Tuesday, February 1, 2011

Makin ke Belakang


Tok tengok orang lain makin berlumba lumba ke hadapan. Blackberry, Iphone dan macam macam model lagi yang tok tak kenal. Entah kenapa hati tok meronta ronta untuk guna hp yang tidak lagi canggih. Walau canggih macam mana pun, yang tok guna hanya untuk telefon dan sms sahaja. Jadi tok tak layak untuk guna hp yang canggih canggih.

Setelah berminggu minggu memikir, macam satu masalah besar pula dan macam orang tua nak Andropous pun ada. Jadi tok kembali kebelakang dengan menggunakan Nokia 1280, yang mana masih menggunakan Platform s30. Setelah ditukar, baru lah lega hati tok. Rasanya perasaan ni macam baru sahaja menyelesaikan masalah dunia.

Yang paling gembira sekali adalah Pak Ngah. Sebab Music Xpress tok yang dulu, tok berikan sahaja pada beliau tanpa syarat apa apa. Siap gantikan pula dengan bateri baru dan screen protector yang baru.

No comments:

Post a Comment