Tok pernah cerita dulu [disini] yang tok ni tak bela kucing. Tapi kucing suka datang rumah tok, siap beranak lagi. Bila dah ramai tu mula lah keluar sifat kebinatangan diorang ni. Kencing dan berak merata rata. Nenek dah tak tahan, sebab diorang ni berak atas lantai tiles, siang cuci malam berak balik. Tok dengar aja lah bebel an nenek. Tok nak pukul kucing, memang tak sampai hati. Dan tok tak benarkan siapa siapa marah dan pukul kucing dirumah tok ni.
Konsep tok mudah, siapa datang menumpang kita cuba layan cara baik, termasuk lah binatang. Kalau tak suka halau. Tapi kucing kucing kecik ni tok tak sanggup halau. Dan pikiran tok ni pun, rumah yang tok duduk ni pun menumpang juga, semuanya bukan milik tok. Jadi, tok cuba tangani dengan sebaik yang mungkin.
"Diberikan madu, di balas tuba"..suatu hari tok terima sms dari nenek.
"He he he".. tok balas. Tok tahulah ini mesti pasal kucing.
Entah mana nenek dapat petua letak air cili dalam bekas, konon nya kucing tak berani datang nak kencing dan berak. Tok tengok makin menjadi jadi ada le. Jadi tok pun mula lah projek, ingat balik petua petua lama. Macam biasalah, sebelum memulakan kerja harus dimulakan dengan niat dan doa. Suatu pekerjaan yang bukan kerana Allah SWT adalah suatu pekerjaan yang sia sia. Ya, macam mana pula nak meng niatkan mencuci taik kucing ini adalah kerana Allah? Itu pandai pandai le tok tok semua memikirkannya.
Apa apa hal pun, kena cuci dulu lantai bersih bersih. Dah basuh lantai kasi kering dulu. Tok guna mop ngan kain. Sebenarnya buat lah apa sahaja janji bersih suci. Dan selepas itu keringkan sahaja lantai tu.
"Cuka ada?" tanya tok pada nenek..
Tok tahu nenek memang ada stok cuka ni, sebab nenek selalu sangat masak ikan kuah cuka. Dah dapat cuka tok pun bancuhlah cuka dengan air dalam botol spray. Bancuhannya adalah separuh cuka separuh air. Dan, selepas di goncang goncang botol spray, maka tok sembur lah bancuhan cuka tadi atas lantai. Bila dah seronok main spray spray cuka, tok terlajak sampai satu rumah tok spray. Sampai habis sebotol bancuhan tok spray.
"Kena beli lagi cuka".. kata tok pada nenek..
Kali ini botol besar nenek belikan untuk tok. Dah spray pagi, tok spray pula petang. Dan tok ulang selama tiga hari. Alhamdulillah, tiada lagi kesan kesan tinggalan penjajah di rumah. Rupanya, muka nenek yang mencuka selama ini, ubatnya adalah cuka juga.
Suatu hari tok tengok, anak anak kucing ni tidor dalam helmet motor pulak. Ini mesti kes tak tahan bau cuka. Kucing jantan yang selalu pancut merata rata pun tok tengok dah tak lalu ikut rumah tok. Kalau nak lalu diorang lalu ikut longkang ja. Sekarang ni, motor skooter elegent tok pun dah di spray dengan cuka.
Guna cuka eh Tok? Em em. Kucing kucing dirumah saya lagi tak berperikebinatangan, buang air ikut dan aja.
ReplyDeleteNak buang ke pasar teringat pula cerita orang sapu sampah selalu kutip bangkai kucing kena lenyek. Tak sampai hati.
Nak marah pula kucing kucing ni tengok kita sekejap kemudian jilat jilat bulu (tak peduli pun).
Guna cuka. Bagus juga idea ni. Murah mudah.
tapi.......... jangan guna cuka getah ya..
ReplyDeleteMasalah tok sama dng masalah sy...
ReplyDeleteTq tok sy akan try petua ni.:-)
Hmm..nk kene try cara ni pulak..dh bnyk ribu habis tmbh grill atas tembok pagar pon masih kucing dtg jugak..huh.ntah ape yg syok kt umh saye..tq ye tok
ReplyDeleteSalam cik. Kalau kucing liar atau kucing jiran yg membuang memang sakit hati cik. Mungkin saya boleh share satu petua atau produk yg mungkin dapat membantu masalah kucing kencing & berak ni. Cik boleh cuba gunakan produk penghalau kucing "stray cat repellent" dari Jepun ni. Letak je produk ni, ia akan keluarkan bau yg jadikan kucing gelisah & lari. Yg penting murah, senang & tak seksa binatang. Boleh tengok detail produk ni di website ni http://www.tenringgitshop.com.
ReplyDeleteHarap dapat selesaikan masalah semua. Tq
masih lagi jual?
DeleteKejap je guna cuka tu menjadi.pastu depa dtg balik. Jiran yang membela tu tak amik peduli lgsg lah��
ReplyDelete