Friday, November 22, 2013

Tuhan Kena Tangkap

Semalam jelas di suratkhabar (tak ingat dah yang mana satu) tok baca pasal Tuhan kena tangkap dah. Tok pun bukan nak percaya sangat selagi tok tak dengar sendiri dari mulut yang mengaku Tuhan tu. Adakah betul beliau ngaku Tuhan. Cerita bab tuhan ni macam macam tok jumpa dah. Ini bab pegangan dan iktikad masing masing. Masing masing punya alasan yang konkrit untuk melakukan tindakan masing masing. Yang pastinya, dosa sendiri sendiri tanggung.

Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.
(Al-An'aam 6:164)

Bab ini, separuh orang kata macam orang gali lobang nak cari emas. Ada orang tak mahu gali lobang dan tak mahu cari emas. Ada juga yang kata, cukup lah mendulang kat sungai sahaja. Tapi, kalau gali lobang, hasilnya akan besar, kalau terjumpa emas lah. Kalau tak jumpa jugak, makin lama makin dalam lah lobang di gali. Silap silap tak boleh keluar. Ada yang kata dah jumpa emas, maka duduk lah dalam lobang tersebut mengutip hasil. Dan macam macam lagi.

Lepas tu ada pulak yang gaduh gaduh pasal cara tiap tiap orang cari emas. Cara kau cari emas tak betul, cara aku betul, sebab ini lah cara yang di ajar oleh orang orang tua dahulu. Ada yang mengaku sudah dapat emas, tapi yang lain kata;

"itu bukan emas, itu bijih besi".

Maka bergaduh gaduh lah mereka disitu, padahal tak ada siapa pun lagi pernah berjumpa dengan emas. Masing masing pun mengaku bahawa emas masing masing adalah yang paling tulen dan yang betul (bukan bahan lain).

Itu belum nak kira lagi di mana letaknya emas itu. Ada yang kata kat tepi sungai, ada yang kata kat dalam sungai yang deras, ada yang kata dalam tanah kat belakang rumah masing masing dan macam macam lagi. Disebab nak cari emas ini sukar, maka kita perlukan pakar. Jadi tiap pasukan pencari emas pun cari lah pakar pakar ini. Dah bergaduh la pulak antara kumpulan kumpulan ini pasal pakar mereka.

"pakar aku lah yang paling bagus, sebab sanad mencari emas mereka memang terbaik."

Macam macam lah. yang pastinya hal ni tak kan habis habis. Yang pastinya, Rasul dah letak jawatan dan Tuhan dah kena tangkap. Apa nak jadi dah sekarang...

Tuesday, November 12, 2013

Tuhan Harun


Sejak dua menjak ni famous pulak tok dengar nama ajaran yang di panggil Tuhan Harun. Tak pasti lah pulak apa maksud Tuhan Harun. Sama ada ajaran Tuhan kepada si Harun atau Harun tu dipanggil sebagai Tuhan. Apa apa pun tok dah confius sikit kat sini. kalau google "Tuhan Harun", memang ada lah sedikit cerita nya. Kalau ikut bacaan dalam internet, rasanya lebih kepada Harun ni mengaku sebagai Tuhan. Kalau macam tu dalam Al-Quran pun dah cerita kot pasal Tuhan Harun ni.

Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(A-li'Imraan 3:18)

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?" (Bagi menjawabnya) katakanlah: "Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?" Katakanlah: "Aku tidak mengakuinya". Katakanlah lagi: "Hanyasanya Dia lah sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wa Jalla)".
(Al-An'aam 6:19)

Tuesday, October 29, 2013

Sepotong Dua Ayat Lagi

Nak sampai kan sikit lagi. Berita tentang tentera malaikat yang di sampaikan oleh Allah S.W.T


(Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?,"
(A-li'Imraan 3:124)

Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.
(A-li'Imraan 3:125)

Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(A-li'Imraan 3:126)

Friday, October 25, 2013

Sepotong Dua Ayat

Saja nak sampaikan sepotong dua ayat. Moga siapa yang membaca ini di berikan kepahaman oleh Allah S.W.T.

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(At-Taghaabun 64:11) 

Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri.
(Al-Mujaadalah 58:10)

Tuesday, October 22, 2013

Ajaran Sesat


Beberapa hari dahulu tok adalah sembang dengan Haji Hamzah, bertanya kan pendapat beliau tentang beberapa ajaran yang di katakan sesat oleh Jabatan yang bertanggungjawab.

"maulana saya kata diorang ni tidak sesat, mereka hanya tergelincir sedikit".. kata haji hamzah selamba

Selama ini pun tok tak berani nak kata orang sesat. Ya lah siapa tok. Kita pun kadang kadang tak sedar kita ni sesat jalan, walaupun guna GPS. Dan tok tak pernah dalam hati menyatakan, kalau group itu di fatwakan sesat bermakna mereka telah murtad. Kalau sesat, maknanya sesatlah. Yang sesat sepatutnya di bantu, bukan lagi di terajang.

