Ada sekali hari tu tok bersembang dengan nenek mengenai cerita histeria di sekolah Pak Long. Mulut tok terlepas mengatakan bahawa ada hikmahnya di sebalik kejadian ini. Agak panjang jugak teori tok ni. Bermula daripada asal cerita Pak Long yang dapat keputusan UPSR 4A1B dan bercita cita untuk masuk ke Kelas Rancangan Khas. Kerana terlalu ramai budak cemerlang yang mendapat 5A dalam UPSR, jadi nama Pak Long hanya tersenarai dalam standby list sahaja. Dan mungkin Pak Long tak kan dapat masuk Kelas Rancangan Khas langsung jikalau budak budak yang mendapat 5A tidak mahu ke asrama. Jadi dengan berlakunya cerita histeria ini, maka pastinya budak budak cemerlang tersebut tidak mahu sekolah lagi di tempat yang di katakan berhantu ini. Dan tok katakan pada nenek, InsyaAllah Pak Long akan dapat masuk Kelas Rancangan Khas dan bila budak cemerlang 5A mula ke asrama, kes histeria ini akan hilang dengan sendirinya.
Apa yang tok cakapkan pada nenek juga tok terlepas cakap pada kawan kawan tok. Akhirnya, Pak Long dapat jugak ke Kelas Rancangan Khas bermula semalam. Dan dengan izin Allah juga.. semalam tiada kes histeria berlaku di sekolah Pak Long.
Apa yang merisaukan tok... kerana cerita teori tok yang tok sampaikan pada kawan kawan tersebut hampir menjadi kenyataan dan kawan kawan tok pun ada mempunyai teori masing, antaranya ialah, TOK YANG LETAK BENDA BENDA TERSEBUT DI SEKOLAH PAK LONG.
takan tok bela ceplos kot... alah dia singgah2 je kot, berhenti penat...
ReplyDeleteTak baik berkate begitu kerane 'bende' 2 pon makhluk tuhan jugak. 'bende' 2 jangan dibuat maen2 tau. bahaya... ingatlah tuhan selalu. jangan pernah sesekali meninggalkan kecuali disebabkan keuzuran..
ReplyDelete