Saturday, February 13, 2010

Mengenal Diri - Part 2

Antara syaratnya yang tok ingat adalah..

1. Limau.. - tak ingat limau apa.. tapi banyak, ada jugak sekilo tok beli
2. Akar Sintok - tanya Lebai Google kalau tak tahu apa benda ni
3. Kain kapan - kain putih la
4. Air Mawar - ini jual siap dalam botol
5. Duit - Ikut harga 100gram emas ketika itu. (yang ni tok ingat ingat lupa)

Lepas tu tetapkan tarikh untuk menerima Ilmu dan belajar.

Selepas cukup barang dicari maka tok pun tetapkan lah tarikh untuk menerima Ilmu. Upacara ini dilakukan di rumah salah seorang murid kanan beliau. Dan di hadiri oleh beberapa orang murid yang lain.

Sebelum upacara di mulakan.. sembang sembang dulu. Yang pastinya sebang sembang tersebut ter arah kepada kelebihan dan kehebatan sahaja. Belum ada lagi cerita bagaimana untuk mengenal Allah dengan ilmu ini. Bagi darah muda tok ketika itu.. belasah dulu apa nak jadi pun, tok nak tengok dan merasa kehebatan ilmu ini. Rasanya lebih kurang sejam lebih bersembang baru lah upcara dimulakan.

Barang barang yang tok beri dijampi dahulu. Tok tak pastilah sama ada di jampi atau di doa. Kemudian tok dikehendaki duduk di atas sejadah. Bagaimana cara duduknya.. tok dah lupa. Yang tok pasti.. tok dikehendaki bertenang dan kalau rasa badan ingin bergerak.. biarkan sahaja. Begitulah lebih kurang kata tok guru tersebut.. Sambil itu tok dikelilingi oleh tok guru dan anak anak murid beliau....

bersambung.....

Mengenal Diri - Part 1

Kesah ini berlaku bertahun tahun dahulu ketika tok sebok dengan ke inginan untuk belajar ilmu yang di katakan "Mengenal Diri". Ketika itu ungkapan yang biasa tok dengar adalah "Siapa Kenal Diri Maka Dia Akan Kenal Allah". Maka dengan ungkapan tersebut, jalan mudah untuk mengenal Allah adalah dengan mengenal diri. Setelah berbagai bagai buku tok baca, dan sedikit research dalam internet maka tok berkenalan dengan seseorang yang mengaku sebagai guru didalam sesuatu perguruan yang terkenal dengan Ilmu Mengenal Dirinya.

Pada pertemuan pertama adalah sesi berkenalan dan suai kenal sahaja. Ini berlaku di kedai kopi sahaja. Masa tu berbagai bagai ceritalah keluar dari guru tersebut bagai mana hebatnya Ilmu Mengenal Diri ini.

"Boleh Tarik rezeki, boleh silat sendiri, boleh gerak sendiri, boleh mengubat..." kata guru tersebut. Dalam kepala tok.. dasyat jugak Ilmu ni... dari A sampai Z semua boleh buat. Sambil sambil guru tersebut pun ceritalah serba sedikit tentang kebolehan beliau dan juga beberapa anak murid beliau. Kesah ni sudah agak lama.. jadi tok berapa ingat dah kebolehan kebolehan dan kelebihan kelebihan yang beliau cerita sehingga membuat kan tok ingin cepat cepat belajar.

"Bagai mana hendak belajar?" antara soalan tok bila dah meleleh air liur disebabkan asyik mendengar hal hal kehebatan yang beliau ceritakan. Masa ni rasanya dah lupa dah tujuan asal nak mengetahui ilmu ini.. iaitu "Siapa Kenal Diri Maka Dia Akan Kenal Allah". Yang ingat "kenal Diri Untuk Kelebihan dan Kehebatan".

bersambung.......

Tuesday, February 2, 2010

Histeria Di Sekolah Pak Long - Part 2

Ada sekali hari tu tok bersembang dengan nenek mengenai cerita histeria di sekolah Pak Long. Mulut tok terlepas mengatakan bahawa ada hikmahnya di sebalik kejadian ini. Agak panjang jugak teori tok ni. Bermula daripada asal cerita Pak Long yang dapat keputusan UPSR 4A1B dan bercita cita untuk masuk ke Kelas Rancangan Khas. Kerana terlalu ramai budak cemerlang yang mendapat 5A dalam UPSR, jadi nama Pak Long hanya tersenarai dalam standby list sahaja. Dan mungkin Pak Long tak kan dapat masuk Kelas Rancangan Khas langsung jikalau budak budak yang mendapat 5A tidak mahu ke asrama. Jadi dengan berlakunya cerita histeria ini, maka pastinya budak budak cemerlang tersebut tidak mahu sekolah lagi di tempat yang di katakan berhantu ini. Dan tok katakan pada nenek, InsyaAllah Pak Long akan dapat masuk Kelas Rancangan Khas dan bila budak cemerlang 5A mula ke asrama, kes histeria ini akan hilang dengan sendirinya.

Apa yang tok cakapkan pada nenek juga tok terlepas cakap pada kawan kawan tok. Akhirnya, Pak Long dapat jugak ke Kelas Rancangan Khas bermula semalam. Dan dengan izin Allah juga.. semalam tiada kes histeria berlaku di sekolah Pak Long.

Apa yang merisaukan tok... kerana cerita teori tok yang tok sampaikan pada kawan kawan tersebut hampir menjadi kenyataan dan kawan kawan tok pun ada mempunyai teori masing, antaranya ialah, TOK YANG LETAK BENDA BENDA TERSEBUT DI SEKOLAH PAK LONG.

