Sunday, January 2, 2011

Sedikit Kisah Unyang - Part 2


kadang kadang tok ada jugak berbalah dengan unyang. sebab tok tak suka sangat unyang dok provoke orang. tapi, unyang kata dah semula jadi dia seorang guru, secara tak langsung dia masih terikut untuk menyampaikan walaupun sedikit apa yang dia tahu.

"tapi, ilmu lain lain bah.. lain orang lain haknya".. kata tok

unyang sedar yang tu, tapi apa nak buat. dia seronok buat begitu. apatah lagi selepas pencen bila dah tak tahu nak buat apa. dahulu unyang rajin buat muzakarah, tak kira apa pegangan dan apa bawaan sekali pun, beliau berjaya mengumpulkan berbagai bagai orang dari berbagai bagai perguruan di bawah satu bumbung untuk bermuzakarah hal hal ilmu.

yang ini pun tok tak setuju. sebab selalunya di forum forum internet, akan ada pergaduhan yang mendewa kan perguruan masing masing sehingga tidak mahu bertolak ansur.

"itu forum orang orang muda".. kata unyang
"kami yang dah tua tua ni sembang sembang sahaja, mana ada gaduh gaduh".. tambah unyang lagi

dengan tak disangka forum unyang ini berterusan tiap tiap minggu sehingga menjadi seperti hal tetap pulak.

"berapa ramai sekali datang bah?".. tanya tok pada unyang
"paling kurang 10-12 orang tiap tiap forum".. jawab unyang

rupanya unyang yang jadi pengurusi majlis, iaitu ibarat moderator di forum maya. ada juga unyang ajak tok pergi.

"forum orang tua.. lain kali ja lah ya".. jawab tok

bersambung..


No comments:

Post a Comment