Friday, November 22, 2013

Tuhan Kena Tangkap

Semalam jelas di suratkhabar (tak ingat dah yang mana satu) tok baca pasal Tuhan kena tangkap dah. Tok pun bukan nak percaya sangat selagi tok tak dengar sendiri dari mulut yang mengaku Tuhan tu. Adakah betul beliau ngaku Tuhan. Cerita bab tuhan ni macam macam tok jumpa dah. Ini bab pegangan dan iktikad masing masing. Masing masing punya alasan yang konkrit untuk melakukan tindakan masing masing. Yang pastinya, dosa sendiri sendiri tanggung.

Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.
(Al-An'aam 6:164)

Bab ini, separuh orang kata macam orang gali lobang nak cari emas. Ada orang tak mahu gali lobang dan tak mahu cari emas. Ada juga yang kata, cukup lah mendulang kat sungai sahaja. Tapi, kalau gali lobang, hasilnya akan besar, kalau terjumpa emas lah. Kalau tak jumpa jugak, makin lama makin dalam lah lobang di gali. Silap silap tak boleh keluar. Ada yang kata dah jumpa emas, maka duduk lah dalam lobang tersebut mengutip hasil. Dan macam macam lagi.

Lepas tu ada pulak yang gaduh gaduh pasal cara tiap tiap orang cari emas. Cara kau cari emas tak betul, cara aku betul, sebab ini lah cara yang di ajar oleh orang orang tua dahulu. Ada yang mengaku sudah dapat emas, tapi yang lain kata;

"itu bukan emas, itu bijih besi".

Maka bergaduh gaduh lah mereka disitu, padahal tak ada siapa pun lagi pernah berjumpa dengan emas. Masing masing pun mengaku bahawa emas masing masing adalah yang paling tulen dan yang betul (bukan bahan lain).

Itu belum nak kira lagi di mana letaknya emas itu. Ada yang kata kat tepi sungai, ada yang kata kat dalam sungai yang deras, ada yang kata dalam tanah kat belakang rumah masing masing dan macam macam lagi. Disebab nak cari emas ini sukar, maka kita perlukan pakar. Jadi tiap pasukan pencari emas pun cari lah pakar pakar ini. Dah bergaduh la pulak antara kumpulan kumpulan ini pasal pakar mereka.

"pakar aku lah yang paling bagus, sebab sanad mencari emas mereka memang terbaik."

Macam macam lah. yang pastinya hal ni tak kan habis habis. Yang pastinya, Rasul dah letak jawatan dan Tuhan dah kena tangkap. Apa nak jadi dah sekarang...

2 comments:

  1. http://dzilah11.blogspot.com/2013/11/tuduhan-yg-paling-dahsyatkes-ustaz-harun.html?m=1

    apa pula pendapat tok tentang yang ni..

    ReplyDelete
  2. OK nanti tok letak satu topik untuk ni.

    ReplyDelete