Pengalaman tok waktu sesat di Ledang dahulu, agak perit jugak. Alhamdulillah Allah bantu. Bila jumpa jalan keluar, dah tak larat turun menapak dah. Alhamdulillah, jumpa renjer tolong bawak keluar naik 4x4. Bayangkan, kalau dah la sesat, bila jumpa renjer kena sepak pulak masuk gaung. Memang naya. Nasiblah renjer renjer tu semua baik baik.

Sunday, October 13, 2013

Misi Ke Bulan Gagal


Entah mana silap nya, yang pastinya memang tiada rezeki. Maka tok tak jadilah guna passport ni buat sementara waktu. Yang pastinya, kad jemputan tidak kunjung tiba. Tok terima sahaja, mungkin ada Hikmah dan perancangan lagi bagus dari Maha Perancang. Jadi apa lagi, mula lah tok ngasah parang dan pisau lapah.


Friday, October 4, 2013

Alhamdulillah


Alhamdulillah. Berita gembira disampaikan oleh nenek sebelum Solat Jumaat tadi betul betul melegakan tok. Setelah berminggu minggu memohon doa, meminta tolong kawan kawan turut doa kan tok. Akhirnya dapat juga panggilan untuk tok. Perjalanan kerohanian sebenarnya sudah lama tok lalui, di mana kesabaran tok diduga juga tawakkal pun di duga juga. Alhamdulillah.

Walaubagaimana pun ini baru lah permulaan. Doakan tok agar mudah dalam segala hal.

Thursday, September 26, 2013

Kereta Nenek Hilang - Part Akhir

Tok malas nak panjang panjang lah part ni. Sebab tok nak bukak cerita baru dah ni. Jadi tok rangkum kan ajalah cerita supaya jadi padat. Arakian.... keesokan hari nya nenek pun telefon lah ofis Syarikat kewangan tu.

Ini cerita nenek yang diceritakan pada tok.

1. nenek telefon syarikat kredit. mula mula sombong, iyalah kononnya nenek tak bayar 3 bulan. bila nenek mintak statement bulan mana yang tak bayar. diorang tak boleh produce pulak. nenek kata sekurang kurangnya nenek dah bayar sehingga bulan julai (diketika itu). tunggu tengah hari nanti diorang call balik.

2. sampai petang tak call balik. nenek yang call tanya. "err.. kereta dah boleh ambik sekarang".. kata diorang. part ni tok dengar memang tok nak mencarut. tapi kesabaran tok masih tinggi kononnya. lagi pun tok masih pikir ini dugaan Allah, apa barang mahu marah marah. Nenek suruh hantar kereta balik di mana diorang tarik semalam. "ok, kejap lagi akan ada orang lain telefon".. kata minah tu la.

3. dah hampir lewat petang, ada perempuan lain pulak call nenek. mintak maaf sambil nangis nangis. mengaku gaji kecik lah dan sebagainya. kalau hantar ke tempat semalam kena potong duit gaji dialah dan sebagainya. nenek pulak layu ja dengar. jadi kereta hanya hantar ke ofis nenek. kebetulan memang tok bawak kuncik kereta dan kebetulan memang tok suruh nenek yang pegang kunci tu. Yang sebenarnya tok dah jangka hal ni.

4. Jadi kes habis macam tu la. tak ada apa apa. tak ada surat. tiada apa apa.

Habis cerita nenek. Sambung cerita tok.

5. Tok terpaksalah bawak balik kereta haritu. punya lah malas nak ngadap jem. dah la ofis nenek kat Jalan Pinang. (tok ngan nenek hari hari naik komuter pergi dan balik kerja). Tak jauh gerak je kereta tu, dah macam macam bunyi keluar kat kereta. Kali ni tok sakit hati lagi. Tapi bila pikirkan dugaan Allah, tok sabar ajalah.

6. Weekend tu tok hantar kereta pergi check. Macam macam lah kena betulkan. Bar Bush la, Absorber la, entah apa lagi tok tak tahu nak sebut. Total semua RM1,600. Dah repair pun tak sedap lagi, rupanya drive shaft masih problem (yang ni tak buat lagi sehingga sekarang). Kali ni tok sakit hati lagi. Tapi bila pikirkan dugaan Allah, tok sabar ajalah (paste dari atas).

Kesimpulan:

tak ada kesimpulan. siapa yang baca simpul simpulkan ajalah sendiri. Nama Syarikat tersebut adalah XXXXXXXXX .

Friday, September 13, 2013

Kereta Nenek Hilang - Part 2



"kereta ni kena tarik, 3 bulan dah tak bayar".. kata cikgu

"ini ada reportnya sebelum diorang tarik tadi".. tambah cikgu lagi

PERGH... memang kena kali ini. Tok pun bukan tahu sangat pasal pembayaran kereta ni. Sebab ini kereta nenek. Dengan blur blurnya tok dan nenek pun jalan la pelan pelan keluar Balai Polis. Sambil tu tok dan nenek jalan jalan la tanpa hala tuju. Sambil sambil tu sebut sebut la ayat Al-Quran kat nenek yang lebih kurang bunyinya.

