Thursday, May 6, 2010

Sembang Sembang Anak Beranak

Semalam tok bersembang sembang dengan Pak Long dan Pak Ngah tentang berbagai perkara. Terutama sekali tentang Ilmu Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat. Pak Long dan Pak Ngah menunjukkan minat untuk mengetahui lebih lanjut tantang hal hal ini. Tok bercerita pun sekadar berkias kias kerana dikhuatiri Pak Long dan Pak Ngah akan konfius apatah lagi mereka masih lagi di bawah umur. Punyalah khusyuk mendengar cerita, sehingga nenek pulang bekerja pun mereka tak hiraukan.

Sembangnya berselang seli tentang persoalan bab bab alam. Soalan bertambah rancak bila tok bercerita tentang alam Bunian dan Dewa. Ini termasuk cerita alam Jin, alam para wali dan alam Malaikat. Tok terkejut, kerana Pak Long bertanya tentang Sidratul Muntaha. Tok tak pernah bercerita tentang hal ini sebelum ini. Bila masa Pak Long pernah dengar.

Cerita di teruskan lagi dengan rancak bila Pak Long dan Pak Ngah bertanya tentang Saka. Pak Lang yang sekali sekali menjengah, tak jadi join bila dengar tok bercerita tentang Saka. Pak Ngah yang bercita cita untuk menjadi Ustard rupanya seorang penakut. Kak Cik dah lama tidur, langsung tak larat nak join. Pak Su tak usah di ceritalah, bila nenek balik kerja sahaja, tok terus dilupakan.

Soalan dan cerita menjadi bertambah rancak bila Pak Long mengutara kan isu tentang hal histeria yang kerap berlaku di sekolahnya. Juga di ceritakan tentang sahabat beliau yang duduk di bangku sebelah beliau di sekolah juga pernah terkena histeria. Di ketika itu beliau lah sebuk membantu. Maka terpaksalah tok ceritakan konsep histeria, cara membuang dan juga pendinding diri. Sebenarnya itulah yang Pak Long dan Pak Ngah tunggu untuk belajar. Bila jam sudah 11 mlm, tak ada lagi tanda tanda yang Pak Ngah dan Pak Long sudah mengantuk. Tok terpaksa berhentikan sessi tersebut kerana tok yang mengantuk.

Tok janji dengan Pak Ngah dan Pak Long akan teruskan apa sahaja cerita yang tok tahu malam ini.

2 comments:

  1. Pendedahan awal..........bagus utk menarik minat golongan muda.......hehehee

    ReplyDelete