Tok pernah tulis dahulu kalau boleh tok tak mahu komen pasal orang. Dan sebenarnya tok tak nak komen langsung pasal Nur Amalina Che Bakri ni. Dah terlalu ramai tukang komen professional dan tidak professional dalam facebook dan juga forum forum.
Dari pemerhatian tok ada banyak side tukang komen ni. Ada yang hantam kaw kaw.. Ada yang defend sikit sikit.. Ada juga yang neutral. Kena pulak pula trend facebook sekarang.. Nak tulis apa saja tulis la. Kalau kononnya bernas.. adalah yang Like nanti. Dia punya komen la sehinggakan sampai lupa masing masing ada anak. Anak kita ni belum tentulah jadi cammana.
Ada juga yang cerita bagaimana cara yang terbaik mendidik anak. Yang bercerita tu pulak.. anaknya kecil kecil lagi. Hasil tuaian pokok belum pernah dipetik lagi.. sudah cerita satu kampung bagaimana bagusnya pokok itu beliau jaga. Sehinggakan lupa tentang kuasa Allah dan dugaan daripada Allah.
Tok anggap kan ini semua satu pengajaran untuk tok dalam mendidik anak anak mengikut acuan tok. Acuan tok tak semestinya baik untuk anak anak orang lain. Jadi tok tak perlu ceritalah bagaimana bentuk acuan tu. Asalkan begitu kehendak Allah.. tok terima seadanya..
No comments:
Post a Comment