Rasanya macam nak menulis. Sebab tok tengok kat facebook diorang ni suka share macam macam. Main share ja.. tapi tak pernah buat rujukan. Kononnya share benda elok, rupa rupanya isi nya penuh dengan penipuan. Lepas tu tak nak bertanggung jawab pulak tu.
"Aku cuma share kan ja.".. kata diorang
Lhorrr bapak.... bapak harus lah bertanggung jawab. Benda sampai menyampai ni boleh jadi fitnah kalau tak betul. Ada pulak tu benda menyampai tak betul pasal Rasullullah. Rasullullah tak kata.. dia dok kata Rasullullah kata. Tok nasihatkan.. hati hati lah... jangan jadi tukang sampai yang tak betul. Tok malas nak petik apa benda apa yang diorang dok share share ni. Ada yang dah di tegur pun degil jugak. Ikut suka la nak buat apa pun labu. Yang penting tok dah jalankan tugas untuk menegur.
Lagi satu tok tak berapa berkenan.
"Ya Allah, jadikanlah siapa yang like gambar ni dapat sampai ke Mekah"...
Doa tu bagus, tapi yang like like tu apa kebendernya.
"Ya Allah, jadikanlah siapa yang share gambar ni dapat sampai ke Mekah"..
Ni lagi satu. Kalau nak doa.. doa ajalah. Tak perlu lah tambah tambah. Ini ibarat, siapa tak share atau tak like gambar tu, maka beliau ni macam tak berdoa nak pergi Mekah lah pulak. Maka berduyun duyun lah orang like dan share.
Dulu dulu masa zaman sebelum ada facebook pun banyak jugak kes kes cam ni. Orang kampung tok panggil SURAT BERANTAI. Maka di tulis lah dalam surat tu amanat sheikh mana mana tah. Lepas tu ending surat tu menyatakan, siapa yang baca surat ni, tak sampaikan kepada sekurang kuranya sepuluh orang, maka akan terjadi mala petaka kepada pembaca dalam masa beberapa hari. Maka berduyun duyun lah surat ni di hantar merata rata.
Sekarang tidak perlu lagi. Guna facebook, guna LIKE atau SHARE sahaja. Maka berantai rantai lah ia.
No comments:
Post a Comment