Entah apa la mimpi tok malam tadi. Hari ini terbuku buku hati tok nak memberitahu yang barang siapa sahaja yang masih berhutang duit dengan tok, maka tok telah halalkannya. Tak perlu lagi pening pening memikirkan untuk membayar. Kalau degil, masih nak membayar juga, sila sedekahkan pada anak anak yatim atau masjid atas nama sendiri. Entah mengapa, sejak dua menjak ni rasa rezeki berlebih lebih pulak, tapi bukan dari segi wang ringgit. Tok tahu, Allah bagi rezeki dari pelbagai cara, hati senang, itu rezeki. hati susah, itu pun rezeki. sakit pun satu rezeki. Duit yang tok bagi korang pinjam tu pun bukan duit tok, duit rezeki dari Allah.
Tapi tak logik la pulak kalau kita halalkan duit orang pinjam. Tapi kita tak mintak sesuatu balik. Nanti orang kata sombong, tapi kalau mintak sesuatu balik orang kata tak ikhlas pulak. Lantak le orang nak kata apa. Untuk orang yang sudah dihalalkan hutang, tok tak mintak apa balasan. Cok cuma nak mintak orang yang tok masih berhutang (kalau ada), sila la hubungi tok dan nyatakan jumlahnya. InsyaAllah tok akan uruskan pembayaran nya.
Settle bab duit. Tak syok pulak kalau tak di panjangkan bab maaf. Tok ni, kalau siapa biasa jumpa tau la, tok ni kadang kadang celupar dan cakap lepas. Siapa yang pernah jumpa tok, yang nampak tok ni pendiam, itu maknanya tok tengah bermuka muka. Orang kampung tok kata kontrol hensem. Jadi di kesempatan ini, alang alang dah cerita bab hutang tadi, maka tok sambung bab meminta maaf. Tok mohon maaf, jikalau tok ada terlanjur kata, tersilap bahasa dan tersilap type. Mohon dapat di maafkan, tok akan berusaha akan menjadi lebih baik dan cemerlang. Siapa siapa pun tiada pernah ada dosa dengan tok. Dosa hanyalah antara Insan dengan Pemilik. Jadi korang memang tiada dosa dengan tok. Dan kemaafan pada kalian jugak tok beri.
Tok dah agak, mesti ada orang kata dan tanya.
"Lain macam ja ayat tok ni"
atau
"Apa dah jadi tok?"
Selalunya kalau orang tulis macam tok tulis ni, selalunya.
1. Hari Raya
2. Orang Nak Pergi Haji
3. Orang Tengah Sakit dan Tahu Nak Mati Esok
dan selalunya lupa yang hal maaf memaafi ni patut dilakukan hari hari. Tapi bab hutang tu tak boleh la hari hari. Tapi kalau boleh.. "why not?". Sebenarnya tiga point diatas itu ada kebenarannya.
1. Hari Raya - Tak lama lagi dah nak Ramadhan, lepas tu Syawal.
2. Orang Nak Pergi Haji - Memang tok dah daftar pergi haji tahun ni. Kalau ada panggilan, berangkat lah tok nanti.
3. Orang Tengah Sakit dan Tahu Nak Mati Esok - Tok tak sakit, tapi tok tahu yang tok akan mati. Cuma tak tahu bila.
Yang pastinya tok lakukan ini semua kerana Allah.
No comments:
Post a Comment