Histeria Di Sekolah Pak Long - Part 1

Minggu lepas: Selama seminggu Paklong balik sekolah mengomel ngomel. Ada hari yang beliau terpaksa balik awal. Ada hari juga yang Pak Long balik terhencot hencot kerana tergeliat kaki atau pun kaki terpijak orang angkara berlari berebut berlari balik ke rumah.

Katanya ada histeria di sekolah.

"Ada budak kena rasuk bah... jalan terbongkok bongkok macam orang tua", kata Pak Long.

"Ramai ke yang kena?", tanya tok pada Pak Long.

"Lebih dari pada dua puluh orang", kata Pak Long lagi.

Tok tak cakap banyak, komen pun tak da. Bagi tok biasa lah.. apatah lagi kawasan perumahan tok ni memang di kelilingi oleh Ladang Kelapa Sawit, kolam kolam tinggal, sedikit kawasan berpaya. Tapi kenapa sekarang? Setelah hampir 7 tahun tok tinggal kawasan ini, ini adalah kes pertama histeria. Setakat bola bercahaya terbang itu biasa, orang kena rasuk pun biasa jugak, orang jumpa polong langsuir dan seangkatan pun perkara biasa. Tapi ini kes histeria satu minggu terus menerus budak kena kacau. Sampai kan mak bapak yang buat bacaan Yassin beramai ramai di sekolah pun kena ganggu jugak.

Yang pastinya dah berapa kali Pak Long guna kan alasan histeria tersebut untuk ponteng sekolah..

sambung...

Friday, January 22, 2010

Nenek ku Kaya...

Pagi pagi lagi nenek dah sms tok dari ofisnya..

"dapat bonus 13 bulan.. alhamdulillah"

Kalau nenek kaya... maknanya tok pun kaya lah. apa lagi yang tok boleh kata.... cuma..
ALHAMDULILLAH...

Teringat Unyang

Tok pun dah tak ingat berapa lama Unyang pergi. Kalau tak silap beberapa hari sebelum Raya Aidiladha yang lalu. Sementalah dengan kesibukan tok yang sudah beberapa weekend terpaksa bekerja untuk menyiapkan lapuran lapuran yang berkaitan dengan kerja kerja di pejabat. Entah kenapa weekend yang lalu sambil membuat kerja kerja di rumah.. tok rasa macam kosong sahaja. Nak buat lapuran macam tak ada idea, nak keluar minum minum rasa macam malas.

Akhirnya tok sedar yang tok sudah melupakan Unyang. Ketika makan tengah hari tok menyuarakan pada nenek yang tok rasa ingin melawat kubur Unyang selepas asar nanti. Dengarnya abang long sudah memacak nesan. Nenek setuju untuk turut serta. Kami bertolak selepas Asar, sebenarnya tak jauh pun perjalanan.. lebih kurang 30 minit sahaja.

Sampai di tanah perkhuburan, tok tercari cari kubur Unyang. Ini sebenarnya adalah kali kedua tok kubur Unyang sejak Unyang pergi. Mujurlah lah Pak Ngah yang ikut tok sekali sangat cekap matanya walaupun baru berumur 11 tahun. Dengar nya Abang Long lah yang pacak batu nesan dan Kak Ngah sekeluarga menambak batu sungai di sekeliling pusara.

Apa yang tok buat? sekadar bercerita sahaja lah yang boleh.. itu pun tunggang terbalik...

Thursday, January 7, 2010

Mimpi Nenek - Kota Atlantis

Pagi tadi nenek bercerita yang dia bemimpi bahawa tok berkata padanya, bahawa untuk pergi ke Kota Atlantis adalah amat mudah. Mesti melalui punca air atau yang paling senang sekali adalah melalui bilik air.

Tok malas nak pikir dulu benda ni, sebab hari ni tok banyak kerja. Mungkin esok lusa baru tok pikir apa maksudnya...

Wednesday, January 6, 2010

Cerita Buntu

Sekarang ni tok buntu nak menulis apa apa. Kalau ikut kan banyak jugak topik boleh di ceritakan; antaranya..

1. Tahun Baru 2010, azam dan sebagainya.
2. Anak anak masuk sekolah.
3. Anak buah kat ofis resigned pagi ni.

Tapi rasa macam malas aja....


Friday, December 18, 2009

Tahun Baru - Awal Muharram 1431 Hijriah

Salam tahun baru tok ucapkan pada semua. Tak seperti orang lain yang mempunyai kelaziman untuk berazam bila menyambut tahun baru, tok pulak jarang mempunyai azam. Sebab tok tahu, selalunya azam tok tidak pernah yang tertunai. Jadi tok malas nak berazam, biar lah tok jalani hidup sehari hari tanpa mempunyai azam dan terikat dengan azam yang harus ditunaikan.

Tak seperti tahun tahun yang lalu, mengimbas kembali kelaziman tok bila menyambut tahun baru ini. Selalunya tok akan berjalan jalan dengan sahabat sahabat. Tahun ini tok terlupa tentang kelaziman tersebut. Mungkin kerana tok terlalu sebuk sehingga terlupa tentang kelaziman ini.

Mengimbau kembali beberapa tahu yang lalu.. tok pernah tersesat ketika mendaki Gunung Ledang. Sehinggakan hari ke-3 baru sampai kepuncak. Dan, tahun yang lalu pula tok ke Pulau Besar untuk melihat satu kaum menyembah kubur kubur keramat. Tahun ini pula, sepatutnya tok ke Masjid Demak dengan seorang sahabat. Tapi tok lupa dan sahabat tersebut pulak tidak mengingatkan. Mungkin belum ada rezeki lagi. Tengok la pula tahun depan....

Wednesday, December 16, 2009

Sebuk Sikit

Bulan ini adalah bulan yang agak sebuk. Weekend pun terpaksa datang ofis. Kadang kadang email pun tak sempat jenguk. Nasib le kamu labu...