Tuesday, September 7, 2010

Syawal 1431

Sempena menyambut Syawal tahun 1431 ini, tok tidak merancang ke mana mana. Tok akan beraya di Rawang sahaja dan memang ibunda tok tinggal berdekatan sahaja dengan rumah tok. Juga mertua tok yang tinggal bersama dengan tok, maka dekat dekat sahaja lah tok berjalan, walaupun cuti agak panjang.

Maka kesempatan ini, tok ingin menjemput kenalan kenalan kiranya sudi datang kerumah tok, tak kira raya keberapa pun, tak kira malam atau siang. Yang penting telefon dulu sebelum datang. Kalau tak ada no telefon atau sila sila lah email dahulu, nanti tok kirimkan no telefon dan alamat lengkap (jikalau tidak pernah sampai kerumah tok (Rawang).

Juga tok mewakilkan keluarga keluarga lanun memohon ampun dan maaf kiranya kami ada terlanjur bicara, kata kata dan perangai kepada sesiapa jua yang telah mendatangkan amarah yang sangat menebal sehingga sukar di kikis. Oleh itu maaf kan lah kami.

Sambil itu, tok ingin mengucapkam salam Syawal, salam Aidilfitri dan juga salam satu Malaysia kepada semua pembaca pembaca blog ini. Mana yang balik kampung atau pun tidak, jikalau memandu itu memandu lah baik baik. Jangan lupa berdoa dahulu agar sentiasa di dalam perlindunganNya. Yang naik kenderaan awam tu, nasihat nasihat kan lah dahulu pemandu pemandu tersebut agar sentiasa berwaspada dan menepati syarat syarat lalu lintas, terutama sekali kepada pemandu pemandu gerabak keretapi.

Makin panjang tulis.. makin melalut. Yang sebenarnya, tok nak ucapkan..

"Selamat Hari Raya"

3 comments:

  1. tok, cucu pun nak ucapkan selamat hari raya kat tok, mohon ampun maaf sekiranya terlanjur kata, terlanjur tulis mahupun yang terguris perasaan...

    kalau takde aral melintang cucu akan buat 'rombongan che kiah' ke rumah tok...

    tok, tahun ni banyak ke buat 'kueh tunjuk2'...

    ReplyDelete
  2. mengikut kata nenek.... ada 15 kuih yang di buat sendiri tak termasuk yang di beli seperti kerepek kerepek.. sila lah datang.. kalau bagi tau awal awal... boleh suruh nenek goreng goreng...

    ReplyDelete
  3. cantek... nanti cucu bisik2 dengan pengetua akedemi welding...

    bosannya kerja ari ni...

    ReplyDelete