah pulak dalam satu botol tu berapa banyak di letak kan. Berapa pecahan dengan air yang lain.
Air Hujan Malam Jumaat 10 Muharram
Air hujan tu biasa biasa aja lah. Tapi Malam Jumaat 10 Muharram tu tok tak tahu lah rare ke tidak. Malas tok nak check. Tapi bunyi nya macam Friday The 13th. Tarikh tarikh yang rare atau jarang berlaku atau sukar nak berlaku. Tapi Insyaallah boleh berlaku. Tapi kena tambah lagi, kena tadah air hujan. Nasib baik tak tambah lagi syarat Tadah Air Hujan di Puncak Gunung Jerai hanya pada jam tepat 12 tengah malam. Penin, kalau hujan tak turun.
Mintak maap ustaz ustaz semua. Tok bukan nak mengata atau mengutuk produk ustaz ni. Tapi produk ustaz ni memang rare dan sangat sukar ditiru. Apa pun, kalau tok jumpa mana mana, InsyaAllah tok beli. Teringin nak tahu rasanya.
P/S: Allah Maha Penyembuh, bukan air yang menyembuhkan.
No comments:
Post a Comment