Saturday, February 18, 2012

Murtad



Bila tok belek belek laman facebook, tok terjumpalah laman kaum murtad terdiri dari orang Malaysia dan SingaPura. Hal ni pun ada Keluar Harian Metro Semalam. makin hebat diorang ni. Terang terang mengaku murtad.


Sebenarnya tok taK rasa sedih pun, lagi

seronok.. adalah. bukan bermaksud tok Sokong kaum Kaum yang murtad. Mana mungkin tok sokong, dah la terang terang mengaku Murtad, lepas terang terang Pula mengutuk agama Islam, mengutuk Rasullullah, para sahabat, dan juga kaum Keluarga baginda.


Dengan alasan begini, maka musuh tok bertambah. DiMana Musuh yang dihalalkan dipancung oleh diri tok. Tok tak Ada hati nak Masuk laman tersebut dan bertikam lidah. Buang masa dan perasaan sahaja. Lagi pun buat apa layan orang orang camni.


Tunggu masa dan ketika sahaja, sebagai training ground untuk sesuatu yang lebih besar. masa tu baru diorang tau langit tu tinggi Ke rendah. Nak menyesa1 tidak berguna lagi.


P/s: susah juga guna S-Pen ni.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, February 16, 2012

Domestic Inquiry


Hari ni tok menjadi panel untuk Domestic Inquiry (DI) di syarikat tok. Apa itu Domestic Inquiry? Ianya lebih kurang tentang siasatan dalaman terhadap seseorang di dalam syarikat sebelum sesuatu tindakan di ambil. Ini selalunya melibatkan kesalahan kesalahan melanggar peraturan yang telah di tetapkan oleh syarikat. Ahli ahli panel selalunya terdiri dari pada berbagai department/jabatan. Sebenarnya tok bukan lah suka sangat jadi ahli panel DI ni. Sebab kadang kadang keputusan yang di buat adalah berkaitan tentang periuk nasi seseorang. Tapi di sebabkan tok baru sebulan bekerja di sini, jadi tok terima saja. Nanti orang kata engkar pulak.

DI hari ini adalah melibatkan kesalahan selalu lewat masuk ke pejabat. Setelah beberapa kali surat amaran di beri dan si petuduh masih tidak lagi berubah. Jadi DI terpaksa di buat. Walaupun selepas di rujuk pada Jabatan buruh, si petuduh boleh terus di buang kerja tanpa melakukan DI kerana ada fakta kes yang kukuh. Tapi atas dasar kemanusiaan, DI tetap di buat oleh pihak syarikat.

Setakat hari ini, tok sudah 3 (tiga) kali menjadi panel DI di 3 (tiga) syarikat yang berbeza. 

Monday, February 13, 2012

Cinta Melankolia




Alfatihah untuk penyanyi lagu favourite tok.



Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, January 31, 2012

Melihat Budak Budak Bergaduh



Tak tahu lah kebiasaan ke tidak, budak budak ni berlatih bertumbuk selepas subuh pulak. Selalunya malam malam. Kalau yang buat pagi pagi ni budak budak Taekwondo ja. Budak Taekwondo selalunya baju putih. Tapi tok tengok cikgu diorang ni pun pelik jugak. Kejap dulu pernah bengkok, lepas tu simpul, cuma sekarang je tok tengok dah lurus.


Mungkin sebab berlatih siang kot tu yang anak murid dua orang ja. Orang lalu lalang pun tengok pelik. Ni geng mana pulak sesat ni pakai baju hitam siang hari sambil main tumbuk tumbuk. Lepas tu main main kat taman permainan pulak tu.

Monday, January 23, 2012

Selalu Tak Ingat



Dulu tok selalu tak ingat siapa diri tok, terutama sekali jika terkejut ketika tengah tidur.


"hang balik tak habis.." kata Pak Tam bila tok cerita kat beliau.


Ini sebenarnya kes tok yang suka merayau rayau ketika sedang tidur. Tapi sekarang sudah lain.. Tok boleh ingat siapa tok.. Tapi tok tak ingat siapa yang tidur sebelah tok. Kesian kat nenek..


Published with Blogger-droid v2.0.3

Game & Watch



Bila tengok paksu main PsP. Tok selalu teringat Game & Watch. Dulu Tok Long pernah belikan untuk tok dan Nek Ngah. Yang pastinya sekarang tak ada jual dah. Kalau ada pun pasti tak laku.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Sunday, January 8, 2012

Apa Kerja Korang Ni



Kejap menjintat. Kejap block. Korang buat apa ni. Tok tahan mata ja ni. Esok nak start kerja baru.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Kerja Baru



Esok start kerja baru. Moga segala urusan tok dipermudahkanNya. Bukan tok tak biasa tukar tukar kerja. Rasanya dalam resume tok.. Lebih kurang 10 syarikat dah tok kerja. Tak tahu lah pulak yang kali ni berapa lama pulak.


Sebenarnya tok bukanlah suka sangat tukar tukar kerja. Kadang kadang peluang tu ada.. tok ambil sahaja. Ofis tok kali ni di Bangunan UOA Bangsar.. Siapa yang dekat tu contact contact la..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, January 4, 2012

Nur Amalina Che Bakri



Tok pernah tulis dahulu kalau boleh tok tak mahu komen pasal orang. Dan sebenarnya tok tak nak komen langsung pasal Nur Amalina Che Bakri ni. Dah terlalu ramai tukang komen professional dan tidak professional dalam facebook dan juga forum forum.


Dari pemerhatian tok ada banyak side tukang komen ni. Ada yang hantam kaw kaw.. Ada yang defend sikit sikit.. Ada juga yang neutral. Kena pulak pula trend facebook sekarang.. Nak tulis apa saja tulis la. Kalau kononnya bernas.. adalah yang Like nanti. Dia punya komen la sehinggakan sampai lupa masing masing ada anak. Anak kita ni belum tentulah jadi cammana.


Ada juga yang cerita bagaimana cara yang terbaik mendidik anak. Yang bercerita tu pulak.. anaknya kecil kecil lagi. Hasil tuaian pokok belum pernah dipetik lagi.. sudah cerita satu kampung bagaimana bagusnya pokok itu beliau jaga. Sehinggakan lupa tentang kuasa Allah dan dugaan daripada Allah.


Tok anggap kan ini semua satu pengajaran untuk tok dalam mendidik anak anak mengikut acuan tok. Acuan tok tak semestinya baik untuk anak anak orang lain. Jadi tok tak perlu ceritalah bagaimana bentuk acuan tu. Asalkan begitu kehendak Allah.. tok terima seadanya..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, January 1, 2012

01.01.2012



Biasa biasa hari ni. Tok pergi kayuh basikal terus kepenatan sampai ke malam. Sehinggakan sampai terpaksa ponteng kelas sifir malam ni.


Walau apa pun tok bersyukur kerana masih lagi benafas dan merasa kehidupan di tahun 2012. Masih lagi merasa tenaga dan kudrat yang Allah SWT berikan. Jiwa masih lagi terasa muda walau usia makin meningkat.


Harapan tok pada tahun ini adalah untuk melihat apa sahaja yang orang jangkakan akan berlaku tahun ini. Tak kira hal baik atau buruk.


Published with Blogger-droid v2.0.2