"Patut kah kita mengaku beriman, sedang kita tidak di uji"

Nenek tetap dengan muka konfius nya. Mungkin terkejut. Tapi tok tak ada la kesah sangat kereta kat rumah ada lagi dua biji, motor ada sebijik. Busuk busuk pun basikal ada lagi. Kebetulan pulak petang tadi opah ngah bank in RM10 ribu dalam akaun tok. Jadi tak ada hal lah kalau nak keluar kan kereta esok hari nya. Yang tok perasan nenek dok sebuk telefon syarikat kewangan. Punya konfius nenek sampai dia lupa dah senja senja mana la ada ofis nak jawab phone lagi.

"Esok aja lah telefon syarikat tu nek".. kata tok

Tok ni dah la rabun, senja pulak, tapi tok boleh perasan satu sosok badan manusia ni. Sambil jalan tu tok dah nampak.

"Acik Jepp.. nak pergi mana?".. tanya tok pada acik jepp kpp

Siapa kenal acik jepp mesti tahu punya, jawapan dia akan panjang menjela. prung prang prung prang.

"Acik ni sebenarnya nak minum ka nak balik?".. tok potong jawapan acik jepp tadi.

"Nak balik.".. pendek ja jawapan acik jepp

"kalau macam tu mintak tolong lah hantar kami balik ke rumah.".. tok mintak tolong pada acik jepp

Dalam kereta tok pun cerita lah hal tok dengan nenek ni. Apa lagi bertambah tambah lah prung prang prung prang acik jepp. Diorang tak patut buat lah. Diorang patut bagi RO la. Dan macam macam lagi acik jepp bebel.

"tapi kerete tu tak pernah missed bayar".. tetiba je nenek cakap.

Terkedu kejap dengat statement nenek. Acik Jepp lagi sedap la dia prung prang. Ini boleh saman lah. Boleh charge duit saman malu lah. dan macam macam bentuk saman lagi beliau senarai kan. Tok tukang dengar ajalah, dah ada orang tolong, tok tak boleh cakap banyak. Karang kena turun kereta pulak.

Setelah dapat beberapa pendapat, malam tu tok kebalai polis yang sama sekali lagi. Untuk buat report polis. Kalau dah bayar tip top, tak kan lah nak kena tarik jugak kan. Mungkin ada penipuan atau kes curi juga. So nak elakkan apa apa kejadian, maka tok dengan nenek buat juga lah report atas alasan kerete hilang.

bersambung...


Thursday, September 12, 2013

Kereta Nenek Hilang - Part 1


Tok dengan nenek pergi kerja selalunya naik komuter. Dan tiap tiap hari lah parking kereta dekat station komuter. Dan tok ni memang istiqomah parking kat satu spot ja. Jarang letak lain lain tempat. Ada lah satu hari ni (minggu lepas), waktu balik kerja, sambil jalan jalan dengan nenek ke parking kereta. Dari jauh tok jenguk jenguk la kereta. Tak nampak pun. Tapi tok tak kesah sangat, sebab tok ni rabun, dah lah rabun, waktu tu senja pulak. Masa tu dah terdetik dalam hati..

"Eh!! Mana kereta aku ni?"..

Tok dengan nenek makin lama makin hampir pada spot kereta.

"Mana kereta tok?" tanya nenek

"Entahlah nek, rasanya parking kat sini pagi tadi." jawab tok dengan muka relax.

Ya lah.. kita ni lelaki, mana boleh panik. Waktu tu tok konfius kejap. Tak mungkin lah letak tempat lain. Jenguk jenguk jugak kat tempat lain, tak nampak jugak kereta.

"Rasanya kereta kita ni dah kena curi lah nek".. cakap tok pada nenek.

"Jom lah kita report polis".. kata tok lagi.

Syukur la stesyen komuter dengan Balai Polis tak lah jauh sangat. Sambil jalan tu dok teringat jugak lah ayat sura Al Baqarah yang berbunyi lebih kurang.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya"

Sambil sambil tu sempat lah bagi tahu nenek.

"Ini semua dugaan ya nek.. sabar.. sabar"

Sebenarnya nak bagi tahu diri sendiri ni. Tapi nak tunjuk cool depan nenek, so keluar lah kata kata nasihat untuk nenek. Tak sempat masuk balai polis, tiba tiba muncul la pulau Silau Kilau dengan anak beliau. Tiba tiba ja break motor depan tok.

"Apa masalah tok?" tanya tok Silau

"Kereta hilang kat parking komuter" jawab tok.

Pendekkan cerita, tok Silau balik rumah dulu hantar anak dan tukar kereta, nanti beliau datang jemput hantar tok dan nenek balik rumah.

"Jangan risau nek, ini semua dugaan ja, belum report polis lagi orang dah datang nak tolong".. kata tok pada nenek.

sambung...