Akhirnya genap 3 minggu, barang yang ditunggu tunggu tiba juga. Itu pun setelah Wak Labeb yang call bagi tau. Apa lagi, tok pun bergegas la ke kedai untuk melihat barang yang sampai. Sambil sambil membawa barang yang sedia ada untuk di cantum cantum. Memandangkan tok tiba agak lewat petang, maka barang terpaksa di cantum hari Isnin nanti. Tak pa lah.. tok bukan cepat nak guna pun. Cuma tok tak sabar nak lihat barang barang yang akan di cantum.
Barang masih di dalam kotak kerana menunggu tok tiba. Tak sangka betul, dulu pernah berangan nak barang ni tapi tak sangka sampai mampu beli. Hish.. Titanium tu. Salah satu bahan untuk membuat kapal terbang (roket) Challenger yang turun naik dari bumi ke angkasa lepas.
Boon Foo kasi pisau suruh bukak kotak sendiri. Hmm.. pucuk di cita, ulam yang mendatang. Sebelum bukak kotak kasi tangkap gambar label dulu.
Setelah di buka kotak. Inilah dia barang nya yang tok tunggu tunggu. Memang ringan barangnya. nanti bila dah cantum cantum baru timbang. Mengikut kata Boon Foo, hari Isnin boleh angkat. Siap kasi cantum. YeeeHawwww!!!!
Baru terasa nak joiny berbasikal ... tapi tengok orang lain beli basikal RM13K ... tak tergamak nak joint. Terasa rendah diri (walaupun memang rendah) ... Peeeghhhhhh hebat anda.... Jangan lupa SEDEKAH kat SURAU atau MESJID dan anak2 yatim.
ReplyDeletesalam tuan Any,
ReplyDeleteterima kasih. tiada apa yang hebat. tiap pendapatan yang tok dan nenek dapat tiap tiap bulan sudah ditolak ke zakat. jadi kalau tok lupa bersedekah pun biar kan lah...