Tuesday, September 3, 2013

Dua Puluh Sen


Tok dulu rumah boleh katakan dekat juga jalan keretapi. Selalu jugak la bila petang petang lepas habis ngaji, tok dengan kawan kawan suka lepak tepi rel keretapi. Macam macam aktiviti boleh buat kat situ. Kadang kadang tekup telinga atas rel keretapi, kita boleh tahu keretapi dah nak sampai atau tidak. Tapi hati hati jangan rapat sangat dengan telinga, boleh melecur dibuat nya. Bila keretapi penumpang lalu, kadang kadang tok dan kawan kawan akan beratur dan buat macam macam aksi, sambil melambai lambai kepada penumpang. Tapi yang paling best selalunya kami suka letak duit syilling atas rel, selepas keretapi lalu, duit dua puluh sen pun boleh peyek jadi lima puluh sen. Tapi jarang sangat lah guna duit dua puluh sen. Masa tu, dua puluh sen macam macam boleh beli. Tapi sekarang, dua puluh sen berterabur dah kat dalam rumah. Diorag ni dah tak pandang dah. Nenek aja lah yang rajin kutip kemudian letak dalam tabung.

Dari dulu sampai sekarang, duit syilling dua puluh sen pun dah beberapa kali berubah saiz dan warna. Yang terbaru rasanya saiz nya lebih kecil dan warnanya hampir ke emasan. Dan pastinya nilainya sudah hampir tiada. Kadang kadang pergi kedai mamak.

"Mamak!!! kasi kira...."

"Mune.. Rendek.. Angre Angre.. Aribba.. sepoloh ringgit dua poloh sen. Sepoloh ringgit sudah".. kata mamak.

Kadang kadang ada juga kedai kedai yang berkira sangat.

"dua puluh sen pun tak boleh nak kurang".. kata nenek

Konfius kejap, sebenarnya tok nak cerita pasal apa ni?

No comments:

Post a Comment